57/100
Teks:
Niyda
Foto: Google
Tadi saya cuba memasukkan benang ke dalam lubang jarum untuk menjahit seluar suami. Allahuakbar. Mula rasa diri sudah tua. Hampir tak nampak sudah lubang jarum yang dahulunya begitu senang untuk saya lakukan.
Begitulah
putaran kehidupan. Sehingga di suatu
masa akan tibanya masa kita dijemput Ilahi.
Begitu jugalah halnya dengan tajuk utama untuk petang ini iaitu kotak
pensil. Pelbagai rekaan kotak pensil
hadir dipasaran masa kini. Pilih sahaja
yang mana anak anda suka. Mudah sahaja
kalau cari web di Lazada juga.
Namun awas kotak
pensil terbaru yang ada di pasaran sekarang ini mempunyai panduan sifir sama ada
di dalamnya atau mempunyai kalkulator di atasnya.
Ada beberapa kelemahan yang
nampak di situ. Antaranya ialah:
- Pelajar akan malas untuk menghafal sifir
- Ditakuti waktu peperiksaan berlaku kes peniruan dari kotak pensil.
- Pelajar hanya bergantung kepada sifir yang berada di kotak pensil.
Pengalaman
mengajar anak-anak murid tahap 1 banyak memberi kesedaran kepada saya. Kebanyakkan pelajar masa kini dibenarkan
untuk melihat buku sifir ketika membuat latihan di dalam kelas di sekolah. Apabila ini berlaku, kemenjadian murid dalam
bab sifir sangat sukar. Silibus di
sekolah pada saat saya menulis ini menunjukkan darjah 2 sudah ada bab sifir.
Sifir mengambil masa yang agak lama untuk dikuasai. Cara dan teknik baru mungkin ada seperti
teknik Roya dan Adimatik. Cuma bagaimana
anak-anak dapat mempraktikkan dan menguasainya dalam pembelajaran atau tidak.
Saya masih
dengan cara lama. Saya yakin walaupun
teknik lama tetapi jika diusahakan dari peringkat awal kanak-kanak, insyaallah mereka akan dapat menguasai sifir
dengan jayanya. Maka masalah anak-anak
Melayu kurang cemerlang dalam subjek matematik akan dapat dikurangkan.
Kini saya juga dalam
projek rintis dengan cara lama berapa lama masakah yang diambil oleh seorang
pelajar untuk menghafal sifir?
Insyaallah apabila siap projek rintis saya ini, saya akan kongsikan di
dalam blog ini. Nantikan pengumumannya
ya!
Baiklah cukup
setakat ini sahaja dahulu buat kali ini.
Untuk ibu-ibu diluar sana pastikan anda mencuba untuk hafal sifir bagi
anak-anak sekalian. Jangan lupa hafal
sifir seawal umur tiga tahun. Usaha
kalian sangat dihargai. Sebagai guru
kami perlukan sokongan yang padu dari ibubapa dari rumah. Tanpa bantuan ibubapa mana mungkin
kecemerlangan anak-anak dapat diperolehi.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Sehingga berjumpa lagi dilain entry. Sekian.
No comments:
Post a Comment