Showing posts with label RUJUKAN SEKOLAH RENDAH. Show all posts
Showing posts with label RUJUKAN SEKOLAH RENDAH. Show all posts

Sunday, 12 September 2021

GENAP 43 TAHUN HARI INI

 Hari ini genap 43 tahun umur saya. Alhamdulillah Allah SWT masih beri nafas dan peluang untuk meneruskan kehidupan. Ya dari segi kerjaya saya hanyalah insan biasa. Sejak kelahiran anak kedua saya pada 2009 saya telah memilih untuk bekerja sendiri. Memberi laluan untuk berdikari dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan anak-anak.

Kerjaya suami saya sebagai kontraktor yang tidak tentu masa dan urusan politik beliau juga antara faktor yang menyebabkan saya memilih untuk bekerja sendiri. Anak-anak di depan mata dan semua urusan lebih mudah untuk saya selesaikan.


Bermula 2018 juga  saya mula bekerja sepenuh masa dari rumah. Sudah hampir 4 tahun rupanya. Pandemik Covid 19 yang berlaku telah menukar cara semua orang bekerja. Termasuk juga saya. Segala urusan semuanya bertukar kepada bentuk digital. Kelas dalam talian melalui zoom dan google meet juga sedikit sebanyak membantu dalam proses tranformasi negara kepada era digital.


Tak dinafikan ada kebaikan dan keburukkan. Kita ambil yang jernih dan buang yang keruh. Ambil yang murni-murni sahaja. Selagi kita fokus kepada masalah ianya tak akan sampai ke mana. Fokus kepada penyelesaian. Iya penyelesaian yang tepat.

Ibu bapa masa kini ramai yang rasa risau begitu juga saya yang mana memikirkan bagaimana laluan kerjaya untuk anak-anak pada masa akan datang. Di bawah ini beberapa idea laluan kerjaya yang saya fikirkan sesuai untuk dijadikan panduan buat anak-anak yang berminat dalam bidang  Sastera khususnya dalam subjek Bahasa Malaysia.

Saya pecahkan kepada 3 bahagian.

Kepakaran hasil dari membaca,menulis dan mengajar.


MEMBACA

Proof reader

Editor

Review buku



MENULIS

Penulis buku

Penulis ebook

Penulis upahan

Pengedar ebook affiliate

Pengedar buku digital

Pengedar website tuition online Ilearnace

( www.ilearnace.com)



MENGAJAR

Pensyarah

Guru

Guru tuisyen primary school

Guru Tuisyen Bahasa Malaysia

Guru Tuisyen Asas Membaca Bahasa Malaysia

Guru Tuisyen Perbualan Bahasa Malaysia

Tutor 

Coach reader


Mungkin anda pembaca ada lagi idea yang mahu dimasukkan dalam senarai di atas. Jika kalian berkelapangan bolehlah tambah dibahagian komen ye. Saya sangat mengalu-alukan komen anda supaya kita akan dapat kembangkan lagi idea perkongsian ini.


Sekian saja catatan saya untuk kali ini.

Berjumpa lagi di lain masa. Terima kasih untuk ucapan selamat hari lahir dari kawan-kawan semua. Semoga hidup kita semua akan lebih diberkati dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT selalu.

Salam sayang.

Tuesday, 27 July 2021

MENGURUS KETAKUTAN

 Banyak cerita sebenarnya disebalik tajuk yang ingin saya kupas pada kali ini.


Ketakutan. Semua orang secara amnya ada perkataan takut dalam diri pada setiap masa. Begitu juga bagi seorang pelajar. Takut gagal peperiksaan. Takut dimarahi guru kerana tak siapkan kerja sekolah dan sebagainya. Dan ketakutan paling besar sekali dalam sejarah hidup  zaman belajar saya ialah apabila takut menghadapi kenyataan bahawa saya akan gagal subjek Matematik Pengurusan semasa di UUM dulu.


Saya adalah antara budak yang lemah dalam subjek Matematik suatu ketika dulu. Semasa SPM,saya  hanya dapat cukup makan aje untuk subjek Matematik. Itu pun selalu gagal dalam peperiksaan percubaan SPM.

Di Universiti saya gagal subjek Matematik ini sebanyak 4 kali. Tapi saya ulang dan ulang ambil subjek tu sampailah pada semester akhir saya lulus.


Dalam waktu yang sama juga ketakutan menjadi-jadi apabila saya juga turut gagal dalam ujian untuk mengambil ujian komputer lesen memandu kereta. Kali ke 4 juga baru saya lulus dalam ujian tu.Magikalnya...Akhirnya saya lulus. Rezeki cepat dengan lambat juga kan.


Jadi apa yang saya nak sampaikan di sini untuk mengurus perubahan dalam menghilangkan ketakutan perlu dimulakan dengan 20 peratus dahulu.Tak perlu buang 100 peratus ketakutan untum permulaan. Mulakan secara berdikit-dikit. Insyaallah anda mampu untuk berubah.

Antara perkara yang perlu anak-anak cuba selesaikan ialah:

1) Tarik nafas panjang-panjang.

2) Niatkan dalam hati buang rasa takut kerana sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang benar.

3) Mulakan strategi bagaimana untuk bermula. Rancang dengan baik strategi tersebut.

4) Susun mana yang dulu mengikut keutamaan.

5)Lakukan apa yang telah dirancang.

6) Berikan komitmen di atas apa yang telah dirancang.

7) Sentiasa merujuk kepada guru atau ibu bapa apabila berlaku masalah atau kekeliruan.

8)Doa moga Allah permudahkan.


Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk pembaca semua.

Sekian.

#ilearnace

#belajaronlinedarirumah

#tuitiononline


#belajarsecarasistematik

#belajaronlinedarirumah




Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...