Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

BILAH KAYU KECIL BEWARNA

Entry 46/100 Teks:Niyda Foto:Google Mungkin kalian sedikit  pelik dengan tajuk entry kali ini.Sabar dulu ya. Ha..mari kita imbas semula zaman kanank-kanak dulu.   Masih ingat lagi tak kalian dengan batang mancis dan batang aiskrim zaman kecil dulu.  Selalu kita buat main umpil-umpilkan.  Batangnya halus dan dihujungnya ada bulat-bulat kecil.  Apabila digosokkan di tepi kotak mancis, maka akan terbakarlah batang mancis itu.  Dulu-dulu arwah Tok Ayah selalu guna batang mancis ini bila nak hisap rokok daun.( Jangan tiru tau).  Orang-orang tua biasalahkan.  Alfatihah sekejap untuk arwah Tok Ayah. Apa kaitannya dengan entry kali ini? Ha..Jangan tak tahu ye di kedai buku pun ada jual batang mancis dan batang aiskrim ini.  Ye ke? Iye tak sungguh saya tak kata.  Tapi ada tapinya.  Kalau pergi ke kedai buku dia akan tulis pine wood stick.  Batang mancis ini ada didatangkan dalam warna warni.  Sementara bahan bakarnya yang bulat-bulat itu tak adalah ye.  Hanya batang kayu sahaja.

HIGHLIGHTER UNTUK KAKAK

Entry 45/100 Teks: Niyda Foto:  Google Dua hari yang lepas kakak Widaad datang kepada saya.  Kakak  minta dibelikan pen highlighter untuknya.  Dalam hati saya berkata, buat apalah kakak dengan pen sebegini.  Jauh lagi masanya nak guna pen ini.  Lalu semalam, ssaya ke bandar Raub sekali lagi.  Rutin mingguan.  Mencari buku untuk anak didik.  Saya cari pen yang diminta oleh kakak.  Ya Allah, mahalnya ampun.  Harga dah naik ye sekarang ni.  Sudah lama tak mengikuti harganya.  Untuk pen highlighter jenama Stabilo RM 3.70.  Dua kali ganda dengan harga pada zaman saya belajar dulu.  Saya ambil satu.  Pada  hemat saya, pasti ada yang nak dibuat oleh kakak dalam kelas nanti. Pen highlighter ni boleh dicari dengan mudah di kedai-kedai buku.  Bermacam-macam warna.  Ada warna pink, hijau,kuning,biru dan sebagainya.  Warnanya yang menyerlah berfungsi untuk menggaris dan menyerlahkan isi-isi penting dalam satu-satu nota.  Kalau dulu, saya suka bila jumpa elemen penting dalam b

ULASAN KELAS ASAS PENULISAN BLOG BERSAMA KAK MASAYU AHMAD

Entry: 44/44 Teks: Niyda Foto: Google Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya dapat jua saya menyiapkan 44 entry untuk sessi latihan kelas asas menulis blog bersama kakakku yang budiman Kak Masayu Ahamd.  Entry ringkas yang terhasil ini adalah hadiah saya buat pembaca bagi percubaan pertama saya menulis dalam blog.  Semoga ianya memberi manfaat kepada kalian semua.  Banyak perkara yang saya belajar sepanjang kelas ini berlangsung.  Walaupun kelas berlangsung hanya menggunakan group wassup dan FB group namun ianya sangat membantu saya dalam menghasilkan blog yang ringkas ini.  Memandu saya mana yang betul dan mana yang salah.  Rupanya banyak lagi perkara baru yang harus saya belajar.  Semoga diberi peluang lagi untuk entry akan datang.  Baiklah di sini saya titipkan beberapa perkara yang saya belajar hasil dari kelas asas penulisan blog ini.  Semoga ianya menjadi inspirasi dan panduan untuk kalian diluar juga. MENULIS DARI HATI Apa yang saya pelajari

SERONOK BELAJAR DENGAN BUKU NOTA KECIL

Entry:43 Teks: Niyda Foto: Google Seronok belajar dengan buku nota catatan kecil.  Menjadi kegemaran saya buku catatan kecil ini sejak dari zaman sekolah rendah lagi.  Kini saya perturunkan semula kegilaan dengan buku kecil ini kepada anak-anak saya pula. Zaman dahulu kami panggil buku lima-lima.  Buku ini saya guna apabila ada sesuatu pesanan dari guru contohnya ketika di perhimpunan sekolah atau  di dalam kelas.  Kadang-kadang tak muat, saya beli buku saiz tebal.  Saya balut buku itu dengan kertas warna atau lembaran kertas bergambar supaya ianya menarik dan menjadi sesuatu yang perlu saya tatap setiap hari. Zaman sekolah menengah buku inilah yang menjadi pendamping paling rapat dengan saya.  Kemana pergi pun pasti saya akan bawa.  Hatta hinggalah apabila mahu pulang ke kampung.  Saya bawa juga.  Senang.  Apa-apa catatan contohnya tentang waktu ketibaan bas pun saya catat. Kini zaman sudah berubah.  Semuanya hampir total menggunakan nota yang ada di dalam

SERONOK BELAJAR DENGAN LUNA DAN BUNCHO

Teks:Niyda Foto: Google Masihkah kalian ingat pensil warna yang kalian guna zaman kecil-kecil dahulu.  Pensil warna jenama Luna memang tak boleh lawankan.  Itu dulu.  Harganya tak sampai RM 5 kan.  Tapi sekarang cuba semak di kedai-kedai buku.  Macam nak pengsan dah rasanya. Begitu juga warna air.  Kalau dulu-dulu pakai sekejap ajer dah mengeras.  Ye lah kan hanya mampu beli yang ketot-ketot aje.  Arwah abah pesan jimat-jimat.  Jadi warna air ni jarang-jarang saya guna. Bila masa guna pensil warna Luna ni?  Ha kalau korang nak tahu waktu zaman sekolah rendah dulu, saya dan kawan-kawan suka berlumba-lumba mewarna dalam buku bahasa Melayu.  Hampir setiap helaian buku tu saya akan warnakan.  Jadi seronok nak belajar bila tengok buku sendiri penuh warna warni.  Bila dah siap, saya akan pergi pusing meja kawan=kawan yang lain.  Diorang ni dah siap ke belum.  Itu masa guru taka da dalam kelas lah.  Lepas tu kami akan membanding-bandingkan antara satu sama lain.  Siapa yang pali

SERONOK BELAJAR DENGAN PEMADAM COMEL

Teks: Niyda Foto:  Pemadam comel.  Pemadam era zaman kini.  Pelbagai bentuk dan rupa.  Menjadi kesukaan anak-anak saya bila dapat mengumpulkan pemadam yang comel-comel sebegini.  Mula-mula tu tak perasan juga.  Tapi bila Wani selalu bawa balik ke rumah.  Saya jadi pelik.  Apalah yang menarik sangat dengan pemadam ni.  Rupa-rupanya dengan sebab rupa pemadam tu yang comel tu menjadi suatu benda wajib yang perlu ada dalam kotak pensil. Ya! Cuba kalian semak dalam kotak pensil anak-anak kalian.  Macam mana rupa pemadam mereka.  Zaman saya masih kecil.  Tiada istilah pemadam comel.  Yang ada hanyalah pemadam berwarna  putih seketul.  Tak menarik pun.  Kepala berwarna bawahnya putih. Ingat lagi tak kalian. Sekarang zaman dah maju.  Industri perniagaan alat-alat sekolah semakin maju.  Mereka semakin kreatif mereka alat-alat yang dapat merangsang minat anak-anak dalam belajar.  Kita yang ada ni pun tak perlu susah-susah lagi nak rangsang anak-anak minat belajar.  Hanya perlu ta

SERONOK BELAJAR DENGAN PENSIL KHAT

Teks: Niyda Foto: Google Mengenang zaman persekolahan dulu-dulu sangat seronok.  Zaman kanak-kanak.  Zaman remaja.  Penuh dengan warna warni kehidupan.  Tak mungkin luput dalam ingatan.  Salah satu darinya adalah tentang pensil khat. Zaman dulu-dulu bila nak guna pensil khat ni, saya akan ambil pisau seposen atau sejenis pisau kecil yang berlipat.  Rasanya sekarang ni ada lagi.  Tapi jarang-jarang digunakan lagi oleh anak-anak sekarang.  Saya rasa ibu-ibu diluar sana pun begitu juga.  Dengan pisau itu saya asah pensil hingga menjadi pensil khat.  Kadang-kadang tu berlumba dengan rakan sekelas yang lain.  Pensil siapa yang paling comel sekali di asah.  Kadang-kadang ada juga kawan-kawan lelaki yang minta tolong asah.  Kalau saya rajin.  Saya asah.  Kalau malas saya pas kat kawan yang lain.  Adat lah tu…memang ada si kaki pembuli dalam kelas.  Hehehe… Pensil yang nak digunakan tu biasanya saya guna kelas subjek Khat.  Masih ingat lagi Ustaz yang mengajar saya tu.  Tampan

LATIHAN BAHASA MELAYU

Teks:Niyda Foto: Google Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.  Sebagai bangsa Melayu. Kamu harus skor A dalam bahasa Melayu.  Kalau tak skor.  Malulah pada bangsa-bangsa lain.  Mereka bertungkus lumus nak belajar bahasa Melayu ni.  Syarat untuk lulus SPM, mesti kredit bahasa Melayu.  Syarat nak menjawat jawatan awam juga pun akan dilihat subjek Bahasa Melayu.  Kalau anda gagal Bahasa Melayu, maka gagallah yang lain.  Itu secara asasnya. Baik , untuk subjek Bahasa Melayu ada 2 bahagian.  Satu Kefahaman dan satu lagi penulisan.  Untuk bahagian penulisan biasanya  adik-adik ada masalah.  Adik-adik perlu berlatih menulis karangan.  Tulis idea atau isi dengan spontan dan bernas.  Jika ada masa beri guru periksa kertas jawapan adik-adik.  Dari situ adik-adik akan belajar apakah kesilapan yang sering dilakukan.  Disamping itu juga adik-adik boleh tambah yang kurang mana-mana isi yang perlu kemudian kembangkan lagi idea beserta contoh.  Biasakan menggunakan perkataan seperti ol

DI MANA NAK BELI KOSTUM?

Entry: 38/44 Teks:  Niyda Foto: Google Berbalik semula kepada hari semalam. Saya belajar banyak perkara tentang kelemahan-kelemahan persembahan bakat semalam.  Syukur kerana diberi kesempatan dan peluang awal untuk Wafirah.  Ini menjadi titik tolak kepada perkembangan Wafirah yang seterusnya. Selesai majlis persembahan bakat semalam, saya terus ke kedai D.I.Y Kuala Lipis.  Dalam hati berkata, kat sini mungkin ada kostum yang kami perlukan untuk persembahan Wafirah untuk akan datang.  Jalan-jalan dalam kedai D.I.Y akhirnya kakak menjerit.  “Ummi! Kakak dah jumpa ni!”.  Saya pun teruslah ke satu sudut.  Ya memang banyak kostum kat situ.  Dari corak kumbang merah hinggalah ke kostum rama-rama.  Memang seronok duk kat situ lama-lama.  Macam-macam boleh dapat.  Harga kostum pun taklah mahal sangat.  RM 6.90 dah pun dapat kepak kumbang merah tu sekali dengan skaf rambut kumbang dan tongkat saktinya.  Apa lagi.  Suka sangatlah Wafirah.  Dalam hati saya berkata.  Ini ummi bagi h

PROGRAM BAKAT CILIK

37/44 Teks:  Niyda Foto:  Koleksi peribadi Hari ini agak kalut sedikit.  Selepas meninggalkan baju Wafirah kepada cikgu Syikin.  Aku ke Pusat Internet menyelesaikan entry yang seterusnya.  Dapatlah siapkan 4 entry pagi tadi untuk blog.  Tinggalah lagi 10 entry untuk dihabiskan untuk sessi latihan dengan kak Masayu Ahmad.  Setelah jam 1.30 tengahhari aku dan Wani terus ambil kakak Widaad.  Maklumlah tahun 4 balik lambat sikit.  Jadi hari ini Wani sampai dulu di rumah.  Mujur Paklong ada.  Dia yang hantarkan.  Usai ambil kakak Widaad aku terus bawa diorang pergi makan tengahhari di Hentian Benta.  Menu hari ini ikan goreng,budu,telor masin dan sayur masak lemak.  Sayur apa? Aku pun tak pasti.  Tengok jam masa dah menghampiri jam 2.00 petang.  Cepat-cepat aku suruh diorang habiskan makanan.  Perjalanan kita ni setengah jam kakak.  Adik mula jam 2.00 petang cikgu cakap.  Diorang terkedu.  Cepat-cepat kitorang habiskan makanan. Setelah siap bayar, aku terus meluru ke ker

SERONOK BELAJAR DENGAN POSTER

36/44 Teks: Niyda Foto: Google Seronok belajar dengan poster di rumah.  Pastinya kadang-kadang ibu rasa kurang sesuai nak tampal-tampal poster belajar atau nota anak-anak di rumah.  Ye lah rumah dah cantik di hias.  Tiba-tiba nak pasang dan tampal poster.  Pasti pelik dibuatnya. Kat rumah, saya tampal poster di ruang makan.  Ini sebab apa, supaya senang nanti masa makan pun anak-anak boleh ingat balik apa yang mereka belajar di sekolah.  Pengalaman membesarkan Wani.  Saya dah tak kira tempat.   Tampal jugak di ruang tamu pun.  Rumah teres.  Kawasannya maklum saja lah.  Sempitkan. Segala poster saya tampal.  ABC ada.  Surah lazim pun ada.  Alif Ba Ta pun ada.  Suku kata pun ada.  Sebab tu lah Si Wani ni cepat dapat.  Umur 5 tahun pun dah boleh membaca. Kalau di tengok dari perkembangan positifnya pun sehingga sekarang, Wani tetap dapat top 10 terbaik di dalam kelas.  Skor 11 A untuk semua subjek semasa darjah 1.  Jadi saya rasa tampal poster juga adalah satu faktor b

SERONOK BELAJAR DENGAN PERPUSTAKAAN MINI

Entry: 35/44 Teks: Niyda Foto: Google Seronoknya bukan main bila ada perpustakaan mini di rumah.  Melihat Wafirah mencapai buku demi buku Talking English dari set Grolier membuatkan saya rasa berbaloi-baloi membeli set tersebut.  Ye la kan…harga ribu riban.  Dengan abi pun saya sorok harganya tu.  Pastttt.. Saya beli pakai duit sendiri…Ansuran je RM 105 sebulan selama 2 tahun. Idea nak dapatkan perpustakaan mini ni dah lama.  Masa Wafirah masih lagi merah kulitnya dah ada orang datang promosi kat saya.  Tapi saya tak layan.  Iya lah kan duit tak berapa nak ada.  Masih berkira-kira nak dapatkan buku ni. Namun kedatangan seseorang ke perpustakaan Benta beberapa bulan yang lepas telah membuka kembali mata saya.  Saya mencari dah lama benda ni.  Baru sekarang berjumpa semula.  Jadi saya terus pegang kejap.  Tak nak lepas dah macam dulu.  Sampai nama set ni pun saya tak ingat dah apa namanya.  Yang menjadikan saya sebak tu ialah kerana adik ni tunjuk bukti kat saya ada

5 PERKARA PENTING SEBELUM PEPERIKSAAN

Teks: NIyda Foto: Google  Lima perkara penting yang perlu ibu-ibu perlu tahu sebelum anak-anak menghadapai peperiksaan.  Ini biasanya yang ibu jarang-jarang ambil tahu dan ambil mudah pula.  Ia perlu fokus dan dipraktikkan sejak dari awal persekolahan lagi.  Saya juga belajar dari kesilapan yang lalu.  Ialah mendidik anak-anak bukan sahaja setakat mengambil tahu panjang pendek pensilnya.  Dimana pemadamnya.  Tetapi sebenarnya lebih dari itu. Baiklah yang pertamanya, kalau di rumah ibu-ibu cuba lihat silibus kandungan subjek yang diambil oleh anak-anak.  Contohnya subjek Bahasa Melayu.  Kenal pasti topik –topik yang ada.  Sekiranya ibu-ibu sendiri menguasai topik-topik yang ada, maka boleh sahaja ajarkan juga untuk anak.  Semak buku latihan sekolah mereka sekali sekala.  Kadang-kadang ada juga bahagian-bahagian dalam buku latihan tersebut yang tidak bertanda oleh guru mereka.  Tanya adakah mereka faham tentang topik tersebut.  Jika mereka faham tak mengapa.  Sekiranya t

TEKNIK BELAJAR DENGAN NEMONIK

Teks: Niyda Foto: Google Masih lagi dalam bab seronok belajar kita hari ini ye!  Saya sangat suka bab ini.  Sebab ianya memacu saya agar lebih kreatif menggunakan otak kanan dan otak kiri.  Teknik ini sudah lama dipraktikkan.  Saya menerima ilmu ni pun sudah hampir 22 tahun yang lalu.  Bayangkan ye.  Sudah terlalu lama.  Tetapi ianya masih kekal terpahat dalam minda saya. Ianya merupakan teknik yang jarang-jarang pelajar dapat buat.  Sebab apa?  Sebab kena kreatif sikit ye.  Contoh kalau kita nak hafal tentang:  Belalang mempunyai spirakel. Jadi singkatan yang boleh kita ambil di sini untuk mengingat ialah BEKEL.  Maksudnya Be dan Kel sahaja kita pendekkan perkataan utama sahaja.  Jadi bila-bila ada kita terjumpa soalan tentang belalang.  Kita sudah tahu.  Maknanya belalang ada spirakel.  Mudah bukan.  Ada banyak lagi perkara yang boleh kita pelbagaikan dengan teknik ini.  Contohnya kita nak hafal nama-nama objek di bulan, nama-nama deria pada manusia dan macam

TEKNIK BELAJAR DENGAN PETA MINDA

33/44 Teks: Niyda Foto: Google  Sewaktu zaman saya belajar semasa SPM dulu iaitu tahun 1996.  Saya pernah menghadiri Seminar Belajar Bijak oleh Dr Shukri Abdullah.  Puan-puan kalau nak cari dia di Facebook boleh cari FB Dr Shukri Abdullah.  Seminar yang dijalankan itu berjalan dalam bulan 3.  Masa tu bayaran seorang RM 10 sahaja.  Terbayang-bayang lagi waktu bagaimana saya berjalan beriringan dengan kawan-kawan ke dewan orang ramai di Rompin dari asrama sekolah menuju ke situ.  Kami dikumpulkan dari pelbagai sekolah.  Seronok tak terkata.  Ialah pengalaman pertama berseminar katakan.  Apa yang menariknya dalam seminar itu kami didedahkan dengan teknik belajar yang betul.  Antara yang masih melekat dalam pemikiran saya sehinggalah sekarang ialah teknik mengingat dengan cara membuat peta minda.  Sebenarnya otak kita bukanlah seperti komputer.  Membuat cacatan secara berderet ke bawah.  Oh tidak.  Itu memenatkan otak sebenarnya.  Otak kita perlukan rangsangan.  Ia sukakan warna.

PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG

Teks: Niyda Foto: Google Sebagai ibu dan suri di rumah tentunya masa ibu-ibu tidak terhad.  Melainkan ibu-ibu bekerja di luar. Ibu-ibu yang berada di rumah harus cekap menguruskan masa untuk anak-anak.  Kadang-kadang terbabas jugakan dek penangan cerita dongeng Indonesia.  Itu adalah lumrah. Pengurusan masa pelajar cemerlang.  Pernahkah ibu-ibu terfikir bagaimana pelajar cemerlang menguruskan masa mereka seharian.  Mereka juga sama macam anak-anak kita di rumah.  24 jam masa diberi.  Tidak lebih dan tidak kurang.  Tinggal lagi bagaimana kita menguruskan masa anak-anak kita dengan bijak. Pernahkah ibu-ibu bertanya dengan ibubapa yang cemerlang?  Kadang-kadang ada antara kita tak kenalpun siapakah ibu-ibu yang cemerlang itu bukan?  Ialah mesyuarat sekolah pun tidak hadir lagikan pula majlis penyampaian hadiah kecemerlangan di sekolah.  Pun turut tidak hadir.  Bagaiamana kita mahu kenal siapa mereka yang istimewa itu.  Pesan saya rajin-rajinlah menghadiri program sekolah