Entry: 38/44
Teks: Niyda
Foto: Google
Teks: Niyda
Foto: Google
Berbalik semula
kepada hari semalam. Saya belajar banyak perkara tentang kelemahan-kelemahan
persembahan bakat semalam. Syukur kerana
diberi kesempatan dan peluang awal untuk Wafirah. Ini menjadi titik tolak kepada perkembangan
Wafirah yang seterusnya.
Selesai majlis
persembahan bakat semalam, saya terus ke kedai D.I.Y Kuala Lipis. Dalam hati berkata, kat sini mungkin ada
kostum yang kami perlukan untuk persembahan Wafirah untuk akan datang. Jalan-jalan dalam kedai D.I.Y akhirnya kakak
menjerit. “Ummi! Kakak dah jumpa
ni!”. Saya pun teruslah ke satu
sudut. Ya memang banyak kostum kat situ. Dari corak kumbang merah hinggalah ke kostum
rama-rama. Memang seronok duk kat situ
lama-lama. Macam-macam boleh dapat. Harga kostum pun taklah mahal sangat. RM 6.90 dah pun dapat kepak kumbang merah tu
sekali dengan skaf rambut kumbang dan tongkat saktinya. Apa lagi.
Suka sangatlah Wafirah. Dalam
hati saya berkata. Ini ummi bagi hadiah
untuk Wafirah sempena keberanian dia tampil membuat persembahan tadi. Kesian juga tunggu lama-lama. Tapi tak dapat nombor. Jadi hadiah ni reward untuk Wafirah dari ummi
atas komitmen tengahhari tadi.
Berikut adalah
gambar kostum yang dibeli semalam.
Mungkin kalau Google boleh jumpa lagi kostum pelbagai rupa. Ibu-ibu hanya nak kena pandai cari. Semuanya berkenaan dengan kreativiti.
Teruslah
melangkah anakku setinggi awan. Capai
segala impianmu. Dunia ni ada banyak
pilihan. Jika kamu rajin berusaha dan
beri komitmen sepenuhnya. Segala usahamu
akan berbalas akhirnya. Ummi dan abi akan sentiasa menyokongmu tak kira rebah
setara mana. Kami sentiasa
disisimu. Semoga kamu menjadi insan yang
cemerlang dunia akhirat. Aminnn…
Sekian coretan
untuk kali ini. Berjumpa lagi dilain
entry. Salam Sayang!
Teks: Niyda
No comments:
Post a Comment