Wednesday, 16 August 2017

PROGRAM BAKAT CILIK

37/44
Teks:  Niyda
Foto:  Koleksi peribadi




Hari ini agak kalut sedikit.  Selepas meninggalkan baju Wafirah kepada cikgu Syikin.  Aku ke Pusat Internet menyelesaikan entry yang seterusnya.  Dapatlah siapkan 4 entry pagi tadi untuk blog.  Tinggalah lagi 10 entry untuk dihabiskan untuk sessi latihan dengan kak Masayu Ahmad. 

Setelah jam 1.30 tengahhari aku dan Wani terus ambil kakak Widaad.  Maklumlah tahun 4 balik lambat sikit.  Jadi hari ini Wani sampai dulu di rumah.  Mujur Paklong ada.  Dia yang hantarkan.  Usai ambil kakak Widaad aku terus bawa diorang pergi makan tengahhari di Hentian Benta.  Menu hari ini ikan goreng,budu,telor masin dan sayur masak lemak.  Sayur apa? Aku pun tak pasti.  Tengok jam masa dah menghampiri jam 2.00 petang.  Cepat-cepat aku suruh diorang habiskan makanan.  Perjalanan kita ni setengah jam kakak.  Adik mula jam 2.00 petang cikgu cakap.  Diorang terkedu.  Cepat-cepat kitorang habiskan makanan.

Setelah siap bayar, aku terus meluru ke keretaku.  Bawa kereta punyalah laju.  Takut tak sempat tengok Wafirah nanti.  Sampai aje di pejabat KEMAS aku lihat kereta dah banyak.  Aha ni mesti orang dah ramai kataku dalam hati.  Turun dari kereta, cepat-cepat aku ikut makcik sorang ni.  Bawa anak 2 orang dengan cikgu sekali.  Ikut punya ikut punya ikut. Masuklah kami ke dewan pertandingan.  Alhamdulillah.  Majlis belum bermula.  Ku pandang kiri kanan.  Rupanya Wafirah dan cikgu ada dibelakang sekali.  Kami pun meluru ke belakang.  Ambil dan peluk Wafirah macam biasa.  Cikgu kata sendu sekejap tadi.  Gara-gara cikgu pergi membuat bayaran.

Akhirnya, kami pun menunggulah giliran Wafirah.  Agak lambat juga.  Sampai aku pun dah tak berapa semangat nak tengok dah.  Ada yang datang ke depan senyap.  Ada yang tiba-tiba diam, terkedu.  Ada juga yang mula-mula agak perlahan-lahan suaranya tetapi sampai part tengah dah kedengan suara penuh yakinnya.  Ada juga yang malu-malu alah sambil peluk mamanya depan pentas.  Macam-macam stail.  Aku menunggu lagi.  Tiba giliran Wafirah.  Aku tak maju ke depan.  Ku biar je Kakak Widaad dan Wani beserta cikgu di satu sudut penjuru di hadapan.  Bukan apa takut nanti dia pula tiba-tiba yang menangis sebab aku tak ada.  Alhamdulillah.  Wafirah tak nangis.  Permulaan yang baik.  Cumanya suara dia agak perlahan.  Lagu yang dia nyanyikan pun sekejap aje.  Cikgu cakap ada yang dia tak ingat.  Jadi cikgu potong terus.

Selesai habiskan lagu di depan, Wafirah datang ke belakang.  Okey tak mengapa.  Yang penting adik berani mencuba.  Ini pengalaman pertama Wafirah.  Kalah menang adat pertandingan.  Apa yang paling penting Wafirah baru bermula.  Banyak masa lagi.  Lepas ni kami target dia buat persembahan yang lebih baik lagi untuk majlis anugerah hujung tahun nanti di sekolah.

Apa yang boleh aku kongsikan di sini ialah ada beberapa perkara yang menjadi kriteria saringan tadi.  Antaranya ialah setiap peserta perlu lebih luar biasa dari segi persembahan.  Perlu keyakinan yang lebih supaya persembahan menjdi lebih menarik.  Pemilihan kostum, kasut baju, make up perlu seiring.  Perlu ada stail juga.  Guru pengiring perlu lebih mendalami apa bakat yang ada pada anak murid mereka.  Persembahan juag perlu ada minus one supaya lebih menarik.  Dan yang terakhir sekali setiap guru perlu pastikan  peserta perlu lebih bersedia dan  memberi komitmen 100 peratus kepada setiap persembahan mereka.

Cukuplah setakat ini sahaja dahulu buat kali ini.  Sehingga berjumpa lagi dilain entry.  Salam sayang.
Teks: Niyda



SERONOK BELAJAR DENGAN POSTER

36/44


Teks: Niyda
Foto: Google

Seronok belajar dengan poster di rumah.  Pastinya kadang-kadang ibu rasa kurang sesuai nak tampal-tampal poster belajar atau nota anak-anak di rumah.  Ye lah rumah dah cantik di hias.  Tiba-tiba nak pasang dan tampal poster.  Pasti pelik dibuatnya.

Kat rumah, saya tampal poster di ruang makan.  Ini sebab apa, supaya senang nanti masa makan pun anak-anak boleh ingat balik apa yang mereka belajar di sekolah.  Pengalaman membesarkan Wani.  Saya dah tak kira tempat.   Tampal jugak di ruang tamu pun.  Rumah teres.  Kawasannya maklum saja lah.  Sempitkan. Segala poster saya tampal.  ABC ada.  Surah lazim pun ada.  Alif Ba Ta pun ada.  Suku kata pun ada.  Sebab tu lah Si Wani ni cepat dapat.  Umur 5 tahun pun dah boleh membaca.

Kalau di tengok dari perkembangan positifnya pun sehingga sekarang, Wani tetap dapat top 10 terbaik di dalam kelas.  Skor 11 A untuk semua subjek semasa darjah 1.  Jadi saya rasa tampal poster juga adalah satu faktor bagaimana membantu pembelajaran anak-anak di rumah.

Poster yang terkini ada macam-macam jenis.  Dari yang berbentuk ABC hinggalah yang ada bergambar sekali untuk pra sekolah.  Kalau beli buku jenama Fargoes, kalian akan dapat poster seperti Let’s Learn The Alphabets, Medial vowel sounds dan Rhyming words. Ada juga untuk verb iaitu kata kerja dalam Bahasa Inggeris.  Jadi saya kira ini memudahkan anak-anak untuk belajar.  Hari-hari tengok, insyaallah akan terus melekat dalam minda mereka.  Pasak terus orang kata. 

Dari segi harga pula kalau beli tanpa dengan sekali buku biasanya poster yang saya jumpa dalam RM 5.00 ke atas gitu.  Bergantung kepada jenis kertas dan perkara.  Tak mengapa ibu-ibu mahal sikit pun.  Ilmu tu.  Usah berkira-kira sangat.  Benda lain kita senang-senang boleh beli. Ye tak?  Pejam mata je sekejap.

Okey ni berbalik semula tentang poster Let’s Learn The Alphabets.  Poster ni yang saya ada ni menerangkan tentang huruf abjad ABC dalam huruf besar dan huruf kecil.  Juga dilengkapi dengan gambar disetiap kotak huruf tersebut.  Jadi agak senangkan anak-anak nak mengingat. Ingat gambar.  Ingat huruf.

Poster Medial vowel sounds pula ialah poster yang mendedahkan tentang bunyi mengikut huruf vkcal.  Contohnya seperti:
1.    Bag
2.    Fan
3.    Jam
4.    Pan

Semuanya mengikut bunyi vocal huruf A yang sama.

Manakala poster Rhyming words pula menekankan tentang rima perkataan seperti:
At untuk cat,bat,hat,rat.
In untuk bin,fin,pin,tin.
En untuk hen,men,ten dan pen.
An untuk fan,man,pan dan van.
Ap untuk cap,map,tap dan nap.
Un untuk bun,gun,run dan sun.

Jadi mudahlah anak-anak membiasakan diri mereka dengan rima tersebut.  Semoga dengan pendedahan ringkas ini memberi sedikit maklumat kepada kalian semua.  Sekian dahulu untuk kali ini.  Rajin-rajinlah ke kedai buku.  Banyak manfaatnya.  Salam sayang dari saya.

Teks: Niyda

01125452156

SERONOK BELAJAR DENGAN PERPUSTAKAAN MINI

Entry: 35/44

Teks: Niyda
Foto: Google

Seronoknya bukan main bila ada perpustakaan mini di rumah.  Melihat Wafirah mencapai buku demi buku Talking English dari set Grolier membuatkan saya rasa berbaloi-baloi membeli set tersebut.  Ye la kan…harga ribu riban.  Dengan abi pun saya sorok harganya tu.  Pastttt.. Saya beli pakai duit sendiri…Ansuran je RM 105 sebulan selama 2 tahun.
Idea nak dapatkan perpustakaan mini ni dah lama.  Masa Wafirah masih lagi merah kulitnya dah ada orang datang promosi kat saya.  Tapi saya tak layan.  Iya lah kan duit tak berapa nak ada.  Masih berkira-kira nak dapatkan buku ni.

Namun kedatangan seseorang ke perpustakaan Benta beberapa bulan yang lepas telah membuka kembali mata saya.  Saya mencari dah lama benda ni.  Baru sekarang berjumpa semula.  Jadi saya terus pegang kejap.  Tak nak lepas dah macam dulu.  Sampai nama set ni pun saya tak ingat dah apa namanya. 

Yang menjadikan saya sebak tu ialah kerana adik ni tunjuk bukti kat saya ada seorang kakak ni, seorang ibu tunggal, anak ramai.  Kerja biasa-biasa je.  Tapi sanggup beli untuk anak dia set Grolier ni.  Sedangkan saya masih berkira-kira.  Saya cam kakak tu.  Memang anak dia tersenarai dalam kategori pelajar cemerlang SK Benta dua tahun lepas.  Saya sendiri yang tengok dia naik pentas terima hadiah anugerah tersebut.  Malu saya kat diri sendiri.  Sebab tu saya terus ambil pakej set Grolier ni.  Jumlahnya hampir mencecah RM 3K.

Ok, tu bab harga.  Sekarang nak cerita berapa seronoknya si Wafirah sekarang ni bila dah ada set Grolier ni.  Dia dah tak tanya ummi dah.Mana buku dia.  Tarik-tarik tangan saya ajar dia menulis.  Dengan sendiri saya perasan.  Dia ambil pen boleh bercakap tu.  Kemudian ambil mana-mana buku dalam set tu.  Duduk atas sofa.  Kemudian on pen   tu, terus letak atas buku.  Bercakaplah buku tu mengikut apa yang dia sentuh.  Kadang-kadang tu saya tengok dia pun ikut nyanyi-nyanyi sekali.  Haa keyakinan tu penting ye.  Walaupun belum faham sangat Bahasa Inggeris tu.

Hari ni ketika saya menulis catatan ni.  Sekejap lagi, Wafirah akan mewakili sekolah sempena Program Pelajar Cilik di pejabat KEMAS Kuala Lipis.  Tak tahulah tu.  Menang atau kalah.  Tapi saya dah siap pesan kat dia.  Adik kena bercakap dengan suara yang kuat.  Buka mulut besar-besar.  Suara biar jelas dan yang penting sekali adik kena berani okey.  Dia kata okey ummi.  Ummi abi doakan adik berjaya nanti.  Insyaallah.  Ini pengalaman pertama Wafirah mewakili sekolah di usia 4 tahun.


Tuesday, 15 August 2017

5 PERKARA PENTING SEBELUM PEPERIKSAAN



Teks: NIyda
Foto: Google 

Lima perkara penting yang perlu ibu-ibu perlu tahu sebelum anak-anak menghadapai peperiksaan.  Ini biasanya yang ibu jarang-jarang ambil tahu dan ambil mudah pula.  Ia perlu fokus dan dipraktikkan sejak dari awal persekolahan lagi.  Saya juga belajar dari kesilapan yang lalu.  Ialah mendidik anak-anak bukan sahaja setakat mengambil tahu panjang pendek pensilnya.  Dimana pemadamnya.  Tetapi sebenarnya lebih dari itu.

Baiklah yang pertamanya, kalau di rumah ibu-ibu cuba lihat silibus kandungan subjek yang diambil oleh anak-anak.  Contohnya subjek Bahasa Melayu.  Kenal pasti topik –topik yang ada.  Sekiranya ibu-ibu sendiri menguasai topik-topik yang ada, maka boleh sahaja ajarkan juga untuk anak.  Semak buku latihan sekolah mereka sekali sekala.  Kadang-kadang ada juga bahagian-bahagian dalam buku latihan tersebut yang tidak bertanda oleh guru mereka.  Tanya adakah mereka faham tentang topik tersebut.  Jika mereka faham tak mengapa.  Sekiranya tidak, cuba dekati anak-anak dan terangkan tentang topik tersebut.  Hati-hati juga kerana ada sesetengah anak-anak akan tegur ibu-ibu jika buku sekolah mereka ditanda dengan pen ibu sendiri.  Maka solusinya ibu-ibu beli buku latihan khas untuk di rumah pula.  Maka senanglah ibu-ibu nak menanda dan sebagainya.  Anak-anak pun selesa.

Yang keduanya pastikan anak-anak faham tentang konsep  matapelajaran yang diambil.  Contohnya tentang subjek matematik.  Bab penolakkan khususnya.  Apa maksud hitung.  Apa maksud beza.  Soalan-soalan berbentuk masalah seperti ini biasanya mengelirukan anak-anak yang baru masuk tahap 1.  Maka terangkan kepada mereka.  Hitung itu maksudnya kira jumlah dan beza itu maksudnya cari penolakkan dari nombor besar kepada nombor yang lebih kecil.  Pola nombor juga sering menjadi kekeliruan anak-anak.  Fahamkan bahawa pola itu maksudnya rentak nombor tersebut.  Adakah rentak nombor bertambah dua dua atau berkurang tiga tiga dan begitulah seterusnya.

Yang ketiga, Ibu-ibu boleh mula mencari buku-buku yang menawarkan soalan-soalan yang terkini.  Cari buku dari jenama yang dipercayai dari segi kredibiliti terbitannya, kualiti kulit buku dan isinya supaya senang dibawa, tidak modah terkoyak dan bahan latihannya padat.  Jangan keliru dengan buku-buku yang menawarkan harga yang murah contohnya berharga RM 2.20.  Biasanya ia tidak padat, tidak lengkap dan hanya menyediakan sedikit sahaja soalan.  Carilah buku-buku yang mempunyai latihan yang senang, mudah difahami bentuk soalan oleh anak-anak.  Jenama yang saya sering cadangkan sebelum ini seperti Sasbadi, Fargoes, Mybook dan Pelangi.

Yang keempat ialah ibu-ibu boleh melakukan analisis awal soalan peperiksaan yang  sering keluar.  Maksudnya apakah soalan-soalan yang hot dan biasanya keluar dalam peperiksaan .  Bahagian manakah yang sering menjadi soalan lazim. Maka soalan itulah yang perlu diberikan penekanan dan fokus.  Kaji setiap soalan yang yang keluar.

Yang ke lima ialah sekiranya anak-anak terlalu lemah.  Hantar mereka ke kelas tuisyen yang berdekatan.  Mereka perlukan  kefahaman yang lebih tetang sesuatu topik.  Contohnya anak-anak tidak menguasai tatabahasa untuk karangan Bahasa Inggeris.  Berjumpalah dengan guru atau tutor.  Dapatkan kelas personel.  Semoga dengan bantuan guru atau tutor tersebut akan dapat membantu anak-anak tuan puan lebih maju dalam pelajaran.  Kelompok pelajar yang ada dalam kelas tuisyen akan merangsang dan sekaligus akan memotivasikan anak-anak tuan puan dalam mencapai kecemerlangan pelajaran mereka.

Sekian dahulu untuk kali ini.  Berjumpa lagi di lain entry.  Sekian.  Terima kasih.  Salam sayang tak pernah dilupa.

Teks: Niyda

01125452156

TEKNIK BELAJAR DENGAN NEMONIK


Teks: Niyda
Foto: Google

Masih lagi dalam bab seronok belajar kita hari ini ye!  Saya sangat suka bab ini.  Sebab ianya memacu saya agar lebih kreatif menggunakan otak kanan dan otak kiri.  Teknik ini sudah lama dipraktikkan.  Saya menerima ilmu ni pun sudah hampir 22 tahun yang lalu.  Bayangkan ye.  Sudah terlalu lama.  Tetapi ianya masih kekal terpahat dalam minda saya.


Ianya merupakan teknik yang jarang-jarang pelajar dapat buat.  Sebab apa?  Sebab kena kreatif sikit ye.  Contoh kalau kita nak hafal tentang:
 Belalang mempunyai spirakel.

Jadi singkatan yang boleh kita ambil di sini untuk mengingat ialah BEKEL.  Maksudnya Be dan Kel sahaja kita pendekkan perkataan utama sahaja.  Jadi bila-bila ada kita terjumpa soalan tentang belalang.  Kita sudah tahu.  Maknanya belalang ada spirakel.  Mudah bukan.  Ada banyak lagi perkara yang boleh kita pelbagaikan dengan teknik ini.  Contohnya kita nak hafal nama-nama objek di bulan, nama-nama deria pada manusia dan macam lagi.

Oleh itu sangat senang kalau anak-anak nak mengingat benda yang terlalu panjang termanya.  Gunakan sahaja teknik ini.  Otak mereka akan ligat mengulang dan mengulang benda yang sama tak kira di mana.  Saya harap sedikit sebanyak ianya bermanfaat dan membantu anak-anak kalian semua.  Mudah dan ringkas.  Hanya perlu sedikit kreativiti sahaja.  Sekian sahaja entry untuk kali ini.  

Berjumpa lagi di lain masa.  Sekian.
Teks: Niyda

01125452156

TEKNIK BELAJAR DENGAN PETA MINDA

33/44
Teks: Niyda
Foto: Google 

Sewaktu zaman saya belajar semasa SPM dulu iaitu tahun 1996.  Saya pernah menghadiri Seminar Belajar Bijak oleh Dr Shukri Abdullah.  Puan-puan kalau nak cari dia di Facebook boleh cari FB Dr Shukri Abdullah.  Seminar yang dijalankan itu berjalan dalam bulan 3.  Masa tu bayaran seorang RM 10 sahaja.  Terbayang-bayang lagi waktu bagaimana saya berjalan beriringan dengan kawan-kawan ke dewan orang ramai di Rompin dari asrama sekolah menuju ke situ.  Kami dikumpulkan dari pelbagai sekolah.  Seronok tak terkata.  Ialah pengalaman pertama berseminar katakan. 

Apa yang menariknya dalam seminar itu kami didedahkan dengan teknik belajar yang betul.  Antara yang masih melekat dalam pemikiran saya sehinggalah sekarang ialah teknik mengingat dengan cara membuat peta minda.  Sebenarnya otak kita bukanlah seperti komputer.  Membuat cacatan secara berderet ke bawah.  Oh tidak.  Itu memenatkan otak sebenarnya.  Otak kita perlukan rangsangan.  Ia sukakan warna.  Jadi kalau nak buat peta minda ni perlu kreatif sikit. Perlu guna pelbagai warna.Buat seperti satu point.  Kemudian kembangkan dia.  Gambarajah di bawah adalah contoh peta minda yang bagus  semasa membuat  nota.

Baiklah kenapa peta minda ini sangat penting?  Di sini saya akan kupas sedikit mengapa ia sangat dan sangat berkesan dalam membantu kecemerlangan dalam peperiksaan anak-anak kita.
1.    Penggunaan ilustrasi dalam peta minda akan dapat membantu anak-anak memudahkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik.  Ia juga merangsang minda dan mengukuhkan ingatan mereka.  Maknanya apa yang terpahat di peta minda tersebut akan turut sama terpahat dalam otak anak kita.  Apa yang dilaht dalam nota tersebut itulah juga terpahat dalam minda mereka.

2.   Peta minda juga akan dapat menyalurkan  idea dengan lebih terang dan tersusun dalam menjawab peperiksaan.  Maknanya dengan mudah minda anak kita menangkap butiran point yang penting tentang sesuatu topik.

3. Peta minda juga membantu ank-anak kita mengulangkaji pelajaran dengan mudah, cepat dan berkesan.  Tak perlu lagi selak-selak buku yang tebal.  Hanya buka beberapa helaian nota yang telah dibuat sebelum hari peperiksaan kemudian ulang dan ulang sahaja yang itu.  Sangat mudah dan cepat.

4.    Peta minda juga dapat merangsang anak-anak kita untuk mengingat atau menyimpan maklumat dalam masa yang lebih panjang sehinggalah ke waktu peperiksaan tiba.  Tidak akan berlaku lagi masalah mudah lupa kerana minda yang sentiasa mengulang dan mengulang benda yang sama dalam kotak memori. Inilah kekuatan peta minda sebenarnya.

5.  Peta minda juga dapat meningkat fokus pelajar dalam pelajaran dimana akhirnya ia secara tidak langsung akan dapat memotivasikan pelajar supaya belajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan mereka.

Semoga puan-puan dapat mengaplikasikan sedikit ilmu yang saya perturunkan di sini.  Sampaikan juga kepada orang lain.  Semoga ianya bermanfaat.  Salam sayang.
Teks: Niyda

01125452156

PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG


Teks: Niyda
Foto: Google

Sebagai ibu dan suri di rumah tentunya masa ibu-ibu tidak terhad.  Melainkan ibu-ibu bekerja di luar. Ibu-ibu yang berada di rumah harus cekap menguruskan masa untuk anak-anak.  Kadang-kadang terbabas jugakan dek penangan cerita dongeng Indonesia.  Itu adalah lumrah.



Pengurusan masa pelajar cemerlang.  Pernahkah ibu-ibu terfikir bagaimana pelajar cemerlang menguruskan masa mereka seharian.  Mereka juga sama macam anak-anak kita di rumah.  24 jam masa diberi.  Tidak lebih dan tidak kurang.  Tinggal lagi bagaimana kita menguruskan masa anak-anak kita dengan bijak.

Pernahkah ibu-ibu bertanya dengan ibubapa yang cemerlang?  Kadang-kadang ada antara kita tak kenalpun siapakah ibu-ibu yang cemerlang itu bukan?  Ialah mesyuarat sekolah pun tidak hadir lagikan pula majlis penyampaian hadiah kecemerlangan di sekolah.  Pun turut tidak hadir.  Bagaiamana kita mahu kenal siapa mereka yang istimewa itu.  Pesan saya rajin-rajinlah menghadiri program sekolah kerana dari situ akan banyak manfaat yang anda akan dapat.  

Berikut adalah antara intipati yang saya perolehi beberapa ketika dahulu.  Di mana saya pernah menemuramah seorang ibu yang mendapat 6A dalam UPSR di sekolah SK Benta.
Perkara pertama ungkapan yang saya dengar tentangnya adalah anak beliau diajar sifir sejak berumur 4 tahun lagi.  Menakjubkan bukan? Sebab itu tidak hairanlah mengapa anak beliau boleh skor A dalam subjek matematik.

Kemudian yang keduanya, dia tidak pernah paksa anaknya untuk ulangkaji pelajaran.  Semuanya bergantung pada diri sendiri.  Jika dilihat pada sebelah malam.  Pelajar yang dimaksudkan ini akan ulangkaji pelajaran sehingga jam 11 malam.  Bandingkan dengan anak-anak kita tuan puan.  Mungkin ada yang masih duduk-duduk santai-santai pada jam 8.00 malam.  Alangkah ruginya masa yang ada dibuang begitu sahaja.
Teringat juga saya semasa sessi perkongsian bersama-ibu-ibu muda di Perpustakaan Benta tahun lepas, ada seorang guru berkongsi kepada kami bagaimana anaknya cemerlang.  Pengurusan masa belajar di rumah sangat penting katanya.  Dua bulan sebelum peperiksaan adalah masa yang kritikal.  Pastikan anak-anak belajar lebih kurang 2 jam di waktu siang dan dua jam di waktu malam.  Kalau tidak pastinya silibus tak habis nak ulangkaji. 


                      

Silibus sekarang ini walaupun di peringkat tahap 1 pun sangat banyak.  Jadi macam tak terkejar nanti bila mana malam periksa baru nak ulangkaji.  Ini sering terjadi kepada anak-anak saya dahulu pada mula-mula mereka naik sekolah darjah 1.  Bila sudah begitu, saya belajar dari kesilapan.  Di awal-awal tahun tak boleh main-main dah.  Mesti sudah mula ulangkaji.  Walaupun topik tersebut senang.

Untuk membuat pembahagian masa belajar yang berkesan, saya sarankan ibu-ibu boleh ambil masa selama 1 jam di sebelah pagi.  Sebelum ke sekolah, pastikan anak-anak bangun awal pagi supaya selepas mandi,solat dan sarapan, mereka ada sedikit masa untuk menelaah pelajaran.  Contohnya semasa menunggu ibu-ibu buat sarapan pagi, boleh berikan mereka telefon kita yang mengandungi aplikasi soalan peperiksaan seperti ilearnace.  Tanpa internet pun mereka masih tetap boleh membuat latihan di situ.  Jadi masa yang ada digunakan sebaiknya.  Sekiranya tidak, anak-anak kita akan terbuang masa emas mereka begitu sahaja.  Ilearnace ini ada saya ceritakan sebelum ini di blog saya ini.  Puan-puan boleh semak semula bagaimana cara untuk mendapatkannya.

Kemudian puan-puan boleh tarik 1 jam lagi masanya di waktu petang selepas pulang dari KAFA.  Ala buat latihan santai-santai pun boleh dengan ilearnace tu juga.  Sambil baring-baring pun boleh.  Tinggal lagi nak dengan tak nak ajer.

Pastikan juga anak-anak makan awal untuk makan malam.  Ini supaya senang kita nak urus masa untuk persediaan solat maghrib pula. Selain itu di waktu selepas selesai solat maghrib, anak-anak mengaji sekejap.  Selesai mengaji, solat isyak jika sudah masuk waktu Isyak.  Kalau waktu isyak masuk waktu lambat sikit, boleh terus mula buat ulangkaji untuk anak-anak selama lebih kurang 2 jam.  Televisyen harus ditutup.  Inilah penyebab lagha yang paling kritikal.  Kalau tak pantau.  Boleh ke laut ibu dan anak.  Saya pun pernah terkena. Hehehe. Jangan lupa juga puan-puan. Pantau penggunaan  telefon kalian.  Kadang-kadang anak-anak ni pandai curi-curi tengok you tubelah dan macam-macam. 


Sekian dulu untuk kali ini jumpa lagi ye.  Salam sayang!

Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...