Teks: Niyda
Foto: Koleksi peribadi
Kabus tebal hari ini agak nyaman. Saya memandu kereta hari ini dengan suasana yang amat tenang. Sambil-sambil tu dengar muzik. Perjalanan singkat menuju ke Benta. Kelas pagi ahad.
Foto: Koleksi peribadi
Kabus tebal hari ini agak nyaman. Saya memandu kereta hari ini dengan suasana yang amat tenang. Sambil-sambil tu dengar muzik. Perjalanan singkat menuju ke Benta. Kelas pagi ahad.
Dalam
perjalanan tiba-tiba ternampak seekor kucing terbaring di tengah jalan. Merah darahnya. Siapalah yang punya angkara. Saya kira kucing ini tidak sempat melintas
jalan. Sedihnya umpama kucing sendiri
pula berasa.
Sampai
di kelas, saya lihat pelajar sedang menunggu.
Saya sudah lewat lebih kurang 10 minit. Aduh…Cepat-cepat saya parking
kereta, matikan enjin kereta dan buka kelas.
Alhamdulillah. Kemudian saya
suruh budak-budak ni sarapan dulu mana yang bawa bekal, supaya mereka ni lebih
laju sikit bila buat latihan nanti. Saya
selalu perasan, budak-budak ni agak slow kalau tak makan pagi. Sama macam cikgu yang bercakap ni
juga…hahaha…Jadi sambil-sambil makan tu, saya pasang lah lagu Standing in the
Eyes kat speaker saya yang comel tu.
Almaklumlah… dah beli kan.
Kenalah guna. Ambil aura positif
pagi. Kelas mesti ceria yea!
Selesai
makan, biasanya budak-budak ni saya suruh baca doa belajar dulu, kemudian baru
mulakan latihan dalam buku. Bahasa
Melayu adalah subjek pertama. Mulakan
dengan subjek yang senang dahulu. Nanti
senang nak budget masa untuk subjek yang susah seperti matematik dan Bahasa
Inggeris.
Bila
dah mula, saya pun mulalah jalan-jalan sekitar meja pelajar. Nak tengok kut kut ada yang diorang nak
bertanya kepada saya. Sampai dekat Asma,
Saya tengok tulisannnya kenapa tebal semacam.
Kembang semangkuk. Susah nak
baca. Bila saya tengok mata pensilnya,
barulah saya tahu puncanya. Tak berasah
lagi lah tu…Aduh. Terus saya suruh dia asah pensil. Jangan malas ye.
Sebenarnya
ada beza ye penggunaan pensil biasa dan pensil picit. Pensil picit sangat sesuai untuk penulisan
kerana matanya yang tajam akan menjadikan tulisan lebih jelas, kemas dan
tersusun. Cikgu pun senang nak tanda
betul atau salah. Ini yang jarang-jarang
ibu bapa ambil berat.
Pensil
biasa pula haruslah 2B. Baru nampak
tajam. Ianya sesuai digunakan dalam
menanda kertas jawapan objektif. Saya
buat penelitian dengan menggunakan stop watch.
Masa yang diambil untuk tanda hitam di bulatan kertas jawapan 4.74 saat berbanding pensil picit iaitu selama
10.95 saat. Jadi ini salah satu teknik
bagaimana pelajar boleh jimat masa menanda di kertas jawapan dan masa yang
berbaki bolehlah digunakan untuk membuat semakan soalan yang susah. Semuanya berkenaan teknik dan strategi. Bijak? Memang adik kena bijak!
No comments:
Post a Comment