Tuesday, 15 August 2017

5 PERKARA PENTING SEBELUM PEPERIKSAAN



Teks: NIyda
Foto: Google 

Lima perkara penting yang perlu ibu-ibu perlu tahu sebelum anak-anak menghadapai peperiksaan.  Ini biasanya yang ibu jarang-jarang ambil tahu dan ambil mudah pula.  Ia perlu fokus dan dipraktikkan sejak dari awal persekolahan lagi.  Saya juga belajar dari kesilapan yang lalu.  Ialah mendidik anak-anak bukan sahaja setakat mengambil tahu panjang pendek pensilnya.  Dimana pemadamnya.  Tetapi sebenarnya lebih dari itu.

Baiklah yang pertamanya, kalau di rumah ibu-ibu cuba lihat silibus kandungan subjek yang diambil oleh anak-anak.  Contohnya subjek Bahasa Melayu.  Kenal pasti topik –topik yang ada.  Sekiranya ibu-ibu sendiri menguasai topik-topik yang ada, maka boleh sahaja ajarkan juga untuk anak.  Semak buku latihan sekolah mereka sekali sekala.  Kadang-kadang ada juga bahagian-bahagian dalam buku latihan tersebut yang tidak bertanda oleh guru mereka.  Tanya adakah mereka faham tentang topik tersebut.  Jika mereka faham tak mengapa.  Sekiranya tidak, cuba dekati anak-anak dan terangkan tentang topik tersebut.  Hati-hati juga kerana ada sesetengah anak-anak akan tegur ibu-ibu jika buku sekolah mereka ditanda dengan pen ibu sendiri.  Maka solusinya ibu-ibu beli buku latihan khas untuk di rumah pula.  Maka senanglah ibu-ibu nak menanda dan sebagainya.  Anak-anak pun selesa.

Yang keduanya pastikan anak-anak faham tentang konsep  matapelajaran yang diambil.  Contohnya tentang subjek matematik.  Bab penolakkan khususnya.  Apa maksud hitung.  Apa maksud beza.  Soalan-soalan berbentuk masalah seperti ini biasanya mengelirukan anak-anak yang baru masuk tahap 1.  Maka terangkan kepada mereka.  Hitung itu maksudnya kira jumlah dan beza itu maksudnya cari penolakkan dari nombor besar kepada nombor yang lebih kecil.  Pola nombor juga sering menjadi kekeliruan anak-anak.  Fahamkan bahawa pola itu maksudnya rentak nombor tersebut.  Adakah rentak nombor bertambah dua dua atau berkurang tiga tiga dan begitulah seterusnya.

Yang ketiga, Ibu-ibu boleh mula mencari buku-buku yang menawarkan soalan-soalan yang terkini.  Cari buku dari jenama yang dipercayai dari segi kredibiliti terbitannya, kualiti kulit buku dan isinya supaya senang dibawa, tidak modah terkoyak dan bahan latihannya padat.  Jangan keliru dengan buku-buku yang menawarkan harga yang murah contohnya berharga RM 2.20.  Biasanya ia tidak padat, tidak lengkap dan hanya menyediakan sedikit sahaja soalan.  Carilah buku-buku yang mempunyai latihan yang senang, mudah difahami bentuk soalan oleh anak-anak.  Jenama yang saya sering cadangkan sebelum ini seperti Sasbadi, Fargoes, Mybook dan Pelangi.

Yang keempat ialah ibu-ibu boleh melakukan analisis awal soalan peperiksaan yang  sering keluar.  Maksudnya apakah soalan-soalan yang hot dan biasanya keluar dalam peperiksaan .  Bahagian manakah yang sering menjadi soalan lazim. Maka soalan itulah yang perlu diberikan penekanan dan fokus.  Kaji setiap soalan yang yang keluar.

Yang ke lima ialah sekiranya anak-anak terlalu lemah.  Hantar mereka ke kelas tuisyen yang berdekatan.  Mereka perlukan  kefahaman yang lebih tetang sesuatu topik.  Contohnya anak-anak tidak menguasai tatabahasa untuk karangan Bahasa Inggeris.  Berjumpalah dengan guru atau tutor.  Dapatkan kelas personel.  Semoga dengan bantuan guru atau tutor tersebut akan dapat membantu anak-anak tuan puan lebih maju dalam pelajaran.  Kelompok pelajar yang ada dalam kelas tuisyen akan merangsang dan sekaligus akan memotivasikan anak-anak tuan puan dalam mencapai kecemerlangan pelajaran mereka.

Sekian dahulu untuk kali ini.  Berjumpa lagi di lain entry.  Sekian.  Terima kasih.  Salam sayang tak pernah dilupa.

Teks: Niyda

01125452156

No comments:

Post a Comment

Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...