Monday, 7 August 2017

SERONOK BELAJAR DI RUMAH



Teks: Niyda
Foto: Koleksi peribadi

Seronok belajar di rumah.  Impian semua ibu-ibu.  Ibu dan anak santai-santai belajar sambal berhibur. Tiada tekanan. Pasti hebat dan mengujakan bukan?


Teringat saya sebuah buku yang pernah saya baca suatu ketika dahulu .  Catatan tinta dari pelajar cemerlang SPM  suatu ketika dahulu.  Para pelajar perlu bijak, belajar sambIl berhibur supaya tiada tekanan.  Anggap semua subjek sesuatu yang menyeronokkan dan mengujakan. Itu bait-bait ayat yang saya tak akan lupa.


Sebenarnya otak manusia sukakan warna.  Perasan tak ibu-ibu bilamana kita beri anak-anak kita buku yang hanya hitam putih sahaja.  Tiada berwarna.  Mereka kelihatannya akan cepat bosan, letih dan tak bermaya.  Sifat otak manusia begitulah puan-puan.  Warna adalah terapi minda.


Oleh itu ibubapa masa kini perlu bijak dalam mengolah dan mengadun apa sahaja sumber bahan yang ada dipasaran.  Tinggal lagi ibu-ibu perlu bijak dalam mencari bahan dan peralatan.  Mudah sahaja.  Ambil masa anda dan cuba buat tinjauan di kedai-kedai buku yang berdekatan.  Apakah bahan atau peralatan yang mereka sediakan.  Nak kena rajin buat survey yea! Saya dalam sebulan lebih kurang 4 kali akan pergi ke kedai buku.  Lihat lagi apa koleksi buku terbaru yang menarik.



Baiklah di sini saya akan cuba paparkan bahan atau peralatan asas yang wajib ada bagi anak-anak di rumah.


1   Kamus bergambar

Kamus bergambar ini boleh didapati dalam banyak versi.  Viersi yang selalu kita dapat lihat ialah versi BM,BI dan Arab manakala yang satu lagi versi BM,BI dan Bahasa Cina.  Ianya adalah terbitan Oxford Fajar.Puan-puan boleh pilih yang mana satu mengikut keperluan anak-anak dirumah.  Macam saya, anak sekolah di sekolah SK biasa maka saya pilih kamus versi BM,BI dan Bahasa Arab. 


Bagusnya kamus ini ialah turut menyediakan CD untuk kemudahan para pelajar.  Harganya yang terbaru kalau di kedai buku Pustaka Pertama Raub RM 18.95 sen.  Namun ianya sangat berpatutan bagi saya.  Jika melihat isi kandungannya meliputi tentang:

  1. ·         Diri Saya
  2. ·         Keluarga
  3.          Jenis tempat tinggal seperti rumah moden dan rumah tradisional,  
  4.          Sekolah Saya seperti bilik darjah,pejabat,makmal,perpustakaan kebun sains 
  5. ·         Keranamu Malaysia
  6. ·         Wang Malaysia dan bank
  7. ·         Bumiku tercinta
  8. ·         Bandar
  9. ·         Kemudahan Awam
  10. ·         Pengangkutan
  11. ·         Rekreasi
  12. ·         Pekerjaan
  13. ·         Nilai-Nilai murni
  14. ·         Budaya dan Warisan
  15. ·         Sukan dan Permainan
  16. ·         Cuaca
  17. ·         Tumbuh-Tumbuhan
  18. ·         Binatang
  19. ·         Dunia Sains
  20. ·         Sains dan Teknologi
  21. ·         Dunia Matematik
  22.           Aspek Bahasa seperti penjodoh bilangan dan perkataan seerti.













      
Berikut adalah paparan gambar kamus yang saya maksudkan.   Diharap ibu-ibu berpuashati dengan entry kali ini.  Jika ibu-ibu agak sukar untuk mendapatkan kamus ini.  Boleh hubungi saya ditalian 01125452156.  Saya bersedia untuk membantu puan-puan sekalian.


Buka minda.  Zaman ini zaman yang sudah banyak berubah.  Jika kita tidak bertindak selangkah ke depan.  Anak-anak kita akan ketinggalan jauh ke depan. Untuk mencapai kecemerlangan ianya bukanlah mustahil.  Perlu ada teknik dan strategi.  Saya doakan puan dan anak-anak puan sekeluarga berjaya dunia akhirat.


Yang pipih tidak akan datang melayang. Yang bulat tidak akan datang bergolek.  Sekian dulu entry untuk kali ini. 

Bye…
                                                                                                                                                                                     








No comments:

Post a Comment

  Hai semua dan assalamualaikum.... Lama tak menulis di sini..Hahaha..bersawang dah blog ni. Apa pun saya kembali lagi guyz! Sebelum ni bany...