Teks: Niyda
Foto: Koleksi peribadi
Hari ini kelas petang berderet-deret. Sementelah Wafirah pula kurang sihat. Demam tak kebah-kebah.Hati ini bertambah runsing. Malam ini selepas makan malam saya beri dia ubat demam dan ubat batuk. Harapan saya semoga esok bangunnya dalam keadaan yang baik dan sihat hendaknya. Oleh kerana esok perjuangan belum selesai lagi. Kelas tetap diteruskan untuk hari esok.
Foto: Koleksi peribadi
Hari ini kelas petang berderet-deret. Sementelah Wafirah pula kurang sihat. Demam tak kebah-kebah.Hati ini bertambah runsing. Malam ini selepas makan malam saya beri dia ubat demam dan ubat batuk. Harapan saya semoga esok bangunnya dalam keadaan yang baik dan sihat hendaknya. Oleh kerana esok perjuangan belum selesai lagi. Kelas tetap diteruskan untuk hari esok.
Baju
belum digosok. Dalam hati sempat lagi
pagi esok ni nak gosok. Sukakan buat kerja last minit…Hahaha…
Alkisahnya
petang tadi, saya mula menerima kehadiran pelajar baru. Nadim namanya. Pelajar ini mengambil pakej kelas pecutan
membaca untuk pra sekolah.
Selepas
saya screen apakah kelemahan pelajar ini.
Maka dapatlah dikenalpasti mengapa ibunya menghantar Nadim kepada saya.
Berikut
adalah catatan peribadi saya tentang beliau:
1. Pelajar
ini sudah tahu membaca ABC.
2. Berumur
6 tahun.
3. Boleh
membaca suku kata,dua suku kata dan tiga sukukata namun apabila disuruh membaca
3 suku kata,maka sukukata yang tengah akan hilang dari sebutan atau
bacaannya. Contoh perkataan baharu. Sebutannya menjadi baru.
4. Pelajar
ini belum boleh mengeja perkataan berbentuk diftong seperti pakai,pulau.
5. Pelajar
ini belum boleh membaca dengan lancar.
6. Pelajar
ini perlukan dorongan dan semangat dari rakan dalam kumpulan.
Kesimpulannya,untuk
tahap pelajar 6 tahun seperti ini, ibu-ibu sudah dapat mengenalpasti apakah
kelemahan anak-anak mereka di rumah.
Masalahnya mungkin sama. Oleh itu
ambil berat tentang tahap kebolehan anak-anak puan dalam membaca. Belikan mereka buku suku kata yang bewarna
sebagai daya penarik. Jenama terbaik
setakat ini yang saya jumpa adalah Fargoes dan Bacalah Anakku. Boleh dapatkan di kedai-kedai yang
berdekatan. Harga pun tak mahal. Seingat saya dalam RM 5.50.
Untuk
tahun 2017 ini, saya lihat silibus darjah satu telah pun diturunkan ke level
pra sekolah 6 tahun. Ini termasuklah
subjek Sains. Oleh itu sentiasa update
terkini puan-puan tentang silibus.
Sekiranya tidak,anak-anak kalian akan ketinggalan.
No comments:
Post a Comment