Skip to main content

TANAH LIAT

Entry: 55/100
Teks:Niyda
Foto: Google

Hari ini genaplah umurku yang ke 39 tahun.  Satu tahun lagi cukuplah 40 tahun.  Dah veteran.  Terasa diri sudah dewasa.  Semakin banyak perkara yang dipelajari.  Pengalaman demi pengalaman mengajar erti hidup.  Tujuan dan fokus hidup juga kini lebih terarah.  Sekarang bukan hidup untuk berlawan dengan orang lain tetapi lebih kepada berlawan dengan tujuan hidup sendiri.

Sangat sukar untuk mengawal disiplin.  Apatah bekerja sendiri.  Bila-bila masa boleh bermalas-malasan.  Itu cabaran bekerja dari rumah atau bekerja sendiri.  Sokongan dari keluarga dan rakan-rakan amat diperlukan buat masa ini agar apa yang ingin digapai dapat dicapai hendaknya. Amin..Insyaallah.

Tajuk yang ingin dibincangkan di sini hari ini ialah tanah liat. Apa yang bagusnya dengan tanah liat ini?  Apakah kebaikkannya untuk anak-anak kita?  Sebenarnya apa yang saya lihat trend terkini ramai anak-anak pada masa kini didedahkan dengan penggunaan tab sejak kecil.  Apabila anak-anak ini naik ke sekolah Tadika mereka seakan tidak pandai atau tidak boleh memegang pensil dengan betul.  Ramai yang saya perhatikan.  Disebabkan jari-jari mereka menjadi lembut, maka psikomotor mereka tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Di sinilah peranannya penggunaan tanah liat bagi membiasakan psikomotor anak-anak ini.  Anak-anak yang diberikan pendedahan dengan penggunaan tanah liat yang berwarna warni ini akan lebih terangsang untuk minat belajar di samping memperkemaskan psikomotor mereka. 

Saranan saya ialah mahirkan anak-anak kita di peringkat awal lagi.  Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu mereka dalam bab memegang pensil dengan betul.  Memegang pensil dengan betul sangat penting kerana ia membantu anak-anak kita menulis dengan kemas dan cantik.  Kegagalan mereka di peringkat awal akan membantutkan proses pembelajaran.

Sekian sahaja entry untuk kali ini.  Sehingga berjumpa lagi di lain masa.  Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.



Comments

Popular posts from this blog

DAUN URAT JEJALA

Entry 49/100 Teks:Niyda Foto:Google Kisah yang akan saya paparkan pada entry kali ini berkisarkan salah seorang pelajar saya.  Nur AnA namanya(Bukan nama sebenar).  Seorang pelajar yang sangat  lemah dalam pelajaran.  Pelajar darjah 3. Dikategorikan sebagai pelajar linus pada bulan 1 2017 tahun ini.  Tidak boleh membaca.  Namun telah dikeluarkan dari group tersebut setelah menjalani peperiksaan setengah tahun yang lalu.  Keputusan menunjukkan beliau layak untuk kelas biasa seperti pelajar yang lain.  Berkelas tuisyen dengan saya pada Disember 2017.  Kini hampir 9 bulan telah berlalu.  Alhamdulillah.  Ada sedikit perubahan. Apa yang ingin saya paparkan di sini hari ialah berkenaan dengan topik sains darjah 3.  Topik ini sering menjadi masalah bagi anak-anak.  Bab tumbuh-tumbuhan.  Bahagian daun urat jejala dan selari.  Begitu juga dengan akar tunjang.  Sering saya ingat kepada pelajar jika daun urat jejala maka akarnya pasti lurus iaitu akar tunjang.  Apabila daun urat sel

KELEBIHAN PERSEDIAAN AWAL UNTUK PEPERIKSAAN

72/100 Kelebihan biasanya akan berpihak kepada mereka yang membuat langkah bijak dan terawal.  Dari itu mulakan persediaan awal untuk peperiksaan yang bakal menjelma. Kelebihan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: DAPAT ULANGKAJI SECARA BERPERINGKAT Pada permulaan anak pertama masuk darjah 2 saya  berpendapat tak mengapa tak ulangkaji awalpun walaupun anak-anak masih di peringkat  tahap 1.  Saya beranggapan silibus adalah senang dan mudah untuk dikuasai tanpa melihat silibus terkini sekolah.  Apabila Kakak Widaad mendapat keputusan akhir peperiksaan akhir tahun darjah 2, saya terperanjat gila.  Subjek Matematik kakak telah jatuh merudum dari A kepada D.  Saya berasa malu yang amat sangat.  Di mana silapnya.  Dari situ saya mula melihat silibus terkini untuk subjek Matematik darjah 2.  Rupa-rupanya sudah ada topik darab dan bahagi diperingkat tersebut. Sejak itu bermula awal tahun darjah 3 berikutnya, saya mula membuat latih tubi secara berperingkat-peringkat untuk dara

SERONOK BELAJAR DENGAN PENSIL KHAT

Teks: Niyda Foto: Google Mengenang zaman persekolahan dulu-dulu sangat seronok.  Zaman kanak-kanak.  Zaman remaja.  Penuh dengan warna warni kehidupan.  Tak mungkin luput dalam ingatan.  Salah satu darinya adalah tentang pensil khat. Zaman dulu-dulu bila nak guna pensil khat ni, saya akan ambil pisau seposen atau sejenis pisau kecil yang berlipat.  Rasanya sekarang ni ada lagi.  Tapi jarang-jarang digunakan lagi oleh anak-anak sekarang.  Saya rasa ibu-ibu diluar sana pun begitu juga.  Dengan pisau itu saya asah pensil hingga menjadi pensil khat.  Kadang-kadang tu berlumba dengan rakan sekelas yang lain.  Pensil siapa yang paling comel sekali di asah.  Kadang-kadang ada juga kawan-kawan lelaki yang minta tolong asah.  Kalau saya rajin.  Saya asah.  Kalau malas saya pas kat kawan yang lain.  Adat lah tu…memang ada si kaki pembuli dalam kelas.  Hehehe… Pensil yang nak digunakan tu biasanya saya guna kelas subjek Khat.  Masih ingat lagi Ustaz yang mengajar saya tu.  Tampan