Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

ABAH

Sejak saya kecil arwah abah saya memang tidak pandai membaca. Abah hanya pandai mengira sahaja. Walaupun begitu satu perkara yang saya tidak akan pernah lupa abah tak akan pernah berkira bila nak mengeluarkan duit bab belajar.  Pernah saya kata kat abah. Abah macam mana ni.Kita duit tak ada. Nak sambung belajar masuk Kolej macam mana nanti. Abah kata tak apa. Duit boleh cari. Begitulah abah.Tak pernah lokek bab duit untuk anak-anak. Sehingga ke akhir hayat beliau masih memegang tanggungawab beliau dengan baik.  Apabila abah tak ada baru saya faham abah garang bukan sebab tak sayang. Tapi sebab abah sangat disiplinkan kami. Bila malam jam 10 malam kami dah pastikan tv sudah ditutup. Kalau tak tutup lagi siaplah abah akan bising-  bising sebabnya esok pagi nak ke sekolah. Abah bising kalau bangun lambat.  Satu lagi bab pergi sekolah abah tak suka kami ponteng sekolah. Dia sebolehnya akan pastikan kami pergi ke sekolah setiap hari tanpa gagal. Kalau sakit sikit-sikit tu kena pergi sekolah