Thursday, 10 August 2017

CARA GUNA KAMUS OXFORD


Teks:Niyda
Foto: Koleksi peribadi

Kabus pagi ini petanda baik saya.  Usai selesai menghantar Wafirah ke sekolah.  Saya menghirup udara segar sebentar di depan sekolahnya.  Ianya suatu terapi buat saya.  Menikmati alam semulajadi juga menjadi suatu yang menenangkan jiwa dan mengosongkan fikiran jika pening dengan kisah dunia.Teringat kisah sabtu yang lepas.  Berdepan dengan seorang pelajar.

Alkisahnya saya suruh dia buat latihan Bahasa Inggeris darjah 1.  Sampai satu bahagian tu saya lihat saya jumpa perkataan “teeth”.  Bila saya lihat dia tulis makna atas perkataan tu “lihat”.Eh kata saya dalam hati macam mana dia boleh jumpa makna lihat pula dekat perkataan teeth ni.  Perkataan sebelahnya pula dia letak makna “lihat” juga.  Ai ni pelik kata saya dalam hati.Bila saya buat semakan….Haaaa…Patutlah  dia tulis “lihat”. Ianya merujuk kepada lihat perkataan asalnya iaitu tooth.  Baru dapat jumpa makna perkataan itu adalah gigi. Maknanya pelajar perlu rujuk kembali perkataan asal dia.  Kalau 10 perkataan ,maknanya 10 perkataanlah macam ni.  Jumpa benda yang sama.  Jadi hati-hati ye kalian.  Anak-anak masih dalam proses pembelajaran.  Banyak benda baru yang perlu dia belajar.  Dari sekecil-kecilnya hinggalah ke besarnya.


Moralnya ibu ayah sekarang kena waspada ye.  Penggunaan kamus memang nampak remeh dan enteng.  Tapi kalau tersilap gaya, jadi salah pula maknanya.  Untuk ibu ayah yang kurang mahir dalam penggunaan kamus.  Bolehlah minta tunjuk ajar dari cikgu-cikgu yang terdekat.  Jangan malu jangan segan. Tanya.  Guru akan rasa dihargai apabila awak datang bertanya khabar lebih-lebih lagi tentang prestasi anak mereka.

No comments:

Post a Comment

  Hai semua dan assalamualaikum.... Lama tak menulis di sini..Hahaha..bersawang dah blog ni. Apa pun saya kembali lagi guyz! Sebelum ni bany...