Teks:Niyda
Foto: Koleksi peribadi
Semasa menulis entry ini,saya baru sahaja selesai berwebinar dengan Coach Mohd Noor Tahir. Seseorang yang saya sangat kagumi dalam bidang home tuition. Tajuk malam ini adalah bagaimana meningkatkan klien. Konsepnya dari Dean Kennedy. Mengupas tentang mesej,marketing, ,media bisnes tuition,customer Avatar. Saya budak baru belajar. Masih mentah. Kena explore lebih lagi.
Foto: Koleksi peribadi
Semasa menulis entry ini,saya baru sahaja selesai berwebinar dengan Coach Mohd Noor Tahir. Seseorang yang saya sangat kagumi dalam bidang home tuition. Tajuk malam ini adalah bagaimana meningkatkan klien. Konsepnya dari Dean Kennedy. Mengupas tentang mesej,marketing, ,media bisnes tuition,customer Avatar. Saya budak baru belajar. Masih mentah. Kena explore lebih lagi.
Sambil-sambil duk scroll tengok
webinar dalam fb tentang komen Kak Masayu supaya saya membuat ulasan tentang
tuisyen Bahasa Melayu Tahun 1 bagi murid berbangsa Cina. Ini disebabkan petang
tadi saya post di fb tentang Jia Ler yang datang ke rumah saya untuk belajar
Bahasa Melayu.
Apa yang menjadi factor ibu bapa
menghantar anak mereka tuisyen .Ini tajuk yang Kak Mas minta saya
huraikan. Baiklah saya akan cuba sedaya
upaya.
Berikut adalah sedikit ulasan saya
berkenaan dengn persoalan di atas:
- Pelajar Cina tahun 1 lemah dalam membaca, menangkap bunyi sebutan perkataan,sukukata dan masih merangkak-rangkak dalam membaca terutamanya perkataan yang bersifat diftong seperti pulau,pakai dan sebagainya.
- Pelajar berbangsa Cina juga sangat lemah dalam memahami maksud ayat sama ada tersurat atau tersirat.
- Mereka lemah dalam memahami petikan dan karangan. Lemah dalam membina ayat pendek atau panjang yang menggunakan kata kerja dan kata nama.
- Lemah dalam perbualan seharian.
- Lemah dalam sebutan huruf R
- Lemah dalam menjawab soalan berbentuk subjektif.
Sebenarnya untuk menarik
minat mereka dalam Bahasa Melayu senang saja. Berikut ulasan dan pemerhatian
saya:
1. Bercakap dengan
menggunakan intonasi dan memek muka yang jelas,terang dengan menggunakan
isyarat tangan semasa mengajar.
2. Gunakan gerak bibir yang
betul dalam menyebut perkataan.
3. Gunakan pensil warna bagi
menarik perhatian supaya mereka seronok belajar Bahasa Melayu.
4. Pelajar perlu diberi
penekanan dari aspek membaca berbanding menulis kerana di sekolah guru-guru
mempunyai masa yang terhad untuk meneliti bacaan murid-murid. Bayangkan masa
hanya 30 minit untuk satu sessi. Kelas
pula purata 25 orang utk satu kelas.
Mana mungkin setiap pelajar dapat memperdengarkan bacaan mereka satu
demi satu.
Mungkin inilah sebabnya ibu bapa
menghantar anak mereka tuisyen. Supaya
anak-anak dapat kefahaman yang cukup dan jelas.
Sekian dulu entry kali ini. Nak solat Asar dulu…Bye!
No comments:
Post a Comment