Monday, 7 August 2017

TEMPOH MASA BELAJAR ANAK-ANAK PRA SEKOLAH DI RUMAH


Teks: Niyda
Foto: Koleksi peribadi

Kebiasaannya anak-anak pra sekolah ini sifatnya riang ria,suka bermain. Pada awalnya saya pun pening juga masa zaman Kakak Widaad pra sekolah dulu. Masa tu saya masih lagi bekerja sebagai jurulatih PLKN. Banyak masa saya dihabiskan di tempat kerja. Pergi awal pagi dan balik lewat malam. Jam 7 malam baru sampai ke rumah. Letih? Memang letih dan kadang ada juga balik jam 12 malam kerana function atau kerana bertugas.

Begitulah rutin seharian kerja sebagai jurulatih di Kem. Sabtu dan ahad pun kadang-kadang kena bertugas. Atas nasiblah. Biasanya nama sayalah yang naik jadi ketua petugas. Hahaha…bestkan!!! Ketua pegawai bertugas..Semua benda nanti kena hempok atas kepala. 

Seingat saya Kakak Widaad masuk darjah 1 pun belum pandai membaca lagi. Malu sungguh saya dengan ibu-ibu yang lain. Kesibukkan memanjang kannnnn. Tahun 2010 saya mengambil langkah drastik. Berhenti kerja. Menggigil hantar surat perletakkan jawatan. Takut tindakkan saya ini tidak bijak untuk akan datang. Namun saya memberanikan diri dan tawakkal kepada Allah yang memberi rezeki.
3 bulan yang pertama seronok bukan kepalang. Masa sepenuhnya bersama dengan nak-anak. Kereta berbaki 7 tahun lagi untuk dibayar. Suami kata dia sanggup bayar. Janji terjaga semuanya. Ibarat dunia ini ana yang punya. Maka bermulalah episode baru dalam kehidupan kami. Anak-anak sekolah saya yang urus. Menghantar,mengambil pulang dari sekolah,tuition,ajar mengaji semua saya yang urus. 
Seingat saya zaman Wani permulaan sekolah dulu baru kami mula ambil berat. Lagipun Wani ni jenis ringan tulang. Rajin menolong. Rajin juga bab pelajaran. Sebenarnya tak susah mana pun kalau kita nak minta budak-budak ni rajin belajar. Luangkan masa anda dalam 15 minit sehari pun dah cukup. Misalnya dalam kereta pun boleh. Lepas balik sekolah pun balik. Ikut mana yang sempat. Ianya tidak terhad masa khusus seperti lepas makan malam. Sebab budak-budak peringkat umur ni…masa dia tengah syok nak melekat dengan buku tu ..kita bagi chance jer…bagi sokongan. Bagi dorongan. Apa-apa yang diorang order dari kita contoh minta beli pensil atau pemadam atau seumpamanya. Layankan aje…Kan best kalau anak-anak tiba-tiba cakap Ummi nak baca buku ni. Kita pun rileks ajerrr…tak tension dah. Ada caranya. Nanti saya akan postingkan lagi caranya dan salah satunya ialah dengan cara bina mini library di rumah…Hahaha…Seronokkan…Mini library depan TV…:)

No comments:

Post a Comment

  Hai semua dan assalamualaikum.... Lama tak menulis di sini..Hahaha..bersawang dah blog ni. Apa pun saya kembali lagi guyz! Sebelum ni bany...