Teks: Niyda
Foto:
Pemadam comel. Pemadam era zaman kini. Pelbagai bentuk dan rupa. Menjadi kesukaan anak-anak saya bila dapat mengumpulkan pemadam yang comel-comel sebegini. Mula-mula tu tak perasan juga. Tapi bila Wani selalu bawa balik ke rumah. Saya jadi pelik. Apalah yang menarik sangat dengan pemadam ni. Rupa-rupanya dengan sebab rupa pemadam tu yang comel tu menjadi suatu benda wajib yang perlu ada dalam kotak pensil.

Ya! Cuba kalian
semak dalam kotak pensil anak-anak kalian.
Macam mana rupa pemadam mereka.
Zaman saya masih kecil. Tiada
istilah pemadam comel. Yang ada hanyalah
pemadam berwarna putih seketul. Tak menarik pun. Kepala berwarna bawahnya putih. Ingat lagi
tak kalian.
Sekarang zaman
dah maju. Industri perniagaan alat-alat
sekolah semakin maju. Mereka semakin
kreatif mereka alat-alat yang dapat merangsang minat anak-anak dalam
belajar. Kita yang ada ni pun tak perlu
susah-susah lagi nak rangsang anak-anak minat belajar. Hanya perlu tahu apa minat dan kesukaan
mereka sahaja. Perlu ada sedikit masa
juga untuk jalan-jalan dan buat pemerhatian.
Kalau di Kuala
Lipis ni, Mr D.I.Y lah tempatnya yang paling sesuai. Kalau bagi tahu kat anak-anak saya nak pergi
Mr.D.I.Y menjerit diorang ni terlalulah sukanya. Sebab kat situ macam-macam ada. Kotak-kotak yang cantik, sticker pun
ada. Saya sendiri pun boleh jadi mereng
sekejap. Sediakan duit ajer.
Selalu kalau beli comel..hilang kejap je
ReplyDeleteYe Puan Dalila.kejap je..sebab kenit sgt yg ni...yg terkini ada juga datang dalam saiz yg besar..hehehe..terima kasih respon blog saya.
ReplyDelete