Teks:Niyda
Foto: Google
Masihkah kalian ingat pensil warna yang kalian guna zaman kecil-kecil dahulu. Pensil warna jenama Luna memang tak boleh lawankan. Itu dulu. Harganya tak sampai RM 5 kan. Tapi sekarang cuba semak di kedai-kedai buku. Macam nak pengsan dah rasanya.
Foto: Google
Masihkah kalian ingat pensil warna yang kalian guna zaman kecil-kecil dahulu. Pensil warna jenama Luna memang tak boleh lawankan. Itu dulu. Harganya tak sampai RM 5 kan. Tapi sekarang cuba semak di kedai-kedai buku. Macam nak pengsan dah rasanya.
Begitu juga
warna air. Kalau dulu-dulu pakai sekejap
ajer dah mengeras. Ye lah kan hanya
mampu beli yang ketot-ketot aje. Arwah
abah pesan jimat-jimat. Jadi warna air
ni jarang-jarang saya guna.
Bila masa guna
pensil warna Luna ni? Ha kalau korang
nak tahu waktu zaman sekolah rendah dulu, saya dan kawan-kawan suka
berlumba-lumba mewarna dalam buku bahasa Melayu. Hampir setiap helaian buku tu saya akan
warnakan. Jadi seronok nak belajar bila
tengok buku sendiri penuh warna warni.
Bila dah siap, saya akan pergi pusing meja kawan=kawan yang lain. Diorang ni dah siap ke belum. Itu masa guru taka da dalam kelas lah. Lepas tu kami akan membanding-bandingkan
antara satu sama lain. Siapa yang paling
cantik mewarna.
Untuk yang
terkini sekarang saya tengok jenama A Star pun cantik-cantik juga warna
dia. Jenama Faber Castell pun
okey.Kalian semua boleh cuba sendiri.
Dalam pada itu
juga untuk pensil air saya cadangan beli jenama Buncho. Mutu warnanya sangat baik. Tapi harga agak mahal sikit berbanding dengan
warna air yang lain. Kalau tak silap
saya RM 30 jugak lah harganya tu. Kalau
ikut berkira-kira memang tak akan beli saya ni.
Tapi bila tengok kawan-kawan anak saya yang mana dapat skor A dalam
subjek pendidikan seni, saya pejam mata aje untuk seketika.
Kelebihan lain warna air Buncho ini ianya tak mudah mengeras. Apabila mewarna, warnanya naik dan sangat terang. Hasilnya pasti tidak mengecewakan. Anak-anak pasti suka. Cubalah!
No comments:
Post a Comment