Skip to main content

ADAB MENUNTUT ILMU

69/100
Teks:Niyda
Foto:

Petang ini hujan membasahi bumi. Bahang panas terasa sejak azan asar tadi. Namun mula surut sekitar jam 6.00 petang. Kalau dulu-dulu jam 5.00 petang sudah surut panasnya.  Kini jam 5.00 petang masih ada di dalam rumah. Panas belum berkurang.  Syukur alhamdulillah.  Hujan tiba juga.  Mohon doa.  Insyaallah mustajab.

Melihat perkembangan anak-anak didik dari bangsa Cina, syukur sudah ada peningkatan.  Walaupun berlainan bahasa dan budaya, tetapi itu tidak mematahkan semangat  juang saya.  Kim contohnya ( darjah 3 dan bukan nama sebenar) sudah boleh membaca dengan agak baik berbanding semasa kelas pertama.  Begitu juga dengan Jhai( bukan nama sebenar).  Sudah ada perubahan.  Namun dalam pada itu adab-adab belajar masih kurang. Ini yang ingin saya tekankan di sini.
ADAB DENGAN GURU
Adab dengan guru yang pertama tidak meninggikan suara.  Tak usah berbohong dengan guru.  Jika seorang guru sudah patah hati,maka hilanglah barakah kepada anak muridnya.
ADAB MEMULAKAN KELAS
Adab memulakan kelas dengan bacaan doa.  Berdoa moga dibukakan pintu hati agar terang hati dalam proses belajar.  Pernah saya suruh seorang pelajar darjah 3 berbangsa Melayu untuk membacakan doa sebelum belajar. Namun hampa.  Pelajar itu gagal membacakan doa tersebut.  Moralnya di sini apakah di sekolah tidak diajar perkara sebegini atau pelajar yang mengambil sikap enteng.  Ada sesuatu yang perlu difikirkan di situ.
ADAB MELETAKKAN BUKU
Adab meletakkan buku juga satu perkara yang sangat mulia.  Jaga buku kalian wahai anak-anakku.  Jangan dilangkah buku-buku yang kamu pelajari itu walaupun ianya bukan buku agama.  Hilang hormat kepada ilmu maka hilanglah berkat ilmu itu.  Pernah berlaku dalam sessi kelas saya, ada murid yang main langkah sahaja buku beliau sendiri.  Ada juga yang main campak sahaja buku-buku mereka.  Ada juga jika yang diberi kertas fotostat, sudah habis kelas maka ditinggalkan sahaja kertas fotostat itu di dalam meja.  Apabila ditegur, barulah ada perubahan sedikit.  Sikapnya di mana.  Nilai –nilai positif dan nilai-nilai murni harus diterap dari rumah.  Jika ibu-ibu gagal di rumah untuk membentuk displin anak-anak, bagaimana pula di sekolah dan di tempat awam.  Mari kita fikir-fikirkan.
Manusia yang mempunyai adab bukan sahaja dihormati tetapi disayangi oleh semua orang.  Adab bertutur dana berbudi bahasa amat digalakkan.  Namun gaya dan santunan itu makin pupus terutamanya jika dilihat dalam perspektif masa kini. 
Bukan siapa yang terbaik tetapi siapa yang mahu berbuat baik.  Berbuat baik kepada guru akan menambah barakah hidup kalian.  Ingat yang satu itu.  Menuntut ilmu ada adabnya.  Hilang adab maka hilanglah serinya manusia yang berilmu itu.

Burung berkicau kembali ke sarang.  Seakan memberi maklum bahawa hari sudah lewat petang.  Berhentilah menulis untuk petang ini.  Begitu agaknya yang ingin diterjemahkan.  Esok-esok bersambung lagi.  Jika masih ada nafas berjumpa lagi.  Saya doakan yang terbaik untuk kalian.  Sekian entry kali ini.  Jumpa lagi. 


Comments

Popular posts from this blog

DAUN URAT JEJALA

Entry 49/100 Teks:Niyda Foto:Google Kisah yang akan saya paparkan pada entry kali ini berkisarkan salah seorang pelajar saya.  Nur AnA namanya(Bukan nama sebenar).  Seorang pelajar yang sangat  lemah dalam pelajaran.  Pelajar darjah 3. Dikategorikan sebagai pelajar linus pada bulan 1 2017 tahun ini.  Tidak boleh membaca.  Namun telah dikeluarkan dari group tersebut setelah menjalani peperiksaan setengah tahun yang lalu.  Keputusan menunjukkan beliau layak untuk kelas biasa seperti pelajar yang lain.  Berkelas tuisyen dengan saya pada Disember 2017.  Kini hampir 9 bulan telah berlalu.  Alhamdulillah.  Ada sedikit perubahan. Apa yang ingin saya paparkan di sini hari ialah berkenaan dengan topik sains darjah 3.  Topik ini sering menjadi masalah bagi anak-anak.  Bab tumbuh-tumbuhan.  Bahagian daun urat jejala dan selari.  Begitu juga dengan akar tunjang.  Sering saya ingat kepada pelajar jika daun urat jejala maka akarnya pasti lurus iaitu akar tunjang.  Apabila daun urat sel

KELEBIHAN PERSEDIAAN AWAL UNTUK PEPERIKSAAN

72/100 Kelebihan biasanya akan berpihak kepada mereka yang membuat langkah bijak dan terawal.  Dari itu mulakan persediaan awal untuk peperiksaan yang bakal menjelma. Kelebihan yang dimaksudkan adalah seperti berikut: DAPAT ULANGKAJI SECARA BERPERINGKAT Pada permulaan anak pertama masuk darjah 2 saya  berpendapat tak mengapa tak ulangkaji awalpun walaupun anak-anak masih di peringkat  tahap 1.  Saya beranggapan silibus adalah senang dan mudah untuk dikuasai tanpa melihat silibus terkini sekolah.  Apabila Kakak Widaad mendapat keputusan akhir peperiksaan akhir tahun darjah 2, saya terperanjat gila.  Subjek Matematik kakak telah jatuh merudum dari A kepada D.  Saya berasa malu yang amat sangat.  Di mana silapnya.  Dari situ saya mula melihat silibus terkini untuk subjek Matematik darjah 2.  Rupa-rupanya sudah ada topik darab dan bahagi diperingkat tersebut. Sejak itu bermula awal tahun darjah 3 berikutnya, saya mula membuat latih tubi secara berperingkat-peringkat untuk dara

PERSEDIAAN SEBAGAI GURU TUISYEN

Teks:  Niyda Foto: Google                               Mengajar adalah suatu bidang yang menjadi kegemaran saya sejak kecil. Mengajar memberi saya ruang  untuk berkarya bagaimana berdepan dengan pelbagai karenah pelajar yang sebenarnya memerlukan beberapa teknik yang berbeza-beza. Mengajar juga memberikan saya satu kepuasan. Sebelum mengajar seseorang guru itu perlu memperbetulkan niat terlebih dahulu.  Nawaitu kena betul ye!  Niatkan cikgu-cikgu mengajar ini adalah untuk membantu anak murid cikgu. Niat cikgu adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang merosot dalam pelajaran kembali cemerlang dalam pelajaran.  Dengan beberapa kaedah dan teknik mudah belajar dan seronok belajar, insyaallah.  Anak didik cikgu-cikgu semua akan berjaya dunia dan akhirat. Yang keduanya pula cikgu-cikgu perlu konsisten dalam mengajar.  K onsisten yang dimaksudkan di sini ialah konsisten dalam mengajar setiap kali jadual kelas.   Jangan main on of on of.   Lama-lama bukan murid sahaja yang te