Monday, 14 August 2017

KAREKTOR GURU YANG MASIH SAYA INGAT


Teks: Niyda
Foto: Google

Semasa zaman persekolahan dahulu.  Tentunya ibu-ibu dan guru-guru semua masih ingat watak, gaya dan karektor guru yang menjadi pujaan hati kalian kan.  Saya juga begitu.  Watak-watak mereka sering bermain dalam minda saya apabila saya berdepan dengan pelbagai karenah situasi pelajar.  Antara yang saya masih ingat pada zaman sekolah rendah dahulu ialah Cikgu Sheikh.

Cikgu Sheikh ni berkulit putih, berbadan gempal, mempunyai raut wajah yang manis.  Suka senyum, suka buat lawak dan sangat rajin bertanya khabar kepada saya setiap kali waktu kelas bermula.  Cikgu Sheikh mengajar subjek Bahasa Inggeris.  Saya suka sangat dengan subjek tu masa tu.  Pernah sekali tu, ada sessi pengambaran di sekolah.  Masa tu saya dalam darjah 1 kalau tak silap saya.  Pergi sekolah saya tak pakai tudung masa tu.  Jadi rambut saya agak berserabai sikit.  Cikgu Sheikh yang tolong sikatkan semula rambut saya sebelum sessi pengambaran tu.  Nampak tak kat situ.  Sifatnya yang suka ambil berat itu membuatkan saya masih teringat sampai sekarang.  Dengar kata Cikgu Sheikh telahpun kembali ke rahmatullah.  Alfatihah untuk cikgu kesayangan saya ni…

Selain dari  Ustaz Hanafi.  Ustaz ini mengajar saya subjek Qowaid masa saya belajar peringkat menengah dulu.  Apa yang saya masih ingat, sebelum mula kelas wajib bagi kami baca doa belajar dulu.  Sampai sekarang saya masih amalkan lagi untuk anak-anak murid saya.  Ustaz ini juga selalu buat lawak secara spontan.  Saya suka juga bab ni.  Mesti ada kelucuan yang dibuat oleh ustaz.  Penggunaan isyarat tangan tu tak akan pernah padam dalam lipatan memori saya.  Setiap kali mengajar, pasti isyarat tangannya akan digunakan untuk menekankan lagi subjek yang diajar dalam kelas.  Jadi kami dah tahu kat mana yang harus ditekankan dalam kelas. Anta, Antuma antum. Ha ni yang selalu kena hafal.  Hehehe…

Disamping itu juga, Ustazah Zuariah saya tak akan pernah lupa juga.  Penguasaannya dalam subjek imlak tak boleh lawan dengan orang lain.  Bila masuk subjek imlak, kami sekelas harus pasang telinga.  Semua sunyi sepi sebab nak tangkap bunyi sebutan huruf atau perkataan yang dikeluarkan dari mulut ustazah.  Mulut ustazah tu saya akan ekori sampai habis kelas.  Sebab tanpa melihat gerak mulut dan memek muka ustazah, saya akan hilang punca apa yang nak ditulis dalam buku latihan saya. Ha…ajaib tak?  Namanya imlakkan? Dah tentu tugasnya salin balik apa yang ustazah sebut.

Cikgu Sariah juga saya tak akan pernah lupa.  Cikgu ni mengajar subjek kemahiran hidup dan Bahasa Inggeris.  Apa yang menariknya dengan cikgu ni.  Cikgu ni memang suka cakap banyak dalam kelas.  Dalam erti kata lain membebel.  Tetapi bebelan dia itu sangat saya suka.  Sebab bebelan cikgu ni yang selalu memberi saya motivasi untuk belajar dengan lebih semangat lagi.  Walaupun cikgu ni bebel dekat orang lain.  Tapi ianya turut terkesan dihati saya. Setiap kali?.  Ya hampir setiap kali waktu kelasnya.  Lima belas minit yang pertama itu adalah ruangnya.  Jadi ambil sedikit masa cikgu.  Berikan suntikkan dan kata-kata semangat untuk anak didik cikgu.  Insyaallah lama-lama akan terpahat juga di hati mereka.

Dan lagi  dalam banyak-banyak pensyarah di UUM, Encik Fazli  yang saya ingat.  Mengajar saya dalam Kokurikulum Siswaniaga.  Saya banyak mendapat sokongan dari beliau.  Antara kejayan manis yang saya masih ingat ialah pasukan kokurikulum kami telah berjaya mendapat jualan lot gerai di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM sebanyak hampir RM 4000.00 ringgit.  Perit jerih buat kertas kerja, kemudian bergilir-gilir bertugas menjaga tapak.  Semua itu memberikan pengalaman yang luar biasa bagi saya.Akhirnya kami lakarkan kenangan manis tersebut di Pulau Langkawi bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Oh UUM…Aku rindu kamu!

Akhir sekali Along.  Inilah jurulatih Modul Pembinaan Karakter zaman saya PLKN dulu.  Along banyak mengajar saya tentang erti Mustahil ke Boleh melalui teknik bola jugel.  Dengan bola jugel itu saya capai impian saya sekarang ini.Tapi sekarang ni susah nak dapat bola ini.  Kalau duduk dalam Kem PLKN barulah dapat jumpa balik.  Sebab kalau pergi dekat kedai permainan pun memang tak akan jumpa bola ni.  Sebab dia asalnya produk luar negara.  Bola yang berwarna warni itu saya genggam erat.  Letihnya tak terkira semasa buat latihan jugel.  Apabila saya dapat buat jugel.  Ianya memberi satu kemenangan buat saya. Ya! Ibaratnya memegang bola jugel itu sepertinya saya memegang dunia dengan apa yang ingin saya mahu dan capai!



JADILAH GURU YANG MEMBERI MAKNA

Teks: Niyda
Foto: Google

Guru umpama lilin.  Begitulah perumpamaan zaman dulu-dulu.  Zaman ini guru tak perlu nak bakar-bakar diri.  Namun jadilah orang yang memberi makna kepada anak murid kalian.
Makna di sini boleh diertikan dari pelbagai sudut yang berbeza.  Makna yang pertama ialah sambut anak–anak murid kalian di hari pertama persekolahan dengan wajah yang manis dan ceria.  Tegas tapi tak bermakna anda tidak boleh dijadikan kawan. Jadikan anak-anak murid kalian umpama abang dan adik.  Saling bergantung antara satu sama lain.  Tapi perlu diingat jangan berlebihan.  Nanti jadi kaduk naik junjung pula. 

Yang kedua apabila pelajar-pelajar kalian melontarkan soalan.  Beri perhatian.  Pandang wajah mereka.  Bercakaplah dari hati.  Kerana yang  akan sampai nanti terus ke hati. Sekiranya pelajar-pelajar anda membuat silap.  Jangan berdendam.  Jangan tangguh-tangguh untuk menegur kesilapan tersebut.  Sikap sambal lewa akan menyebabkan pelajar tersebut akan gagal dalam tujuan kelas pada hari tersebut kerana padanya ia bukanlah satu kesilapan yang besar. 

Prinsip saya mudah.  Buat salah. Tegur.  Buat salah lagi, tegur.  Sehinggalah pelajar tersebut jelas bahawa itulah peraturan dalam kelas kita.  Jangan kalah ye cikgu-cikgu.  Memang agak letih pada mulanya.  Tetapi apabila pelajar anda sudah faham. Ia dah menjadi kacang bagi anda.   Mempunyai kuasa dan kebolehan menggalakkan para pelajar dan rakan sekelas bersikap lebih peka dan bersemangat untuk sesuatu perkara itu adalah saat sukar yang tak akan dapat dilupakan.

Dalam pada itu juga tunjukkan cikgu yang prihatin.  Contohnya yang terdekat, kalau dalam masa nak pulang dari kelas tuisyen, tiba-tiba hujan turun.  Berikanlah mereka pinjam payung kalian untuk sementara.  Esok-esok pulangkanlah.  Pasti ibu mereka juga turut terkesan di atas keprihatinan kamu itu.

Sebelum pulang ke rumah, ucapkanlah selamat jalan atau sekurang-kurangnya bye bye.  Tunggu mereka dimuka pintu samaada sebelum datang kelas atau selepas mereka pulang.  Sedikit bagi cikgu namun bagi memberi impak yang bermakna untuk anak didik cikgu.
Jika mereka ketiadaan wang untuk membeli makanan atau terlupa meminta dari ibu sebelum masuk ke kelas untuk belanja waktu rehat nanti, belanjakanlah barang seringgit dua.  Rezeki kalian juga akan bertambah di situ.

Sekiranya cikgu-cikgu rajin membuka facebook setiap hari, berkongsilah kisah-kisah kalian bersama anak-anak murid kalian di mana ada pengajaran yang boleh di ambil dari kisah-kisah tersebut.


Ini semua akan menjadikan cikgu-cikgu akan sentiasa mendapat tempat di hati mereka.  Berkongsi dan berkongsi.  Memberi makna kepada kehidupan orang lain.  Itulah tugas guru.  Mengajar mendidik suatu tugas yang murni.  Semoga kecemerlangan anak-anak didik cikgu sealiran dengan kecemerlangan akhlak mereka.  Manusia yang baik bukan sahaja dinilai dari segi cemerlangnya akademik tetapi cemerlang juga dari segi sahsiah.

TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN

Teks:Niyda
Foto: Koleksi peribadi

Sebenarnya banyak teknik yang boleh dipraktiskan oleh ibubapa masa kini untuk anak-anak di rumah.  Tinggal lagi bagaimana mahu mengaplikasikannya mengikut kesesuaian anak-anak  tuan puan.

Di sini saya senaraikan butiran-butiran ringkas yang mana dengan izin Allah S.W.T mujarab.  Insyaallah!

Untuk yang pertamanya, ibu-ibu sendiri harus jaga solat disamping anak-anak pun turut jaga solat sama.  Sama-sama bermohon dan berdoa untuk kejayaan dunia akhirat.  Lebih-lebih lagi dalam peperiksaan.  Pada pagi hari peperiksaan luangkan masa sekejap solat Dhuha dan malam sebelumnya solat tahajjud.  Lakukan secara berterusan walaupun bukan di hari peperiksaan.  Surah Alwaqiah juga jangan dilupa.  Insyaallah rezeki kejayaan itu ada dan datang dengan mudah sekali.

Keduanya, rancang masa belajar anak-anak di rumah.  Awal tahun adalah masa yang paling ideal kerana di waktu ini silibus masih di bawah unit yang pertama.  Tiada tekanan untuk menghabiskan silibus.  Jadi anak-anak lebih gembira dalam suasana yang santai buat latihan.  Berbanding ulangkaji pelajaran di saat akhir.  Tekanan akan lebih terasa.

Ajar anak-anak agar hormat ibu bapa dan hormat guru mereka di sekolah.  Ajar anak-anak agar bantu ibu bapa dan guru mereka apabila diminta pertolongan.  Elakkan anak-anak dari bergaduh sesama rakan.  Hubungan yang harmoni sesama rakan taulan di sekolah akan dapat mengurangkan tekanan belajar dan menimbulkan keseronokkan apabila berada di sekolah.

Di samping itu juga latih anak-anak latih tubi di rumah.  Biasakan mereka dengan latihan yang banyak supaya mereka dapat menguasai sesuatu topik.  Rangsang anak-anak dengan perkara yang positif seperti menghadiahkan sesuatu walaupun barang mainan di kedai dua ringgit.  Anak-anak akan rasa lebih dihargai. 

Dalam pada itu, fokus di dalam kelas amat penting.  Nyatakan kepada anak-anak selalulah bertanya guru andainya tidak faham sesuatu topik.  Jangan malu jangan segan.  Cikgu tak makan orang.  Ini akan dapat meningkatkan kefahaman mereka.  Secara tak langsung mereka akan dapat menguasai sesuatu topik. Lama kelamaan mereka akan faham apa yang dilakukan apabila mereka tidak faham di dalam kelas.

Belajar belajar di dalam kumpulan juga sangat membantu anak-anak dalam kecemerlangan mereka.  Mereka tidak akan mudah bosan.  Akan ada banyak percanggahan pendapat tetapi di situ mereka akan dapat intipatinya.  Menerima pandangan seseorang, menapis dengan cara dari sudut tersendiri sudah pasti ianya memberikan suatu pengalaman yang berbeza.

Penetapan masa ulangkaji di rumah juga sangat penting.  Bab yang ini ibu-ibu kena berdisplin tinggi.  Tetapkan waktu malam pukul berapa mula ulangkaji.  Jangan culas.  Kalau tiada disiplin.  Maka habislah semuanya ke laut.  Saya sendiri bertarung juga pada peringkat awalnya.Hehehe.

Setelah anak-anak penat belajar di sekolah, biarkan mereka bermain di petang hari.  Sekurang-kurangnya tekanan di sekolah telah dapat dipulihkan kembali.  Insyaallah.
Akhir sekali pastikan anak-anak tuan puan tahu mengambil nota ringkas, tahu bagaiamana mengingat dengan cara nemonik iaitu menggunakan perkataan yang singkat yang digabungkan dari beberapa ayat yang panjang.  Ini sangat membantu mereka dalam menjawab soalan-soalan sains yang menggunakan standard jawapan yang khusus untuk terma-terma tertentu.

Kesimpulannya, ada banyak lagi kaedah atau teknik belajar yang lain.  Tetapi jika tiada tindakan atau aksi orang kata.  Ianya tidak ke mana juga.  Sekian dari saya.  Salam sayang..

Teks: Niyda

01125452156

BAGAIMANA MEMANTAU PRESTASI PELAJAR

Teks: Niyda
Foto: Google

Sebagai guru tuisyen yang baru.  Pastinya pelbagai pengalaman yang bakal dikutip.  Salah satunya adalah bagaimana memantau prestasi pelajaran anak-anak murid.  Betul tak?  Sebenarnya tak susahpun sekiranya kalian nak pantau prestasi mereka.  

Hanya klik laman sesawang www.sapsnkra.moe.gov.my  atau kalau susah sangat nak jumpa cikgu boleh cari di web sahabat saya www.ciklaili.com .  Di situ cikgu-cikgu atau ibu bapa sendiri boleh cari dengan memasukkan nombor kad pengenalan anak dan cari!  

Untuk kemudahan ibu-ibu dan cikgu-cikgu.  Selepas cikgu-cikgu semak disitu.  Cikgu print dan simpan dalam fail untuk buat semakan akan datang.  Senangkan?



PELABURAN ILMU PELABURAN TERBAIK

Teks: Niyda
Foto:Koleksi peribadi

Bab nak cerita tentang pelaburan apa yang paling menguntungkan sebenarnya puan-puan.  Iye pelaburan ilmu untuk anak-anak.  Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T. Memberi nafkah untuk anak adalah tanggungjawab si bapa.  Manakala memberi kasih sayang dan didikan  terletak di bahu ibu-ibu.  Iye lah suami  saya sendiri contohnya.  Pergi kerja balik kerja pergi kerja balik kerja.  Penat.  Ibu pun sama sudah pancit bila malam menjelma.   Sudahnya malam anak-anak mengadap tv memanjang. Mengaji ke mana belajar ke mana.

Satu hari apabila kakak Widad bawa balik keputusan peperiksaan darjah 2.  Saya tercengang keseorangan.  Matematik lulus.  Hanya dapat D…Subjek Saya kata dalam hati ni tak boleh jadi. Mak ayah ada ijazah. Mana boleh anak gagal dalam pelajaran matematik. 

Sejak itu.. saya cuba mencari ilmu.  Menadah dari ibu-ibu cemerlang yang lain.  Kalau ada rakan-rakan lain mempunyai anak yang cemerlang.  Saya pergi tanya mereka juga petua.  Dapatlah juga beberapa mutiara.  Saya pegang kejap.  Merenung masa silam.  Banyaknya beza saya dan mereka.  Terkedu saya.  Sesungguhnya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang bukan mudah.  Perlu ada usaha dan semangat juang yang tinggi.

Selepas itu saya rajin-rajinkan diri ke sekolah waktu tengahhari.  Menghantar nasi untuk anak-anak.  Mereka saya tinggalkan di sekolah untuk sessi KAFA pula.  Sambil menunggu makan tengahhari anak-anak di sekolah, saya jumpa guru-guru yang lalu lalang di kantin bertanya khabar.  Sambal-sambil tu bertanya tentang prestasi sekolah anak saya.  Lama kelamaan kami menjadi rapat. 

Begitu juga hubungan dengan ibu-ibu lain.  Saya korek rahsia dari guru-guru.  Bagaimana para pelajar boleh skor dalam semua subjek.  Jawapannya mudah sahaja.  Belikan 4 set buku latihan untuk satu subjek.  Saya terkedu lagi.  Telan air liur lagi mendengarnya.  Ini bermakna berapa Ringgit Malaysia ummi kena keluarkan.  Kalau minta dengan abi.  Sudah tentu dia tak setuju.  Dalam diam saya pakai duit sendiri.  Duit mengajar tuisyen tu saya kumpul sikit-sikit dan beli pula buku-buku keperluan anak-anak.  Wah!  “Ini kena kerja keras ni lepas beli buku-buku ni”.  Kata saya dalam hati.  Tapi tak mengapalah.  Janji anak-anak saya berjaya.

Selain itu, dalam masa yang sama.  Selalulah saya singgah ke kedai buku Raub.  Meninjau buku-buku lain yang bersesuian dengan anak-anak saya.  Dapatlah saya sedikit panduan apakah bahan yang sesuai.  Ada juga saya meninjau peralatan lain yang boleh membantu menarik minat mereka.  Alhamdulillah diberi keizinan dan kelapangan masa oleh Allah S.W.T. Itu sudah satu rahmat buat saya setelah saya berhenti kerja dulu.

Di samping itu juga, ada juga saya menyertai  bengkel keibubapaan serta kursus untuk tutor yang dianjurkan oleh pihak perpustakaan dan syarikat swasta.  Ia sebenarnya banyak juga memberi manfaat di mana kami para ibu-ibu duduk berkongsi permasalahan dan berkongsi panduan bagaimana menguruskan anak-anak di rumah supaya bijak dalam pelajaran disamping mengetahui teknik-terkini dalam pengajaran.
Kesimpulannya, jangan takut melaburkan kewangan anda untuk pelajaran anak-anak.  Pelaburan dalam ilmu sebenarnya tidak rugi.  Dengan ilmu anak-anak akan terpelihara dunia akhirat.  Insyaallah.

Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China.

Teks: Niyda
01125452156






BAGAIMANA IBU BAPA BOLEH BANTU ANAK MEREKA SERONOK BELAJAR DI SEKOLAH

Teks:  Niyda
Foto:  Koleksi peribadi

Ibubapa memainkan peranan penting dalam menentukan kecemerlangan anak-anak mereka di sekolah.  Hasil pemerhatian saya, sebenarnya ada banyak perkara yang ibu-ibu terlepas pandang.  Kebanyakkan ibu bapa yang cemerlang akan hadir ke mesyuarat PIBG sekolah hampir setiap tahun.  Sebagai jawatankuasa dalam PIBG sekolah anak saya, saya sudah dapat mengenalpasti beberapa orang ibu bapa yang mana tidak pernah hadir ke mesyuarat PIBG sekolah.  Jika diteliti anak-anak mereka memang benar tidak berada di kelas cemerlang. 

Datanglah sekejap wahai ibu-ibu.  Dapatkah ibu-ibu merasakan perasaan anak-anak sendiri bila mana melihat ibu bapa sendiri tidak hadir menyokong program sekolah.  Bilamana ibu bapa melihat mesyuarat PIBG itu tidak penting maka automatik anak-anak juga akan melihat program itu atau cemerlang itu tidak penting bagi masa depan anak-anak.  Ini yang saya perhatikan. Melemahkan semangat anak-anak sebenarnya. 

Begitu juga pada hari anugerah kecemerlangan sekolah.  Kebiasaannya ibu bapa yang mempunyai anak yang mendapat keputusan yang cemerlang akan hadir bagi meraikan kejayaan anak-anak mereka.Ialah penat lelah bersengkang mata selama ini terbalas dengan langkah anak kesayangan di pentas.

Kadang tu menitis air mata bila mengingatkan si anak yang agak degil, di marah kerana tak buat kerja sekolah dan sebagainya. Kadang-kadang sebak juga kerana merotan anak sendiri sebab tak menghafal sifir.  Namun itu semua berbalas sekejap dengan kejayaan tersebut.  Masih banyak lagi usaha dan keringat yang harus dicurahkan.  Ia bukan terhenti setakat itu sahaja.

Ada juga saya lihat ibu-ibu yang mana anak mereka tidak naik ke pentas hadir.  Bagaimana ibu-ibu yang tidak hadir kerana anak mereka tidak menerima hadiah.  Ternyata nampak macam mudah kan.  Tak mengapa tak datang pun.  Namun hati kecil anak tiada siapa yang tahu.  Seingat saya dulu, tak pernah naik pentas zaman sekolah terima hadiah sebab dulu-dulu saya tak pernah dapat tiga yang terbaik dalam kelas.  Dapat nombor 4 tu pernah lah…  Kalau menang kuiz perpustakaan sekolah pun adalah juga…Hehehe..Tapi arwah abah tetap datang setiap kali program kecemerlangan sekolah.  Itu saya masih ingat sampai sekarang.  Jadi saya harap ibu-ibu di luar sana berubahlah. Ianya kecil bagi ibu tapi besar buat anak.

Hari pengesahan pencapaian peperiksaan setengah tahun.  Ha yang ini pun selalu juga kan ibu-ibu dapat surat dari pihak sekolah.  Biasanya bagi ibu-ibu yang bekerja ada masalah sikitlah nak keluarkan.  Tapi percayalah hari sebegini sangat penting sebab pada masa inilah guru-guru yang terlibat akan menerangkan tahap atau prestasi akademik anak-anak kita di sekolah.  Bagaimana pengiraan markah dibuat dan siapakah sisi kanan dan kiri pencabar terdekat anak-anak kita boleh diketahui pada masa ini.

Dari situ kita boleh buat kesimpulan bahawa kalau anak tuan puan dapat nombor 4 maka sikit lagi tambah markah, dapatlah dia naik ke nombor 3 dan seterusnya.  Bertanya khabarlah dengan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang mempunyai kedudukan yang cemerlang.  Inilah sisi waktu yang sesuai untuk tuan puan mengorek rahsia bagaimana anak-anak mereka boleh cemerlang dalam pelajaran. Mudah bukan?

Hari gotong royong sekolah juga sering kali di buat.  Namun apa yang berlaku tak ramai ibu-ibu yang datang walau ada sebilangan yang datang.  Sebenarnya sambil ibu-ibu bergotong royong ini, masanya sangat sesuai untuk berbual-bual dengan guru-guru yang turut hadir pada waktu itu.  Tanyakan juga bagaimana cara belajar yang berkesan.  Apakah buku-buku tambahan yang digunakan.  Guru-guru tersebut tidak lokek untuk berkongsi asal sahaja ibu-ibu berwajah manis…Hehehe..Tegur cikgu dulu ye.

Cukuplah setakat ini sahaja dahulu buat kali ini.  Sehingga ketemu lagi dilain titipan.  Semoga ianya bermafaat untuk ibu-ibu semua.  Salam kasih sayang dari saya untuk anda semua.
Teks:Niyda
01125452156





PERSEDIAAN SEBAGAI GURU TUISYEN


Teks:  Niyda
Foto: Google                              
Mengajar adalah suatu bidang yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Mengajar memberi saya ruang  untuk berkarya bagaimana berdepan dengan pelbagai karenah pelajar yang sebenarnya memerlukan beberapa teknik yang berbeza-beza. Mengajar juga memberikan saya satu kepuasan.

Sebelum mengajar seseorang guru itu perlu memperbetulkan niat terlebih dahulu.  Nawaitu kena betul ye!  Niatkan cikgu-cikgu mengajar ini adalah untuk membantu anak murid cikgu. Niat cikgu adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang merosot dalam pelajaran kembali cemerlang dalam pelajaran.  Dengan beberapa kaedah dan teknik mudah belajar dan seronok belajar, insyaallah.  Anak didik cikgu-cikgu semua akan berjaya dunia dan akhirat.

Yang keduanya pula cikgu-cikgu perlu konsisten dalam mengajar.  Konsisten yang dimaksudkan di sini ialah konsisten dalam mengajar setiap kali jadual kelas.  Jangan main on of on of.  Lama-lama bukan murid sahaja yang tension.  Ibubapa juga “lari” dari servis cikgu-cikgu. 

Konsisten dalam erti kata yang lain juga cikgu-cikgu konsisten dengan silibus terkini.  Sentiasa update silibus mengikut tahun.  Iyalah sekarang ni silibus sering sahaja bertukar hampir mengikut tahun.  Kalau cikgu-cikgu tak percaya, cuba beli buku tahun ini kemudian lihat pula buku pada tahun depan.  Lihat corak soalan.  Pasti sudah ada perbezaan walaupun sedikit.  Sekiranya cikgu-cikgu tidak up to date, maka sudah tentu perkhidmatan cikgu tidak mendapat dikalangan ibubapa.

Up date ilmu juga penting ye cikgu-cikgu sekalian.  Pergilah menghadiri bengkel dan teknik belajar dari orang lebih mahir atau syarikat swasta yang menyediakan kemudahan latihan seprti CMN Global SDn BHD.  Insyaallah banyak ilmu yang akan cikgu-cikgu kutip di sana nanti.  Team mereka juga ramah tamah.  Tanyalah apa sahaja hatta sehingga ke hal pengurusan tuisyen.   Pasti mereka membantu.  Boleh cari mereka di group FB CMN Global SDN BHD.

Selain dari itu juga sekiranya cikgu-cikgu tuisyen semua sudah berkahwin dan mempunyai anak yang bersekolah, rajin-rajinlah menghadiri jemputan mesyuarat PIBG sekolah.  Di sana ada banyak peluang yang cikgu-cikgu akan dapat.  Antaranya ialah cikgu-cikgu akan dapat mendalami permasalahan yang diutarakan oleh ibubapa.  Apabila ada masalah.  Disitulah peluang cikgu buat duit sebenarnya.  Kutip permata-permata permasalahan itu.  Kaji dan buat tindakkan pantas.  Sesuatu harus dibantu.  Insyaallah jika niat cikgu-cikgu nak membantu ibu ayah, Insyaallah Allah akan permudahkan cikgu-cikgu nanti.

Dalam masa yang sama juga jika cikgu-cikgu dilantik sebagai ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah ianya merupakan satu bonus kepada cikgu-cikgu sekalian. Di dalam mesyuarat biasanya permasalahan pelajar akan lebih ketara di utarakan.  Ambil dan buat catatan. 

Selain dari itu juga cikgu-cikgu perlu sentiasa berfikiran positif walau dalam keadaan apa sekalipun.  Selepas cikgu membuat sasaran membetulkan niat mengajar dulu, pastikan cikgu-cikgu setting dalam fikiran bahawa aku boleh merubah anak didikku. Ubah dari segi mind setting mereka dari tak boleh kepada boleh seterusnya berusaha meningkatkan prestasi mereka.  Pasti dalam tempoh 7 bulan jika cikgu-cikgu konsisten, anak murid cikgu akan menampakkan perubahan  yang ketara.  Contohnya di kelas aya sendiri ada seorang pelajar darjah 3.  Dia ni kategori linus.  Belum boleh membaca.  Setelah 6 bulan masuk kelas saya, alhamdulillah.  Ibunya beritahu saya baru-baru ini dia sudah kelaur dari kelas linus tersebut.

Bayangkan cikgu-cikgu…Kita rasa usaha kita itu sangat kecil berbanding dengan orang lain.  Tetapi sangat di hargai oleh ibu tersebut.  Jadi selepas ini apa sahaja umpatan atau kata-kata orang.  Cikgu tak perlu menangis atau kecewa, kerana cikgu sudah tahu, sedikit bantuan cikgu-cikgu itu membawa seribu rahmat untuk ibu tersebut. Cikgu kena kuat, sabar dan percaya dengan apa yang cikgu nak bawa dan fokuskan.

Dalam masa yang sama, cikgu-cikgu jangan lupa dari segi pemasaran untuk mendapatkan klien cikgu-cikgu.  Ini sangat penting demi memastikan perkembangan bisnes tuisyen cikgu.  Cikgu boleh gunakan pemasaran secara online dan offline.  Seperti biasa dalam pemasaran online cikgu boleh gunakan FB personel, fb page, fb group untuk mempromosikan perkhidmatan cikgu.

Untuk trend yang terbaru ini, pemasaran secara hard sell tidak lagi digunakan kerana Mark Zuberg dah banyak buat sekatan.  Oleh itu cikgu guna pendekatan soft sell iaitu nampak macam nak promosi servis tetapi sebenarnya tidak kerana lebih kepada nak berkongsi dengan klien contohnya tentang teknik belajar yang berkesan, peralatan yang membantu anak-anak belajar dengan cemerlang di rumah dan sebagainya.  Bantu dan kongsikan seberapa yang boleh kepada prospek faedah tuisyen kepada anak-anak mereka.  Insyaallah ada rezeki nanti adalah yang menghubungi cikgu nanti.

Untuk pemasaran secara offline pula, cikgu boleh gunakan cara seperti menggunakan banner atau flyers yang dihantar di sekolah.  Sebelum masuk ke sekolah tu, cikgu minta izin dahulu dari Tuan Guru Besar ye.  Nanti baru senang nak promosi.

Baiklah, disamping perkara-perkara yang saya sebutkan diatas cikgu-cikgu boleh juga lantik ajen dibawah cikgu untuk buat promosi bisnes cikgu.  Jadinya cikgu dah ada pembantu untuk mengurus di bahagian pemasaran secara tak langsung.

Ha lagi satu. Cikgu-cikgu perlu jelas dan tahu perlunya alat bantuan mengajar.  Contohnya alat pembesar suara untuk perdengarkan lagu-lagu yang memberi insipirasi dan motivasi kepada murid.  Bahan-bahan lain seperti buku-buku latihan yang terbaik digunakan untuk mereka.  Cikgu perlu tahu buku mana yang bagus.  Ini adalah supaya nanti cikgu-cikgu tak pening nak tanda buku anak murid. ( Kadang-kadang ada buku yang arahan dia memeningkan kepala cikgu masa nak selesaikan masalah).

Seterusnya ha…panjang kali ini coretan cikgu yea…Psikologi. Bila bercerita bab psiko ni..hai sakit kepala juga dibuatnya.  Nak psiko anak-anak didik ni macam macam kena buat dan kena berfikir.  Otak kita perlu lebih tangkas dan cepat dari mereka.  Kalau tidak nanti habis cikgu pula yang kena buli dalam kelas.  Satu je pesan saya.  Cikgu set dalam pemikiran cikgu, yang mana cikgulah yang menguasai kelas dan bukan mereka.  Kalau anak murid yang menguasai kelas.  Maka habislah cikgu kena “baham”.  Faham tak kat situ.Hehehe.

Lagi satu cikgu perlu pandai wujudkan persaingan dalam kelas.  Contohnya wujudkan persaingan siapa yang cepat buat latihan akan diberi ganjaran boleh rehat cepat atau bersenang lenang di atas tikar yang cikgu bawa.  Ataupun mereka boleh bermain dengan set permainan yang cikgu bawa.  Pelajar yang cepat biasa sangat happy dan teruja nak siapkan latihan mereka.  Sementara pelajar yang lambat pula akan panas punggung bila tengok sahabat mereka dah boleh berehat-rehat.  Cubalah…Pasti anak murid cikgu yang jenis slow tu akan berubah dek terinspirasi dengan kawan-kawan yang lain.

Penekanan yang seterusnya, cikgu juga harus menetapkan peraturan semasa kelas pertama.  Ini adalah penting demi mewujudkan suasana yang harmoni di dalam kelas.  Contoh peraturan dalam kelas ialah permulaan masuk ke kelas perlu letakkan semua buku dan peralatan di atas meja,tidak boleh berborak dalam kelas, tidak boleh makan dan minum,tidak boleh berlari dalam kelas, tidak boleh mengutuk atau mempersendakan orang lain dan seumpamanya.

Tunjukkan yang cikgu sangat mementingkan peraturan tersebut.  Kegagalan cikgu dalam menetapkan peraturan pada hari pertama sekolah akan menyebabkan kebarangkalian  kelas cikgu hura hara hingga ke hujung tahun. Apabila pelajar sudah biasa dengan peraturan tersebut, maka rasa seronok belajar akan datang dengan sendirinya.  Mereka akan lebih terangsang seterusnya cikgu boleh terus fokus kepada masalah subjek pembelajaran di dalam kelas.

Selain itu, cikgu juga harus rajin kedai buku.  Cuba lihat buku apa terbitan yang terbaru dipasaran.  Dapatkan maklumat di situ. Semak bahan apa lagi yang boleh membantu para pelajar supaya lebih seronok belajar di kelas nanti.  Kebiasaannya di kedai buku ada pelbagai bahan yang boleh membantu pelajar contohnya permaian sahiba, batang ais krim untuk asas pengiraan matematik darjah 1.  Batang ais krim ni yang menariknya ia berwarna.  Oleh itu sangat bagus digunakan untuk pelajar yang agak lambat dapat dalam matematik.  Cubalah! Saya dah pun cuba.  Ianya berkesan!

Berbincanglah juga dengan para guru-guru tuisyen yang lain.  Kebiasaannya masalah cikgu-cikgu hadapi hampir sama dengan masalah cikgu tuisyen yang lain.  Mana tahu pendapat mereka sekurang-kurangya dapat membantu menyelesaikan masalah cikgu-cikgu pula.

Kongsi teknik belajar dengan anak murid cikgu.  Jangan kedekut kongsi ilmu.  Contohnya kongsikan teknik mengambil nota dengan menggunakan mind mapping. Teknik nemonik dalam menghafal fakta.  Sedikit perkongsian cikgu memberi impak yang tinggi untuk anak murid.  Kongsikan juga apps kamus online contohnya yang boleh membantu murid-murid cikgu di rumah, teknik guna kamus Bahasa Melayu kepada Bahasa Bahasa Inggeris umpamanya, cara hafal sifir dan sebagainya. Perkara yang sangat senang ini bagi saya tetapi ramai-ibu-ibu di luar sana tidak upaya atau tidak tahu berkenaan ilmu mudah yang harus anak-anak mereka ketahui dan pelajari.

Seterusnya, cikgu-cikgu perlu cetak keputusan peperiksaan anak murid cikgu di laman web www.spsnkra.gov.my .  Simpan dan letak dalam fail khas.  Ini penting untuk mengukur sejauh mana tahap peningkatan pelajar tersebut di dalam pelajaran. Di sini kita boleh letak penanda aras di mana harus cikgu-cikgu tekankan kelemahan pelajar tersebut. Kongsikan juga dengan ibu bapa.  Bagaimana mereka juga boleh membantu di rumah dengan tahap pencapaian yang ada sekarang ini.

Rekodkan juga maklumat pelajar di dalam borang khas dan simpan dalam satu fail.  Maklumat ini berupa biodata pelajar seperti sekolah di mana, nombor telefon penjaga, nombor kad pengenalan pelajar dan tarikh daftar masuk belajar.  Ini adalah untuk memudahkan guru sekiranya terdapat apa –apa perkara yang tidak diingini berlaku.

Cikgu-cikgu juga jangan lupa ye beli buku resit.  Ini adalah supaya senang nanti cikgu-cikgu nak rekodkan pelajar mana yang belum bayar dan pelajar mana yang dah bayar yuran bulanan.  Pastikan tiada yuran yang tertunggak.  Kegagalan cikgu-cikgu dalam menguruskan penerimaan yuran tersebut akan menyebabkan aliran tunai cikgu-cikgu akan menjadi masalah.  Dan persalahan ini akan bertimpa-timpa apabila dalam masa yang sama cikgu harus menunaikan kewajipan membayar bil-bil yang lain juga bayaran gaji untuk pembantu guru.

Kalkulator juga memainkan peranan yang penting.  Wajib ada untuk cikgu-cikgu yang mengajar subjek matematik.  Cikgu-cikgu perlu cepat dan pantas dalam menanda buku latihan anak murid.  Ini adalah supaya pelajar-pelajar akan dapat respon dari cikgu pada hari yang sama.  Tidak ditunda-tunda kepada minggu yang berikutnya.

Sebagai guru yang aktif, cikgu juga boleh terlibat mendaftar sebagai sukarelawan perpustakaan setempat.  Ini akan memberi sokongan kepada cikgu-cikgu dimana di dalam komuniti tersebut cikgu akan berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat contohnya ibu bapa, guru-guru sekolah yang menjadi penaung kepada jawatankuasa perpustakaan awam, pelajar-pelajar dan sebagainya.  Maka di situ akan wujud banyak peluang untuk cikgu berkongsi dengan orang awam tentang teknik belajar yang berkesan umpanya dan ini akan menyerlahkan cikgu di mata masyarakat setempat.

Akhir sekali, jika berkelapangan di waktu musim cuti sekolah yang panjang, apa salahnya cikgu memberikan bengkel atau ceramah secara percuma kepada anak murid cikgu.  Orang luar yang berkesempatan boleh join sama.  Sekurang-kurangnya ia akan memberi nilai tambah kepada anak-anak murid cikgu.  Cikgu pun rasa gembira.  Antara contoh bengkel yang boleh di buat ialah Siri Bijak Sifir, Bengkel Pengurusan Masa dan banyak lagi.  Cikgu kena kreatif lah ye.

Sekian sahaja dahulu entry untuk kali ini.  Berjumpa lagi di lain masa.  Salam sayang dari saya.

Teks: 
Niyda
01135162988








Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...