Wednesday, 1 January 2025

Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One 

https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2


Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Inggeris Online One To One

https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/3


Pembayaran Kelas Membaca Jawi Online One To One

https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/4


Pembayaran Kelas Asas Matematik Online One To One

https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/5


Pembayaran Kelas Coaching One To One

https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/7



Friday, 20 December 2024

 Hai semua dan assalamualaikum....

Lama tak menulis di sini..Hahaha..bersawang dah blog ni. Apa pun saya kembali lagi guyz! Sebelum ni banyak berkongsi di facebook. Tapi lately ni sejak berjumpa semula dengan email lama kita..maka dapatlah tengok balik blog ni... Rupanya walaupun dah lama tak post kat sini tapi masih ada yang sudi follow dan datang bertandang ke sini. Terima kasih ye... Dari data yang dapat dilihat dalam blog ni kebanyakkannya adalah dari US, German dan Singapore. Tcer pun tak tau lah apa yang korang cari...Hehehe...

Topik-topik yang di cari juga adalah kebanyakkannya berkenaan dengan persediaan untuk peperiksaan, topik tentang tutor untuk lately ni.

Insyaallah saya akan berkongsi lebih banyak lagi selepas ini ye. Insyaallah. doakan ye.

Bye...Jumpa lagi...

Sunday, 31 October 2021

PENGAMBILAN PELAJAR BARU KELAS ONLINE SECARA PERSONEL MEMBACA BM

Pengambilan pelajar baru untuk sessi November diteruskan.Berbaki 5 tempat lagi. Kelas secara personel untuk asas membaca Bahasa Malaysia. Kepada anak-anak yang berkeperluan khas dan kronik sahaja dalam membaca. Call saya sekarang untuk booking slot.

01135162988

Sunday, 3 October 2021

ABAH

Sejak saya kecil arwah abah saya memang tidak pandai membaca. Abah hanya pandai mengira sahaja. Walaupun begitu satu perkara yang saya tidak akan pernah lupa abah tak akan pernah berkira bila nak mengeluarkan duit bab belajar. 


Pernah saya kata kat abah. Abah macam mana ni.Kita duit tak ada. Nak sambung belajar masuk Kolej macam mana nanti. Abah kata tak apa. Duit boleh cari. Begitulah abah.Tak pernah lokek bab duit untuk anak-anak. Sehingga ke akhir hayat beliau masih memegang tanggungawab beliau dengan baik. 


Apabila abah tak ada baru saya faham abah garang bukan sebab tak sayang. Tapi sebab abah sangat disiplinkan kami. Bila malam jam 10 malam kami dah pastikan tv sudah ditutup. Kalau tak tutup lagi siaplah abah akan bising-  bising sebabnya esok pagi nak ke sekolah. Abah bising kalau bangun lambat. 


Satu lagi bab pergi sekolah abah tak suka kami ponteng sekolah. Dia sebolehnya akan pastikan kami pergi ke sekolah setiap hari tanpa gagal. Kalau sakit sikit-sikit tu kena pergi sekolah jugak. Kalau  betul-betul sakit  baru abah bagi kelonggaran tak pergi sekolah.


Begitulah abah. Walaupin tak pandai dalam akademik tapi sangat bagus dalam mendisplinkan anak-anak. 


Semoga dengan apa yang saya kongsikan di sini memberi inspirasi kepada anda di luar sana. Semoga bertemu lagi di lain catatan.

Bye bye!






Alfatihah untuk arwah abah.

Saturday, 18 September 2021

TERIMA KASIH GURUKU

 Semalam berbual dengan guru saya. Hampir sejam lamanya. Asalnya saya nak sharing tentang Ilearnace dengan isteri dia. 


Bagusnya dia melayan saya walaupun dia dah level PHD. Bagus kan guru saya ni. Masa belajar ngan dia dulu saya  sangat takut kalau masuk kelas dia. Menggeletar seluruh badan pun ada. Takut punya pasal. Maklumlah lecturer paling killer dialah masa tu.


Pernah dia buang assigmnt saya dalam tong sampah sebab saya hantar lewat beberapa minit dari tempoh masa yang ditetapkan. Saya hantar lewat sebab saya tertinggal bas dari rumah sewa nak ke kolej masa tu. Zaman diploma la katakan. Serba serbi kekurangan.

Disebabkan saya lewat hantar assigmnt tu saya gagal untuk subjek tu. Remuk redam hati saya masa tu. Adui sedih tak terkira.


Bila mengenangkan balik peristiwa tu lucu pun ada.Apesal saya takut sangat ngan dia. Huhu.

Semalam kami boleh aje bergelak ketawa dalam telefon. Sambil mengenang balik zaman-zaman kolej dulu. Berbincang isu-isu semasa dan bercerita tentang kawan-kawan lain.


Sebelum tu saya juga pernah call dia beberapa bulan yang lepas bertanya khabar dan saya sempat marah kat dia sebab sedih dan marah sangat kat dia sebab buang assigmnt saya tu dulu. Hui berani betul ye ko marah lecturer  ko balik. Boleh pulak dia minta maaf balik kat saya. Saya insaf sekejap.


Itulah guru saya yang saya tak akan lupa.


Still humble.


Setiap kata-katanya.


Jelas. 


Straight to the point.


Walaupun dah 20 tahun berlalu. Dia still ingat nama saya tu. Walaupun dah tutup separuh muka ni dia masih ingat yang sayalah orangnya yang menyebut bravo-bravo dalam pertandingan debat dulu tu. 


Saya doakan beliau terus sukses dalam kerjaya beliau. Dilindungi sentiasa oleh Allah SWT dan terus memberi manfaat kepada anak bangsa.


Amin. 


Terima kasih guruku.

Dr Rahim.

Saya niatkan dan sedekahkan setiap bacaan Alquran saya walaupun dalam terlupa untuk menyebut nama-nama guru saya pada setiap waktu dan ketika.

Monday, 13 September 2021

MEMUPUK RASA SEMANGAT DI MUSIM ENDEMIK COVID 19

Hari ini anaknda Wafirah mengajak saya mengalihkan pokok jagungnya dari polibeg ke tapak tanaman. Tak banyak. Hanya 3 pokok sahaja. Ini adalah untuk percubaannya untuk tanam sendiri pokok tersebut.

Bermula dari memesan biji benih secara online kemudian semai menggunakan polibeg yang sedia ada. Setiap polibeg hanya isi 2 biji benih sahaja.  Saya tak tanam banyak untuk dia fokus sahaja kepada anak-anak poko tersebut dari menjaga dan menyiramnya. Nampaknya berhasil.

Saya nampak timbul rasa seronok dia bukan main ya Melihat pokok-pokok tersebut membesar dengan cepat. Rasa puas hati apabila apabila apa yang dibuat berhasil.

Terperuk di dalam rumah semasa musim pkp memang memenatkan dan meletihkan. Letih mata letih badan asyik melihat screen telefon aje memanjang. Jadi saya ambil alternatif bermesra dengan alam sekali sekala.

Fitrahnya manusia itu berasal dari tanah. Maka dengan tanah juga kita kembali bermain dan berhibur untuk melepaskan lelah. Mahu pergi berekreasi di pusat rekreasi sudah rasa cuak. 2 hari lepas kami ke pusat rekreasi Pulau Chekas Raub. Saya lihat ramai orang. Tak sangka sungguh. Tapi disebabkan dah sampai sana makanya turun jugalah ke tapak rekreasi. Sambil makan dan minum,berjumpa kembali sedara-sedara yang sudah lama tidak ketemu.

Dalam pada itu rasa lapang dada apabila melihat air yang mengalir deras.Batu-batu yang basah diselaputi air,pokok-pokok yang bewarna warni meredakan rasa tekanan berada di rumah. Tapi itulah dengan keadaan sekarang rasa kurang selesa apabila berada di tempat awam begitu.

Berbalik kepada cerita pokok jagung Wafirah tadi. Bercucuk tanam rupanya boleh menimbulkan rasa jiwa yang segar,jiwa yang hidup. Saya ada juga terbaca di beberapa blog yang lain. Selain dari mendapat pahala dengan bercucuk tanam juga akan dapat menghidupkan hati-hati manusia agar lebih bersyukur,lebih tenang melihat kebesaran Ilahi dan menghidupkan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. 

Hadis nabi juga ada menyatakan bahawa dengan hasil tanaman kita tersebut akan menjadi sedekah kepada apa sahaja yang ada dibumi. Kepada jiran, burung-burung yang datang bertenggek untuk menumpang teduh atau pun menjadikannya sebagai sumber makanan. Besar makna sedekah. Mengalir berpanjangan.

Saya menyeru kepada semua pembaca yang budiman. Marilah sama-sama kita terapkan budaya bercucuk tanam ini dikalangan anak-anak.Hidupkan kembali amalan sunnah nabi. Hidupkan kembali rasa ceria dan gembira anak-anak atas segala usaha mereka selama ini. Ianya melambangkan satu perkara yang dibuat tidak sia-sia. Malah beroleh rahmat dari Allah SWT.
Teruskan belajar ya.Teruskan belajar walaupun secara online. Akhir zaman nanti semakin sedikit manusia yang berminat dengan ilmu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.

Amin.
 

Sunday, 12 September 2021

GENAP 43 TAHUN HARI INI

 Hari ini genap 43 tahun umur saya. Alhamdulillah Allah SWT masih beri nafas dan peluang untuk meneruskan kehidupan. Ya dari segi kerjaya saya hanyalah insan biasa. Sejak kelahiran anak kedua saya pada 2009 saya telah memilih untuk bekerja sendiri. Memberi laluan untuk berdikari dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan anak-anak.

Kerjaya suami saya sebagai kontraktor yang tidak tentu masa dan urusan politik beliau juga antara faktor yang menyebabkan saya memilih untuk bekerja sendiri. Anak-anak di depan mata dan semua urusan lebih mudah untuk saya selesaikan.


Bermula 2018 juga  saya mula bekerja sepenuh masa dari rumah. Sudah hampir 4 tahun rupanya. Pandemik Covid 19 yang berlaku telah menukar cara semua orang bekerja. Termasuk juga saya. Segala urusan semuanya bertukar kepada bentuk digital. Kelas dalam talian melalui zoom dan google meet juga sedikit sebanyak membantu dalam proses tranformasi negara kepada era digital.


Tak dinafikan ada kebaikan dan keburukkan. Kita ambil yang jernih dan buang yang keruh. Ambil yang murni-murni sahaja. Selagi kita fokus kepada masalah ianya tak akan sampai ke mana. Fokus kepada penyelesaian. Iya penyelesaian yang tepat.

Ibu bapa masa kini ramai yang rasa risau begitu juga saya yang mana memikirkan bagaimana laluan kerjaya untuk anak-anak pada masa akan datang. Di bawah ini beberapa idea laluan kerjaya yang saya fikirkan sesuai untuk dijadikan panduan buat anak-anak yang berminat dalam bidang  Sastera khususnya dalam subjek Bahasa Malaysia.

Saya pecahkan kepada 3 bahagian.

Kepakaran hasil dari membaca,menulis dan mengajar.


MEMBACA

Proof reader

Editor

Review buku



MENULIS

Penulis buku

Penulis ebook

Penulis upahan

Pengedar ebook affiliate

Pengedar buku digital

Pengedar website tuition online Ilearnace

( www.ilearnace.com)



MENGAJAR

Pensyarah

Guru

Guru tuisyen primary school

Guru Tuisyen Bahasa Malaysia

Guru Tuisyen Asas Membaca Bahasa Malaysia

Guru Tuisyen Perbualan Bahasa Malaysia

Tutor 

Coach reader


Mungkin anda pembaca ada lagi idea yang mahu dimasukkan dalam senarai di atas. Jika kalian berkelapangan bolehlah tambah dibahagian komen ye. Saya sangat mengalu-alukan komen anda supaya kita akan dapat kembangkan lagi idea perkongsian ini.


Sekian saja catatan saya untuk kali ini.

Berjumpa lagi di lain masa. Terima kasih untuk ucapan selamat hari lahir dari kawan-kawan semua. Semoga hidup kita semua akan lebih diberkati dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT selalu.

Salam sayang.

Tuesday, 7 September 2021

BIASISWA SEKOLAH MENENGAH UNTUK TINGKATAN 6 RENDAH 2021

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) RM600 Buat Tingkatan 6 Rendah di bawah Yayasan Pahang.

.

Pelajar Tingkatan 6 Rendah tahun 2021 di SMK/ SMKA/ SMA boleh mohon Biasiswa Sekolah Menengah yang ditawarkan dan terima:

๐Ÿ“ŒKadar biasiswa: RM600

.

Permohonan boleh dibuat melalui sekolah dan Pejabat Adun selewat-lewatnya pada 17 September 2021.

.

Semak syarat kelayakan dan info lanjut di sini.


๐Ÿ“ฒ https://edubestari.com/biasiswa-sekolah-menengah-yp/

TARIKH BARU UJIAN PENILAIAN UPKK 2021

 Ujian Penilaian Kelas KAFA ditangguh.

Semak Tarikh Baru UPKK Tahun 2021 Di Sini.

Calon UPKK tahun 2020 dan 2021 yang ambil ujian pada tahun ini diminta cakna dengan tarikh baru penangguhan UPKK yang dimaklumkan.

.

Penangguhan ini adalah melibatkan ujian yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober ini.

.

Semak tarikh baru ujian bertulis UPKK di sini.


๐Ÿ“ฒ https://edubestari.com/penangguhan-upkk/

Tuesday, 3 August 2021

PENGALAMAN MENGAJAR PELAJAR ADHD

 Setiap hari kita belajar dari orang lain. 


Sebagai tutor  saya juga belajar dari pelajar.


Kemahiran mendengar dan bertutur dengan anak-anak ADHD dan slow learner adalah suatu pengalaman yang subjektif untuk digambarkan. Bermula dengan tidak memahami patah butir perkataan anak-anak ADHD hari ini saya mula dapat mencerap apa yang mereka perkatakan. 

Hanya dengan kesabaran semua liku-liku ini dapat di atasi dengan baik. Pernah juga satu ketika saya hampir putus asa. Tapi saya nekad sesuatu perkara jika diulang-ulang insyaallah akan dapat juga akhirnya. Ibarat belakang parang lagi di asah lagi tajam begitulah perumpamaan yang saya ingin gambarkan di sini.


Setiap perjalanan mengharungi situasi getir bersama anak-anak ADHD bolehlah saya perincikan seperti berikut:


1) Bermula dengan memahami rentak pelajar.


2)Beralih sedikit demi sedikit memasukkan sedikit sessi memberikan arahan dengan jelas.


3.) Gunakan soalan seperti soalan FAHAM?

atau JELAS?


4) Mengulang ulang apa yang diajar.


5) Berikan tanda penghargaan seperti

 BAGUS!


GOOD JOB!


FANTASTIC!


6) Tegur dengan baik dan berhemah.


7) Usah marah atau menempik apabila ada kesalahan yang dilakukan.


8) Beri layanan seolah-olah seperti VIP.


9) Jangan lupa berdoa setiap kali memulakan sessi kelas agar dipermudahkan anak-anak ini dalam mendapatkan apa saja ilmu yang ingin disampaikan dengan jelas dan teratur.


10) Kongsikan dengan ibu bapa penjaga tentang status atau atau tahap prestasi anak-anak ADHD ini dari masa ke semasa supaya ibu bapa penjaga tahu tahap pembelajaran anak-anak mereka sekaligus dapat membantu tugas guru juga memantau anak-anak belajar di rumah sesama ketiadaan guru.


Usahlah sebaiknya dan sehabis mampu. Moga dengan usaha yang sedikit ini dapat memberi impak positif dalam komuniti kita. Insyaallah.

Aminn.

Sunday, 1 August 2021

BERIKAN KEBEBASAN DAN PERCAYALAH


Pagi tadi selesai kelas bermasa seorang pelajar pra saya. Status ADHD. Setelah hampir sebulan saya menangguhkan kelas atas faktor kesihatan. Ceria dan steady saja saya tengok anak murid saya tu. Ikut dan follow rapat satu demi satu apa yang saya ajar.Alhamdulillah, setakat ni prestasi semakin baik.


Sudah masuk fasa untuk mengenal suku kata mudah dengan menggunakan dua suku kata. Saya percaya dengan disiplin dan komitmen yang tinggi, beliau akan dapat menamatkan kelas dengan jayanya pada penghujung tahun ini.


Ibunya tadi baru menyuarakan rasa keresahan. Jadual PDPR telah bertukar dan diinjak masanya hingga jam 12.00 tengahhari. Bagaimana cara nak kawal anak sambil-sambil tu menguruskan rumah.


Saya katakan padanya begini. Tak mengapa untuk permulaan ini. Kawal dan kontrol sahaja. Lama kelamaan anak akan dapat ikut sessi kelas. Benar buat pertama kalinya untuk ibu-ibu muda proses menemankan anak belajar suatu perkara yang memenatkan. Tapi lama kelamaan anak akan belajar cara teknikal bagaimana untuk mengikuti kelas sama ada melalui Google meet,zoom mahupun di group wassup. Bermula dengan mendengar dan membaca arahan. Kemudian diikuti dengan salin dan tampal kehadiran di ruangan group whatsapp mengikut turutan pelajar yang lain.


Kerja-kerja kemahiran belajar dari sudut teknikal ini mengambil masa yang agak panjang. Tapi percayalah dengan keyakinan dan kebebasan yang ibu bapa beri, lama kelamaan anak-anak akan kalis dengan masalah tersebut. Ianya sama seperti satu tabiat dalam sesebuah organisasi. 


Sesuatu perkara yang sukar jika dijadikan habit lama kelamaan ia akan menjadi mudah. Begitulah apa yang pernah saya belajar dulu dalam subjek Gelagat Organisasi semasa di UUM dulu. Sudah hampir 20 tahun berlalu. Tapi ilmu tu masih tersimpan kemas dalam lipatan minda ini.

Thursday, 29 July 2021

JANA PENDAPATAN DENGAN KAMI

JOM JANA PENDAPATAN 5 ANGKA DENGAN PRODUK PENDIDIKAN ONLINE YANG KURANG PERSAINGAN


Kami ingin mencari "HANYA 10 ORANG SAHAJA" untuk menjadi pengedar sah i-LEARN Ace, platform pendidikan online keluaran Sasbadi Online.


Produk ini menjadi permintaan sejak musim pkp tahun lepas. Sekolah dan pusat tuisyen ditutup, anak-anak di rumah belajar secara PdPR memerlukan bahan pendidikan yang terbaik dan lengkap.


Ejen MindTech berjaya membuat jualan mencecah ratusan ribu sebulan hanya dari rumah sahaja kerana produk i-LEARN Ace amat diperlukan ketika ini.


Kelebihan Perniagaan i-LEARN Ace:


• Dinaungi syarikat yang terkenal dengan produk pendidikan selama 36 tahun.

• Menepati silibus terkini KPM.

• Bahan marketing disediakan oleh team.

• Kelas online marketing bernilai RM5,800 PERCUMA.

• Pelbagai kursus disediakan.

• Produk keperluan.

• Kurang persaingan.


Jika anda berminat, PM sekarang. 


TERHAD KEPADA 10 ORANG SAHAJA! 


"HANYA YANG LAJU AKAN MAJU, YANG LAMBAT AKAN TETAP KETINGGALAN"!


Hubungi saya:

01125452156

Tuesday, 27 July 2021

MENGURUS KETAKUTAN

 Banyak cerita sebenarnya disebalik tajuk yang ingin saya kupas pada kali ini.


Ketakutan. Semua orang secara amnya ada perkataan takut dalam diri pada setiap masa. Begitu juga bagi seorang pelajar. Takut gagal peperiksaan. Takut dimarahi guru kerana tak siapkan kerja sekolah dan sebagainya. Dan ketakutan paling besar sekali dalam sejarah hidup  zaman belajar saya ialah apabila takut menghadapi kenyataan bahawa saya akan gagal subjek Matematik Pengurusan semasa di UUM dulu.


Saya adalah antara budak yang lemah dalam subjek Matematik suatu ketika dulu. Semasa SPM,saya  hanya dapat cukup makan aje untuk subjek Matematik. Itu pun selalu gagal dalam peperiksaan percubaan SPM.

Di Universiti saya gagal subjek Matematik ini sebanyak 4 kali. Tapi saya ulang dan ulang ambil subjek tu sampailah pada semester akhir saya lulus.


Dalam waktu yang sama juga ketakutan menjadi-jadi apabila saya juga turut gagal dalam ujian untuk mengambil ujian komputer lesen memandu kereta. Kali ke 4 juga baru saya lulus dalam ujian tu.Magikalnya...Akhirnya saya lulus. Rezeki cepat dengan lambat juga kan.


Jadi apa yang saya nak sampaikan di sini untuk mengurus perubahan dalam menghilangkan ketakutan perlu dimulakan dengan 20 peratus dahulu.Tak perlu buang 100 peratus ketakutan untum permulaan. Mulakan secara berdikit-dikit. Insyaallah anda mampu untuk berubah.

Antara perkara yang perlu anak-anak cuba selesaikan ialah:

1) Tarik nafas panjang-panjang.

2) Niatkan dalam hati buang rasa takut kerana sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang benar.

3) Mulakan strategi bagaimana untuk bermula. Rancang dengan baik strategi tersebut.

4) Susun mana yang dulu mengikut keutamaan.

5)Lakukan apa yang telah dirancang.

6) Berikan komitmen di atas apa yang telah dirancang.

7) Sentiasa merujuk kepada guru atau ibu bapa apabila berlaku masalah atau kekeliruan.

8)Doa moga Allah permudahkan.


Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat untuk pembaca semua.

Sekian.

#ilearnace

#belajaronlinedarirumah

#tuitiononline


#belajarsecarasistematik

#belajaronlinedarirumah




Monday, 26 July 2021

JEJAK SILIBUS SUBJEK

 Hampir memasuki akhir bulan Julai. Tak lama lagi bulan Ogos. Bulan kemerdekaan kita.


Sekejap sahaja masa berlalu. Anak-anak belajar pun tak terasa silibusnya sampai di mana. Sudah dipertengahankah atau masih mencicit silibus yang awal-awal.


Memasuki fasa terakhir tahun 2021. Mari kita semak sejauhmana anak-anak kita di rumah belajar. Penggunaan buku cetakkan juga sebenarnya sangat membantu dikala mata terasa sangat letih melihat skrin telefon ataupun leptop. Pelbagaikan cara pembelajaran anak-anak di rumah. Selangkan dengan waktu rehat yang mencukupi. Belajar secara online harus divariasikan dengan elemen yang segar,menarik dan mampu membuat anak-anak bertahan. Semoga tiada tekanan.


#ilearnace

#revolusipembelajaranonline

Thursday, 3 June 2021

ADAB SEMASA KELAS ONLINE

Semalam selesai sudah kelas online bersama-sama dengan anak-anak didik yang baru. Kelas sifir online saya adakan selama satu jam secara percuma sahaja sebagai mengisi waktu cuti sekolah. Alhamdulillah kelas berjalan dengan baik walaupun saya sedang berada di kampung. 

Kadang-kadang talian terputus dek line yang tak berapa elok. Maklumlah di kampung pencawangnya agak jauh sedikit dari rumah bonda saya. Namun saya cekal teruskan juga menggunakan medium whatssup semaksima mungkin.

Beberapa perkara yang saya pelajari sepanjang kelas semalam. Antaranya:

KEKAL KONSISTEN BERI SOKONGAN

Untuk kekal konsisten dalam kelas, ibu-ibu perlu ada untuk beri sokongan kepada anak-anak. Kebanyakan yang menyertai  semalam adalah dikalangan pelajar tahap 1. Jadi saya nampak di situ jika anak-anak tak cekap dalam membuat operasi tambah maka kesannya proses untuk mempelajari sifir adalah sukar.

Benar minat sudah ada. Tapi itu tidak mencukupi. Sekurang-kurangnya ibu-ibu sudah dapat tahu bagaimana nak bermula semula nanti ya.  Saya tinggalkan sedikit kerja. Dah siap tampal di dinding bilik supaya mudah ingat sampai bila-bila.

FOKUS DI DALAM KELAS

Bukan nak marah tapi hanya teguran. Apabila belajar perlu tahu adab belajar ya.  Semasa guru dihadapan screen, usahlah pula pusing sana pusing sini. Ada yang pandang belakang. Hormat guru di hadapan anda.  Apabila mendengar...Dengarlah dengan tekun. Janganlah pula ada yang pausedkan kamera. Guru di depan anda. Sama juga istilahnya apabila belajar bersemuka. Tak gitu.

SIAPKAN LATIHAN YANG GURU BERI

Ada yang siapkan latihan dengan pantas.  Ada juga yang siapkan lambat.  Tapi boleh dimaafkan lagi. Namun apa jadi dengan yang tak siap-siap dan tak hantar latihan. Memanglah kelas percuma. Jangan ambil enteng ya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Ha gitu...


Panjang betul cikgu bebel. Cikgu marah tandanya sayang.


Ok jumpa lagi di lain episod.๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

Tuesday, 1 June 2021

CUTI SEKOLAH SEMASA LOCK DOWN

 Belajar dan selepas itu bermain.

Tika waktu dulu zaman kanak-kanak ianya berselang seli. Bersama kawan-kawan menghiburkan hati. Selepas penat belajar beberapa jam loceng pun berbunyi tanda waktu rehat. Berdesup laju ke kantin sekolah beratur membeli makanan. Nasi lemak 20 sen air sirap 10 sen. Seronok sangat dah waktu bawak duit belanja 30 sen. 


Selepas makan saya ke padang sekolah bermain dengan kawan-kawan. Lari sana lari sini. Kadang kutip buah apa ntah di tepi sekolah.


Kadang masuk perpustakaan untuk baca buku.Biarpun buku banyak yang buruk dan koyak zaman itu. Keterujaan itu tetap ada nak bersaing dengan kawan-kawan siapa yang paling banyak habiskan baca buku. Siapa yang menang biasanya cikgu akan bagi hadiah. Dapat pen sebatang pun dah seronok sangat.


Kenangan tinggal kenangan. Sekarang semua itu hampir sudah tiada. Makan dalam kelas. Main pun dah tak dapat di padang. Walaupun teknologi gadjet menguasai kehidupan anak-anak.Ianya tetap tidak sama perasaannya menguasai pembelajaran secara bersemuka dan bermain permainan di atas padang yang luas.


Hari ini. Anak-anak di rumah. Bermain dengan apa yang ada di rumah. Dengan kakak dengan adik mahupun dengan sepupu terdekat untuk menghilangkan kebosanan. 


Semuanya terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi cabaran pembelajaran di alam maya. Disiplin yang tinggi menuntut anak-anak agar terus kuat berdepan dengan era baru. Semoga semuanya baik-baik aje hendaknya. Kita sabar kita tawakkal. Cari jalan dan hadapinya dengan tenang.


Niyda Ilearnace

2 /6/ 2021

#lockdown2021

#ilearnace

Saturday, 29 May 2021

CUTI SEKOLAH MUSIM PKP

 Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk mama dan papa semua. Lama dah tak menulis diruangan ini. Rasanya hampir 3 tahun saya tidak menulis di sini. Kadang bukan apa. Sibuk memanjang entah apa-apa...Hahaha.

Jadi hari ni saya kembali. Mungkin coretan yang tak seberapa ni akan menjadi coretan yang akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah korang suatu hari nanti. Isu Palestin di serang oleh Zionis,isu Covid 19 yang masih belum surut setakat ini. Kes sudah cecah 9k. Ini semua bermain-main dalam fikiran saya. Sungguh rasa sudah letih. Rasa sudah tak mampu tak terkata.  Bila ini semua berlaku.  Namun redha dengan ketentuan Allah SWT.


Ketika saya menulis ini saya masih lagi tersekat di kampung.Tak dapat nak pulang semula ke pangkuan suami. Jadi bertabahlah dahulu untuk seketika.

Baik, kita lupakan dahulu hal saya tadi. Hari ni saya kongsikan sedikit berita baik kepada mama dan papa semua. 

Bermula Jun ini pihak Mindtech Education akan mula melancarkan produk tuition Ilearnace untuk pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5 dengan pakej langganan RM 105 sahaja untuk 3 bulan. 

Sebelum ini pihak syarikat hanya menyediakan pakej langganan 6 bulan dan 12 bulan sahaja. Jadi kepada mama dan papa yang serius berminat nak kasi anak belajar tanpa stress musim lock down ni..Hah cepat-cepat grab ye. Promosi berlangsung dari Jun hingga Ogos sahaja. 

Kepada yang berminat nak jadi dealer sah pun boleh juga. Sambil pakai untuk anak-anak, boleh juga mama papa jana pendapatan melalui produk digital ini. Produk senang tak payah pos tak payah cod. Haa gtuuuu...


Product premium pun ada jugak tau. Contohnya seperti buku bacaan dalam Bahasa Inggeris yang di panggil Peapod beserta Lego. Siapa yang jadi ahli akan dapat diskaun 10 peratus tau! Ha jimat lagi kat situ.


So kalau korang nak dapatkan info detail boleh cari saya di no wassup 01125452156.Boleh voise call pun boleh. Zaman teknologi serba canggih sekarangkan. Serba nak cepat.Hehe..

Saya juga ada buat kelas online melalui video call. Kelas asas Matematik dan asas membaca Bahasa Malaysia untuk anak-anak Pra sekolah dan pelajar darjah 1 hingga 3. Belajar sampai pandai. Tak pandai jangan berhenti kecuali anak-anak didik tak ada disiplin masa belajar. Tak bagi komitmen pun saya akan hentikan kelas. Bagi  peluang yang nak belajar betul-betul.Baru cikgu puas hati mama papa bayar bulan-bulan.

K la...nanti jumpa lagi tau. Penat dah menaip pakai fon ni.๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†


Friday, 12 January 2018

PELUANG KERJAYA SEBAGAI GURU PERSONAL HOME TUITION PRA SEKOLAH

Bagi graduan atau suri rumah yang mempunyai diploma atau ijazah dan berminat untuk menjadi guru personel home tuition pra sekolah boleh emailkan resume beserta transkrip diploma atau ijazah. Jangan lupa salinan sijil SPM anda juga ke alamat email saya chehasnidahamid@gmail.com.

Antara kriteria yang perlu ada ialah:

  •  Mempunyai kenderaan sendiri 
  • Mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi.
  • Boleh bekerja dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
  • Part time atau full time.

PERSONAL HOME TUITION PRA SEKOLAH

Mencari guru  personel home tuition pra sekolah di rumah anda?

Boleh hubungi saya melalui wassup saya 01125452156.

Dibuka hanya untuk kawasan Benta,Raub,Bentong,Kuala Lipis dan Sungai Koyan.

LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU PRA SEKOLAH


Teks:Niyda
Foto: Niyda
Malam ni semua tidur awal. Makanya tak dapat nak lelapkan mata. Tahun ni saya berazam mahu urus dan guna masa sebaiknya. Biarpun bekerja hanya dari rumah sahaja tapi kata sifu Masayu Ahmad, masa harus di urus dengan baik. Alhamdulillah. Fokus ye fokus.

Malam ni saya ingin berkongsi tentang buku lembaran kerja Bahasa Melayu untuk pra sekolah. Jenama yang paling mudah dan senang untuk anak-anak pastinya Fargoes pilihan saya.

Buku ini sangat praktikal digunakan untuk ibu-ibu di rumah. Konsep bukunya yang ringkas,mudah difahami, tersusun, berwarna-warni sangat senang untuk anak-anak di rumah menggunakannya.

Untuk edisi 2018 disertakan juga buku bonus. Buku ini disemak oleh guru-guru cemerlang pra sekolah. Harganya pun tidak mahal. RM 4.20 sahaja. Jadi ianya mampu milik orang kata.

Antara lain yang bagusnya buku ini ialah ia mempunyai silibus KBAT yang mana mengikut sukatan terbaru. Bersesuaian dengan Kemahiran Abad ke 21, buku lembaran ini mempunyai sukatan aktiviti yang baru untuk anak-anak. Antara tema dalam kandungan buku ini ialah:

  • Mari Menulis
  • Mahir Suku Kata
  • Bunyi Di Sekeliling Kita
  • Helo Semua
  • Badan Saya
  • Keluarga Yuna
  • Rumahku Syurgaku
  • Selamat Datang Ke Kelas Saya
Baiklah,cukup setakat ini sahaja dahulu untuk entry kali ini. Cabaran kalian sebagai ibu-ibu di rumah untuk tahun ini baru bermula. Panaskan enjin perlahan-lahan. Berikan ganjaran jika anak-anak sudah capai target membaca dengan lancar. Tak susah sangat sebenarnya  tapi tidaklah senang sangat. Mahu dengan tidak saja. Ya kan!

Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...