Monday, 7 August 2017

KELAS PERTAMA DENGAN SI PENDIAM


Teks:Niyda
Foto: Koleksi peribadi

Hari ini sebelum menulis,saya siapkan terlebih dahulu santapan tengahhari untuk keluarga yang tersayang. Menu hari ini ikan keli masak lemak cili api bersama celur pucuk ubi. Semalam apak mahu ikan tilapia masak lemak di kedai bus station Benta. Namun hampa,kedai tutup. 

Maka terpaksalah mencari lauk di kedai yang lain. Akhirnya dapat juga saya cari lauk untuk apak. Kari ayam dan ikan patin gulai tempoyak di kedai Kak Yah Benta. Sederet dengan kedai Santan Benta.

Alkisahnya ini pada kelas pertama di Raub,saya berdepan dengan pelajar pra sekolah. Maklumlah tuition kelas membaca Bahasa Inggeris Pra sekolah katakan. Pelajar ini tidak mahu bercakap di dalam kelas. Membalas apa yang kita tanya pun tak nak. Ajak bermain dengan kawan-kawan pun tak mahu. Bagi coklat pun tak mahu. Bila ajak membaca,dia pandang atas,pandang bawah. Saya jadi pening tak tahu nak buat macammana.

Akhirnya selang beberapa minggu saya ditemukan dengan seorang guru Tabika. Dia turut sama menghantar anaknya tuition kepada saya. Tips yang saya dapat dari beliau ialah biarkan pelajar tersebut bermain dengan kawan-kawannya. Biarkan dia biasakan diri dengan kawan-kawan. Lama-lama insyaallah bila ok lah tu katanya. Saya pun cubalah. Kini setelah masuk hampir 6 bulan. Saya tengok dia dah ok. Sudah boleh bercakap dan berbual-bual dengan rakan-rakan yang lain. Saya ajak buat kerja tuition pun dah mula boleh buat dan mula beri respon apabila kita bercakap dengannya. Alhamdulillah. Dengan izinnya dah berubah dah dia. Semoga Allah S.W.T terus merahmati kamu nak.. dan cikgu doakan kamu Berjaya dunia akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment

  Hai semua dan assalamualaikum.... Lama tak menulis di sini..Hahaha..bersawang dah blog ni. Apa pun saya kembali lagi guyz! Sebelum ni bany...