Teks: Niyda
Foto: Google
Menu ringkas sahaja pagi ini. Sarapan di rumah. Menjadi rutin. Makan apa yang ada sahaja. Sejak ekonomi gawat ini. Kami berjimat cermat. Namun jadual hari ini agak padat. Makan nasi putih berulam lada potong, sedikit budu dan ikan bilis tamban goreng. Itu sudah memadai bagi saya. Memori lama sudah pasti akan muncul semula apabila saya bermenukan ini.
Setiap kali menjamah menu ini, tergambar waktu
susah, zaman belajar di Kelantan dulu. Waktu
itu saya saya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Taqaddum Maarif ,Kota Bharu
Kelantan. Hidup agak susah. Saya tinggal dengan ibu saudara yang
sama-sama masih belajar lagi. Beza saya
dan dia 6 tahun. Bayangkan bulan-bulan
arwah abah hantar duit poket RM 30 sahaja.
Bayangkan bagaimana saya bertarung waktu untuk makan dan minum. Kadang-kadang tak cukup duit, saya tolong
abang Mat di kantin. Dapatlah percuma
sebungkus nasi berlauk untuk di bawa balik.
Wang saku sehari saya budget 30 sen sahaja. 20 puluh sen beli keropok. Sepuluh sen lagi buat beli gula-gula untuk
kunyah-kunyah di dalam kelas nanti. Air
saya bawa sendiri.
Berbezakan
dengan zaman sekarang. Anak-anak ke
sekolah hari ini kalau tak bawa RM 4 sehari tak cukup. Nasi sahaja dah RM 2.50. bagaimana pula dengan air RM 1 dan keropok
juga yang lain. Belum lagi belanja untuk
sebelah petang iaitu KAFA. Sebab itu
ramai ibu bapa sekarang ni bertarung untuk survival hidup. Mana nak cari rezeki. Mana nak tengokkan
anak-anak lagi. Bersyukurlah jika kita
berkesempatan dengan waktu dan kehidupan yang ada sekarang. Agak melegakan bukan?
Baiklah,
hari ini saya nak sentuh tentang kesilapan yang sering pelajar buat semasa
menjawab soalan peperikasaan khasnya dalam subjek sains darjah 3. Topik ini sangat mudah sebenarnya. Tetapi oleh kerana subjek sains sekarang ini
menggunakan laras bahas yang standard, jadi saya sarankan ibu-ibu ambil
perhatian supaya tidak sewenag-wenangnya markah anak puan-puan dalam
peperiksaan dipotong kerana inilah yang akan membezakan antara A dan B, B dan C
serta begitulah seterusnya. Alangkah
sayangnya, jawapan sudah ada tetapi tidak tepat bukan?
Ok,
kebiasaannya untuk topik deria ini kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar
adalah seperti berikut:
Mata =
Deria Lihat
Hidung =Deria Hidu
Telinga = Deria Dengar
Tangan = Deria Sentuh
Lidah =
Deria Rasa
JIka
dilihat kepada jawapan tersebut sudah betul, namun tidak tepat. Contoh untuk mata perlu ditulis deria
penglihatan, untuk telinga deria pendengaran dan untuk tangan deria
sentuhan. Pastikan anak tuan-tuan dan
puan-puan menulis dan memberikan jawapan mengikut skema pemarkahan. Disinilah kuncinya ya! Ya skema
pemarkahan. Guru-guru yang menanda
kertas soalan biasanya akan mengikut skema pemarkahan yang diberi. Jika kurang tepat, maka akan berkuranglah
markah dalam peperiksaan. Dan inilah
yang saya katakan yang membezakan antara A dan B.
Kesimpulannya
yang dapat saya perkatakan di sini bahawa ialah biasakan anak tuan puan dalam
latihan menjawab soalan. Lagi banyak
mereka terbiasa menjawab soalan lagi bagus.
Kalau boleh biar untuk satu subjek tu 4 buah buku latihan disediakan. Puan-puan boleh cari di kedai-kedai buku yang
berhampiran. Inilah yang dikatakan
teknik belajar yang berkesan kerana pada zaman ini membaca buku, mengambil nota
sahaja tidak cukup ampuh lagi bagi seseorang pelajar untuk menguasai
pelajaran. Kemahiran menjawab soalan
akan dapat diperolehi dengan cara latih tubi soalan-soalan ini. Selamat mencuba!
Saya
doakan yang terbaik untuk anak kalian semua.
Amin.
No comments:
Post a Comment