Skip to main content

PERSEDIAAN SEBAGAI GURU TUISYEN


Teks:  Niyda
Foto: Google                              
Mengajar adalah suatu bidang yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Mengajar memberi saya ruang  untuk berkarya bagaimana berdepan dengan pelbagai karenah pelajar yang sebenarnya memerlukan beberapa teknik yang berbeza-beza. Mengajar juga memberikan saya satu kepuasan.

Sebelum mengajar seseorang guru itu perlu memperbetulkan niat terlebih dahulu.  Nawaitu kena betul ye!  Niatkan cikgu-cikgu mengajar ini adalah untuk membantu anak murid cikgu. Niat cikgu adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang merosot dalam pelajaran kembali cemerlang dalam pelajaran.  Dengan beberapa kaedah dan teknik mudah belajar dan seronok belajar, insyaallah.  Anak didik cikgu-cikgu semua akan berjaya dunia dan akhirat.

Yang keduanya pula cikgu-cikgu perlu konsisten dalam mengajar.  Konsisten yang dimaksudkan di sini ialah konsisten dalam mengajar setiap kali jadual kelas.  Jangan main on of on of.  Lama-lama bukan murid sahaja yang tension.  Ibubapa juga “lari” dari servis cikgu-cikgu. 

Konsisten dalam erti kata yang lain juga cikgu-cikgu konsisten dengan silibus terkini.  Sentiasa update silibus mengikut tahun.  Iyalah sekarang ni silibus sering sahaja bertukar hampir mengikut tahun.  Kalau cikgu-cikgu tak percaya, cuba beli buku tahun ini kemudian lihat pula buku pada tahun depan.  Lihat corak soalan.  Pasti sudah ada perbezaan walaupun sedikit.  Sekiranya cikgu-cikgu tidak up to date, maka sudah tentu perkhidmatan cikgu tidak mendapat dikalangan ibubapa.

Up date ilmu juga penting ye cikgu-cikgu sekalian.  Pergilah menghadiri bengkel dan teknik belajar dari orang lebih mahir atau syarikat swasta yang menyediakan kemudahan latihan seprti CMN Global SDn BHD.  Insyaallah banyak ilmu yang akan cikgu-cikgu kutip di sana nanti.  Team mereka juga ramah tamah.  Tanyalah apa sahaja hatta sehingga ke hal pengurusan tuisyen.   Pasti mereka membantu.  Boleh cari mereka di group FB CMN Global SDN BHD.

Selain dari itu juga sekiranya cikgu-cikgu tuisyen semua sudah berkahwin dan mempunyai anak yang bersekolah, rajin-rajinlah menghadiri jemputan mesyuarat PIBG sekolah.  Di sana ada banyak peluang yang cikgu-cikgu akan dapat.  Antaranya ialah cikgu-cikgu akan dapat mendalami permasalahan yang diutarakan oleh ibubapa.  Apabila ada masalah.  Disitulah peluang cikgu buat duit sebenarnya.  Kutip permata-permata permasalahan itu.  Kaji dan buat tindakkan pantas.  Sesuatu harus dibantu.  Insyaallah jika niat cikgu-cikgu nak membantu ibu ayah, Insyaallah Allah akan permudahkan cikgu-cikgu nanti.

Dalam masa yang sama juga jika cikgu-cikgu dilantik sebagai ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah ianya merupakan satu bonus kepada cikgu-cikgu sekalian. Di dalam mesyuarat biasanya permasalahan pelajar akan lebih ketara di utarakan.  Ambil dan buat catatan. 

Selain dari itu juga cikgu-cikgu perlu sentiasa berfikiran positif walau dalam keadaan apa sekalipun.  Selepas cikgu membuat sasaran membetulkan niat mengajar dulu, pastikan cikgu-cikgu setting dalam fikiran bahawa aku boleh merubah anak didikku. Ubah dari segi mind setting mereka dari tak boleh kepada boleh seterusnya berusaha meningkatkan prestasi mereka.  Pasti dalam tempoh 7 bulan jika cikgu-cikgu konsisten, anak murid cikgu akan menampakkan perubahan  yang ketara.  Contohnya di kelas aya sendiri ada seorang pelajar darjah 3.  Dia ni kategori linus.  Belum boleh membaca.  Setelah 6 bulan masuk kelas saya, alhamdulillah.  Ibunya beritahu saya baru-baru ini dia sudah kelaur dari kelas linus tersebut.

Bayangkan cikgu-cikgu…Kita rasa usaha kita itu sangat kecil berbanding dengan orang lain.  Tetapi sangat di hargai oleh ibu tersebut.  Jadi selepas ini apa sahaja umpatan atau kata-kata orang.  Cikgu tak perlu menangis atau kecewa, kerana cikgu sudah tahu, sedikit bantuan cikgu-cikgu itu membawa seribu rahmat untuk ibu tersebut. Cikgu kena kuat, sabar dan percaya dengan apa yang cikgu nak bawa dan fokuskan.

Dalam masa yang sama, cikgu-cikgu jangan lupa dari segi pemasaran untuk mendapatkan klien cikgu-cikgu.  Ini sangat penting demi memastikan perkembangan bisnes tuisyen cikgu.  Cikgu boleh gunakan pemasaran secara online dan offline.  Seperti biasa dalam pemasaran online cikgu boleh gunakan FB personel, fb page, fb group untuk mempromosikan perkhidmatan cikgu.

Untuk trend yang terbaru ini, pemasaran secara hard sell tidak lagi digunakan kerana Mark Zuberg dah banyak buat sekatan.  Oleh itu cikgu guna pendekatan soft sell iaitu nampak macam nak promosi servis tetapi sebenarnya tidak kerana lebih kepada nak berkongsi dengan klien contohnya tentang teknik belajar yang berkesan, peralatan yang membantu anak-anak belajar dengan cemerlang di rumah dan sebagainya.  Bantu dan kongsikan seberapa yang boleh kepada prospek faedah tuisyen kepada anak-anak mereka.  Insyaallah ada rezeki nanti adalah yang menghubungi cikgu nanti.

Untuk pemasaran secara offline pula, cikgu boleh gunakan cara seperti menggunakan banner atau flyers yang dihantar di sekolah.  Sebelum masuk ke sekolah tu, cikgu minta izin dahulu dari Tuan Guru Besar ye.  Nanti baru senang nak promosi.

Baiklah, disamping perkara-perkara yang saya sebutkan diatas cikgu-cikgu boleh juga lantik ajen dibawah cikgu untuk buat promosi bisnes cikgu.  Jadinya cikgu dah ada pembantu untuk mengurus di bahagian pemasaran secara tak langsung.

Ha lagi satu. Cikgu-cikgu perlu jelas dan tahu perlunya alat bantuan mengajar.  Contohnya alat pembesar suara untuk perdengarkan lagu-lagu yang memberi insipirasi dan motivasi kepada murid.  Bahan-bahan lain seperti buku-buku latihan yang terbaik digunakan untuk mereka.  Cikgu perlu tahu buku mana yang bagus.  Ini adalah supaya nanti cikgu-cikgu tak pening nak tanda buku anak murid. ( Kadang-kadang ada buku yang arahan dia memeningkan kepala cikgu masa nak selesaikan masalah).

Seterusnya ha…panjang kali ini coretan cikgu yea…Psikologi. Bila bercerita bab psiko ni..hai sakit kepala juga dibuatnya.  Nak psiko anak-anak didik ni macam macam kena buat dan kena berfikir.  Otak kita perlu lebih tangkas dan cepat dari mereka.  Kalau tidak nanti habis cikgu pula yang kena buli dalam kelas.  Satu je pesan saya.  Cikgu set dalam pemikiran cikgu, yang mana cikgulah yang menguasai kelas dan bukan mereka.  Kalau anak murid yang menguasai kelas.  Maka habislah cikgu kena “baham”.  Faham tak kat situ.Hehehe.

Lagi satu cikgu perlu pandai wujudkan persaingan dalam kelas.  Contohnya wujudkan persaingan siapa yang cepat buat latihan akan diberi ganjaran boleh rehat cepat atau bersenang lenang di atas tikar yang cikgu bawa.  Ataupun mereka boleh bermain dengan set permainan yang cikgu bawa.  Pelajar yang cepat biasa sangat happy dan teruja nak siapkan latihan mereka.  Sementara pelajar yang lambat pula akan panas punggung bila tengok sahabat mereka dah boleh berehat-rehat.  Cubalah…Pasti anak murid cikgu yang jenis slow tu akan berubah dek terinspirasi dengan kawan-kawan yang lain.

Penekanan yang seterusnya, cikgu juga harus menetapkan peraturan semasa kelas pertama.  Ini adalah penting demi mewujudkan suasana yang harmoni di dalam kelas.  Contoh peraturan dalam kelas ialah permulaan masuk ke kelas perlu letakkan semua buku dan peralatan di atas meja,tidak boleh berborak dalam kelas, tidak boleh makan dan minum,tidak boleh berlari dalam kelas, tidak boleh mengutuk atau mempersendakan orang lain dan seumpamanya.

Tunjukkan yang cikgu sangat mementingkan peraturan tersebut.  Kegagalan cikgu dalam menetapkan peraturan pada hari pertama sekolah akan menyebabkan kebarangkalian  kelas cikgu hura hara hingga ke hujung tahun. Apabila pelajar sudah biasa dengan peraturan tersebut, maka rasa seronok belajar akan datang dengan sendirinya.  Mereka akan lebih terangsang seterusnya cikgu boleh terus fokus kepada masalah subjek pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu, cikgu juga harus rajin kedai buku.  Cuba lihat buku apa terbitan yang terbaru dipasaran.  Dapatkan maklumat di situ. Semak bahan apa lagi yang boleh membantu para pelajar supaya lebih seronok belajar di kelas nanti.  Kebiasaannya di kedai buku ada pelbagai bahan yang boleh membantu pelajar contohnya permaian sahiba, batang ais krim untuk asas pengiraan matematik darjah 1.  Batang ais krim ni yang menariknya ia berwarna.  Oleh itu sangat bagus digunakan untuk pelajar yang agak lambat dapat dalam matematik.  Cubalah! Saya dah pun cuba.  Ianya berkesan!

Berbincanglah juga dengan para guru-guru tuisyen yang lain.  Kebiasaannya masalah cikgu-cikgu hadapi hampir sama dengan masalah cikgu tuisyen yang lain.  Mana tahu pendapat mereka sekurang-kurangya dapat membantu menyelesaikan masalah cikgu-cikgu pula.

Kongsi teknik belajar dengan anak murid cikgu.  Jangan kedekut kongsi ilmu.  Contohnya kongsikan teknik mengambil nota dengan menggunakan mind mapping. Teknik nemonik dalam menghafal fakta.  Sedikit perkongsian cikgu memberi impak yang tinggi untuk anak murid.  Kongsikan juga apps kamus online contohnya yang boleh membantu murid-murid cikgu di rumah, teknik guna kamus Bahasa Melayu kepada Bahasa Bahasa Inggeris umpamanya, cara hafal sifir dan sebagainya. Perkara yang sangat senang ini bagi saya tetapi ramai-ibu-ibu di luar sana tidak upaya atau tidak tahu berkenaan ilmu mudah yang harus anak-anak mereka ketahui dan pelajari.

Seterusnya, cikgu-cikgu perlu cetak keputusan peperiksaan anak murid cikgu di laman web www.spsnkra.gov.my .  Simpan dan letak dalam fail khas.  Ini penting untuk mengukur sejauh mana tahap peningkatan pelajar tersebut di dalam pelajaran. Di sini kita boleh letak penanda aras di mana harus cikgu-cikgu tekankan kelemahan pelajar tersebut. Kongsikan juga dengan ibu bapa.  Bagaimana mereka juga boleh membantu di rumah dengan tahap pencapaian yang ada sekarang ini.

Rekodkan juga maklumat pelajar di dalam borang khas dan simpan dalam satu fail.  Maklumat ini berupa biodata pelajar seperti sekolah di mana, nombor telefon penjaga, nombor kad pengenalan pelajar dan tarikh daftar masuk belajar.  Ini adalah untuk memudahkan guru sekiranya terdapat apa –apa perkara yang tidak diingini berlaku.

Cikgu-cikgu juga jangan lupa ye beli buku resit.  Ini adalah supaya senang nanti cikgu-cikgu nak rekodkan pelajar mana yang belum bayar dan pelajar mana yang dah bayar yuran bulanan.  Pastikan tiada yuran yang tertunggak.  Kegagalan cikgu-cikgu dalam menguruskan penerimaan yuran tersebut akan menyebabkan aliran tunai cikgu-cikgu akan menjadi masalah.  Dan persalahan ini akan bertimpa-timpa apabila dalam masa yang sama cikgu harus menunaikan kewajipan membayar bil-bil yang lain juga bayaran gaji untuk pembantu guru.

Kalkulator juga memainkan peranan yang penting.  Wajib ada untuk cikgu-cikgu yang mengajar subjek matematik.  Cikgu-cikgu perlu cepat dan pantas dalam menanda buku latihan anak murid.  Ini adalah supaya pelajar-pelajar akan dapat respon dari cikgu pada hari yang sama.  Tidak ditunda-tunda kepada minggu yang berikutnya.

Sebagai guru yang aktif, cikgu juga boleh terlibat mendaftar sebagai sukarelawan perpustakaan setempat.  Ini akan memberi sokongan kepada cikgu-cikgu dimana di dalam komuniti tersebut cikgu akan berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat contohnya ibu bapa, guru-guru sekolah yang menjadi penaung kepada jawatankuasa perpustakaan awam, pelajar-pelajar dan sebagainya.  Maka di situ akan wujud banyak peluang untuk cikgu berkongsi dengan orang awam tentang teknik belajar yang berkesan umpanya dan ini akan menyerlahkan cikgu di mata masyarakat setempat.

Akhir sekali, jika berkelapangan di waktu musim cuti sekolah yang panjang, apa salahnya cikgu memberikan bengkel atau ceramah secara percuma kepada anak murid cikgu.  Orang luar yang berkesempatan boleh join sama.  Sekurang-kurangnya ia akan memberi nilai tambah kepada anak-anak murid cikgu.  Cikgu pun rasa gembira.  Antara contoh bengkel yang boleh di buat ialah Siri Bijak Sifir, Bengkel Pengurusan Masa dan banyak lagi.  Cikgu kena kreatif lah ye.

Sekian sahaja dahulu entry untuk kali ini.  Berjumpa lagi di lain masa.  Salam sayang dari saya.

Teks: 
Niyda
01125452156








Comments

Popular posts from this blog

DAUN URAT JEJALA

Entry 49/100 Teks:Niyda Foto:Google Kisah yang akan saya paparkan pada entry kali ini berkisarkan salah seorang pelajar saya.  Nur AnA namanya(Bukan nama sebenar).  Seorang pelajar yang sangat  lemah dalam pelajaran.  Pelajar darjah 3. Dikategorikan sebagai pelajar linus pada bulan 1 2017 tahun ini.  Tidak boleh membaca.  Namun telah dikeluarkan dari group tersebut setelah menjalani peperiksaan setengah tahun yang lalu.  Keputusan menunjukkan beliau layak untuk kelas biasa seperti pelajar yang lain.  Berkelas tuisyen dengan saya pada Disember 2017.  Kini hampir 9 bulan telah berlalu.  Alhamdulillah.  Ada sedikit perubahan. Apa yang ingin saya paparkan di sini hari ialah berkenaan dengan topik sains darjah 3.  Topik ini sering menjadi masalah bagi anak-anak.  Bab tumbuh-tumbuhan.  Bahagian daun urat jejala dan selari.  Begitu juga dengan akar tunjang.  Sering saya ingat kepada pelajar jika daun urat jejala maka akarnya pasti lurus iaitu akar tunjang.  Apabila daun urat sel

KELEBIHAN PERSEDIAAN AWAL UNTUK PEPERIKSAAN

72/100 Kelebihan biasanya akan berpihak kepada mereka yang membuat langkah bijak dan terawal.  Dari itu mulakan persediaan awal untuk peperiksaan yang bakal menjelma. Kelebihan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: DAPAT ULANGKAJI SECARA BERPERINGKAT Pada permulaan anak pertama masuk darjah 2 saya  berpendapat tak mengapa tak ulangkaji awalpun walaupun anak-anak masih di peringkat  tahap 1.  Saya beranggapan silibus adalah senang dan mudah untuk dikuasai tanpa melihat silibus terkini sekolah.  Apabila Kakak Widaad mendapat keputusan akhir peperiksaan akhir tahun darjah 2, saya terperanjat gila.  Subjek Matematik kakak telah jatuh merudum dari A kepada D.  Saya berasa malu yang amat sangat.  Di mana silapnya.  Dari situ saya mula melihat silibus terkini untuk subjek Matematik darjah 2.  Rupa-rupanya sudah ada topik darab dan bahagi diperingkat tersebut. Sejak itu bermula awal tahun darjah 3 berikutnya, saya mula membuat latih tubi secara berperingkat-peringkat untuk dara