Thursday, 10 August 2017

ICE BREAKING SEBELUM MULA KELAS

Teks:Niyda
Foto: Koleksi Peribadi


Ice Breaking.  Satu perkataan yang sudah lama saya dengar.  Bermula dari zaman belajar diploma dulu hinggalah masuk university dan ke alam kerja PLKN.  Memang tak akan pernah lekang, tak pernah luput dalam lipatan sejarah hidup.  Ianya sebenarnya banyak dilakukan semasa atau selepas sessi taaruf atau sessi suai kenal.

Kebiasaanya pada  kelas hari pertama, saya akan membuat sedikit soalan, sedikit siasatan kepada anak murid.  Contohnya apa yang dia suka makan, apa yang dia suka buat seharian dan lain-lain lagi.  Lagi banyak kita tahu tentang anak murid kita, lagi senang kita nak cucuk jarum.Ye lah kan…anak-anak ni macam-macam ragamnya.  Jadi masa dia beragam tu lah kita nak guna ice breaking ni.  Contohnya masa belajar dia tiba-tiba menangis, jadi kita sebenarnya dah dapat tangkap dah apa yang dia nak sebenarnya.  Caria apa kelemahan dia.  Contoh dia suka aiskrim.  Jadi kita bagi aiskrim kat dia.  Contoh ajer lah.  Kemudian pastikan kita ada ubat untuk selesaikannya.

Semuanya bermain dengan psikologi.  Anak-anak yang berumur 4 tahun pun sekarang ni dah pandai dan petah berkata-kata.  Silap haribulan kita yang kalah.  Haaa…kan…
Di sini saya beri contoh beberapa soalan untuk icebreaking supaya senang nanti ianya sudah ada dalam list kalian. (Sekiranya kalian jadi cikgu lah esok-esok.:)

.        1      .Siapa nama kamu?
2.  Tinggal di mana?
3.    Adik beradik berapa orang?
4.    Mama dan papa kerja apa?
5.    Suka makan apa?
6.    Apa hobi kamu?
7.    Apa cita-cita kamu?
8.    Waktu cuti sekolah suka buat apa?
9.    Rancangan tv apa yang suka kamu tengok?
10. Kartun apa yang kamu suka?
11. Kamu suka main bola ?



Baiklah, cukuplah setakat ini sahaja dahulu buat kali ini.  Harap dapat mesra-mesra lagi dengan kalian untuk entry yang berikutnya.  Tak kenal maka tak cintakan.:)




No comments:

Post a Comment

  Hai semua dan assalamualaikum.... Lama tak menulis di sini..Hahaha..bersawang dah blog ni. Apa pun saya kembali lagi guyz! Sebelum ni bany...