Tuesday, 12 September 2017

PENGGUNAAN ABAKUS

Entry:54/100
TEKS:Niyda
Foto: Google


Hari ini peperiksaan UPSR untuk hari ketiga.  Didoakan untuk anak-anak ini dapat menjawab soalan-soalan dengan tenang.  Semoga kejayaan menjadi milik mereka yang berusaha gigih.  Ada usaha ada hasil.

Hari ini juga saya cerita  tentang penggunaan abakus di sekolah.  Kebanyakkan ibubapa hari ini tidak sedar tentang silibus ini.  Mereka hanya sedar apabila diminta oleh guru untuk membelinya.  Silibus matematik hari ini untuk darjah 1 sudah mula memerlukan anak-anak menggunakan abakus.  Ini termasuklah untuk soalan lazim dan juga soalan berbentuk wang.  Walaupun soalannya tidak banyak, namun cukup untuk membuatkan beza markah gred A dan B.

Berikut saya kongsikan bagaimanakah penggunaan abakus secara asasnya.  Ibubapa yang lahir di tahun 70 an hingga 80 an saya fikir tidak pernah belajar tentang abakus ini di sekolah.  Ketika itu tidak ada soalan yang menghendaki murid-murid menggunakan abakus.  Jadi apabila ibubapa yang berada pada zaman ini mempunyai anak-anak yang belajar tentang abakus, mereka mula pening memikirkan bagaimana nak bantu anak mereka tentang penggunaan abakus.

Baiklah, untuk makluman jika dilihat pada rupa bentuk abakus ini kelihatannya satu biji akan berada di atas.  Ini maknanya mewakili kepada 5 biji.  Apabila ditarik kebawah,bacaannya akan menjadi 5.  Jika sebaliknya bacaan menjadi 0.

Untuk 4 biji buah yang berada di bawah pula, bacaannya untuk satu biji tersebut mewakili 1.  Apabila 1 biji dinaikkan keatas, bacaannya 1.  Kalau dua biji bacaannya 2.  Begitulah seterusnya.  JIka 1 biji di para atas sekali diturunkan yang mewakili 5 diturunkan dan 4 biji di bawah dinaikkan keatas, maka bacaannya 9.  Mudah bukan.  Adakah kalian mula pening? Hehehe…Saya akan cuba masukkan video nanti supaya senang anda semua nak faham.  Sekarang saya beri penerangan dalam bentuk tulisan dahulu.

Bacaan abakus ni kita ambil yang paling kiri sekali ye.  Diikuti dengan nombor seterusnya.  Jika dalam bentuk wang akan ada point merah untuk membezakan sen, ringgit,puluh ringgit,ratus,ribu dan juta.  Untuk yang silibus matematik darjah enam sekarang ini, jika kita lihat nombor yang sering keluar adalah dalam bentuk juta.  Berbanding zaman sekolah saya dahulu.  Rasanya nombor hanya setakat ribu dan puluh ribu sahaja.  Jauhnya dan betapa  lajunya sistem pendidikan sekarang meninggalkan kita.  Mungkin untuk akan datang jadi billion dan trillion pula kan.

Saranan saya biasakan anak-anak kita dengan alat bantuan belajar sejak dari kecil lagi supaya mereka tidak ketinggalan nanti.  Dunia berputar dengan laju.   Jika ibubapa sambil lewa, bimbang anak-anak kita akan jauh ketinggalan.  Kita tidak pakar dalam semua perkara.  Kita tidak pakar dalam  semua subjek-subjek di sekolah.  Namun kita berupaya membantu anak-anak kita dari segi menyediakan peralatan belajar di rumah.  Beri sokongan.  Insyaallah 50 peratus beban cikgu di sekolah sekurang-kurangnya telah kita bantu.  Sehingga berjumpa lagi di lain masa.

Kejayaan anak-anak milik ibubapa yang berusaha!

Niyda
01125452156


CATATAN BERSAMA GURU VETERAN TABIKA


53/100
Teks:Niyda
Foto: Koleksi peribadi


Hari ini saya mengikuti program Mengeteh Merdeka anjuran KEMAS Benta di Sekolah Tabika Benta.  Penyertaan kali ini adalah bergabung bersama Sekolah Tabika Kg Sama.  Pagi-pagi lagi abi sudah hantar anak-anak ke sekolah.  Saya yang masih di rumah ambil peluang jemur kain dulu di ampaian rumah.  Usai selesai menyidai terus bergerak ke sekolah Tabika Benta.

Sampai sahaja di sekolah, saya lihat ramai yang dah tiba.  Tak ramai ibubapa yang turut hadir.  Mungkin kerana hari ini hari bekerja, ramailah yang tak dapat hadir bersama.  Namun hasil gabungan dua buah sekolah ini saya nampak ada sedikit meriahnya berbanding dibuat di satu sahaja sekolah.  Anak-anak akan dapat lebih persaingan di sini.

Selesai sessi nyanyian lagu Negaraku, lagu  31 Ogos anak-anak terus bergerak dengan sessi pertandingan mewarna pula. Sementara itu kami ibu bapa yang ada dijamu dengan nasi lemak, kek hari merdeka dan kuih muih yang lain.  Rezeki hari ini.  Alhamdulillah.  Selesai makan saya terus pulang .  Ada kerja yang perlu diselesaikan.  Namun saya datang semula lebih kurang jam 11.40 pagi untuk mengambil Wafirah pulang.

Di ketika inilah saya berpeluang berbual-bual secara santai dengan guru veteran sekolah ini.  Bakal bersara pada tahun depan.  Saya korek cerita pengalaman beliau sepanjang mengajar anak-anak Tabika ini.  Banyak yang dikongsikan kepada saya.  Antara yang diuatarakan dan harapan beliau ialah:

  1. Pelajar Tabika berumur 4 tahun beliau mengharapkan pelajar ini sudah boleh membaca ABC di awal tahun pembelajaran.
  2. Pelajar berumur 5 tahun pula  di aras boleh membaca suku kata pada awal tahun.
  3. Pelajar berumur 6 tahun sudah boleh membaca ketika berumur 6 tahun.

Maka pada hemat saya latih tubi di rumah amat diperlukan di ketika peringkat 2 tahun hingga 3 tahun bagi memastikan anak-anak ini dapat mencapai aras oleh sistem pendidikan sekarang.

Kebanyakkan ibubapa pada hari ini tidak tahu atau tidak sedar tentang keperluan sistem pendidikan kini.  Perubahan demi perubahan amat cepat dan sentiasa berjalan dan bertali arus.  Jika tidak ada bantuan di rumah, maka agak mustahil anak-anak ini mencapai target Jabatan pendidikan.

Begitu juga dengan kisah pelajar tuisyen saya sebelum ini yang pernah saya ceritakan sebelum ini.  Sudah masuk darjah 3 namun masih belum pandai membaca.  Ini agak ketinggalan jauh.  Bayangkan bagaimana beliau mahu menjawab soalan berbentuk kefahaman teks.  Agak mustahil bukan? Menjawab soalan perlukan kemahiran membaca dan menangkap maksud cerita yang dibaca.  Di sini ibubapa perlu main peranan.  Latih tubi dan latih tubi di rumah.  Bantu selagi dapat.  Bantu selagi boleh.

Selain dari itu guru ini sempat juga berkongsi kebanyakkan ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah adalah dalam keadaan “kosong”maksudnya tiada apa-apa.  Beliau mengharapkan ibubapa masa kini berubah 360 darjah dengan sekurang-kurangnya anak-anak yang dihantar ke sekolah sudah boleh membaca ABC agar proses pembelajaran anak-anak lebih “laju” disekolah.


Sekian sahaja entry untuk kali ini.  Berjumpa lagi dilain waktu.  Semoga anak-anak kita terus cemerlang dunia akhirat.  Amin.

Sunday, 10 September 2017

KENALI SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT)

52/100
Teks:Niyda
Foto: Koleksi peribadi

Entry kali ini sebenarnya sambungan dari entry sebelum ini.  Masih lagi dalam bab Pemahaman petikan tidak berformat Bahasa Melayu darjah 4.  Orang duduk sibuk-sibuk tentang KBAT.  Kat sini hari ini saya cerita tentang bab KBAT ini pula.  Jawapan bagi soalan sebegini tidak dapat ditemukan secara terus dalam petikan.  Ianya memerlukan penelitian yang kritis dari anak-anak kita. Jadi ajarkan anak-anak kita atau biasakan dengan soalan-soalan berbentuk KBAT ini.  Alah bias tegal biasa.  Insyaallah lama-lama KBAT ini petik jari sahaja.  Amin…

Berikut saya kongsikan contoh 1:

Pada cuti sekolah yang lalu, Izam telah berkunjung ke rumah sahabat penanya disebuah perkampungan nelayan.  Bapa rakan Izam itu nelayan.  Setiap hari, beliau akan turun ke laut untuk menagkap ikan bagi menyara keluarganya.
Berdasarkan petikan, bapa rakan Izam merupakan bapa yang…..

A bertolak ansur
B Berbudi bahasa
C Bertanggungjawab
D Berpendirian yang teguh

Jawapan adalah C

Contoh 2
Malam itu, Izam tidak dapat tidur dengan lena.  Badannya berpeluh kerana keadaan agak panas.  Izam bangun lantas membuka jendela.  Bayu laut yang berhembus sepoi-sepoi bahasa terasa amat dingin dan menyegarkan.

Contoh soalan:
Rumah rakan Izam mungkin terletak di….

A atas bukit
B Tebing sungai
C Pinggir hutan
D Kawasan pantai

Jawapan: D

Contoh 3:
Tiba-tiba, Izam terpandang sesuatu yang mencurigakan.  Dua orang lelaki sedang terhendap-hendap di luar rumah.  Jantung Izam berdegup kencang.  Cepat-cepat dia mengejutkan rakannya yang sedang nyenyak tidur.

Soalan:
Izam mengesyaki niat buruk dua orang lelaki itu berdasarkan…
A Pakaian mereka
B Paras rupa mereka
C Tingkah laku mereka
D Gaya percakapan mereka.

Jawapan: C
Berdasarkan kepada soalan-soalan sebegini dapatlah disimpulkan bahawa soalan KBAT memerlukan anak-anak kita menguasai sepenuhnya simpulan bahasa, peribahasa, kata sifat dan kata nama.  Ingat ye, jika mereka menguasai yang asas ini, maka tiadaa masalah untuk mereka menguasai KBAT.  Permasalahannya di sekolah sahaja tidak cukup ibu-ibu.  Mereka memerlukan latih tubi di rumah juga.

Maka dengan itu saya berpendapat aplikasi ilearnace mampu menangani permasalahan ini.  Dengan aplikasi ilearnace yang berwarna warni dari segi bentuk, tulisan dan gambar ia mampu menarik minat anak-anak kita untuk belajar dengan seronok tanpa tekanan dan bebanan.  Ingat ye otak sukakan warna.

Jika dilihat buku-buku latihan yang ada di pasaran sekarang ini adalah bentuk hitam putih.  Mustahil pihak syarikat nak buat soalan dalam bentuk warna warni kerana ianya menelan kos yang tinggi.  Jadi Ilearnace adalah solusinya.  

Teknologi moden kini sudah ada.  Ianya semudah memetik jari.  Ibu-ibu tidak perlu lagi memantau latihan anak-anak secara 100 peratus.  Cukup dengan memastikan anak pegang tab dan buat soalan ilearnace.  Sistem akan semak secara automatik.  Sangat cepat, mudah dan berkesan kerana ia sangat interaktif walalupun tanpa wifi dan internet.

Baiklah, cukup setakat ini sahaja dahulu perkongsian saya untuk kali ini.  Lain kali kita berjumpa lagi ye.  Bye.





TIPS MENJAWAB SOALAN PETIKAN PEMAHAMAN BAHASA MELAYU UPSR

51/100

Teks: Niyda
Foto: Koleksi peribadi


Hari ini 11 hb September 2017.  Peperiksaan UPSR untuk pelajar-pelajar darjah enam sedang berlangsung.  Saya tidak mempunyai anak darjah enam tahun ini.  Kakak Widaad baru darjah 4 tahun ini.  Namun melihat rakan-rakan facebook yang mempunyai anak darjah enam, berdebar-debar pula rasa jantung ini.  Minggu lepas di sekolah guru-guru giat membuat latih tubi. Mini asrama untuk UPSR  sampai jam 10 malam saya difahamkan program ini berjalan.  Semoga anak-anak UPSR ini dapat menjawab soalan dengan tenang dengan  peperiksaan tahun ini.  Insyaallah, jika usaha sebaiknya pasti ada hasilnya.

Di entry kali ini saya akan kongsikan tips-tips yang telah disedia oleh aplikasi  Ilearnace.  Sebenarnya hanya yang berdaftar sahaja yang dapat info ini.  Namun sengaja saya kongsikan di sini untuk manfaat bersama.  Untuk yang berminat untuk mendapatkan soalan, jawapan dan nota lengkap beserta tips UPSR boleh hubungi saya selepas ini.  Aplikasi ini boleh dilanggan dengan bayaran RM 350.00 setahun.  Kalau dikira RM 30.00 untuk sebulan.  Berbaloi-baloi.
Baiklah ini dia tips yang saya maksudkan itu:

TIPS 1
Baca arahan dan petikan yang diberikan dengan teliti.  Baca keseluruhan petikan, ayat demi ayat dan perenggan demi perenggan.

TIPS 2
Baca soalan serta semua jawapan pilihan yang dikemukakan.  Garis bahagian petikan yang ada kaitannya dengan jawapan.

TIPS 3
Pilih jawapan yang benar-benar menepati kehendak soalan.  Berhati-hati dengan soalan “kecuali”,”bukan” dan “tidak benar kerana kamu akan terkeliru dengan soalan itu        

TIPS 4
Jangan habiskan masa terlalu lama untuk satu-satu soalan kerana hal tersebut akan menjejaskan masa kamu untuk menjawab soalan-soalan yang lain.  Potong pilihan yang paling tidak menepati kehendak soalan.

TIPS 5
Bagi soalan mencari erti kata atau maksud rangkai kata, pilih jawapan yang paling sesuai dengan konteks ayat dalam petikan.  Bagi soalan yang jawapnnya tersirat, kamu perlu berfikir untuk mendapatkan jawapan paling tepat.

Begitulah ibu-ibu sedikit tips yang dapat saya kongsikan di sini.  Semoga sedikit sebanyak ianya bermafaat untuk kita bersama.  Kongsikan kepada rakan-rakan yang lain seandainya ia memberi faedah kepada orang lain. 

Tips-tips ini ibu-ibu boleh dapati di laman sesawang www.ilearnace.com atau aplikasi ilearnace.  Namun hanya yang mendaftar secara sah sahaja yang dapat mengakses aplikasi ini secara penuh.  Untuk soalan dan nota pendek bagi tempoh percubaan selama seminggu secara percuma anda bolehlah terus ke laman tersebut.  Masukkan nama dan kata kunci di situ.  Ia mungkin sedikit sahaja yang diberikan disitu.  Namun sekiranya ibu-ibu berminat untuk akses soalan dan nota penuh bolehlah mendaftar sebagai pengguna berbayar.  Aksess boleh digunakan semasa ada internet atau tiada internet.  Menarik bukan?  Hahaha saya sudah cuba.
Alhamdulillah saya lihat ada peningkatan untuk anak saya.  Dari markah 40 untuk soalan Bahasa Inggeris Pemahaman, sekarang sudah meningkat kepada 70.  Saya tak sabar nak tunggu peperiksaan akhir tahun nanti.  Iyelah nak tengok keputusan anak dengan asbab guna aplikasi ini. 
Banyak lagi yang akan saya kongsikan nanti berkenaan aplikasi ilearnace ini.  Psssst nota-nota yang saya beri di blog ini dan di facebook saya www.facebook.com/niydabenta  jangan lupa ye simpan.  Belum ada orang lain kongsikan tau sebagaimana saya buat kerana untuk download aplikasi ini harus berbayar tapi saya beri percuma sahaja di sini.  Jadi satu bonuslah untuk kalian semua yang baca blog saya ni…Oklah sekian sahaja entry untuk kali ini.  Jumpa lagi nanti. Bye!

Niyda
01125452156







Tuesday, 5 September 2017

ULASAN PENULISAN DARI MAJALAH WANITA

Entry : 50/100
Teks:Niyda
Foto:Google


Minggu lepas saya bawa anak-anak buah ke perpustakaan Raub.  Kelas santai-santai di sana.  Minggu cuti sempena cuti sekolah dan raya haji.  Agak menyeronokkan juga.  Dapatlah mereka mendaftar sebagai ahli perpustakaan.  Melihatkan mereka seronok di sana hati saya jadi puas. Sengaja saya dedahkan kepada anak-anak ini agar seronok belajar dengan buku-buku yang menarik.  Tidaklah terlalu terikat sangat dengan buku-buku sekolah.

Usai siap memberi penerangan tentang buku yang dibaca kepada anak-anak murid, saya ketingkat atas perpustakaan.  Macam biasa, saya mencari sesuatu yang agak berbeza sedikit.  Mana tahu ada rezeki ilmu baru.  Ilmu pun rezeki juga. 

Alhamdulillah, terpandang majalah wanita.  Saya bawa turun ke tingkat bawah semula.  Sambil belek-belek buku itu sambil itu juga saya memerhati anak buah yang sedang rancak bermain dengan permainan yang ada disitu.  Lega rasa.  Setelah melihat helai demi helaian, tiba-tiba saya terjumpa bahagian ulasan tentang penulisan.  Berikut saya kongsikan di sini pula ulasan ringkasan penulisan tersebut:

     1. Penulisan bercorak keibubapaan menjadi trend sekarang ini.  Orang ramai lebih berminat  kepada penulisan yang menyentuh tentang bagaimana mengajar anak-anak di rumah  khususnya bab belajar,mendidik anak-anak di rumah serta penjagaan kesihatan anak-     anak.

    2.Penulisan juga berfokus kelompok sasaran yang diinginkan.  Contohnya blog saya sendiri menyentuh tentang bab panduan tuisyen di rumah, maka seharusnya cuba jangan lari dari fokus trek ini supaya kita dapat mengumpul kelompok sasaran kita. 
3.    Penulis juga tak perlu takut cerita tentang perihal kehidupan orang kampung.  Kunci sasaran sekarang ini ialah untuk memperkasakan golongan sasaran.  Maka edaran akan lebih tinggi. 

4.    Lakukan tinjauan kepada pembaca yang setia, dapatkan data dan maklum balas daripada mereka.

5.    Penulis perlu ada identiti.  Tidak menulis dengan mencampur adukkan pelbagai bahan yang hendak dikeluarkan.

6.    Promosi sebagai penulis perlu kreatif .  Maklumlah zaman sekarang ini saingan sangat tinggi.  Penulisan di blog mencecah ratusan malah jutaan.  Maka sebagai penulis perlu bijak mencari ruang untuk mempromosikan hasil kreativiti mereka.

7.    Sebagai cadangan penambahbaikkan penulis boleh bercerita tentang sejarah sekolah atau asrama.  Peristiwa-peristiwa yang yang menarik hati contohnya. sejarah tempat yang pernah mereka tinggal.
8.     Ia amat dekat dengan hati pembaca dan sangat elok dikongsikan secara kreatif.

9.    Pengisian perlu dekat dengan hati dan jiwa pembaca contonhnya
10. Penulisan perlu cantik dari segi layout.

11. Artikel jangan terlalu berat dan padat. Pembaca hanya mahu membaca artikel yang berbentuk santai-santai sahaja.

12. Cari konsep dan pengisian yang pembaca mahu baca.

13. Cari sesuatu yang segar dan gabungkan dengan pengisian yang lama.  Ini boleh memperkukuhkan pengisian yang terkini.

Begitulah serba sedikit ulasan ringkas yang dapat saya sisipkan untuk entry kali ini.  Semoga sahabat-sahabat yang berada dalam bidang penulisan akan mendapat sedikit intipati dan manfaat dari entry kali ini.  Saya doakan semoga kalian sentiasa berusaha gigih menulis.  Menulis dari hati anda maka yang sampai juga akan terus ke hati mereka.  Insyaallah.  Sekian.






DAUN URAT JEJALA

Entry 49/100
Teks:Niyda
Foto:Google
Kisah yang akan saya paparkan pada entry kali ini berkisarkan salah seorang pelajar saya.  Nur AnA namanya(Bukan nama sebenar).  Seorang pelajar yang sangat  lemah dalam pelajaran.  Pelajar darjah 3.

Dikategorikan sebagai pelajar linus pada bulan 1 2017 tahun ini.  Tidak boleh membaca.  Namun telah dikeluarkan dari group tersebut setelah menjalani peperiksaan setengah tahun yang lalu.  Keputusan menunjukkan beliau layak untuk kelas biasa seperti pelajar yang lain.  Berkelas tuisyen dengan saya pada Disember 2017.  Kini hampir 9 bulan telah berlalu.  Alhamdulillah.  Ada sedikit perubahan.

Apa yang ingin saya paparkan di sini hari ialah berkenaan dengan topik sains darjah 3.  Topik ini sering menjadi masalah bagi anak-anak.  Bab tumbuh-tumbuhan.  Bahagian daun urat jejala dan selari.  Begitu juga dengan akar tunjang.  Sering saya ingat kepada pelajar jika daun urat jejala maka akarnya pasti lurus iaitu akar tunjang.  Apabila daun urat selari makan pasti akarnya akar serabut.  Ada kontra disitu.( Maafkan saya jika pemerhatian saya ini salah)  Soalan-soalan sebegini soalan bonus sebenarnya.  Jika anak-anak dibiasakan dengan kehidupan tumbuh-tumbuhan.  Maka senanglah mereka menjawabnya.  Jika sebaliknya maka akan ada masalah di situ nanti.  Inilah yang akan menentukan anak-anak kita mendapat A atau B dalam subjek sains.

Siti Nur Ana ini juga tidak dapat memahami kehendak soalan sains.  Begitulah yang sering berlaku kepada murid-murid yang belum lancar membaca.  Soalan-soalan mudah berbentuk objektif paling saya suka.  Namun bagi mereka menjadi satu kekeliruan pula disitu.  Sebab itu perlu banyak latih tubi untuk anak-anak lebih-lebih lagi soalan yang berbentuk objektif ini.

Begitu juga untuk subjek Matematik.  Siti Nur Ana tidak faham kehendak soalan lebih-lebih lagi soalan yang berbentuk objektif juga.  Aduh..lemah juga kan sebagai guru.

Sikap kurang percaya kepada diri sendiri juga menjadi faktor mengapa pelajar ini lemah dalam pelajaran.  Sering bertanya guru contonhnya adalah bagus, namun jika setiap soalan demi soalan pertanyaan ini bagaimana sebagai pendidik anda boleh baca perihal pelajar ini yang tidak mampu untuk berdikari memahami soalan.  Jika dalam peperiksaan nanti bagaimana.  Agak mustahil guru penjaga kelas peperiksaan berada disebelahnya sentiasa.  Pasti guru tersebut mengambil masa juga untuk melihat pelajar yang lain juga. 

Saranan saya untuk ibu-ibu latih anak-anak kita berdikari semasa menjawab soalan.  Salah tak mengapa.  Ia boleh diperbetulkan.  Berdikari untuk memahami soalan.  Risau dalam peperiksaaan nanti.  Risau anak-kita tidak boleh terbang sendiri.  Semoga diberi kekuatan untuk anak-anak kita.  Perjalanan masih panjang dan jauh lagi.  Banyak masa dan banyak lagi yang harus didepani.  Perlu kerja kuat.  Perlu kuat semangat.  Jangan layu.  Jangan kuyu.  Takut esok merana diri.

Bertemu lagi dilain entry.  Assalamualaikum.



KESALAHAN DALAM PENULISAN DARJAH 1


Entry 48/100
Teks:Niyda
Foto: Google


Hari ini kelas tuisyen di Benta berjalan seperti biasa.  Namun kehadiran agak berkurang sedikit.  Maklumlah cuti sekolah sudah bermula. Ibu-ibu sudah ada perancangan masing-masing.  Itu normal.  Sebagai pendidik saya akur dengan ketidakhadiran tersebut.

Hari ni secara ringkasnya, catatan ini akan memperlihatkan tentang beberapa kesalahan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar darjah 1.  Pengalaman ini dikutip hasil pemerhatian bersama pelajar saya hari ini.  Khaty ( bukan nama sebenar).

Rumusan yang saya dapat buat ialah kesalahan yang pertama sering dilakukan oleh mereka ialah kesalahan dari segi ejaan.  Kebanyakkan pelajar tahap ini mengeja mengikut loghat bahasa mereka di rumah.  Jadi saranan saya untuk  ibu-ibu dan guru-guru tuisyen yang lain dapat menitikberatkan hal ini kerana jika berlarutan masalah besar pula bila mereka naik ke tahap 2 nanti.

Kesalahan yang ke dua pula ialah tidak memadam dengan bersih apabila menulis.  Tulisan akan jadi bertindan dan menyebabkan guru atau penanda kertas sukar untuk membaca tulisan tersebut.  Jika masuk dalam bab karangan ini sudah pasti akan menyebabkan markah dipotong.  Jadi berhati-hati ye.

Kesalahan ke tiga pula ialah tulisan terlalu rapat.  Apabila terlalu rapat agak sukar seorang guru untuk membaca dan memahamkan suku kata yang tertulis. 
Ini ditambah lagi dengan tulisan yang agak besar dan kabur disebabkan mata pensil yang kurang tajam.  Bab ini sudah saya jelaskan sebelum ini berkali-kali.  Jadi sila ambil perhatian ye ibu-ibu.  Sama-sama kita kongsi kisahnya di sini.

Saranan saya kecilkan tulisan, jarakkan tulisan anak anda.  Perbetulkan ejaan dan perkemaskan tulisan.  Insyaallah untuk subjek Bahasa Melayu anak anda tidak akan mendapat masalah besar jika mereka menguasai perkara yang asas ini.  Semoga entry kali ini walaupun ringkas tapi sangat bermakna bagi saya dapat memberi pendedahan awal kepada ibu-ibu muda di luar sana.  Sehingga berjumpa lagi di lain entry.  Sekian dulu buat kali.Bye





Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...