Teks: Niyda
Foto: Koleksi peribadi
Terjebak dalam bidang Home Tuition ibarat mimpi dalam mimpi. Ianya bermula November 2015. Di saat saya sedang mengalami kejatuhan bisnes pakaian saya. Disitulah bermulanya home tuition saya.
Membuka kedai kain di Pekan Benta umpama trauma buat saya. Kedai kain dan tudung saya lingkup begitu sahaja. Asalnya jualan dari rumah ke rumah. Kemudian bertatih membuka khemah jualan di pasar minggu Benta. Setelah dinasihatkan oleh beberapa orang saudara terdekat, saya mengambil keputusan untuk membuka kedai di situ.
Kedai yang baru dibuka tidak lama bertahan, akhirnya kecundangan juga. Duit modal pun dah habis. Berhutang pula dengan Amanah Ikhtiar Malaysia. Ada juga saya berhutang dengan keluarga terdekat. Malunya bukan kepalang. Bisnes tidak menjadi.
Antara yang dapat saya belajar sebab kegagalan saya ialah kedudukan kedai tidak strategik,parking kereta pun susah ditambah dengan populasi penduduk yang tidak mempunyai kemampuan adalah faktor utama bisnes saya merudum.
Akhirnya masuk tahun ke tiga, saya buat keputusan, kedai harus ditutup. Biarlah dari terus menanggung hutang ribu riban. Pening kepala aje dibuatnya. Kini saya bebas dari hutang Amanah Ikhtiar Malaysia. Tinggal lagi baki hutang dengan PTPTN dan keluarga terdekat yang perlu dibereskan. Alhamdulillah. Semoga impian terlaksana.
Berbalik semula dengan kisah permulaan saya terjebak dengan bidang tuition ni,ianya bermula apabila suatu hari saya terjumpa seorang umcle berbangsa India di laman Kg Sama berdekatan dengan rumah saya. Tak tahu pun saya rupanya selama ini uncle ni ada buat tuition di Balairaya. Kami pun berbual panjang. Setelah berbual hamper setengah jam,uncle ni offer saya mengajar tuition di bawah bimbingannya. Offer tu pulak offer mengajar tuition Bahasa Inggeris. Saya kata kat dia,saya tak pandai walaupun saya ada ijazah. Tak yakin pun ye. ..Memang benar dulu saya pernah ada pengalaman mengajar…tapi bukan subjek English. Hanya subjek seperti Sains,Kemahiran hidup,Bahasa Melayu dan itu pun sekejap je. Uncle cakap tak pe…You try tanya suami dulu. Dia benarkan you atau tak dulu. Kalau dia benarkan you boleh start bulan depan. Katanya pada ketika itu.
Saya pun apa gagahkan juga…Balik rumah tanya suami…izinkan ke tak. Akhirnya alhamdulillah. Suami izinkan saya. Alangkah gembiranya tak terkata. Sebab lama dah menyepi dalam rumah. Bila dapat peluang berjumpa balik dengan budak-budak rasa seronok sangat sebab rasa seperti dihargai semula,diterima semula seperti zaman mengajar PLKN dulu.
Maka bermulalah episod baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Setiap sabtu mulanya saya mengajar dari jam 10.00 pagi hingga jam 2.00 petang. Suami pula akan menjaga anak di rumah ketika saya di rumah. Mula-mula tu agak janggal juga bekerja ketika orang lain sedang bercuti. Tetapi saya ingat balik niat saya nak menolong anak-anak yang lain. Maka saya terus kekal dalam bidang ini sehinggalah di waktu saya menulis ini. Kelas saya sudah hampir penuh. Hampir setiap hari ada saja kelas berjalan kecuali rabu dan khamis sahaja tiada kelas.
Alhamdulillah. rezeki dikongsi bersama.
Masih saya ingat Uncle beritahu kepada saya. Mengajar ni yang penting mengajar dari hati. Jangan ingat nak duit ajerr…Sebenarnya saya banyak belajar dari beliau. Katanya lagi mengajar bahasa ini lain sikit dari subjek lain. Subjek bahasa seperti Bahasa Inggeris ni kena banyak tekankan pembacaan sebab di sekolah-sekolah sekarang ni pelajar-pelajar agak kurang didedahkan dengan bacaan dari segi sebutan perkatan. Sebab tu kebanyakkan pelajar yang datang tuisyen biasanya tak pandai menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul. Selain itu nak kena jaga dari segi writing,speaking,vocabulary dan akhir sekali baru grammar.
Awak nak tahu dik, Saya dulu pergi Vietnam dahlah grammar berterabur. Nasib baik ada vocabulary. Bedal saja. Nasib orang kat sana faham. Misi saya nak jual 1 gram emas Malaysia tercapai. Itulah orang kata grammar tak penting. Yang penting kamu ada perbendaharaan kata yang banyak!
Sekian untuk kali ini...Berjumpa lagi di lain entry!
With Luv!
kelas kat mna ye
ReplyDeleteMaaf lamabt sgt reply..hehehe..Kelas saya di Benta dan di Raub Encik Afira.boleh wassup saya utk fast respon 01125452156
ReplyDeleteKelas secara online pun ada sekarang ye.Fully menggunakan sistem Sasbadi Online.Nak tahu lanjut boleh pm saya direct ye 01125452156
ReplyDelete