Teks:Niyda
Foto: Google
Petang semalam keadaan kesihatan kurang mengizinkan. Namun kelas dijalankan seperti biasa. Oleh kerana telah tertangguh beberapa hari yang lepas, ku teruskan juga. Saya gagahkan juga demi anak murid yang tersayang.
Foto: Google
Petang semalam keadaan kesihatan kurang mengizinkan. Namun kelas dijalankan seperti biasa. Oleh kerana telah tertangguh beberapa hari yang lepas, ku teruskan juga. Saya gagahkan juga demi anak murid yang tersayang.
Alfatihah untuk
arwah mak mentua yang telah pulang ke rahmatullah sabtu yang lepas.Hari ini
genap seminggu arwah mak meninggalkan kami.
Terasa kehilangannya, lebih-lebih lagi suamiku. Tiada lagi orang yang akan bising-bising di
petang akhir Ramadhan setiap tahun.
Bertanya itu dan ini sudah siapkah belum masakkannya.
Hari ini cabaran
guru tuisyen bukan setakat menambah apa yang kurang pada anak-anak didik belajar di
sekolah. Cabarannya adalah termasuk
bagaimana nak psikologi para pelajar supaya bertanggungjawab dalam pelajaran
mereka. Ya, tidak dinafikan,lemah dalam
pelajaran tidak bermakna lemah dalam akhlak.
Kebiasaannya yang sering saya jumpa, mereka ini lemah dalam belajar
tetapi sangat bagus dari kemahiran hidup,suka membantu orang lain terutamnya
ibu bapa dan guru. Makna kata ringan
tulang.
Terasa kecewa
juga hari ini bila mana apabila pelajar sendiri datang kelas dalam keadaan tak
bersedia. Tidak membawa
pensil,pemadam,pengorek. Bayangkan
ya…mahu cikgu ni tak jadi singa dalam kelas kalau yang asas ini pun malas…Sangat
kecewa dan sedih. Sudah banyak kali saya
tegur. Kelas dah hampir 3 bulan tetapi
sikap masih ditakuk lama. Tidak ada
perubahan. Bagaimana cikgu nak timbulkan
rasa tanggungjawab dan displin dalam diri kamu.
Cikgu pun pening.
Ini baru bab
kelas membaca. Belum masuk bab lain
lagi. Memang cikgu akan peninglah bila
murid tak bawa pensil dan pemadam dalam kelas.
Nak belajar macam mana kannn…Mengharap sentiasa dengan rakan-rakan
sekelas yang lain. Tapi sampai
bila? Sampai suatu ketika kamu perlu
urus diri sendiri dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri.
Mungkin kelas
akan datang cikgu perlu bawa rotan dalam kelas.
Macam buat untuk anak sendiri.
Ketuk ketampi 300 kali. Itu kakak
Widaad lah..sebab tak hafal sifir.
Menangis memang menangis. Namun
akhirnya alhamdulillah…Berjaya juga hafal sifir.
Maka bertabahlah
yea ibu-ibu diluar sana. Tak dapat buat
cara lurus kita buat cara belok-belok sikit.
Katakan pada mereka. Hidup ini
ada pilihan. Pilih untuk hidup gembira
atau bersedih di kemudian hari. Kiranya
pilihan kamu untuk gembira dikemudian hari, maka bersusah-susahlah dahulu dan
bersenang-senang kemudian. Hafal-hafal
lah sifir dari sekarang…
No comments:
Post a Comment