Teks: Niyda
Foto: Google
Foto: Google
Kemalasan melanda hari ini. Bercampur baur dengan sakit kepala dan
selsema yang masih belum baik. Untuk
kesian kalinya. Saya gagahkan juga diri
ini demi satu tujuan. Membantu pelajar
yang lemah dalam pelajaran. Membantu apa
yang mereka tidak dapat di sekolah.
Haaa…bukan mudah ye.
Sibuk melayan karenah anak murid yang
lain. Tak sempat saya buka buku Bahasa
Inggeris kakak Widaad. Saya sudah
maklumkan kepadanya bahawa ummi dia ni tak berapa pandai untuk level darjah 4
ni. Sebab levelnya dah terlalu tinggi
macam zaman saya tingkatan 5 dulu.
Terlalu tinggi. Jadi
pandai-pandailah kakak buat ye. Aplikasi
kamus online ni memang bagus. Senang
sangat kakak Widaad nak cari makna. Dia
ada banyak versi. Versi perkataan sahaja
ada. Versi dalam bina ayat pun ada. Ianya percuma. Tinggal lagi malas dengan rajin je kakak nak
buat.
Alhamdulillah dalam duk sibuk-sibuk tu. Selesai jugaklah kelas di Raub hari ini. Sempat jugak saya tengok buku latihan kakak
Widaad. Katanya nak buat ayat ringkas
aje. Diambilnya telefon saya tadi dan
terus taip ayat Bahasa Melayu. Tajuknya
berkenaan dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Dapatlah kakak siapkan kerja sekolahnya.
Saya? Saya tersenyum je la. Ada bagusnya juga aplikasi kamus online ni
rupanya. Memudahkan anak-anak membuat
latihan dan mencari maklumat. Sebenarnya
ada banyak aplikasi kamus online. Kalian
boleh pilih. Ianya percuma. Satu yang jenis perkataan sahaja. Yang jenis satu lagi mencari makna ayat.
Senangkan!!! Boleh download kedua-duanya.
BM kepada BM, BM kepada BI dan BI kepada BI. Senang kerja anak-anak kalian.
Dibawah ini antara contoh aplikasi kamus online. Saya dah cuba! Menarik sangat!
Dibawah ini antara contoh aplikasi kamus online. Saya dah cuba! Menarik sangat!
No comments:
Post a Comment