Hari ini agak kalut sedikit. Selepas meninggalkan baju Wafirah kepada
cikgu Syikin. Aku ke Pusat Internet
menyelesaikan entry yang seterusnya.
Dapatlah siapkan 4 entry pagi tadi untuk blog. Tinggalah lagi 10 entry untuk dihabiskan
untuk sessi latihan dengan kak Masayu Ahmad.
Setelah jam 1.30 tengahhari aku dan
Wani terus ambil kakak Widaad. Maklumlah
tahun 4 balik lambat sikit. Jadi hari
ini Wani sampai dulu di rumah. Mujur
Paklong ada. Dia yang hantarkan. Usai ambil kakak Widaad aku terus bawa
diorang pergi makan tengahhari di Hentian Benta. Menu hari ini ikan goreng,budu,telor masin
dan sayur masak lemak. Sayur apa? Aku
pun tak pasti. Tengok jam masa dah
menghampiri jam 2.00 petang. Cepat-cepat
aku suruh diorang habiskan makanan.
Perjalanan kita ni setengah jam kakak.
Adik mula jam 2.00 petang cikgu cakap.
Diorang terkedu. Cepat-cepat
kitorang habiskan makanan.
Setelah siap bayar, aku terus meluru
ke keretaku. Bawa kereta punyalah
laju. Takut tak sempat tengok Wafirah
nanti. Sampai aje di pejabat KEMAS aku
lihat kereta dah banyak. Aha ni mesti
orang dah ramai kataku dalam hati. Turun
dari kereta, cepat-cepat aku ikut makcik sorang ni. Bawa anak 2 orang dengan cikgu sekali. Ikut punya ikut punya ikut. Masuklah kami ke dewan pertandingan. Alhamdulillah. Majlis belum bermula. Ku pandang kiri kanan. Rupanya Wafirah dan cikgu ada dibelakang
sekali. Kami pun meluru ke
belakang. Ambil dan peluk Wafirah macam
biasa. Cikgu kata sendu sekejap
tadi. Gara-gara cikgu pergi membuat
bayaran.
Akhirnya, kami pun menunggulah giliran
Wafirah. Agak lambat juga. Sampai aku pun dah tak berapa semangat nak
tengok dah. Ada yang datang ke depan
senyap. Ada yang tiba-tiba diam,
terkedu. Ada juga yang mula-mula agak
perlahan-lahan suaranya tetapi sampai part tengah dah kedengan suara penuh
yakinnya. Ada juga yang malu-malu alah
sambil peluk mamanya depan pentas.
Macam-macam stail. Aku menunggu
lagi. Tiba giliran Wafirah. Aku tak maju ke depan. Ku biar je Kakak Widaad dan Wani beserta
cikgu di satu sudut penjuru di hadapan.
Bukan apa takut nanti dia pula tiba-tiba yang menangis sebab aku tak
ada. Alhamdulillah. Wafirah tak nangis. Permulaan yang baik. Cumanya suara dia agak perlahan. Lagu yang dia nyanyikan pun sekejap aje. Cikgu cakap ada yang dia tak ingat. Jadi cikgu potong terus.
Selesai habiskan lagu di depan,
Wafirah datang ke belakang. Okey tak
mengapa. Yang penting adik berani
mencuba. Ini pengalaman pertama Wafirah. Kalah menang adat pertandingan. Apa yang paling penting Wafirah baru
bermula. Banyak masa lagi. Lepas ni kami target dia buat persembahan
yang lebih baik lagi untuk majlis anugerah hujung tahun nanti di sekolah.
Apa yang boleh aku kongsikan di sini
ialah ada beberapa perkara yang menjadi kriteria saringan tadi. Antaranya ialah setiap peserta perlu lebih
luar biasa dari segi persembahan. Perlu
keyakinan yang lebih supaya persembahan menjdi lebih menarik. Pemilihan kostum, kasut baju, make up perlu
seiring. Perlu ada stail juga. Guru pengiring perlu lebih mendalami apa
bakat yang ada pada anak murid mereka.
Persembahan juag perlu ada minus one supaya lebih menarik. Dan yang terakhir sekali setiap guru perlu
pastikan peserta perlu lebih bersedia
dan memberi komitmen 100 peratus kepada
setiap persembahan mereka.
Cukuplah setakat ini sahaja dahulu
buat kali ini. Sehingga berjumpa lagi
dilain entry. Salam sayang.
Teks: Niyda
No comments:
Post a Comment