Showing posts with label CATATAN HARIAN. Show all posts
Showing posts with label CATATAN HARIAN. Show all posts

Sunday, 31 October 2021

PENGAMBILAN PELAJAR BARU KELAS ONLINE SECARA PERSONEL MEMBACA BM

Pengambilan pelajar baru untuk sessi November diteruskan.Berbaki 5 tempat lagi. Kelas secara personel untuk asas membaca Bahasa Malaysia. Kepada anak-anak yang berkeperluan khas dan kronik sahaja dalam membaca. Call saya sekarang untuk booking slot.

01135162988

Sunday, 12 September 2021

GENAP 43 TAHUN HARI INI

 Hari ini genap 43 tahun umur saya. Alhamdulillah Allah SWT masih beri nafas dan peluang untuk meneruskan kehidupan. Ya dari segi kerjaya saya hanyalah insan biasa. Sejak kelahiran anak kedua saya pada 2009 saya telah memilih untuk bekerja sendiri. Memberi laluan untuk berdikari dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan anak-anak.

Kerjaya suami saya sebagai kontraktor yang tidak tentu masa dan urusan politik beliau juga antara faktor yang menyebabkan saya memilih untuk bekerja sendiri. Anak-anak di depan mata dan semua urusan lebih mudah untuk saya selesaikan.


Bermula 2018 juga  saya mula bekerja sepenuh masa dari rumah. Sudah hampir 4 tahun rupanya. Pandemik Covid 19 yang berlaku telah menukar cara semua orang bekerja. Termasuk juga saya. Segala urusan semuanya bertukar kepada bentuk digital. Kelas dalam talian melalui zoom dan google meet juga sedikit sebanyak membantu dalam proses tranformasi negara kepada era digital.


Tak dinafikan ada kebaikan dan keburukkan. Kita ambil yang jernih dan buang yang keruh. Ambil yang murni-murni sahaja. Selagi kita fokus kepada masalah ianya tak akan sampai ke mana. Fokus kepada penyelesaian. Iya penyelesaian yang tepat.

Ibu bapa masa kini ramai yang rasa risau begitu juga saya yang mana memikirkan bagaimana laluan kerjaya untuk anak-anak pada masa akan datang. Di bawah ini beberapa idea laluan kerjaya yang saya fikirkan sesuai untuk dijadikan panduan buat anak-anak yang berminat dalam bidang  Sastera khususnya dalam subjek Bahasa Malaysia.

Saya pecahkan kepada 3 bahagian.

Kepakaran hasil dari membaca,menulis dan mengajar.


MEMBACA

Proof reader

Editor

Review buku



MENULIS

Penulis buku

Penulis ebook

Penulis upahan

Pengedar ebook affiliate

Pengedar buku digital

Pengedar website tuition online Ilearnace

( www.ilearnace.com)



MENGAJAR

Pensyarah

Guru

Guru tuisyen primary school

Guru Tuisyen Bahasa Malaysia

Guru Tuisyen Asas Membaca Bahasa Malaysia

Guru Tuisyen Perbualan Bahasa Malaysia

Tutor 

Coach reader


Mungkin anda pembaca ada lagi idea yang mahu dimasukkan dalam senarai di atas. Jika kalian berkelapangan bolehlah tambah dibahagian komen ye. Saya sangat mengalu-alukan komen anda supaya kita akan dapat kembangkan lagi idea perkongsian ini.


Sekian saja catatan saya untuk kali ini.

Berjumpa lagi di lain masa. Terima kasih untuk ucapan selamat hari lahir dari kawan-kawan semua. Semoga hidup kita semua akan lebih diberkati dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT selalu.

Salam sayang.

Tuesday, 7 September 2021

BIASISWA SEKOLAH MENENGAH UNTUK TINGKATAN 6 RENDAH 2021

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) RM600 Buat Tingkatan 6 Rendah di bawah Yayasan Pahang.

.

Pelajar Tingkatan 6 Rendah tahun 2021 di SMK/ SMKA/ SMA boleh mohon Biasiswa Sekolah Menengah yang ditawarkan dan terima:

📌Kadar biasiswa: RM600

.

Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan Pejabat Adun selewat-lewatnya pada 17 September 2021.

.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut di sini.


📲 https://edubestari.com/biasiswa-sekolah-menengah-yp/

TARIKH BARU UJIAN PENILAIAN UPKK 2021

 Ujian Penilaian Kelas KAFA ditangguh.

Semak Tarikh Baru UPKK Tahun 2021 Di Sini.

Calon UPKK tahun 2020 dan 2021 yang ambil ujian pada tahun ini diminta cakna dengan tarikh baru penangguhan UPKK yang dimaklumkan.

.

Penangguhan ini adalah melibatkan ujian yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober ini.

.

Semak tarikh baru ujian bertulis UPKK di sini.


📲 https://edubestari.com/penangguhan-upkk/

Sunday, 1 August 2021

BERIKAN KEBEBASAN DAN PERCAYALAH


Pagi tadi selesai kelas bermasa seorang pelajar pra saya. Status ADHD. Setelah hampir sebulan saya menangguhkan kelas atas faktor kesihatan. Ceria dan steady saja saya tengok anak murid saya tu. Ikut dan follow rapat satu demi satu apa yang saya ajar.Alhamdulillah, setakat ni prestasi semakin baik.


Sudah masuk fasa untuk mengenal suku kata mudah dengan menggunakan dua suku kata. Saya percaya dengan disiplin dan komitmen yang tinggi, beliau akan dapat menamatkan kelas dengan jayanya pada penghujung tahun ini.


Ibunya tadi baru menyuarakan rasa keresahan. Jadual PDPR telah bertukar dan diinjak masanya hingga jam 12.00 tengahhari. Bagaimana cara nak kawal anak sambil-sambil tu menguruskan rumah.


Saya katakan padanya begini. Tak mengapa untuk permulaan ini. Kawal dan kontrol sahaja. Lama kelamaan anak akan dapat ikut sessi kelas. Benar buat pertama kalinya untuk ibu-ibu muda proses menemankan anak belajar suatu perkara yang memenatkan. Tapi lama kelamaan anak akan belajar cara teknikal bagaimana untuk mengikuti kelas sama ada melalui Google meet,zoom mahupun di group wassup. Bermula dengan mendengar dan membaca arahan. Kemudian diikuti dengan salin dan tampal kehadiran di ruangan group whatsapp mengikut turutan pelajar yang lain.


Kerja-kerja kemahiran belajar dari sudut teknikal ini mengambil masa yang agak panjang. Tapi percayalah dengan keyakinan dan kebebasan yang ibu bapa beri, lama kelamaan anak-anak akan kalis dengan masalah tersebut. Ianya sama seperti satu tabiat dalam sesebuah organisasi. 


Sesuatu perkara yang sukar jika dijadikan habit lama kelamaan ia akan menjadi mudah. Begitulah apa yang pernah saya belajar dulu dalam subjek Gelagat Organisasi semasa di UUM dulu. Sudah hampir 20 tahun berlalu. Tapi ilmu tu masih tersimpan kemas dalam lipatan minda ini.

Thursday, 11 January 2018

JAGA KESIHATAN

Hari ini sedikit terkesan. Anak saya Widaad tahun 5 tak hadir ke sekolah. Batuk dan lelah. Entah kenapa. Semalam makan banyak sangat durian Musang King. Hari ni saya dan suami tak benarkan ke sekolah. Minta rehat sahaja di rumah.

Namun yang sentap kat dada ummi bila anak cakap nak datang sekolah juga sebab tahun ni nak skor kehadiran penuh. Mahu pergi kelas Bahasa Melayu dulu kemudian baru minta dengan cikgu nak balik ke rumah. Sempat lagi panjang akal anak ummi ni...Alahai anak.

Apa pun semoga cepat sembuh anak ummi.

Untuk anak-anak yang lain jaga kesihatan. Musim hujan ni demam,selsema dan batuk silih berganti. Terlepas kelas sangat merugikan.

 Menuntut ilmu harus berguru.Terus berdepan dengan guru itu adalah paling bagus. Mudah faham. Tak faham boleh bertanya terus. 

Jangan disimpan esok dan esok. Cikgu suka sangat kalau anak murid suka bertanya. Lagi cepat pandai. Lagi cepat faham. 

Okey jumpa lagi nanti. Jaga kesihatan ye!

Wednesday, 10 January 2018

SELAMAT DATANG 2018

 Tahun Baru datang lagi.
10 hari telah berlalu.
 Walaupun catatan ini agak lambat saya titipkan di blog ini namun rasanya masih belum terlambat untuk saya mencoretkan sesuatu yang tidak seberapa ini.

Ya, tahun 2018 ianya seakan memberi sinar dan semangat baru. Melihat perkembangan anak-anak buah terkini, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T.  Walaupun kebanyakannya dari kalangan pelajar slow leaner namun prestasi mereka lebih fokus dalam kelas itu yang memberi kepuasan kepada saya.

Sungguh letih dan jerih sentiasa bermain di kala kelas berjalan kerana pelajar sebegini memerlukan kawalan dan fokus yang lebih berbanding pelajar kategori "laju". Kepada Allah S.W.T juga saya memohon agar dipermudahkan anak-anak kategori ini untuk berjaya sama seperti orang lain. Bukan sanjungan yang didambakan tetapi cukup untuk melihat peningkatan prestasi anak-anak yang ketinggalan dalam pelajaran ini terus maju ke hadapan.

Kepada ibu bapa, teruskan memberi sokongan tanpa henti untuk anak-anak ini. Fokus saya kini adalah untuk melihat semua anak-anak Malaysia mampu meraih kejayaan sama rata kerana kejayaana itu milik semua insan yang tidak mengenal erti putus asa. Berbekalkan kegigihan, insyaallah saya melihat dunia anak-anak ini cerah secerah mentari di pagi hari. Mengharumlah kalian dipersada dunia dengan kekuatan dan kelebihan yang dimiliki.

Salam Sayang dari saya,

Catatan 11 hb Januari 2018

Tuesday, 26 September 2017

CERITA TENTANG PELAJAR DAN SIFIR

64/100
Teks:Niyda
Foto: Google



Pisang galla.  Ini sinonim dengan makanan orang Kelantan.  Saya tidak tahu nama pisang ini disebut di negeri lain.  Alhamdulillah malam semalam dapat menikmati acar pisang galla di rumah bapa mentua.  Hasil belian dari biras saya.  Dapatlah merasa.  Menggamit kenangan sekitar zaman 90an di mana ketika itu masih di sekolah menengah di Kelantan.  Enaknya masih terasa.  Manisnya kenangan pun turut sama berlari-lari dalam ruang lingkup sejarah cinta monyet.  Ha..Ha..simbolik bukan!

Nah hari ini nak cerita tentang prestasi pelajar tuisyen saya.  Kelas hari ini seperti biasa.  Cikgu Ida saya tugaskan untuk membantu bahagian yang agak berat sikit hari ini.  Iaitu fokus kepada menilai prestasi hafalan sifir setiap pelajar untuk tahap 1.  Pelajar paling lemah dalam kelas Nafis.  Pelajar ini saya kira mempunyai tahap penguasaan yang sangat lemah dalam matematik.  Dari segi menangkap maklumat juga turut sama. 

Pada peringkat awal kelas dulu suka termenung dalam kelas dan agak pasif dalam membuat latihan dalam kelas.  Oleh kerana beliau dalam kategori pelajar yang sangat lemah, saya fokus sedikit untuk beliau.  Alhamdulillah, dengan bantuan Allah S.W.T tabiat suka temenung dan lambat dalam membuat kerja telah dapat dikikis hampir 90%.

Sebenarnya bagi saya ini adalah berkenaan dengan tabiat.  Tabiat di sekolah dan di rumah.  Apabila di dalam kelas guru tidak memberi penumpuan, maka dengan mudahnya pelajar kategori sebegini mencari peluang untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan contohnya berbual-bual dengan rakan lain di sebelah dan sebagainya.  Pantang alpa sedikit.  Maka panjanglah bualan mereka.  Saya kira percubaan saya berhasil dengan membuatkan pelajar cepat menyiapkan latihan maka ganjarannya mereka diberi rehat yang lama sedikit berbanding dengan rakan-rakan yang lain dan bebas untuk membuat aktiviti lain asal sahaja tidak menganggu rakan-rakan yang lain.

Begitu juga di rumah.  Ibu-ibu cuba berikan sedikit masa lebih kurang 15 minit untuk memantau aktiviti dan latihan di dalam buku anak-anak.  Sekurang-kurangnya kalau tidak tahu untuk mengajar, cukup sekadar menjadi peneman anak-anak di ketika itu.  Anak-anak perlukan sokongan dan dokongan dari segi sokongan moral dan jiwa beserta mental yang kuat dalam menghadapi cabaran hari ini.  Ketirisan dalam memberi sokongan moral ini akan memberikan lompong-lompong kepada anak-anak ini untuk mudah menjadi lemah dan tidak dapat berdikari.

Dalam pada itu untuk lebih mudah, saranan saya ibu-ibu boleh dapatkan aplikasi Ilearnace.  Aplikasi ini memberikan keseronokkan kepada para pelajar contohnya apabila selesai membuat latih tubi dalam pembelajaran matematik contohnya, pelajar akan dapat ganjaran melalui permainan yang disediakan.  Sekurang-kurangnya ia memberi batu loncatan kepada peningkatan motivasi para pelajar khasnya. 

Untuk lebih mudah, ibu-ibu boleh serach www.ilearnace.com untuk mendapatkan kemudahan akses secara percuma selama seminggu untuk penggunaan percubaan tersebut.  Setelah selesai mencuba maka jika ibu-ibu berminat untuk mendapatkan akses selama satu tahun, ibu-ibu boleh hubungi saya melalui email berikut: chehasnidahamid@gmail.com .  Semoga serba sedikit perkongsian pada kali ini memberi inspirasi kepada semua ibu-ibu bagaimana untuk membantu anak-anak mereka.  Ingatlah sedikit bagi ibu tapi besar ertinya untuk anak-anak.  Pegang erat kata-kata ini.  Semoga Allah memberkati kalian semua.  Insyaallah.  Amin


Monday, 18 September 2017

KAITAN SOLAT, AKHLAK DAN PELAJAR CEMERLANG


56/100
Teks:Niyda
Foto: Google

Sudah seminggu juga saya tidak menulis.  Hati sentiasa berfikir ligat.  Mengapa dan apa punca anak-anak seawall usia 11 tahun hingga 18 tahun boleh terlibat dengan punca kebakaran tersebut.  Dek kerana amarah dan dendam membara nyawa manusia jadi taruhan.

Saya tidak mahu membincangkan tentang mengapa gerigi besi dipasang di Pusat Tahfiz itu.  Pastinya itu adalah untuk keselamatan anak-anak Tahfiz itu.  Apa yang ingin saya fokuskan di sini ialah di mana akhlak anak-anak zaman sekarang.  Di mana perginya tanggungjawab ibubapa.  Sudah tidak tahu merotan anakkah apabila mereka pulang lewat ke rumah?  Atau sudah tidak mahu ambil pusing ke mana anak mereka pergi sehingga ke pagi hari?

Allahhuakbar! Tuan-tuan dan puan-puan.  Anak itu tanggungjawab kita.  Selagi ia berada di bawah pengawasan dan jagaan  kita, jangan pernah putus asa menasihati dan menasihati.  Penat?  Memang penat tuan puan puan.  Mana mungkin untuk mendapat permata yang mahal itu dengan harga yang murah.  Pastinya permata yang mahal itu sukar untuk mendapatkannya.  Perlukan kekuatan mental.

Hari ini bila kita nak lihat bagaimana anak-anak kita. Lihat ibubapanya.  Pepatah Melayu ada berkata, bapa borek anak rintik.  Masih boleh diguna pakaikan  pepatah ini tuan puan.  Sedih dan pilu apabila mengenangkan situasi ini.  Apabila kita lihat ibubapa mereka pula  kita lihat pula masyarakatnya dan apabila kita lihat masyarakatnya kita lihat pula pemimpin.  Inilah cerminan dan gambaran masa depan kita sebenarnya.  Sedang menuju ke ambang kejatuhan.

Saya menyeru untuk penulisan ke sekian kalinya ini tuan puan.  Mari jaga solat anak-anak kita.  Pesanan ini untuk diri sendiri dan ingatan peribadi saya juga.  Anak-anak yang hendak kita didik ini biarlah cemerlang akademiknya seiring dengan cemerlangnya akhlak dan sahsiahnya.  Didik anak-anak kita supaya jaga solat walau di mana.  Sungguh iman itu tak dapat diwarisi.  Namun sekurang-kurangnya didikan yang berterusan itu mampu memasakkan dalam fikiran dan jiwa anak-anak kita mengapa perlunya solat.  Solat tiang agama.  Tiada solat maka hancurlah generasi kita akan datang.

Dalam pada itu juga pasakkan dalam minda mereka pentingnya tanggungjawab kendiri.  Tanggungjawab untuk diri sendiri yang utama itu akan berbalik kepada jaga solat.  Apabila tanggungjawab untuk solat ada ,maka sudah pasti akan timbul jati diri.  Jati diri inilah yang akan membuahkan kemenjadian murid.  Iaitu murid sudah tahu fokus hidup dan ada sasaran untuk ke akhirat.  Maka yang lahir nanti pastinya anak-anak yang jiwanya teguh,sukar dituntas  dan dipintas dengan anasir-anasir jahat.  Akhlak anak-anak akan lebih terjaga dengan sendirinya.  Di sinilah pentingnya asas solat.

Oleh itu dalam panduan tuisyen kali ini, suka saya ingin mengingatkan kalian di luar sana, memang kita inginkan anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan tetapi biarlah cemerlangnya dan cerdiknya itu bertempat.  Biarlah kepandaiannya itu boleh membawa kebaikan kepada ummah sejagat.  Biarlah kepandaiannya itu membawa seribu rahmat untuk alam.  Semoga Allah terus memberi hidayah dan memperbetulkan niat kita dalam mendidik anak-anak kita menjadi insan yang cemerlang dan terbilang dunia dan akhirat. 

Rahmah Allah jua di mana-mana.  Pasti ada hikmahnya.
Sekian.





Tuesday, 12 September 2017

CATATAN BERSAMA GURU VETERAN TABIKA


53/100
Teks:Niyda
Foto: Koleksi peribadi


Hari ini saya mengikuti program Mengeteh Merdeka anjuran KEMAS Benta di Sekolah Tabika Benta.  Penyertaan kali ini adalah bergabung bersama Sekolah Tabika Kg Sama.  Pagi-pagi lagi abi sudah hantar anak-anak ke sekolah.  Saya yang masih di rumah ambil peluang jemur kain dulu di ampaian rumah.  Usai selesai menyidai terus bergerak ke sekolah Tabika Benta.

Sampai sahaja di sekolah, saya lihat ramai yang dah tiba.  Tak ramai ibubapa yang turut hadir.  Mungkin kerana hari ini hari bekerja, ramailah yang tak dapat hadir bersama.  Namun hasil gabungan dua buah sekolah ini saya nampak ada sedikit meriahnya berbanding dibuat di satu sahaja sekolah.  Anak-anak akan dapat lebih persaingan di sini.

Selesai sessi nyanyian lagu Negaraku, lagu  31 Ogos anak-anak terus bergerak dengan sessi pertandingan mewarna pula. Sementara itu kami ibu bapa yang ada dijamu dengan nasi lemak, kek hari merdeka dan kuih muih yang lain.  Rezeki hari ini.  Alhamdulillah.  Selesai makan saya terus pulang .  Ada kerja yang perlu diselesaikan.  Namun saya datang semula lebih kurang jam 11.40 pagi untuk mengambil Wafirah pulang.

Di ketika inilah saya berpeluang berbual-bual secara santai dengan guru veteran sekolah ini.  Bakal bersara pada tahun depan.  Saya korek cerita pengalaman beliau sepanjang mengajar anak-anak Tabika ini.  Banyak yang dikongsikan kepada saya.  Antara yang diuatarakan dan harapan beliau ialah:

  1. Pelajar Tabika berumur 4 tahun beliau mengharapkan pelajar ini sudah boleh membaca ABC di awal tahun pembelajaran.
  2. Pelajar berumur 5 tahun pula  di aras boleh membaca suku kata pada awal tahun.
  3. Pelajar berumur 6 tahun sudah boleh membaca ketika berumur 6 tahun.

Maka pada hemat saya latih tubi di rumah amat diperlukan di ketika peringkat 2 tahun hingga 3 tahun bagi memastikan anak-anak ini dapat mencapai aras oleh sistem pendidikan sekarang.

Kebanyakkan ibubapa pada hari ini tidak tahu atau tidak sedar tentang keperluan sistem pendidikan kini.  Perubahan demi perubahan amat cepat dan sentiasa berjalan dan bertali arus.  Jika tidak ada bantuan di rumah, maka agak mustahil anak-anak ini mencapai target Jabatan pendidikan.

Begitu juga dengan kisah pelajar tuisyen saya sebelum ini yang pernah saya ceritakan sebelum ini.  Sudah masuk darjah 3 namun masih belum pandai membaca.  Ini agak ketinggalan jauh.  Bayangkan bagaimana beliau mahu menjawab soalan berbentuk kefahaman teks.  Agak mustahil bukan? Menjawab soalan perlukan kemahiran membaca dan menangkap maksud cerita yang dibaca.  Di sini ibubapa perlu main peranan.  Latih tubi dan latih tubi di rumah.  Bantu selagi dapat.  Bantu selagi boleh.

Selain dari itu guru ini sempat juga berkongsi kebanyakkan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah adalah dalam keadaan “kosong”maksudnya tiada apa-apa.  Beliau mengharapkan ibubapa masa kini berubah 360 darjah dengan sekurang-kurangnya anak-anak yang dihantar ke sekolah sudah boleh membaca ABC agar proses pembelajaran anak-anak lebih “laju” disekolah.


Sekian sahaja entry untuk kali ini.  Berjumpa lagi dilain waktu.  Semoga anak-anak kita terus cemerlang dunia akhirat.  Amin.

Tuesday, 5 September 2017

ULASAN PENULISAN DARI MAJALAH WANITA

Entry : 50/100
Teks:Niyda
Foto:Google


Minggu lepas saya bawa anak-anak buah ke perpustakaan Raub.  Kelas santai-santai di sana.  Minggu cuti sempena cuti sekolah dan raya haji.  Agak menyeronokkan juga.  Dapatlah mereka mendaftar sebagai ahli perpustakaan.  Melihatkan mereka seronok di sana hati saya jadi puas. Sengaja saya dedahkan kepada anak-anak ini agar seronok belajar dengan buku-buku yang menarik.  Tidaklah terlalu terikat sangat dengan buku-buku sekolah.

Usai siap memberi penerangan tentang buku yang dibaca kepada anak-anak murid, saya ketingkat atas perpustakaan.  Macam biasa, saya mencari sesuatu yang agak berbeza sedikit.  Mana tahu ada rezeki ilmu baru.  Ilmu pun rezeki juga. 

Alhamdulillah, terpandang majalah wanita.  Saya bawa turun ke tingkat bawah semula.  Sambil belek-belek buku itu sambil itu juga saya memerhati anak buah yang sedang rancak bermain dengan permainan yang ada disitu.  Lega rasa.  Setelah melihat helai demi helaian, tiba-tiba saya terjumpa bahagian ulasan tentang penulisan.  Berikut saya kongsikan di sini pula ulasan ringkasan penulisan tersebut:

     1. Penulisan bercorak keibubapaan menjadi trend sekarang ini.  Orang ramai lebih berminat  kepada penulisan yang menyentuh tentang bagaimana mengajar anak-anak di rumah  khususnya bab belajar,mendidik anak-anak di rumah serta penjagaan kesihatan anak-     anak.

    2.Penulisan juga berfokus kelompok sasaran yang diinginkan.  Contohnya blog saya sendiri menyentuh tentang bab panduan tuisyen di rumah, maka seharusnya cuba jangan lari dari fokus trek ini supaya kita dapat mengumpul kelompok sasaran kita. 
3.    Penulis juga tak perlu takut cerita tentang perihal kehidupan orang kampung.  Kunci sasaran sekarang ini ialah untuk memperkasakan golongan sasaran.  Maka edaran akan lebih tinggi. 

4.    Lakukan tinjauan kepada pembaca yang setia, dapatkan data dan maklum balas daripada mereka.

5.    Penulis perlu ada identiti.  Tidak menulis dengan mencampur adukkan pelbagai bahan yang hendak dikeluarkan.

6.    Promosi sebagai penulis perlu kreatif .  Maklumlah zaman sekarang ini saingan sangat tinggi.  Penulisan di blog mencecah ratusan malah jutaan.  Maka sebagai penulis perlu bijak mencari ruang untuk mempromosikan hasil kreativiti mereka.

7.    Sebagai cadangan penambahbaikkan penulis boleh bercerita tentang sejarah sekolah atau asrama.  Peristiwa-peristiwa yang yang menarik hati contohnya. sejarah tempat yang pernah mereka tinggal.
8.     Ia amat dekat dengan hati pembaca dan sangat elok dikongsikan secara kreatif.

9.    Pengisian perlu dekat dengan hati dan jiwa pembaca contonhnya
10. Penulisan perlu cantik dari segi layout.

11. Artikel jangan terlalu berat dan padat. Pembaca hanya mahu membaca artikel yang berbentuk santai-santai sahaja.

12. Cari konsep dan pengisian yang pembaca mahu baca.

13. Cari sesuatu yang segar dan gabungkan dengan pengisian yang lama.  Ini boleh memperkukuhkan pengisian yang terkini.

Begitulah serba sedikit ulasan ringkas yang dapat saya sisipkan untuk entry kali ini.  Semoga sahabat-sahabat yang berada dalam bidang penulisan akan mendapat sedikit intipati dan manfaat dari entry kali ini.  Saya doakan semoga kalian sentiasa berusaha gigih menulis.  Menulis dari hati anda maka yang sampai juga akan terus ke hati mereka.  Insyaallah.  Sekian.






CUTI SEKOLAH DAH TIBA


Entry 47/100
Teks:Niyda
Foto:Google


Cuti sekolah sudah pun bermula.  Anak-anak sudah dimaklumkan awal-awal.  Cuti raya haji kali ini agak panjang kerana bersambung dengan cuti raya haji.  Jadi ini satu bonus untuk anak-anak berjalan setelah berhempas pulas dengan diari harian sekolah.  Lagipun raya kali ini serentak dengan majlis kahwin adik bongsu saya.  Jadi program majlis kahwin adik saya sudah termasuk dalam senarai cuti-cuti Malaysia kerana majlis akan dibuat di Batu Pahat Johor.  Dapatlah kami merasa suasana raya di Johor pula.

Kali ini saya ambil pendekatan yang agak ekstrim sikit.  Balik Keratong dahulu kemudian baru ke Batu Pahat, singgah di Kuantan seterusnya baru pulang ke Benta semula.  Perjalanan dari Kuala Lipis ke Segamat mengambil masa yang agak panjang.  Pada malam selasa jam 11.30 malam kami sudah pun bergerak ke stesyen keretapi Kuala Lipis.  Tiket keretapi jam 1.15 pagi.  Kami turun awal supaya senang nanti nak minum atau nak ke tandas.  Tidaklah tergesa-gesa seperti sebelum ini.  Abi tak ikut sekali kerana ada urusan yang belum selesai.  Maka saya 4 beranak sahajalah yang akan menaiki keretapi pada pagi ini.

Pengalaman naik keretapi sewaktu saya di alam sekolah menengah dahulu berbagai ragam.  Pernah beg saya hilang.  Pernah juga saya duduk dilaluan tengah dan tidur kerana keretapi terlalu penuh.  Kadang-kadang pernah juga asap hitam menerpa masuk maka habislah muka dan tudung saya kena habuk asap keretapi.  Semua itu tinggal kenangan.  Kini saya bawa anak-anak pula merasai pengalaman naik keretapi.  Saya harap mereka gembira.

Berbalik kepada cerita saya tadi, akhirnya kami dimaklumkan keretapi sampai lewat kerana ada kerosakkan.  Lewat dua jam.  Maka pukul 3.00 pagilah jawabnya saya dan anak-anak dapat berlepas.  Saya lihat suami tenang sahaja.  Kami tunggu hingga keretapi sampai.  Mujurlah ada tempat duduk untuk mereka baring dan tidur.  Selimut dan baju sejuk jadi pengalas.  Kesian pun ada.  Dalam hati berkata, tak mengapalah.  Bukan senang nak seronokkan. Hahaha…Alahai anakku.

Tepat jam 3.30 pagi keretapi yang ditunggu pun tiba.  Apalagi setelah digerak awal 15 minit.  Berteriak sakanlah mereka.  Seronok naik keretapi.  Suami hantar sampailah ke dalam keretapi.  Mahu pastikan kami duduk di tempat yang betul.  Widaad apa lagi terus panjat katil atas.  Sementara Wani dan saya masing-masing dibawah saling berhadapan.  Wafirah pula tetaplah dengan saya.  Girangnya tak terkata sepanjang perjalanan.  Walaupun gelap sahaja.  Awal pagi.  Tak nampak apa.  Selang sejam kemudian.  Semua dah masuk tidur.  Alhamdulillah.
  Saya bangun  seawal 5.30 pagi.  Bangun untuk solat subuh.  Dalam keadaan pening-pening solat di atas katil sambil duduk. Kelakar pun ada.  Anak-anak bangun jam 8 pagi.  Kelihatannya sudah cerah.  Sudah boleh nampak pemandangan kiri dan kanan.  Macam kebun ulu Atok jer Wafirah kata.  Saya tersenyum sendirian.  Memanglah adik.  Kadang-kadang pemandangan  penuh dengan pokok mengingatkan kebun Aki di Ulu Atok.  Sambil layan Wafirah, Si Widaad capai telefon saya.  Buat latih tubi Ilearnace dengan menggunakan Sabadi online.  Bagus juga benda alah ni.  Di mana-mana pun boleh belajar.  Masa tak de line pun boleh.  Saya lega.  Berbaloi-baloi RM 350 ummi bayar aplikasi ni untuk kakak.  Tak perlu dah kakak Widaad bawa buku masa berjalan-jalan. 

Saya fikir untuk anda yang diluar sana pun begitu.  Usah berkira kalau nak beli sesuatu untuk memudahkan anak-anak kita.  Cuba dan rasai dulu.  Zaman sudah berubah banyak benar.  Kalau kita bergerak perlahan.  Anak-anak akan ketinggalan.  Bagi yang berminat dengan pakej aplikasi online sasbadi ini boleh hubungi saya ye.  Sekian dahulu entry untuk kali ini.  Semoga berjumpa lagi.  Selamat Bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.




Tuesday, 22 August 2017

ULASAN KELAS ASAS PENULISAN BLOG BERSAMA KAK MASAYU AHMAD

Entry: 44/44


Teks: Niyda
Foto: Google

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya dapat jua saya menyiapkan 44 entry untuk sessi latihan kelas asas menulis blog bersama kakakku yang budiman Kak Masayu Ahamd.  Entry ringkas yang terhasil ini adalah hadiah saya buat pembaca bagi percubaan pertama saya menulis dalam blog.  Semoga ianya memberi manfaat kepada kalian semua. 

Banyak perkara yang saya belajar sepanjang kelas ini berlangsung.  Walaupun kelas berlangsung hanya menggunakan group wassup dan FB group namun ianya sangat membantu saya dalam menghasilkan blog yang ringkas ini.  Memandu saya mana yang betul dan mana yang salah.  Rupanya banyak lagi perkara baru yang harus saya belajar.  Semoga diberi peluang lagi untuk entry akan datang.  Baiklah di sini saya titipkan beberapa perkara yang saya belajar hasil dari kelas asas penulisan blog ini.  Semoga ianya menjadi inspirasi dan panduan untuk kalian diluar juga.

MENULIS DARI HATI

Apa yang saya pelajari sepanjang kelas ini ialah belajar menulis dari hati.  Usah terikut-ikut dengan cara orang lain.  Bina konten sendiri walaupun idea diperolehi dari orang lain. Cuba sampaikan dengan cara dan  rasa kita sendiri.  Setiap orang mempunyai kehidupan yang tersendiri.  Luahkannya dalam bentuk penceritaan mengikut gaya cerita kita.  Insyaallah rasa itu akan sampai dan dekat dihati pembaca.

MENULIS DENGAN BERCERITA

Dalam pada itu juga saya banyak belajar dari Kak Masayu bagaimana menulis perlu dengan memulakan dengan cerita.  Cerita-cerita yang kita garap, masukkan dalam permulaan konten.  Gabungkan dengan idea yang kita tampilkan.  Berikan kesegaran dengan nafas baru, insyaallah ianya akan mudah sampai kepada hati pembaca kerana pembaca biasanya akan suka kepada bentuk-bentuk cerita.

MENULIS MENGGUNAKAN TAHAP  KUALITI BAHASA MALAYSIA

Selain dari itu juga saya belajar bagaimana di dalam blog penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya sangat penting.  Ini demi meletakkan penulisan di blog kita nampak cantik dan tersusun dari segi laras bahasa yang digunakan.  Ia juga mencerminkan keprihatinan penulis dalam menggarap isi dan bahan yang ingin disampaikan secara berhemah dan berhati-hati.

MENULIS PERLU ADA PERANCANGAN BAHAN YANG TERSUSUN

Menulis juga perlu ada perancangan.  Dari pokok utama konten supaya tajuk-tajuk yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak lari dari tajuk utama blog.  Ianya memandu saya supaya lebih menerokai tajuk-tajuk yang kecil pula di mana ianya lebih dekat dengan hati pembaca.


MENULIS PERLU FOKUS KEPADA TOPIK YANG YANG INGIN DIKEMBANGKAN

Menulis juga perlukan fokus.  Fokus dalam mencari topik-topik yang berkaitan dengan tajuk asal blog.  Ia juga membantu kita mencari topik-topik yang dekat dihati pembaca.  Melalui statistik blog, saya dapat mengenalpasti topik yang menjadi kegemaran pembaca.  Di situ akan menjadi tanda aras untuk saya mengembangkan lagi tajuk yang sering menjadi perhatian pembaca.

MENULIS PERLU ADA GURU

Pada pendapat saya menulis ini perlu ada guru.  Berguru dengan orang yang lebih pakar agar penulisan kita menjadi lebih baik, lebih tersusun dan lebih dekat dihati pembaca.  Guru umpama jauhari.  Gurulah yang mengenali anak muridnya.  Gurulah yang akan memandu anak muridnya bagaimana untuk terus maju ke hadapan.

MENULIS TIDAK PERLU TERPENGARUH DENGAN CARA ORANG LAIN

Bagi saya bab ini yang paling penting.  Menulis tidak perlu terpengaruh dengan cara penulisan orang lain.  Serlahkanlah penulisan kita dengan gaya dan bahasa kita sendiri.  Serlahkanlah dengan cerita kita sendiri.  Tidak perlu terikut-ikut dengan orang lain.  Di situ akan membezakan kita dengan orang lain.  Jadikan diri anda seorang yang unik.

MENULIS PERLU DENGAN HATI YANG LAPANG DAN TENANG

Akhir sekali, sebagai penulis.  Ambil masa untuk bertenang.  Lapangkan fikiran.  Jika letih atau penat, berehatlah seketika.  Hela nafas panjang-panjang.  Idea akan datang mencurah-curah.  Insyaallah.  Mohonlah kepada Allah S.W.T agar diberikan ketenangan hati.  Semoga dengan asbab tenangnya hati itu, dapatlah kita berkongsi pengalaman dan pembelajaran  kita dengan pembaca.

Semoga Allah S.W.T memberkati Kak Masayu dan kalian semua.  Didoakan berjumpa lagi di cacatan akan datang.  Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 dan selamat menyambut Aildiladha.

Sekian, Salam sayang dari saya.
Terima Kasih.




Wednesday, 16 August 2017

DI MANA NAK BELI KOSTUM?

Entry: 38/44

Teks:  Niyda
Foto: Google

Berbalik semula kepada hari semalam. Saya belajar banyak perkara tentang kelemahan-kelemahan persembahan bakat semalam.  Syukur kerana diberi kesempatan dan peluang awal untuk Wafirah.  Ini menjadi titik tolak kepada perkembangan Wafirah yang seterusnya.

Selesai majlis persembahan bakat semalam, saya terus ke kedai D.I.Y Kuala Lipis.  Dalam hati berkata, kat sini mungkin ada kostum yang kami perlukan untuk persembahan Wafirah untuk akan datang.  Jalan-jalan dalam kedai D.I.Y akhirnya kakak menjerit.  “Ummi! Kakak dah jumpa ni!”.  Saya pun teruslah ke satu sudut.  Ya memang banyak kostum kat situ.  Dari corak kumbang merah hinggalah ke kostum rama-rama.  Memang seronok duk kat situ lama-lama.  Macam-macam boleh dapat.  Harga kostum pun taklah mahal sangat.  RM 6.90 dah pun dapat kepak kumbang merah tu sekali dengan skaf rambut kumbang dan tongkat saktinya.  Apa lagi.  Suka sangatlah Wafirah.  Dalam hati saya berkata.  Ini ummi bagi hadiah untuk Wafirah sempena keberanian dia tampil membuat persembahan tadi.  Kesian juga tunggu lama-lama.  Tapi tak dapat nombor.  Jadi hadiah ni reward untuk Wafirah dari ummi atas komitmen tengahhari tadi.

Berikut adalah gambar kostum yang dibeli semalam.  Mungkin kalau Google boleh jumpa lagi kostum pelbagai rupa.  Ibu-ibu hanya nak kena pandai cari.  Semuanya berkenaan dengan kreativiti. 
Teruslah melangkah anakku setinggi awan.  Capai segala impianmu.  Dunia ni ada banyak pilihan.  Jika kamu rajin berusaha dan beri komitmen sepenuhnya.  Segala usahamu akan berbalas akhirnya. Ummi dan abi akan sentiasa menyokongmu tak kira rebah setara mana.  Kami sentiasa disisimu.  Semoga kamu menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.  Aminnn…

Sekian coretan untuk kali ini.  Berjumpa lagi dilain entry.  Salam Sayang!

Teks: Niyda

PROGRAM BAKAT CILIK

37/44
Teks:  Niyda
Foto:  Koleksi peribadi




Hari ini agak kalut sedikit.  Selepas meninggalkan baju Wafirah kepada cikgu Syikin.  Aku ke Pusat Internet menyelesaikan entry yang seterusnya.  Dapatlah siapkan 4 entry pagi tadi untuk blog.  Tinggalah lagi 10 entry untuk dihabiskan untuk sessi latihan dengan kak Masayu Ahmad. 

Setelah jam 1.30 tengahhari aku dan Wani terus ambil kakak Widaad.  Maklumlah tahun 4 balik lambat sikit.  Jadi hari ini Wani sampai dulu di rumah.  Mujur Paklong ada.  Dia yang hantarkan.  Usai ambil kakak Widaad aku terus bawa diorang pergi makan tengahhari di Hentian Benta.  Menu hari ini ikan goreng,budu,telor masin dan sayur masak lemak.  Sayur apa? Aku pun tak pasti.  Tengok jam masa dah menghampiri jam 2.00 petang.  Cepat-cepat aku suruh diorang habiskan makanan.  Perjalanan kita ni setengah jam kakak.  Adik mula jam 2.00 petang cikgu cakap.  Diorang terkedu.  Cepat-cepat kitorang habiskan makanan.

Setelah siap bayar, aku terus meluru ke keretaku.  Bawa kereta punyalah laju.  Takut tak sempat tengok Wafirah nanti.  Sampai aje di pejabat KEMAS aku lihat kereta dah banyak.  Aha ni mesti orang dah ramai kataku dalam hati.  Turun dari kereta, cepat-cepat aku ikut makcik sorang ni.  Bawa anak 2 orang dengan cikgu sekali.  Ikut punya ikut punya ikut. Masuklah kami ke dewan pertandingan.  Alhamdulillah.  Majlis belum bermula.  Ku pandang kiri kanan.  Rupanya Wafirah dan cikgu ada dibelakang sekali.  Kami pun meluru ke belakang.  Ambil dan peluk Wafirah macam biasa.  Cikgu kata sendu sekejap tadi.  Gara-gara cikgu pergi membuat bayaran.

Akhirnya, kami pun menunggulah giliran Wafirah.  Agak lambat juga.  Sampai aku pun dah tak berapa semangat nak tengok dah.  Ada yang datang ke depan senyap.  Ada yang tiba-tiba diam, terkedu.  Ada juga yang mula-mula agak perlahan-lahan suaranya tetapi sampai part tengah dah kedengan suara penuh yakinnya.  Ada juga yang malu-malu alah sambil peluk mamanya depan pentas.  Macam-macam stail.  Aku menunggu lagi.  Tiba giliran Wafirah.  Aku tak maju ke depan.  Ku biar je Kakak Widaad dan Wani beserta cikgu di satu sudut penjuru di hadapan.  Bukan apa takut nanti dia pula tiba-tiba yang menangis sebab aku tak ada.  Alhamdulillah.  Wafirah tak nangis.  Permulaan yang baik.  Cumanya suara dia agak perlahan.  Lagu yang dia nyanyikan pun sekejap aje.  Cikgu cakap ada yang dia tak ingat.  Jadi cikgu potong terus.

Selesai habiskan lagu di depan, Wafirah datang ke belakang.  Okey tak mengapa.  Yang penting adik berani mencuba.  Ini pengalaman pertama Wafirah.  Kalah menang adat pertandingan.  Apa yang paling penting Wafirah baru bermula.  Banyak masa lagi.  Lepas ni kami target dia buat persembahan yang lebih baik lagi untuk majlis anugerah hujung tahun nanti di sekolah.

Apa yang boleh aku kongsikan di sini ialah ada beberapa perkara yang menjadi kriteria saringan tadi.  Antaranya ialah setiap peserta perlu lebih luar biasa dari segi persembahan.  Perlu keyakinan yang lebih supaya persembahan menjdi lebih menarik.  Pemilihan kostum, kasut baju, make up perlu seiring.  Perlu ada stail juga.  Guru pengiring perlu lebih mendalami apa bakat yang ada pada anak murid mereka.  Persembahan juag perlu ada minus one supaya lebih menarik.  Dan yang terakhir sekali setiap guru perlu pastikan  peserta perlu lebih bersedia dan  memberi komitmen 100 peratus kepada setiap persembahan mereka.

Cukuplah setakat ini sahaja dahulu buat kali ini.  Sehingga berjumpa lagi dilain entry.  Salam sayang.
Teks: Niyda



Monday, 14 August 2017

BAGAIMANA IBU BAPA BOLEH BANTU ANAK MEREKA SERONOK BELAJAR DI SEKOLAH

Teks:  Niyda
Foto:  Koleksi peribadi

Ibubapa memainkan peranan penting dalam menentukan kecemerlangan anak-anak mereka di sekolah.  Hasil pemerhatian saya, sebenarnya ada banyak perkara yang ibu-ibu terlepas pandang.  Kebanyakkan ibu bapa yang cemerlang akan hadir ke mesyuarat PIBG sekolah hampir setiap tahun.  Sebagai jawatankuasa dalam PIBG sekolah anak saya, saya sudah dapat mengenalpasti beberapa orang ibu bapa yang mana tidak pernah hadir ke mesyuarat PIBG sekolah.  Jika diteliti anak-anak mereka memang benar tidak berada di kelas cemerlang. 

Datanglah sekejap wahai ibu-ibu.  Dapatkah ibu-ibu merasakan perasaan anak-anak sendiri bila mana melihat ibu bapa sendiri tidak hadir menyokong program sekolah.  Bilamana ibu bapa melihat mesyuarat PIBG itu tidak penting maka automatik anak-anak juga akan melihat program itu atau cemerlang itu tidak penting bagi masa depan anak-anak.  Ini yang saya perhatikan. Melemahkan semangat anak-anak sebenarnya. 

Begitu juga pada hari anugerah kecemerlangan sekolah.  Kebiasaannya ibu bapa yang mempunyai anak yang mendapat keputusan yang cemerlang akan hadir bagi meraikan kejayaan anak-anak mereka.Ialah penat lelah bersengkang mata selama ini terbalas dengan langkah anak kesayangan di pentas.

Kadang tu menitis air mata bila mengingatkan si anak yang agak degil, di marah kerana tak buat kerja sekolah dan sebagainya. Kadang-kadang sebak juga kerana merotan anak sendiri sebab tak menghafal sifir.  Namun itu semua berbalas sekejap dengan kejayaan tersebut.  Masih banyak lagi usaha dan keringat yang harus dicurahkan.  Ia bukan terhenti setakat itu sahaja.

Ada juga saya lihat ibu-ibu yang mana anak mereka tidak naik ke pentas hadir.  Bagaimana ibu-ibu yang tidak hadir kerana anak mereka tidak menerima hadiah.  Ternyata nampak macam mudah kan.  Tak mengapa tak datang pun.  Namun hati kecil anak tiada siapa yang tahu.  Seingat saya dulu, tak pernah naik pentas zaman sekolah terima hadiah sebab dulu-dulu saya tak pernah dapat tiga yang terbaik dalam kelas.  Dapat nombor 4 tu pernah lah…  Kalau menang kuiz perpustakaan sekolah pun adalah juga…Hehehe..Tapi arwah abah tetap datang setiap kali program kecemerlangan sekolah.  Itu saya masih ingat sampai sekarang.  Jadi saya harap ibu-ibu di luar sana berubahlah. Ianya kecil bagi ibu tapi besar buat anak.

Hari pengesahan pencapaian peperiksaan setengah tahun.  Ha yang ini pun selalu juga kan ibu-ibu dapat surat dari pihak sekolah.  Biasanya bagi ibu-ibu yang bekerja ada masalah sikitlah nak keluarkan.  Tapi percayalah hari sebegini sangat penting sebab pada masa inilah guru-guru yang terlibat akan menerangkan tahap atau prestasi akademik anak-anak kita di sekolah.  Bagaimana pengiraan markah dibuat dan siapakah sisi kanan dan kiri pencabar terdekat anak-anak kita boleh diketahui pada masa ini.

Dari situ kita boleh buat kesimpulan bahawa kalau anak tuan puan dapat nombor 4 maka sikit lagi tambah markah, dapatlah dia naik ke nombor 3 dan seterusnya.  Bertanya khabarlah dengan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang mempunyai kedudukan yang cemerlang.  Inilah sisi waktu yang sesuai untuk tuan puan mengorek rahsia bagaimana anak-anak mereka boleh cemerlang dalam pelajaran. Mudah bukan?

Hari gotong royong sekolah juga sering kali di buat.  Namun apa yang berlaku tak ramai ibu-ibu yang datang walau ada sebilangan yang datang.  Sebenarnya sambil ibu-ibu bergotong royong ini, masanya sangat sesuai untuk berbual-bual dengan guru-guru yang turut hadir pada waktu itu.  Tanyakan juga bagaimana cara belajar yang berkesan.  Apakah buku-buku tambahan yang digunakan.  Guru-guru tersebut tidak lokek untuk berkongsi asal sahaja ibu-ibu berwajah manis…Hehehe..Tegur cikgu dulu ye.

Cukuplah setakat ini sahaja dahulu buat kali ini.  Sehingga ketemu lagi dilain titipan.  Semoga ianya bermafaat untuk ibu-ibu semua.  Salam kasih sayang dari saya untuk anda semua.
Teks:Niyda
01125452156





PENGGUNAAN MEMEK MUKA DAN INTONASI SUARA


Teks: Niyda
Foto: Google


Terharu sungguh hari ini.  Hujan turun dengan secara tiba-tiba.Jam baru menunjukkan 5.30 petang.  Anak murid cikgu berlari-lari anak masuk ke rumah.  Saya kain baju dan menjerit meminta mereka tolong angkat kain cikgu yang bersidai diampaian.  Saja cikgu nak test.  Anak-anak murid cikgu berbangsa Cina ni nak tolong ke tak?

Haa… Sekali tu berderu dioarang ni melulu tolong cikgu angkat kain diampaian.  Terharu tau cikgu! Hukhukhuk…Rupanya faham juga diorang ni yea.  Kata ku dalam hati.   Siap main passing-passing lagi.  Iyelah kain berlambak di ampaian.  Fahamlah saya…Anak murid cikgu ni dah faham Bahasa Melayu .  Sudah faham arahan cikgu.  Guna memek muka aje dah tau kan apa cikgu nak.  Begitulah belajar Bahasa.  Bukan sekadar buka kamus dan tengok kamus sahaja.  Penggunaan memek muka dan intonasi suara juga amat penting tau!

Satu sahaja tekad saya,biarlah satu hari nanti bangsa Cina dan bangsa Melayu boleh berbaik-baik tanpa pra sangka.  Dari kecil ini kita latih mereka faham Bahasa Melayu.  Bila mereka faham Bahasa Melayu, kepakatan, kesefahaman, toleransi akan dapat disemai dan menjadi budaya.  Maka sudah tentu suatu hari nanti tiada perbalahan dan pertelingkahan.  

Seringkali yang berlaku sekarang ini adalah salah faham.  Sedikit sebanyak salah faham ini berpunca dari kurangnya kefahaman dari penggunaan Bahasa Melayu itu sendiri kepada penduduk berbangsa lain. 


Maka bersatulah bangsaku.  Bersatulah kamu dengan bangsa-bangsa yang lain.  Untuk apa kita bertelingkah yang tiada kesudahan.  Air mata darah sudah terpahat dalam sejarah.  Jangan diulang kesilapan yang lalu. Mari kita bina sejarah yang baru.  Sejarah yang lebih manis.  Semoga Malaysia yang tercinta akan lebih baik,lebih gemilang akan datang.  Selamat menyambut hari kemerdekaan tahun ini! Cikgu wish awal awal ni.  Tengah semangat membara!

Thursday, 10 August 2017

KELAS PERTAMA BERSAMA NADIM


Teks: Niyda
Foto: Koleksi peribadi

Hari ini kelas petang berderet-deret.  Sementelah Wafirah pula kurang sihat.  Demam tak kebah-kebah.Hati ini bertambah runsing.  Malam ini selepas makan malam saya beri dia ubat demam dan ubat batuk.  Harapan saya semoga esok bangunnya dalam keadaan yang baik dan sihat hendaknya.  Oleh kerana esok perjuangan belum selesai lagi.  Kelas tetap diteruskan untuk hari esok.

Baju belum digosok.  Dalam hati sempat lagi pagi esok ni nak gosok. Sukakan buat kerja last minit…Hahaha…

Alkisahnya petang tadi, saya mula menerima kehadiran pelajar baru.  Nadim namanya.  Pelajar ini mengambil pakej kelas pecutan membaca untuk pra sekolah.
Selepas saya screen apakah kelemahan pelajar ini.  Maka dapatlah dikenalpasti mengapa ibunya menghantar Nadim kepada saya.
Berikut adalah catatan peribadi saya tentang beliau:

1.    Pelajar ini sudah tahu membaca ABC.
2.    Berumur 6 tahun.
3. Boleh membaca suku kata,dua suku kata dan tiga sukukata namun apabila disuruh membaca 3 suku kata,maka sukukata yang tengah akan hilang dari sebutan atau bacaannya.  Contoh perkataan baharu.  Sebutannya menjadi baru.
4.    Pelajar ini belum boleh mengeja perkataan berbentuk diftong seperti pakai,pulau.
5.    Pelajar ini belum boleh membaca dengan lancar.
6.    Pelajar ini perlukan dorongan dan semangat dari rakan dalam kumpulan.

Kesimpulannya,untuk tahap pelajar 6 tahun seperti ini, ibu-ibu sudah dapat mengenalpasti apakah kelemahan anak-anak mereka di rumah.  Masalahnya mungkin sama.  Oleh itu ambil berat tentang tahap kebolehan anak-anak puan dalam membaca.  Belikan mereka buku suku kata yang bewarna sebagai daya penarik.  Jenama terbaik setakat ini yang saya jumpa adalah Fargoes dan Bacalah Anakku.  Boleh dapatkan di kedai-kedai yang berdekatan.  Harga pun tak mahal.  Seingat saya dalam RM 5.50.

Untuk tahun 2017 ini, saya lihat silibus darjah satu telah pun diturunkan ke level pra sekolah 6 tahun.  Ini termasuklah subjek Sains.  Oleh itu sentiasa update terkini puan-puan tentang silibus.  Sekiranya tidak,anak-anak kalian akan ketinggalan.



MENGAPA IBU BAPA BERBANGSA CINA MENGHANTAR ANAK MEREKA TUISYEN BAHASA MELAYU



Teks:Niyda
Foto: Koleksi peribadi


Semasa menulis entry ini,saya baru sahaja selesai berwebinar dengan Coach Mohd Noor Tahir.  Seseorang yang saya sangat kagumi dalam bidang home tuition.  Tajuk malam ini adalah bagaimana meningkatkan klien.  Konsepnya dari Dean Kennedy.  Mengupas tentang mesej,marketing, ,media bisnes tuition,customer Avatar.  Saya budak  baru belajar.  Masih mentah.  Kena explore lebih lagi. 

Sambil-sambil duk scroll tengok webinar dalam fb tentang komen Kak Masayu supaya saya membuat ulasan tentang tuisyen Bahasa Melayu Tahun 1 bagi murid berbangsa Cina. Ini disebabkan petang tadi saya post di fb tentang Jia Ler yang datang ke rumah saya untuk belajar Bahasa Melayu.

Apa yang menjadi factor ibu bapa menghantar anak mereka tuisyen .Ini tajuk yang Kak Mas minta saya huraikan.  Baiklah saya akan cuba sedaya upaya.  

Berikut adalah sedikit ulasan saya berkenaan dengn persoalan di atas:

  1. Pelajar Cina tahun 1 lemah dalam membaca, menangkap bunyi sebutan perkataan,sukukata dan masih merangkak-rangkak dalam membaca terutamanya perkataan yang bersifat diftong seperti pulau,pakai dan sebagainya.
  2.  Pelajar berbangsa Cina juga sangat lemah dalam memahami maksud ayat sama ada tersurat atau tersirat.
  3. Mereka lemah dalam memahami petikan dan karangan. Lemah dalam membina ayat pendek atau panjang yang menggunakan kata kerja dan kata nama.
  4.  Lemah dalam perbualan seharian.
  5.  Lemah dalam sebutan huruf R
  6.  Lemah dalam menjawab soalan berbentuk subjektif.

Sebenarnya untuk menarik minat mereka dalam Bahasa Melayu senang saja. Berikut ulasan dan pemerhatian saya:

1.      Bercakap dengan menggunakan intonasi dan memek muka yang jelas,terang        dengan menggunakan isyarat tangan semasa mengajar.
2.      Gunakan gerak bibir yang betul dalam menyebut perkataan.
3.   Gunakan pensil warna bagi menarik perhatian supaya mereka seronok belajar   Bahasa Melayu.
4.   Pelajar perlu diberi penekanan dari aspek membaca berbanding menulis kerana di sekolah guru-guru mempunyai masa yang terhad untuk meneliti bacaan murid-murid. Bayangkan masa hanya 30 minit untuk satu sessi.  Kelas pula purata 25 orang utk satu kelas.  Mana mungkin setiap pelajar dapat memperdengarkan bacaan mereka satu demi satu.

Mungkin inilah sebabnya ibu bapa menghantar anak mereka tuisyen.  Supaya anak-anak dapat kefahaman yang cukup dan jelas.

Sekian dulu entry kali ini.  Nak solat Asar dulu…Bye!




Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...