Semalam berbual dengan guru saya. Hampir sejam lamanya. Asalnya saya nak sharing tentang Ilearnace dengan isteri dia. Bagusnya dia melayan saya walaupun dia dah level PHD. Bagus kan guru saya ni. Masa belajar ngan dia dulu saya sangat takut kalau masuk kelas dia. Menggeletar seluruh badan pun ada. Takut punya pasal. Maklumlah lecturer paling killer dialah masa tu. Pernah dia buang assigmnt saya dalam tong sampah sebab saya hantar lewat beberapa minit dari tempoh masa yang ditetapkan. Saya hantar lewat sebab saya tertinggal bas dari rumah sewa nak ke kolej masa tu. Zaman diploma la katakan. Serba serbi kekurangan. Disebabkan saya lewat hantar assigmnt tu saya gagal untuk subjek tu. Remuk redam hati saya masa tu. Adui sedih tak terkira. Bila mengenangkan balik peristiwa tu lucu pun ada.Apesal saya takut sangat ngan dia. Huhu. Semalam kami boleh aje bergelak ketawa dalam telefon. Sambil mengenang balik zaman-zaman kolej dulu. Berbincang isu-isu semasa dan bercerita tentang kawan-kawan