Skip to main content

FASA SIFIR

65/100
TEKS: Niyda
Foto:  Google


Hari ini setelah menghantar nasi untuk makan tengahhari kakak Wani di sekolah, saya terus ke Dewan Jerkoh.  Khabarnya ada jualan baju bundle di sana.  Ramai kawan-kawan yang bercerita banyak juga barangan seperti cadar, kain langsir, beg dan beberapa barangan terpakai dijual di sana.  Saya sebenarnya bukanlah tertarik sangat dengan baju bundle ini walaupun dalam kategori hidup sederhana dan cukup-cukup sahaja.  Apa yang menjadi kerunsingan ialah apabila memakai pakaian sebegini ditakuti akan terkena penyakit kulit seperti gatal-gatal dan sebagainya.  Dikhabarkan barangan yang sampai itu dari Korea.  Untuk rakan-rakan diluar sana berhati-hatilah.  Jangan sampai memudharatkan.  Benar kita ingin berjimat cermat tapi jangan sampai ianya memberi kesan negatif kepada kesihatan kita pula.  Maklumlah macam-macam sekarang ini modus operandi orang luar.

Baiklah untuk catatan kali ini, suka nak kongsikan tentang fasa sifir yang perlu dikuasai oleh anak-anak di rumah.  Sekali tengok macam mudah.  Kacang je kan sifir ni.  Tapi hari ini semuanya banyak yang sudah berubah ibu-ibu.  Kalian yang ada ijazah pun pasti pening bila melihat standard soalan matematik untuk UPSR.

FASA HAFALAN
Dalam menempuhi fasa ini ianya paling kritikal bagi saya.  Sebut mudah tapi mahu menggerakkan anak-anak untuk menguasai hafalan sifir agak perit.  Pengalaman membantu dan memantau Kakak Widaad sangat melucukan dan agak ekstrim sedikit.  Pernah saya denda dia sampai 300 kali ketuk ketampi sebab tak dapat hafal sifir dengan sempurna.  Pernah juga saya rotan ditangannya.  Semuanya menguji kesabaran saya.  Dalam hati kasihan.  Tapi kalau saya tak buat begitu, anak saya akan main-main dengan bab sifir ini. Sifir yang paling susah sekali nak hafal ialah sifir 7.  Itu memang saya akui.  Perlukan kesabaran yang tinggi untuk mengingatinya. Ialah sifir 7 tidak ada rentak pola untuk buat pengecaman berbanding dengan sifir 8 atau 9 contohnya. Akhirnya alhamdulillah anak saya lulus dalam ujian sifir bersama saya.  Hahaha.:)

FASA LATIH TUBI DALAM BENTUK LAZIM
Dalam menguasai sifir, salah satu yang paling penting ialah latih tubi darab dalam bentuk lazim.  Ianya bermain dengan nombor 1 hinggalah nombor 12.  Bagaimana mahu meletakkan kedudukan nombor secara bersisi dari kanan ke kiri setelah hasil darab dibuat.  Bab ini ramai pelajar lemah.  Lemah sebab tak hafal sifir dengan lancar maka akan berturutan pula lemah dengan bab latih tubi bentuk lazim.  Nasihat saya tak mengapa ibu-ibu kertas banyak habis pun, asal saja anak-anak menjadi pakar dalam sifir ini.  Yang itu simpan dan semat dalam hati kalian.

FASA PENYELESAIAN MASALAH
Tips dari saya untuk fasa ini, anak-anak perlu keluarkan data yang ada sebelum membuat jalan penyelesaian masalah dalam bentuk darab ini.  Keluarkan satu persatu supaya semuanya jelas dan lebih terarah.  Ia akan membuatkan anak-anak lebih mudah untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu dibuat satu demi satu.


FASA KBAT

Bab ini selalunya pelajar lemah.  Apabila perkara yang asas tidak dapat dilunaskan maka mana mungkin mereka dapat menguasai soalan yang berbentuk KBAT.  Soalan yang berbentuk KBAT memerlukan pemikiran yang kritis dan kreatif.  Pelajar perlu memahami selok belok soalan yang banyak memerlukan kefahaman tentang asas.  Soalan KBAT juga biasanya adalah di dalam luar kotak pemikiran.  Saranan saya biasakan anak-anak kita dengan soalan yang asas dahulu.  Kemahiran untuk menjawab soaloan KBAT dengan sendiri akan hadir apabila mereka telah menguasai soalan yang berbentuk asas.



Comments

Popular posts from this blog

DAUN URAT JEJALA

Entry 49/100 Teks:Niyda Foto:Google Kisah yang akan saya paparkan pada entry kali ini berkisarkan salah seorang pelajar saya.  Nur AnA namanya(Bukan nama sebenar).  Seorang pelajar yang sangat  lemah dalam pelajaran.  Pelajar darjah 3. Dikategorikan sebagai pelajar linus pada bulan 1 2017 tahun ini.  Tidak boleh membaca.  Namun telah dikeluarkan dari group tersebut setelah menjalani peperiksaan setengah tahun yang lalu.  Keputusan menunjukkan beliau layak untuk kelas biasa seperti pelajar yang lain.  Berkelas tuisyen dengan saya pada Disember 2017.  Kini hampir 9 bulan telah berlalu.  Alhamdulillah.  Ada sedikit perubahan. Apa yang ingin saya paparkan di sini hari ialah berkenaan dengan topik sains darjah 3.  Topik ini sering menjadi masalah bagi anak-anak.  Bab tumbuh-tumbuhan.  Bahagian daun urat jejala dan selari.  Begitu juga dengan akar tunjang.  Sering saya ingat kepada pelajar jika daun urat jejala maka akarnya pasti lurus iaitu akar tunjang.  Apabila daun urat sel

KELEBIHAN PERSEDIAAN AWAL UNTUK PEPERIKSAAN

72/100 Kelebihan biasanya akan berpihak kepada mereka yang membuat langkah bijak dan terawal.  Dari itu mulakan persediaan awal untuk peperiksaan yang bakal menjelma. Kelebihan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: DAPAT ULANGKAJI SECARA BERPERINGKAT Pada permulaan anak pertama masuk darjah 2 saya  berpendapat tak mengapa tak ulangkaji awalpun walaupun anak-anak masih di peringkat  tahap 1.  Saya beranggapan silibus adalah senang dan mudah untuk dikuasai tanpa melihat silibus terkini sekolah.  Apabila Kakak Widaad mendapat keputusan akhir peperiksaan akhir tahun darjah 2, saya terperanjat gila.  Subjek Matematik kakak telah jatuh merudum dari A kepada D.  Saya berasa malu yang amat sangat.  Di mana silapnya.  Dari situ saya mula melihat silibus terkini untuk subjek Matematik darjah 2.  Rupa-rupanya sudah ada topik darab dan bahagi diperingkat tersebut. Sejak itu bermula awal tahun darjah 3 berikutnya, saya mula membuat latih tubi secara berperingkat-peringkat untuk dara

SERONOK BELAJAR DENGAN PENSIL KHAT

Teks: Niyda Foto: Google Mengenang zaman persekolahan dulu-dulu sangat seronok.  Zaman kanak-kanak.  Zaman remaja.  Penuh dengan warna warni kehidupan.  Tak mungkin luput dalam ingatan.  Salah satu darinya adalah tentang pensil khat. Zaman dulu-dulu bila nak guna pensil khat ni, saya akan ambil pisau seposen atau sejenis pisau kecil yang berlipat.  Rasanya sekarang ni ada lagi.  Tapi jarang-jarang digunakan lagi oleh anak-anak sekarang.  Saya rasa ibu-ibu diluar sana pun begitu juga.  Dengan pisau itu saya asah pensil hingga menjadi pensil khat.  Kadang-kadang tu berlumba dengan rakan sekelas yang lain.  Pensil siapa yang paling comel sekali di asah.  Kadang-kadang ada juga kawan-kawan lelaki yang minta tolong asah.  Kalau saya rajin.  Saya asah.  Kalau malas saya pas kat kawan yang lain.  Adat lah tu…memang ada si kaki pembuli dalam kelas.  Hehehe… Pensil yang nak digunakan tu biasanya saya guna kelas subjek Khat.  Masih ingat lagi Ustaz yang mengajar saya tu.  Tampan