Foto: Google
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Sebagai bangsa Melayu. Kamu harus skor A dalam bahasa Melayu. Kalau tak skor. Malulah pada bangsa-bangsa lain. Mereka bertungkus lumus nak belajar bahasa Melayu ni. Syarat untuk lulus SPM, mesti kredit bahasa Melayu. Syarat nak menjawat jawatan awam juga pun akan dilihat subjek Bahasa Melayu. Kalau anda gagal Bahasa Melayu, maka gagallah yang lain. Itu secara asasnya.
Baik , untuk
subjek Bahasa Melayu ada 2 bahagian. Satu
Kefahaman dan satu lagi penulisan. Untuk
bahagian penulisan biasanya adik-adik
ada masalah. Adik-adik perlu berlatih
menulis karangan. Tulis idea atau isi
dengan spontan dan bernas. Jika ada masa
beri guru periksa kertas jawapan adik-adik.
Dari situ adik-adik akan belajar apakah kesilapan yang sering
dilakukan. Disamping itu juga adik-adik
boleh tambah yang kurang mana-mana isi yang perlu kemudian kembangkan lagi idea
beserta contoh. Biasakan menggunakan
perkataan seperti oleh itu, disamping itu, selain itu apabila ingin menambah
perenggan atau ayat. Insyaallah jika
adik-adik rajin menulis, kemahiran membuat karangan itu akan datang secara
semulajadi.
Untuk bahagian
menulis ayat bagi watak-watak gambar yang diberikan pula, tipsnya adik-adik
boleh gunakan pertanyaan soalan seperti siapa,apa,kenapa,bagaimana,bila dan
berapa untuk menjawab soalan seperti berikut.
Insyaallah jika adik berjaya menjawab soalan berdasarkan tips soalan
ini, maka adik-adik akan dapat menjawab soalan itu dengan mudah dan tidak akan
terjadi ayat yang diulang-ulang.
Untuk soalan
berbentuk kefahaman pula, di nasihatkan adik biasa-biasakan dengan penjodoh
bilangan, simpulan bahasa, peribahasa dan sewaktu dengannya kerana soalan
berbentuk seperti ini biasa keluar.
Soalan KBHAT sekarang ini banyak berkisar tentang ini.
Selain dari itu
kesalahan-kesalahan umum yang biasa adik-adik buat ialah bab kata ganti nama
diri,kata sendi nama,kata adjektif,kata tanya,kata hubung dan sebagainya. Pastikan adik-adik menguasai bahagian ini.
Jadi adik perlu rajin-rajinkan diri untuk
mengenali seberapa banyak peribahasa yang ada.
Insyaallah apabila adik-adik menguasai bab ini. Maka bab yang lain akan menjadi lebih mudah.
Cukuplah setakat
ini sahaja dahulu buat kali ini.
Berjumpa lagi di lain entry.
Salam kasih sayang dari saya di Bumi Barakah Benta.
No comments:
Post a Comment