Skip to main content

RAIKAN KEJAYAAN KECIL

TEKS: NIYDA
Foto:


Ikan tongkol masak singgang.  Sedap juga dimakan bersama budu.  Orang lalu belakang pun tak tengok dah.  Tambah pula ada ulam-ulaman. Hmm sedapnya ya Allah!  Saya kira peminat-peminat ikan tongkol atau disebut juga oleh orang tua-tua ikan aya ramai di sini.  Arwah abah memang suka ikan tongkol ni.  Nak nak kalau direbus dengan asam keping kemudian diangkat, toskan dan digoreng.  Sangat terasa kelazatannya.  Walaupun resepi biasa-biasa sahaja dan  amat ringkas tetapi amat menyuntik rasa selera apabila dimakan bersama nasi panas.

Kadang-kadang yang orang anggap itu biasa-biasa namun sangat istimewa bagi kita.  Begitu juga dengan orang lain, kadang-kadang mereka anggap istimewa tentang sesuatu itu, tetapi bagi kita biasa-biasa sahaja.  Itulah lumrah alam.  Oleh sebab itu amat perlu untuk menghargai perbezaan supaya kasih sayang dan hormat menghormati dapat disemai dan dipupuk.  Hargai perbezaan itu kerana perbezaan itulah yang mewarnai dunia kita.

Begitu juga dengan anak-anak kita, mereka perlukan dorongan yang kuat dari ibubapa pada setiap masa.  Disaat anak-anak itu kecewa dengan kekalahan mereka di sekolah, maka ibubapalah tempat mereka mengadu.  Peranan ibu sangat besar hanya dengan menjadi pendengar yang baik. 
Sementara itu, apabila anak-anak berjaya dalam sekecil-kecil perkara, raikan kejayaan mereka.  Berikan masa anda untuk melayani mereka untuk seketika.  Kekadang kita lupa, walaupun kejayaan itu kecil tetapi itulah pembakar semangat untuk anak-anak lebih berjaya pada masa akan datang.

Meraikan kejayaan anak-anak harus mengikut kemampuan masing-masing.  Ada orang bawa anak bercuti ke luar negara.  Ada orang bawa anak-anak melancong ke dalam negara sahaja.  Ada orang cukup setakat bawa anak ke kolam mandi demi kepuasan anak-anak.  Ada orang cukuplah bawa belanja anak-anak makan di luar sebagai tanda penghargaan dan meraikan si kecil anda.

Semuanya terpulang kepada rentak masing-masing.  Jika mampu boleh sahaja.  Jika kurang berkemampuan, usah mengikut orang lain.  Ukur baju di badan sendiri.  Zaman GST ini menuntut kita ibubapa berbelanja dengan bijak.  Bagi saya sendiri cukup sekadar bawa anak-anak ke kolam mandi di Kompleks Sukan yang terdekat.  Dengan bayaran RM 4 seorang sudah cukup mengembirakan hati anak-anak saya.  Apa yang penting anak-anak suka dan seronok.
Jika dilihat zaman dulu-dulu, waktu kecil-kecil ibu saya selalu akan hadiahkan baju kurung setiap kali saya dapat nombor yang baik dalam peperiksaan.  Siap boleh pilih nak warna apa.  Ibu akan jahitkan baju tersebut.  Seronok tak terkata dah waktu itu.

Zaman dah semakin canggih.  Permintaan dari anak-anak pun semakin “canggih” juga.  Pernah saya dapat permintaan dari Wafirah mahukan tab.  Saya acah-acah tanya padanya.  Apa itu tab?  Jawab Wafirah tab itu telefon macam ummilah!  Saya terkedu.  Siap minta tab Frozen lagi.  Aduh! Macam-macam.  Luar dugaan sungguh budak sekarang.  Umur baru 4 tahun.  Dah minta tab.  Tapi saya tetap dengan prinsip saya.  Selagi belum berumur 18 tahun,  saya kira tiada keperluan untuk beli tab satu sorang untuk anak-anak.  Biarlah kolot sedikit.  Tak mengapa.  Asalkan anak-anak terpelihara dari asakkan teknologi yang kadang-kadang mendebarkan dan meluruhkan jantung hati saya.

Semoga anak-anak ini terlindung dari bahaya duniawi.  Semoga Allah juga melindungi mereka.  Amin.


Comments

Popular posts from this blog

DAUN URAT JEJALA

Entry 49/100 Teks:Niyda Foto:Google Kisah yang akan saya paparkan pada entry kali ini berkisarkan salah seorang pelajar saya.  Nur AnA namanya(Bukan nama sebenar).  Seorang pelajar yang sangat  lemah dalam pelajaran.  Pelajar darjah 3. Dikategorikan sebagai pelajar linus pada bulan 1 2017 tahun ini.  Tidak boleh membaca.  Namun telah dikeluarkan dari group tersebut setelah menjalani peperiksaan setengah tahun yang lalu.  Keputusan menunjukkan beliau layak untuk kelas biasa seperti pelajar yang lain.  Berkelas tuisyen dengan saya pada Disember 2017.  Kini hampir 9 bulan telah berlalu.  Alhamdulillah.  Ada sedikit perubahan. Apa yang ingin saya paparkan di sini hari ialah berkenaan dengan topik sains darjah 3.  Topik ini sering menjadi masalah bagi anak-anak.  Bab tumbuh-tumbuhan.  Bahagian daun urat jejala dan selari.  Begitu juga dengan akar tunjang.  Sering saya ingat kepada pelajar jika daun urat jejala maka akarnya pasti lurus iaitu akar tunjang.  Apabila daun urat sel

KELEBIHAN PERSEDIAAN AWAL UNTUK PEPERIKSAAN

72/100 Kelebihan biasanya akan berpihak kepada mereka yang membuat langkah bijak dan terawal.  Dari itu mulakan persediaan awal untuk peperiksaan yang bakal menjelma. Kelebihan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: DAPAT ULANGKAJI SECARA BERPERINGKAT Pada permulaan anak pertama masuk darjah 2 saya  berpendapat tak mengapa tak ulangkaji awalpun walaupun anak-anak masih di peringkat  tahap 1.  Saya beranggapan silibus adalah senang dan mudah untuk dikuasai tanpa melihat silibus terkini sekolah.  Apabila Kakak Widaad mendapat keputusan akhir peperiksaan akhir tahun darjah 2, saya terperanjat gila.  Subjek Matematik kakak telah jatuh merudum dari A kepada D.  Saya berasa malu yang amat sangat.  Di mana silapnya.  Dari situ saya mula melihat silibus terkini untuk subjek Matematik darjah 2.  Rupa-rupanya sudah ada topik darab dan bahagi diperingkat tersebut. Sejak itu bermula awal tahun darjah 3 berikutnya, saya mula membuat latih tubi secara berperingkat-peringkat untuk dara

PERSEDIAAN SEBAGAI GURU TUISYEN

Teks:  Niyda Foto: Google                               Mengajar adalah suatu bidang yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Mengajar memberi saya ruang  untuk berkarya bagaimana berdepan dengan pelbagai karenah pelajar yang sebenarnya memerlukan beberapa teknik yang berbeza-beza. Mengajar juga memberikan saya satu kepuasan. Sebelum mengajar seseorang guru itu perlu memperbetulkan niat terlebih dahulu.  Nawaitu kena betul ye!  Niatkan cikgu-cikgu mengajar ini adalah untuk membantu anak murid cikgu. Niat cikgu adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang merosot dalam pelajaran kembali cemerlang dalam pelajaran.  Dengan beberapa kaedah dan teknik mudah belajar dan seronok belajar, insyaallah.  Anak didik cikgu-cikgu semua akan berjaya dunia dan akhirat. Yang keduanya pula cikgu-cikgu perlu konsisten dalam mengajar.  K onsisten yang dimaksudkan di sini ialah konsisten dalam mengajar setiap kali jadual kelas.   Jangan main on of on of.   Lama-lama bukan murid sahaja yang te