Skip to main content

PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG


Teks: Niyda
Foto: Google

Sebagai ibu dan suri di rumah tentunya masa ibu-ibu tidak terhad.  Melainkan ibu-ibu bekerja di luar. Ibu-ibu yang berada di rumah harus cekap menguruskan masa untuk anak-anak.  Kadang-kadang terbabas jugakan dek penangan cerita dongeng Indonesia.  Itu adalah lumrah.



Pengurusan masa pelajar cemerlang.  Pernahkah ibu-ibu terfikir bagaimana pelajar cemerlang menguruskan masa mereka seharian.  Mereka juga sama macam anak-anak kita di rumah.  24 jam masa diberi.  Tidak lebih dan tidak kurang.  Tinggal lagi bagaimana kita menguruskan masa anak-anak kita dengan bijak.

Pernahkah ibu-ibu bertanya dengan ibubapa yang cemerlang?  Kadang-kadang ada antara kita tak kenalpun siapakah ibu-ibu yang cemerlang itu bukan?  Ialah mesyuarat sekolah pun tidak hadir lagikan pula majlis penyampaian hadiah kecemerlangan di sekolah.  Pun turut tidak hadir.  Bagaiamana kita mahu kenal siapa mereka yang istimewa itu.  Pesan saya rajin-rajinlah menghadiri program sekolah kerana dari situ akan banyak manfaat yang anda akan dapat.  

Berikut adalah antara intipati yang saya perolehi beberapa ketika dahulu.  Di mana saya pernah menemuramah seorang ibu yang mendapat 6A dalam UPSR di sekolah SK Benta.
Perkara pertama ungkapan yang saya dengar tentangnya adalah anak beliau diajar sifir sejak berumur 4 tahun lagi.  Menakjubkan bukan? Sebab itu tidak hairanlah mengapa anak beliau boleh skor A dalam subjek matematik.

Kemudian yang keduanya, dia tidak pernah paksa anaknya untuk ulangkaji pelajaran.  Semuanya bergantung pada diri sendiri.  Jika dilihat pada sebelah malam.  Pelajar yang dimaksudkan ini akan ulangkaji pelajaran sehingga jam 11 malam.  Bandingkan dengan anak-anak kita tuan puan.  Mungkin ada yang masih duduk-duduk santai-santai pada jam 8.00 malam.  Alangkah ruginya masa yang ada dibuang begitu sahaja.
Teringat juga saya semasa sessi perkongsian bersama-ibu-ibu muda di Perpustakaan Benta tahun lepas, ada seorang guru berkongsi kepada kami bagaimana anaknya cemerlang.  Pengurusan masa belajar di rumah sangat penting katanya.  Dua bulan sebelum peperiksaan adalah masa yang kritikal.  Pastikan anak-anak belajar lebih kurang 2 jam di waktu siang dan dua jam di waktu malam.  Kalau tidak pastinya silibus tak habis nak ulangkaji. 


                      

Silibus sekarang ini walaupun di peringkat tahap 1 pun sangat banyak.  Jadi macam tak terkejar nanti bila mana malam periksa baru nak ulangkaji.  Ini sering terjadi kepada anak-anak saya dahulu pada mula-mula mereka naik sekolah darjah 1.  Bila sudah begitu, saya belajar dari kesilapan.  Di awal-awal tahun tak boleh main-main dah.  Mesti sudah mula ulangkaji.  Walaupun topik tersebut senang.

Untuk membuat pembahagian masa belajar yang berkesan, saya sarankan ibu-ibu boleh ambil masa selama 1 jam di sebelah pagi.  Sebelum ke sekolah, pastikan anak-anak bangun awal pagi supaya selepas mandi,solat dan sarapan, mereka ada sedikit masa untuk menelaah pelajaran.  Contohnya semasa menunggu ibu-ibu buat sarapan pagi, boleh berikan mereka telefon kita yang mengandungi aplikasi soalan peperiksaan seperti ilearnace.  Tanpa internet pun mereka masih tetap boleh membuat latihan di situ.  Jadi masa yang ada digunakan sebaiknya.  Sekiranya tidak, anak-anak kita akan terbuang masa emas mereka begitu sahaja.  Ilearnace ini ada saya ceritakan sebelum ini di blog saya ini.  Puan-puan boleh semak semula bagaimana cara untuk mendapatkannya.

Kemudian puan-puan boleh tarik 1 jam lagi masanya di waktu petang selepas pulang dari KAFA.  Ala buat latihan santai-santai pun boleh dengan ilearnace tu juga.  Sambil baring-baring pun boleh.  Tinggal lagi nak dengan tak nak ajer.

Pastikan juga anak-anak makan awal untuk makan malam.  Ini supaya senang kita nak urus masa untuk persediaan solat maghrib pula. Selain itu di waktu selepas selesai solat maghrib, anak-anak mengaji sekejap.  Selesai mengaji, solat isyak jika sudah masuk waktu Isyak.  Kalau waktu isyak masuk waktu lambat sikit, boleh terus mula buat ulangkaji untuk anak-anak selama lebih kurang 2 jam.  Televisyen harus ditutup.  Inilah penyebab lagha yang paling kritikal.  Kalau tak pantau.  Boleh ke laut ibu dan anak.  Saya pun pernah terkena. Hehehe. Jangan lupa juga puan-puan. Pantau penggunaan  telefon kalian.  Kadang-kadang anak-anak ni pandai curi-curi tengok you tubelah dan macam-macam. 


Sekian dulu untuk kali ini jumpa lagi ye.  Salam sayang!

Comments

Popular posts from this blog

DAUN URAT JEJALA

Entry 49/100 Teks:Niyda Foto:Google Kisah yang akan saya paparkan pada entry kali ini berkisarkan salah seorang pelajar saya.  Nur AnA namanya(Bukan nama sebenar).  Seorang pelajar yang sangat  lemah dalam pelajaran.  Pelajar darjah 3. Dikategorikan sebagai pelajar linus pada bulan 1 2017 tahun ini.  Tidak boleh membaca.  Namun telah dikeluarkan dari group tersebut setelah menjalani peperiksaan setengah tahun yang lalu.  Keputusan menunjukkan beliau layak untuk kelas biasa seperti pelajar yang lain.  Berkelas tuisyen dengan saya pada Disember 2017.  Kini hampir 9 bulan telah berlalu.  Alhamdulillah.  Ada sedikit perubahan. Apa yang ingin saya paparkan di sini hari ialah berkenaan dengan topik sains darjah 3.  Topik ini sering menjadi masalah bagi anak-anak.  Bab tumbuh-tumbuhan.  Bahagian daun urat jejala dan selari.  Begitu juga dengan akar tunjang.  Sering saya ingat kepada pelajar jika daun urat jejala maka akarnya pasti lurus iaitu akar tunjang.  Apabila daun urat sel

KELEBIHAN PERSEDIAAN AWAL UNTUK PEPERIKSAAN

72/100 Kelebihan biasanya akan berpihak kepada mereka yang membuat langkah bijak dan terawal.  Dari itu mulakan persediaan awal untuk peperiksaan yang bakal menjelma. Kelebihan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: DAPAT ULANGKAJI SECARA BERPERINGKAT Pada permulaan anak pertama masuk darjah 2 saya  berpendapat tak mengapa tak ulangkaji awalpun walaupun anak-anak masih di peringkat  tahap 1.  Saya beranggapan silibus adalah senang dan mudah untuk dikuasai tanpa melihat silibus terkini sekolah.  Apabila Kakak Widaad mendapat keputusan akhir peperiksaan akhir tahun darjah 2, saya terperanjat gila.  Subjek Matematik kakak telah jatuh merudum dari A kepada D.  Saya berasa malu yang amat sangat.  Di mana silapnya.  Dari situ saya mula melihat silibus terkini untuk subjek Matematik darjah 2.  Rupa-rupanya sudah ada topik darab dan bahagi diperingkat tersebut. Sejak itu bermula awal tahun darjah 3 berikutnya, saya mula membuat latih tubi secara berperingkat-peringkat untuk dara

PERSEDIAAN SEBAGAI GURU TUISYEN

Teks:  Niyda Foto: Google                               Mengajar adalah suatu bidang yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Mengajar memberi saya ruang  untuk berkarya bagaimana berdepan dengan pelbagai karenah pelajar yang sebenarnya memerlukan beberapa teknik yang berbeza-beza. Mengajar juga memberikan saya satu kepuasan. Sebelum mengajar seseorang guru itu perlu memperbetulkan niat terlebih dahulu.  Nawaitu kena betul ye!  Niatkan cikgu-cikgu mengajar ini adalah untuk membantu anak murid cikgu. Niat cikgu adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang merosot dalam pelajaran kembali cemerlang dalam pelajaran.  Dengan beberapa kaedah dan teknik mudah belajar dan seronok belajar, insyaallah.  Anak didik cikgu-cikgu semua akan berjaya dunia dan akhirat. Yang keduanya pula cikgu-cikgu perlu konsisten dalam mengajar.  K onsisten yang dimaksudkan di sini ialah konsisten dalam mengajar setiap kali jadual kelas.   Jangan main on of on of.   Lama-lama bukan murid sahaja yang te