Skip to main content

CERITA TENTANG PELAJAR DAN SIFIR

64/100
Teks:Niyda
Foto: Google



Pisang galla.  Ini sinonim dengan makanan orang Kelantan.  Saya tidak tahu nama pisang ini disebut di negeri lain.  Alhamdulillah malam semalam dapat menikmati acar pisang galla di rumah bapa mentua.  Hasil belian dari biras saya.  Dapatlah merasa.  Menggamit kenangan sekitar zaman 90an di mana ketika itu masih di sekolah menengah di Kelantan.  Enaknya masih terasa.  Manisnya kenangan pun turut sama berlari-lari dalam ruang lingkup sejarah cinta monyet.  Ha..Ha..simbolik bukan!

Nah hari ini nak cerita tentang prestasi pelajar tuisyen saya.  Kelas hari ini seperti biasa.  Cikgu Ida saya tugaskan untuk membantu bahagian yang agak berat sikit hari ini.  Iaitu fokus kepada menilai prestasi hafalan sifir setiap pelajar untuk tahap 1.  Pelajar paling lemah dalam kelas Nafis.  Pelajar ini saya kira mempunyai tahap penguasaan yang sangat lemah dalam matematik.  Dari segi menangkap maklumat juga turut sama. 

Pada peringkat awal kelas dulu suka termenung dalam kelas dan agak pasif dalam membuat latihan dalam kelas.  Oleh kerana beliau dalam kategori pelajar yang sangat lemah, saya fokus sedikit untuk beliau.  Alhamdulillah, dengan bantuan Allah S.W.T tabiat suka temenung dan lambat dalam membuat kerja telah dapat dikikis hampir 90%.

Sebenarnya bagi saya ini adalah berkenaan dengan tabiat.  Tabiat di sekolah dan di rumah.  Apabila di dalam kelas guru tidak memberi penumpuan, maka dengan mudahnya pelajar kategori sebegini mencari peluang untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan contohnya berbual-bual dengan rakan lain di sebelah dan sebagainya.  Pantang alpa sedikit.  Maka panjanglah bualan mereka.  Saya kira percubaan saya berhasil dengan membuatkan pelajar cepat menyiapkan latihan maka ganjarannya mereka diberi rehat yang lama sedikit berbanding dengan rakan-rakan yang lain dan bebas untuk membuat aktiviti lain asal sahaja tidak menganggu rakan-rakan yang lain.

Begitu juga di rumah.  Ibu-ibu cuba berikan sedikit masa lebih kurang 15 minit untuk memantau aktiviti dan latihan di dalam buku anak-anak.  Sekurang-kurangnya kalau tidak tahu untuk mengajar, cukup sekadar menjadi peneman anak-anak di ketika itu.  Anak-anak perlukan sokongan dan dokongan dari segi sokongan moral dan jiwa beserta mental yang kuat dalam menghadapi cabaran hari ini.  Ketirisan dalam memberi sokongan moral ini akan memberikan lompong-lompong kepada anak-anak ini untuk mudah menjadi lemah dan tidak dapat berdikari.

Dalam pada itu untuk lebih mudah, saranan saya ibu-ibu boleh dapatkan aplikasi Ilearnace.  Aplikasi ini memberikan keseronokkan kepada para pelajar contohnya apabila selesai membuat latih tubi dalam pembelajaran matematik contohnya, pelajar akan dapat ganjaran melalui permainan yang disediakan.  Sekurang-kurangnya ia memberi batu loncatan kepada peningkatan motivasi para pelajar khasnya. 

Untuk lebih mudah, ibu-ibu boleh serach www.ilearnace.com untuk mendapatkan kemudahan akses secara percuma selama seminggu untuk penggunaan percubaan tersebut.  Setelah selesai mencuba maka jika ibu-ibu berminat untuk mendapatkan akses selama satu tahun, ibu-ibu boleh hubungi saya melalui email berikut: chehasnidahamid@gmail.com .  Semoga serba sedikit perkongsian pada kali ini memberi inspirasi kepada semua ibu-ibu bagaimana untuk membantu anak-anak mereka.  Ingatlah sedikit bagi ibu tapi besar ertinya untuk anak-anak.  Pegang erat kata-kata ini.  Semoga Allah memberkati kalian semua.  Insyaallah.  Amin


Comments

Popular posts from this blog

DAUN URAT JEJALA

Entry 49/100 Teks:Niyda Foto:Google Kisah yang akan saya paparkan pada entry kali ini berkisarkan salah seorang pelajar saya.  Nur AnA namanya(Bukan nama sebenar).  Seorang pelajar yang sangat  lemah dalam pelajaran.  Pelajar darjah 3. Dikategorikan sebagai pelajar linus pada bulan 1 2017 tahun ini.  Tidak boleh membaca.  Namun telah dikeluarkan dari group tersebut setelah menjalani peperiksaan setengah tahun yang lalu.  Keputusan menunjukkan beliau layak untuk kelas biasa seperti pelajar yang lain.  Berkelas tuisyen dengan saya pada Disember 2017.  Kini hampir 9 bulan telah berlalu.  Alhamdulillah.  Ada sedikit perubahan. Apa yang ingin saya paparkan di sini hari ialah berkenaan dengan topik sains darjah 3.  Topik ini sering menjadi masalah bagi anak-anak.  Bab tumbuh-tumbuhan.  Bahagian daun urat jejala dan selari.  Begitu juga dengan akar tunjang.  Sering saya ingat kepada pelajar jika daun urat jejala maka akarnya pasti lurus iaitu akar tunjang.  Apabila daun urat sel

KELEBIHAN PERSEDIAAN AWAL UNTUK PEPERIKSAAN

72/100 Kelebihan biasanya akan berpihak kepada mereka yang membuat langkah bijak dan terawal.  Dari itu mulakan persediaan awal untuk peperiksaan yang bakal menjelma. Kelebihan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: DAPAT ULANGKAJI SECARA BERPERINGKAT Pada permulaan anak pertama masuk darjah 2 saya  berpendapat tak mengapa tak ulangkaji awalpun walaupun anak-anak masih di peringkat  tahap 1.  Saya beranggapan silibus adalah senang dan mudah untuk dikuasai tanpa melihat silibus terkini sekolah.  Apabila Kakak Widaad mendapat keputusan akhir peperiksaan akhir tahun darjah 2, saya terperanjat gila.  Subjek Matematik kakak telah jatuh merudum dari A kepada D.  Saya berasa malu yang amat sangat.  Di mana silapnya.  Dari situ saya mula melihat silibus terkini untuk subjek Matematik darjah 2.  Rupa-rupanya sudah ada topik darab dan bahagi diperingkat tersebut. Sejak itu bermula awal tahun darjah 3 berikutnya, saya mula membuat latih tubi secara berperingkat-peringkat untuk dara

SERONOK BELAJAR DENGAN PENSIL KHAT

Teks: Niyda Foto: Google Mengenang zaman persekolahan dulu-dulu sangat seronok.  Zaman kanak-kanak.  Zaman remaja.  Penuh dengan warna warni kehidupan.  Tak mungkin luput dalam ingatan.  Salah satu darinya adalah tentang pensil khat. Zaman dulu-dulu bila nak guna pensil khat ni, saya akan ambil pisau seposen atau sejenis pisau kecil yang berlipat.  Rasanya sekarang ni ada lagi.  Tapi jarang-jarang digunakan lagi oleh anak-anak sekarang.  Saya rasa ibu-ibu diluar sana pun begitu juga.  Dengan pisau itu saya asah pensil hingga menjadi pensil khat.  Kadang-kadang tu berlumba dengan rakan sekelas yang lain.  Pensil siapa yang paling comel sekali di asah.  Kadang-kadang ada juga kawan-kawan lelaki yang minta tolong asah.  Kalau saya rajin.  Saya asah.  Kalau malas saya pas kat kawan yang lain.  Adat lah tu…memang ada si kaki pembuli dalam kelas.  Hehehe… Pensil yang nak digunakan tu biasanya saya guna kelas subjek Khat.  Masih ingat lagi Ustaz yang mengajar saya tu.  Tampan