Entry:43
Teks: Niyda
Foto: Google
Seronok belajar dengan
buku nota catatan kecil. Menjadi
kegemaran saya buku catatan kecil ini sejak dari zaman sekolah rendah
lagi. Kini saya perturunkan semula
kegilaan dengan buku kecil ini kepada anak-anak saya pula.
Zaman dahulu kami
panggil buku lima-lima. Buku ini saya
guna apabila ada sesuatu pesanan dari guru contohnya ketika di perhimpunan
sekolah atau di dalam kelas. Kadang-kadang tak muat, saya beli buku saiz
tebal. Saya balut buku itu dengan kertas
warna atau lembaran kertas bergambar supaya ianya menarik dan menjadi sesuatu
yang perlu saya tatap setiap hari.
Zaman sekolah menengah
buku inilah yang menjadi pendamping paling rapat dengan saya. Kemana pergi pun pasti saya akan bawa. Hatta hinggalah apabila mahu pulang ke
kampung. Saya bawa juga. Senang.
Apa-apa catatan contohnya tentang waktu ketibaan bas pun saya catat.
Kini zaman sudah
berubah. Semuanya hampir total
menggunakan nota yang ada di dalam telepon android atau smartphone. Segala isi penting atau panduan penting mudah
sahaja saya salin dan masuk ke dalam telefon canggih. Cuma akan berlaku masalah apabila telefon rosak. Mulalah sakit kepala, keruan dan sebagainya. (Sayalah tu).
Saya fikir buku nota
kecil ini masih relevan untuk zaman ini hatta untuk penggunaan orang
dewasa. Buku nota zaman ini penuh warna
warni, punyai gambar-gambar yang menarik.
Maka sudah semestinya anak-anak suka.
Rangsang mereka dengan buku-buku sebegini. Insyaallah minat belajar akan tumbuh dalam
sanubari mereka.
Untuk mendapatkan
buku-buku yang comel ini tidaklah susah sebenarnya. Kalau di Kuala Lipis, pergi sahaja ke MR.
D.I.Y. Banyak pilihan di sana. Hargapun mampu milik. Bertambah geram kalau tengok buku kecil yang
comel-comel seperti gambar kartun kek dan sebagainya. Anak-anak saya akan teruja bila sebut sahaja
mahu ke Mr. D.I.Y. Maka tahulah saya
itulah lubuk untuk saya tarik minat mereka belajar.
Selain dari itu, jika
di Raub pula, kalian boleh cari di kedai Pustaka Pertama bersebelahan dengan
Bank Simpanan Nasional. Di situ juga ada
pelbagai pilihan buku-buku nota kecil yang comel-comel. Bolehlah beri kepada anak-anak sebagai
hadiah. Mesti mereka suka. Cubalah!
No comments:
Post a Comment