Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

PENGALAMAN MENGAJAR PELAJAR ADHD

 Setiap hari kita belajar dari orang lain.  Sebagai tutor  saya juga belajar dari pelajar. Kemahiran mendengar dan bertutur dengan anak-anak ADHD dan slow learner adalah suatu pengalaman yang subjektif untuk digambarkan. Bermula dengan tidak memahami patah butir perkataan anak-anak ADHD hari ini saya mula dapat mencerap apa yang mereka perkatakan.  Hanya dengan kesabaran semua liku-liku ini dapat di atasi dengan baik. Pernah juga satu ketika saya hampir putus asa. Tapi saya nekad sesuatu perkara jika diulang-ulang insyaallah akan dapat juga akhirnya. Ibarat belakang parang lagi di asah lagi tajam begitulah perumpamaan yang saya ingin gambarkan di sini. Setiap perjalanan mengharungi situasi getir bersama anak-anak ADHD bolehlah saya perincikan seperti berikut: 1) Bermula dengan memahami rentak pelajar. 2)Beralih sedikit demi sedikit memasukkan sedikit sessi memberikan arahan dengan jelas. 3.) Gunakan soalan seperti soalan FAHAM? atau JELAS? 4) Mengulang ulang apa yang diajar. 5) Berikan

BERIKAN KEBEBASAN DAN PERCAYALAH

Pagi tadi selesai kelas bermasa seorang pelajar pra saya. Status ADHD. Setelah hampir sebulan saya menangguhkan kelas atas faktor kesihatan. Ceria dan steady saja saya tengok anak murid saya tu. Ikut dan follow rapat satu demi satu apa yang saya ajar.Alhamdulillah, setakat ni prestasi semakin baik. Sudah masuk fasa untuk mengenal suku kata mudah dengan menggunakan dua suku kata. Saya percaya dengan disiplin dan komitmen yang tinggi, beliau akan dapat menamatkan kelas dengan jayanya pada penghujung tahun ini. Ibunya tadi baru menyuarakan rasa keresahan. Jadual PDPR telah bertukar dan diinjak masanya hingga jam 12.00 tengahhari. Bagaimana cara nak kawal anak sambil-sambil tu menguruskan rumah. Saya katakan padanya begini. Tak mengapa untuk permulaan ini. Kawal dan kontrol sahaja. Lama kelamaan anak akan dapat ikut sessi kelas. Benar buat pertama kalinya untuk ibu-ibu muda proses menemankan anak belajar suatu perkara yang memenatkan. Tapi lama kelamaan anak akan belajar cara teknikal baga