Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

PAKEJ ILEARNACE

Terdapat 3 Pakej yang disediakan : 1. Pakej Pelajar 180 2. Pakej Pelajar 365 3. Pakej Guru 365  P AKEJ PELAJAR 180 PAKEJ PELAJAR 365  PAKEJ GURU 365  Berikut ialah subjek yang terdpat di dalam i-LearnACE

FAKTA MENARIK ILEARNACE

RM1 sehari untuk membantu anak meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Didatangkan dengan FREE TRIAL selama 7 hari, anak anda boleh melihat dan merasai sendiri software tersebut. Sekolah Menengah dan juga pelajar-pelajar Sekolah Rendah 100% mengandungi silibus terkini mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia OFFLINE dan ONLINE Laporan prestasi anak dihantar melalui emel kepada ibu bapa Boleh membina Peta Minda dan boleh dicetak sebagai rujukan Sistem pembelajaran yang interaktif, menyeronokan untuk belajar Pemantauan secara terus dari ibubapa. - anak pergi sekolah/tuisyen, ibubapa akan dapat perkembangan pembelajaran melalui exam pada peringkat sekolah(bulan 3,pertengahan tahun,bulan 8/9, dan peperiksaan hujung tahun). Dengan ILEARNACE, result latih tubi yang dibuat akan di email kepada ibubapa. Ibubapa dapat mengenalpasti kelemahan pembelajaran anak melalui keputusan yang di email secara terperinci. Pembelajaran menggunakan sistem ILEARNACE tidak perlu lagi membeli buku

APA ITU ILEARNACE?

📘Platform Pembelajaran Digital Bersepadu dipasarkan oleh MindTech Education Sdn Bhd (Anak Syarikat Milik Penuh Kumpulan Sasbadi) (www.mindtechedu.com). 📗100% Siilibus Sekolah Kebangsaan KSSR / KBSM / KSSM dan PBS 📙Ulangkaji bukan saja dapat dijalankan secara online tetapi secara offline dgn Aplikasi Mudah Alih i-Learn Ace. 📔Interaksi antara akaun Murid, Guru dan IbuBapa dapat dicapai dengan cekap menggunakan satu platform pendidikan yg sama. 📚Menyediakan penilaian yg amat komprehensif. Praktis Objektif, Praktis Subjektif, Tugasan, Lembaran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Ujian Lisan dan Kertas Percubaan UPSR/PT3/SPM. 📓Harga pakej yg amat berpatutan dengan kadar kurang daripada RM1 sehari. 📚Isi kandungan soalan dan nota dimuatnaik oleh Sasbadi Online Sdn Bhd. DINAMIK, CANGGIH, MENYERONOKKAN, LEBIH BERKESAN Produk unggul daripada jenama pendidikan yg diyakini generasi ke generasi. I-Learn Ace mengandungi: 📚Fungsi Nota 📚Fungsi Kemajuan 📚Fungsi Video Tutorial 📚Fungsi Mind

FUNGSI ILEARNACE

68/100 📚 Fungsi Nota 1. Mengandungi nota padat yang menepati topik subjek oleh Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Guru iLA boleh memberikan anak kita nota tambahan bergantung kepada tahap kefahaman sesetiap topik 📚 Fungsi Sticky note Selalunya kita lihat banyak sticky note ditampalkan di nota-nota atau di meja bacaan anak. Fungsi ini juga ada dalam iLA 1. Murid boleh mencatat nota pendek sebagai panduan ketika membaca nota. Ia boleh dalam bentuk teks, imej dan video 2. Guru juga boleh menggunakan sticky note ini sama seperti murid malah yang HEBATNYA guru boleh kongsi sticky note kepada murid dalam kelas mayanya! 📚 Fungsi Mind Map 1. Kaedah belajar bermula dengan membaca nota. Tujuan membaca adalah untuk kita memahami apa yang kita baca. Melalui portal ini, anak-anak boleh berkongsi kefahaman mereka dengan membina peta minda dan boleh juga berkongsi bersama komuniti pelajar iLA 2. Guru iLA juga boleh memberi tugasan peta minda kepada murid iLA melalui kelas maya masing-masing bagi

TIGA JENIS AKAUN DALAM ILEARNACE

67/100 💚 Apa itu " i-Learn Ace"? i-Learn Ace ialah portal pengajaran dan pembelajaran interaktif online dan offline 💚 Syarikat mana yang bina portal i-Learn Ace? i-Learn Ace dibangunkan oleh Sasbadi Online Sdn Bhd dan dipasarkan oleh Mindtech Education Sdn Bhd anak syarikat milik penuh penerbit buku pendidikan terbesar di Malaysia iaitu Sasbadi Holdings Berhad 💚 i-Learn Ace dibangunkan untuk siapa? a) Untuk guru-guru SK, SJKC dan SMK  b) Murid sekolah bermula tahun 4 sehingga tingkatan 5  💚 Berapakah jenis akaun yang terdapat dalam portal i-Learn Ace? -Tiga jenis akaun:    1. Akaun guru    2. Akaun murid    3. Akaun ibubapa (percuma bila langgan untuk anak)

FASA SIFIR

65/100 TEKS: Niyda Foto:  Google Hari ini setelah menghantar nasi untuk makan tengahhari kakak Wani di sekolah, saya terus ke Dewan Jerkoh.  Khabarnya ada jualan baju bundle di sana.  Ramai kawan-kawan yang bercerita banyak juga barangan seperti cadar, kain langsir, beg dan beberapa barangan terpakai dijual di sana.  Saya sebenarnya bukanlah tertarik sangat dengan baju bundle ini walaupun dalam kategori hidup sederhana dan cukup-cukup sahaja.  Apa yang menjadi kerunsingan ialah apabila memakai pakaian sebegini ditakuti akan terkena penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya.  Dikhabarkan barangan yang sampai itu dari Korea.  Untuk rakan-rakan diluar sana berhati-hatilah.  Jangan sampai memudharatkan.  Benar kita ingin berjimat cermat tapi jangan sampai ianya memberi kesan negatif kepada kesihatan kita pula.  Maklumlah macam-macam sekarang ini modus operandi orang luar. Baiklah untuk catatan kali ini, suka nak kongsikan tentang fasa sifir yang perlu dikuasai oleh

CERITA TENTANG PELAJAR DAN SIFIR

64/100 Teks:Niyda Foto: Google Pisang galla.  Ini sinonim dengan makanan orang Kelantan.  Saya tidak tahu nama pisang ini disebut di negeri lain.  Alhamdulillah malam semalam dapat menikmati acar pisang galla di rumah bapa mentua.  Hasil belian dari biras saya.  Dapatlah merasa.  Menggamit kenangan sekitar zaman 90an di mana ketika itu masih di sekolah menengah di Kelantan.  Enaknya masih terasa.  Manisnya kenangan pun turut sama berlari-lari dalam ruang lingkup sejarah cinta monyet.  Ha..Ha..simbolik bukan! Nah hari ini nak cerita tentang prestasi pelajar tuisyen saya.  Kelas hari ini seperti biasa.  Cikgu Ida saya tugaskan untuk membantu bahagian yang agak berat sikit hari ini.  Iaitu fokus kepada menilai prestasi hafalan sifir setiap pelajar untuk tahap 1.  Pelajar paling lemah dalam kelas Nafis.  Pelajar ini saya kira mempunyai tahap penguasaan yang sangat lemah dalam matematik.  Dari segi menangkap maklumat juga turut sama.  Pada peringkat awal kelas dulu suka

BEKAS PENSIL

63/100 Teks: Niyda Foto: Google Seronok belajar dengan pensil.  Bagi saya ia satu keperluan.  Memang sudah ada kotak pensil di dalam beg tetapi akan lebih senang jika ada bekas pensil di atas meja sendiri.  Bekas pensil pula bermacam-macam warna dan bermacam bentuk.  Harapnya dapat merangsang daya kreativiti anak-anak kita. Bagi saya sendiri bekas pensil yang tersedia ada saya tidak beli.  Saya menggunakan mug atau gelas besar yang biasanya suami saya dapat sebagai cenderahati apabila pergi ke mana-mana program atau ceramah.  Berderetlah di atas meja.  Seronoknya bila terpandang bekas pensil itu  mulalah wujud idea-idea nak buat sesuatu. Bekas pensil ini ibu-ibu boleh asingkan kepada beberapa bahagian.  Contohnya bekas pesil yang pertama hanya untuk marker atau highlight atau untuk pen yang besar.  Untuk bekas pensil yang kedua pula boleh isi dengan set pemadam yang comel dan akhir sekali bekas pensil yang ke tiga ibu-ibu boleh isi dengan pensil atau pen yang kecil-

MEJA BELAJAR ANAK-ANAK

62/100 Teks:Niyda Foto:  Google Berpagi-pagi hari ini menyiapkan bekalan sekolah anak-anak.  Sudah menjadi kebiasaan bagi saya menyiapkan makan tengah hari seawal mungkin.  Anak-anak tidak akan pulang tengahhari kerana biasanya saya yang akan menghantar bekalan makanan tengahhari.  Selepas menemankan mereka makan ,mereka akan terus ke kelas KAFA.  Siap-siap baju Kafa dibawanya sekali pagi tadi. Semalam juga saya berpeluang mengintai-ngintai rak fail dan meja belajar anak-anak yang baru.  Di rumah kami sudah ada dua buah meja.  Namun fungsinya hanyalah untuk meletakkan buku-buku anak mengikut sudut masing supaya tidak mudah berterabur dan bercampur.  Untuk sessi ulangkaji pula biasanya kami akan duduk bersama di meja makan yang telah saya siapkan bersih dan kemas semasa sessi ulangkaji.  Ini bagi memudahkan saya menyemak dan memantau aktiviti anak-anak. Kadang-kadang anak-anak ini biasalah suka sangat buat perkara yang diluar dugaan kita.  Contohnya suka main gunting-g

COP GURU

61/100 Teks: Niyda Foto: Google Bercerita tentang “teacher stamp” ini saya teringat zaman anak saya Si Wani bersekolah di sekolah pra dahulu.  Cikgunya selalu gunakan teacher stamp ini apabila menanda buku aktivitinya.  Apalagi seronoklah Si Wani ni bila dapat cop yang bertanda seperti bagus, usaha lagi,tahniah dan sebagainya.  Kadang-kadang cikgu bagi tanda 3 bintang atau 4 bintang kalau apa yang Wani buat tu bagus.  Kreatif sungguh cikgu Wani ni. Ha nampak tak kat situ.  Salah satu cara bagaimana nak bagi pelajar-pelajar ni rajin dan seronok belajar dengan ganjaran yang mereka akan dapat.  Mengajar di abad ini memerlukan kreativiti guru.  Guru yang bagus ialah guru yang ifektif dan memberi kesan kepada anak murid mereka.  Mengajar dari hati maka yang akan sampai pun akan terus ke hati.  Betul tak? Masalah yang berlaku sekarang ni ialah kebanyakkan guru tidak tahu teknik merangsang pelajar.  Begitu juga dengan ibubapa di rumah.  Sebagai ibu di rumah tidak semua p

PAPAN PUTIH A4

60/100 Teks:Niyda Foto:  Google Papan putih tajuk hari ini.  Zaman dulu-dulu dipanggil papan hitam ada.  Papan hijau pun ada.  Papan hitam yang bersaiz besar di sekolah.  Hanya boleh digunakan oleh guru-guru sahaja.  Menulis menggunakan kapur putih.  Apabila hendak dipadam maka berdebulah. Habis satu kelas dek penangan kapur tulis tadi.  Sekarang pun masih ada penggunaannya di sekolah.  Namun di peringkat menengah saya rasa penggunaan papan hitam atau hijau ini sudah hampir tiada. Zaman berlalu begitu cepat.  Pasaran peralatan alat bantuan mengajar untuk pelajar-pelajar semakin canggih.  Dengan mudahnya ibu-ibu boleh dapatkan peralatan sebegini.  Lihat sahaja di laman web jualan seperti Lazada.  Banyak yang tersedia.  Pilih dan dan sediakan sahaja wangnya. Permintaan untuk menggunakan papan putih beserta marker saya terima dari anak saya Wani.  Sejak kelas bulan Januari  2017 lagi kedengaran permintaan untuk papan putih ini disebut-sebut berulangkali.  Awal tahun b

BUKU SIFIR UNTUK SI CILIK

59/100 Teks:Niyda Foto:  Google Memandangkan bab sifir ini selalu menjadi perbualan ibu-ibu hari ini.  Maka saya keluarkan tajuk ini untuk hari ini.  Memang menjadi tekanan sebagai guru tuisyen matematik apabila murid-murid tidak menguasai sifir.  Walaupun pelajar baru darjah 2,3 dan 4 namun tekanan itu sangat saya rasai.  Bila menyemak kembali silibus sekolah untuk tahun ini, ibu-ibu harus tahu ye sukatan pelajaran bab sifir ini sudah ada untuk darjah 2.  Menguasai sifir itu juga suatu seni.  Seni yang harus dijaga antaranya ialah harus tahu hukum nombor ganjil dan nombor genap.  Jika nombor tersebut nombor genap contohnya nombor 2 maka hasil sifir yang terhasil pastilah nombor genap sahaja.  Tidak akan keluar nombor yang ganjil.  Bab yang itu murid-murid kena jelas secara asasnya.  Namun untuk nombor ganjil akan ada juga hasil darabnya nombor genap.  Itu normal dan pelajar harus berhati-hati.  Contonhnya nombor 3 darab 10 maka hasil darabnya adalah nombor 30 iaitu

MEMBACA BAHASA MELAYU: FOKUS DENGAN SEBUTAN

58/100 Teks: Niyda Foto:  Google Malam tadi kami 4 beranak sibuk di meja makan.  Walaupun meja belajar sudah ada.  Namun saya dan anak-anak lebih selesa belajar bersama di meja makan.  Keadaan meja makan yang besar dan lebar membolehkan capaian saya tidak terhad.  Saya lebih bebas memantau aktiviti ulangkaji bersama anak-anak berbanding dengan menggunakan meja belajar sendiri.  Ialah 3 orang sekali gus.  Mana mungkin saya dapat bergerak ke tiga tempat dalam masa yang sama.  Maka meja makan kami saya hias cantik dan bersih dari segala sisa makanan setiap kali ulangkaji.  Saya hamparkan pelapik meja.  Hampir setiap  2 atau tiga kali sehari saya akan basuh supaya meja makan kami nampak selesa dan harmonis untuk sessi pembelajaran dengan anak-anak.  Untuk meletakkan hidangan makanan saya gunakan meja empat segi yang sudah sedia ada di rumah.  Maka makanan tetap tersedia di situ.  Cuma apabila mahu makan bersama barulah saya alihkan ke meja makan utama.  Memandangkan anak-an

KOTAK PENSIL BERSIFIR

57/100 Teks:  Niyda Foto: Google Tadi saya cuba memasukkan benang ke dalam lubang jarum untuk menjahit seluar suami.  Allahuakbar.  Mula rasa diri sudah tua.  Hampir tak nampak sudah lubang jarum yang dahulunya begitu senang untuk saya lakukan. Begitulah putaran kehidupan.  Sehingga di suatu masa akan tibanya masa kita dijemput Ilahi.  Begitu jugalah halnya dengan tajuk utama untuk petang ini iaitu kotak pensil.  Pelbagai rekaan kotak pensil hadir dipasaran masa kini.  Pilih sahaja yang mana anak anda suka.  Mudah sahaja kalau cari web di Lazada juga.   Namun awas kotak pensil terbaru yang ada di pasaran sekarang ini mempunyai panduan sifir sama ada di dalamnya atau mempunyai kalkulator di atasnya.  Ada beberapa kelemahan yang  nampak di situ.  Antaranya ialah: Pelajar akan malas untuk menghafal sifir Ditakuti waktu peperiksaan berlaku kes peniruan dari kotak pensil. Pelajar hanya bergantung kepada sifir yang berada di kotak pensil. Pengalaman mengaja

KAITAN SOLAT, AKHLAK DAN PELAJAR CEMERLANG

56/100 Teks:Niyda Foto: Google Sudah seminggu juga saya tidak menulis.  Hati sentiasa berfikir ligat.  Mengapa dan apa punca anak-anak seawall usia 11 tahun hingga 18 tahun boleh terlibat dengan punca kebakaran tersebut.  Dek kerana amarah dan dendam membara nyawa manusia jadi taruhan. Saya tidak mahu membincangkan tentang mengapa gerigi besi dipasang di Pusat Tahfiz itu.  Pastinya itu adalah untuk keselamatan anak-anak Tahfiz itu.  Apa yang ingin saya fokuskan di sini ialah di mana akhlak anak-anak zaman sekarang.  Di mana perginya tanggungjawab ibubapa.  Sudah tidak tahu merotan anakkah apabila mereka pulang lewat ke rumah?  Atau sudah tidak mahu ambil pusing ke mana anak mereka pergi sehingga ke pagi hari? Allahhuakbar! Tuan-tuan dan puan-puan.  Anak itu tanggungjawab kita.  Selagi ia berada di bawah pengawasan dan jagaan  kita, jangan pernah putus asa menasihati dan menasihati.  Penat?  Memang penat tuan puan puan.  Mana mungkin untuk mendapat permata yang mahal

TANAH LIAT

Entry: 55/100 Teks:Niyda Foto: Google Hari ini genaplah umurku yang ke 39 tahun.  Satu tahun lagi cukuplah 40 tahun.  Dah veteran.  Terasa diri sudah dewasa.  Semakin banyak perkara yang dipelajari.  Pengalaman demi pengalaman mengajar erti hidup.  Tujuan dan fokus hidup juga kini lebih terarah.  Sekarang bukan hidup untuk berlawan dengan orang lain tetapi lebih kepada berlawan dengan tujuan hidup sendiri. Sangat sukar untuk mengawal disiplin.  Apatah bekerja sendiri.  Bila-bila masa boleh bermalas-malasan.  Itu cabaran bekerja dari rumah atau bekerja sendiri.  Sokongan dari keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan buat masa ini agar apa yang ingin digapai dapat dicapai hendaknya. Amin..Insyaallah. Tajuk yang ingin dibincangkan di sini hari ini ialah tanah liat. Apa yang bagusnya dengan tanah liat ini?  Apakah kebaikkannya untuk anak-anak kita?  Sebenarnya apa yang saya lihat trend terkini ramai anak-anak pada masa kini didedahkan dengan penggunaan tab sejak kecil.  Ap