Friday, 25 August 2017

BILAH KAYU KECIL BEWARNA

Entry 46/100
Teks:Niyda
Foto:Google

Mungkin kalian sedikit  pelik dengan tajuk entry kali ini.Sabar dulu ya. Ha..mari kita imbas semula zaman kanank-kanak dulu.  

Masih ingat lagi tak kalian dengan batang mancis dan batang aiskrim zaman kecil dulu.  Selalu kita buat main umpil-umpilkan.  Batangnya halus dan dihujungnya ada bulat-bulat kecil.  Apabila digosokkan di tepi kotak mancis, maka akan terbakarlah batang mancis itu.  Dulu-dulu arwah Tok Ayah selalu guna batang mancis ini bila nak hisap rokok daun.( Jangan tiru tau).  Orang-orang tua biasalahkan.  Alfatihah sekejap untuk arwah Tok Ayah.

Apa kaitannya dengan entry kali ini? Ha..Jangan tak tahu ye di kedai buku pun ada jual batang mancis dan batang aiskrim ini.  Ye ke? Iye tak sungguh saya tak kata.  Tapi ada tapinya.  Kalau pergi ke kedai buku dia akan tulis pine wood stick.  Batang mancis ini ada didatangkan dalam warna warni.  Sementara bahan bakarnya yang bulat-bulat itu tak adalah ye.  Hanya batang kayu sahaja.  Saiznya sama macam saiz batang mancis tu.  Bezanya cuma dia bewarna sahaja.

Begitu juga dengan batang aiskrim.  Di pasaran sekarang ni sudah ada dijual batang aiskrim yang bewarna warni.  Batang aiskrim yang tidak bewarna pun ada juga dijual.




Apa faedahnya pine wood stick ini?  Tahun lepas saya pernah guna pine wood stick ini.  Ada seorang pelajar saya di Chenua.  Helmi namanya.  Dia sangat lemah dalam matematik.  Kategori pelajar slow learner saya boleh katakan.  Bila saya ajar topik tambah dan tolak.  Dia sukar nak faham.  Guna jari pun susah.  Akhirnya saya dapat satu idea.  Saya gunakan pine wood stick ini dalam sessi latihan menjawab soalan.  Alhamdulillah, keputusan peperiksaan akhir tahun lepas sangat mengejutkan saya.  Helmi skor A dalam subjek matematik.  Ibunya pun sangat teruja dengan pencapaian prestasi dia.  

Tahun ini saya tak dapat teruskan kelas bersamanya lagi  berikutan komitmen kelas di rumah saya sendiri hampir penuh.  Saya sentiasa mendoakan Helmi semoga terus terang hati dalam pelajarannya.  Insyaallah.  Asal ada kemahuan dan rajin usaha dengan membuat latih tubi.  Kejayaan pasti datang.

HIGHLIGHTER UNTUK KAKAK


Entry 45/100
Teks: Niyda
Foto:  Google

Dua hari yang lepas kakak Widaad datang kepada saya.  Kakak  minta dibelikan pen highlighter untuknya.  Dalam hati saya berkata, buat apalah kakak dengan pen sebegini.  Jauh lagi masanya nak guna pen ini. 

Lalu semalam, ssaya ke bandar Raub sekali lagi.  Rutin mingguan.  Mencari buku untuk anak didik.  Saya cari pen yang diminta oleh kakak.  Ya Allah, mahalnya ampun.  Harga dah naik ye sekarang ni.  Sudah lama tak mengikuti harganya.  Untuk pen highlighter jenama Stabilo RM 3.70.  Dua kali ganda dengan harga pada zaman saya belajar dulu.  Saya ambil satu.  Pada hemat saya, pasti ada yang nak dibuat oleh kakak dalam kelas nanti.


Pen highlighter ni boleh dicari dengan mudah di kedai-kedai buku.  Bermacam-macam warna.  Ada warna pink, hijau,kuning,biru dan sebagainya.  Warnanya yang menyerlah berfungsi untuk menggaris dan menyerlahkan isi-isi penting dalam satu-satu nota.  Kalau dulu, saya suka bila jumpa elemen penting dalam buku saya garis supaya apabila saya baca semula nanti nota tersebut, saya ingat bahawa saya pernah baca dibahagian tersebut.

 Biasanya selepas membaca buku-buku yang tebal, saya akan ambil kertas A4 kosong dan saya  akan buat nota menggunakan teknik peta minda.  Di situlah peranan pen highlighter ini iaitu untuk memberi kesegaran kepada nota tersebut.  Ingat ya otak sukakan warna.  Oleh itu jadikan peta minda anda bervariasi dengan gambar,nota dan warna yang menarik.  Fungsi nota ini juga boleh meningkatkan tahap ingatan anak-anak.  Apa yang lebih bagusnya?  Apabila peperiksaan datang dalam sehari atau dua, anak-anak tak perlu tengok buku yang tebal-tebal lagi.  Hanya buka dan belek nota kecil yang dibuat sendiri ini.  Ianya lebih berkesan.  Inilah yang saya selalu praktiskan semasa zaman belajar dahulu.  Insyaallah saya akan perturunkan semula kepada anak-anak saya.  Sudah sampai masanya bukan? Saya fikir lambat lagi saya nak curahkan ilmu yang sedikit ini.  Tapi saya sudah nampak sekarang.  Ada keperluan disitu.

Apabila disemak buku-buku untuk anak-anak darjah 4 sekarang ini.  Saya fikir memang betul pun.  Perlu ada kemahiran mengingat dengan menggunakan pen highlighter ini.  Contohnya bab mengingat nama-nama planet.  Bukankah itu suatu yang merumitkan.  Ada banyak planet.  Perlu dihafal pula mengikut urutan yang betul.  Penggunaan Kod nemonik dalam mengingat nama-nama planet ini sudah pasti ada keperluan.  Catatan akan datang saya akan terangkan secara jelas bagaimana nak menghafal nama-nama planet dengan menggunakan kod nemonik ni.  Kalau anda perasan, saya ada menjelaskannya di dalam catatan sebelum ini.  Hehehe.

Baiklah cukup setakat ini sahaja dahulu buat kali ini. 

Opss sebelum terlupa, bermula hari ini sewaktu catatan ini ditulis, saya ada membuat peraduan Merdekaku!  Senang sahaja.  Ibu-ibu sahaja yang layak untuk memasuki peraduan ini.  Like dan share posting saya  berkenaan promo peraduan ini di fb Niyda Benta.  Kemudian nyatakan diruangan komen apa yang bagusnya blog saya ini dan apa yang boleh saya perbaiki untuk masa akan datang.  Hanya mereka yang membuat komen sahaja yang layak untuk tersenarai dalam senarai cabutan bertuah.  Tarikh tutup peraduan ialah pada 31 hb Ogos jam 11.00 malam.  Pemenang yang bertuah akan saya umumkan di wall fb saya pada 5hb Sepetember 2017.  Sekian sahaja untuk kali ini.  Selamat mencuba!


Tuesday, 22 August 2017

ULASAN KELAS ASAS PENULISAN BLOG BERSAMA KAK MASAYU AHMAD

Entry: 44/44


Teks: Niyda
Foto: Google

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya dapat jua saya menyiapkan 44 entry untuk sessi latihan kelas asas menulis blog bersama kakakku yang budiman Kak Masayu Ahamd.  Entry ringkas yang terhasil ini adalah hadiah saya buat pembaca bagi percubaan pertama saya menulis dalam blog.  Semoga ianya memberi manfaat kepada kalian semua. 

Banyak perkara yang saya belajar sepanjang kelas ini berlangsung.  Walaupun kelas berlangsung hanya menggunakan group wassup dan FB group namun ianya sangat membantu saya dalam menghasilkan blog yang ringkas ini.  Memandu saya mana yang betul dan mana yang salah.  Rupanya banyak lagi perkara baru yang harus saya belajar.  Semoga diberi peluang lagi untuk entry akan datang.  Baiklah di sini saya titipkan beberapa perkara yang saya belajar hasil dari kelas asas penulisan blog ini.  Semoga ianya menjadi inspirasi dan panduan untuk kalian diluar juga.

MENULIS DARI HATI

Apa yang saya pelajari sepanjang kelas ini ialah belajar menulis dari hati.  Usah terikut-ikut dengan cara orang lain.  Bina konten sendiri walaupun idea diperolehi dari orang lain. Cuba sampaikan dengan cara dan  rasa kita sendiri.  Setiap orang mempunyai kehidupan yang tersendiri.  Luahkannya dalam bentuk penceritaan mengikut gaya cerita kita.  Insyaallah rasa itu akan sampai dan dekat dihati pembaca.

MENULIS DENGAN BERCERITA

Dalam pada itu juga saya banyak belajar dari Kak Masayu bagaimana menulis perlu dengan memulakan dengan cerita.  Cerita-cerita yang kita garap, masukkan dalam permulaan konten.  Gabungkan dengan idea yang kita tampilkan.  Berikan kesegaran dengan nafas baru, insyaallah ianya akan mudah sampai kepada hati pembaca kerana pembaca biasanya akan suka kepada bentuk-bentuk cerita.

MENULIS MENGGUNAKAN TAHAP  KUALITI BAHASA MALAYSIA

Selain dari itu juga saya belajar bagaimana di dalam blog penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya sangat penting.  Ini demi meletakkan penulisan di blog kita nampak cantik dan tersusun dari segi laras bahasa yang digunakan.  Ia juga mencerminkan keprihatinan penulis dalam menggarap isi dan bahan yang ingin disampaikan secara berhemah dan berhati-hati.

MENULIS PERLU ADA PERANCANGAN BAHAN YANG TERSUSUN

Menulis juga perlu ada perancangan.  Dari pokok utama konten supaya tajuk-tajuk yang ingin disampaikan kepada pembaca tidak lari dari tajuk utama blog.  Ianya memandu saya supaya lebih menerokai tajuk-tajuk yang kecil pula di mana ianya lebih dekat dengan hati pembaca.


MENULIS PERLU FOKUS KEPADA TOPIK YANG YANG INGIN DIKEMBANGKAN

Menulis juga perlukan fokus.  Fokus dalam mencari topik-topik yang berkaitan dengan tajuk asal blog.  Ia juga membantu kita mencari topik-topik yang dekat dihati pembaca.  Melalui statistik blog, saya dapat mengenalpasti topik yang menjadi kegemaran pembaca.  Di situ akan menjadi tanda aras untuk saya mengembangkan lagi tajuk yang sering menjadi perhatian pembaca.

MENULIS PERLU ADA GURU

Pada pendapat saya menulis ini perlu ada guru.  Berguru dengan orang yang lebih pakar agar penulisan kita menjadi lebih baik, lebih tersusun dan lebih dekat dihati pembaca.  Guru umpama jauhari.  Gurulah yang mengenali anak muridnya.  Gurulah yang akan memandu anak muridnya bagaimana untuk terus maju ke hadapan.

MENULIS TIDAK PERLU TERPENGARUH DENGAN CARA ORANG LAIN

Bagi saya bab ini yang paling penting.  Menulis tidak perlu terpengaruh dengan cara penulisan orang lain.  Serlahkanlah penulisan kita dengan gaya dan bahasa kita sendiri.  Serlahkanlah dengan cerita kita sendiri.  Tidak perlu terikut-ikut dengan orang lain.  Di situ akan membezakan kita dengan orang lain.  Jadikan diri anda seorang yang unik.

MENULIS PERLU DENGAN HATI YANG LAPANG DAN TENANG

Akhir sekali, sebagai penulis.  Ambil masa untuk bertenang.  Lapangkan fikiran.  Jika letih atau penat, berehatlah seketika.  Hela nafas panjang-panjang.  Idea akan datang mencurah-curah.  Insyaallah.  Mohonlah kepada Allah S.W.T agar diberikan ketenangan hati.  Semoga dengan asbab tenangnya hati itu, dapatlah kita berkongsi pengalaman dan pembelajaran  kita dengan pembaca.

Semoga Allah S.W.T memberkati Kak Masayu dan kalian semua.  Didoakan berjumpa lagi di cacatan akan datang.  Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 60 dan selamat menyambut Aildiladha.

Sekian, Salam sayang dari saya.
Terima Kasih.




SERONOK BELAJAR DENGAN BUKU NOTA KECIL



Entry:43

Teks: Niyda
Foto: Google

Seronok belajar dengan buku nota catatan kecil.  Menjadi kegemaran saya buku catatan kecil ini sejak dari zaman sekolah rendah lagi.  Kini saya perturunkan semula kegilaan dengan buku kecil ini kepada anak-anak saya pula.

Zaman dahulu kami panggil buku lima-lima.  Buku ini saya guna apabila ada sesuatu pesanan dari guru contohnya ketika di perhimpunan sekolah atau  di dalam kelas.  Kadang-kadang tak muat, saya beli buku saiz tebal.  Saya balut buku itu dengan kertas warna atau lembaran kertas bergambar supaya ianya menarik dan menjadi sesuatu yang perlu saya tatap setiap hari.

Zaman sekolah menengah buku inilah yang menjadi pendamping paling rapat dengan saya.  Kemana pergi pun pasti saya akan bawa.  Hatta hinggalah apabila mahu pulang ke kampung.  Saya bawa juga.  Senang.  Apa-apa catatan contohnya tentang waktu ketibaan bas pun saya catat.

Kini zaman sudah berubah.  Semuanya hampir total menggunakan nota yang ada di dalam telepon android atau smartphone.  Segala isi penting atau panduan penting mudah sahaja saya salin dan masuk ke dalam telefon canggih.  Cuma akan berlaku masalah apabila telefon rosak.  Mulalah sakit kepala, keruan dan sebagainya.  (Sayalah tu).

Saya fikir buku nota kecil ini masih relevan untuk zaman ini hatta untuk penggunaan orang dewasa.  Buku nota zaman ini penuh warna warni, punyai gambar-gambar yang menarik.  Maka sudah semestinya anak-anak suka.  Rangsang mereka dengan buku-buku sebegini.  Insyaallah minat belajar akan tumbuh dalam sanubari mereka.

Untuk mendapatkan buku-buku yang comel ini tidaklah susah sebenarnya.  Kalau di Kuala Lipis, pergi sahaja ke MR. D.I.Y.  Banyak pilihan di sana.  Hargapun mampu milik.  Bertambah geram kalau tengok buku kecil yang comel-comel seperti gambar kartun kek dan sebagainya.  Anak-anak saya akan teruja bila sebut sahaja mahu ke Mr. D.I.Y.  Maka tahulah saya itulah lubuk untuk saya tarik minat mereka belajar.

Selain dari itu, jika di Raub pula, kalian boleh cari di kedai Pustaka Pertama bersebelahan dengan Bank Simpanan Nasional.  Di situ juga ada pelbagai pilihan buku-buku nota kecil yang comel-comel.  Bolehlah beri kepada anak-anak sebagai hadiah.  Mesti mereka suka.  Cubalah!


Thursday, 17 August 2017

SERONOK BELAJAR DENGAN LUNA DAN BUNCHO


Teks:Niyda
Foto: Google

Masihkah kalian ingat pensil warna yang kalian guna zaman kecil-kecil dahulu.  Pensil warna jenama Luna memang tak boleh lawankan.  Itu dulu.  Harganya tak sampai RM 5 kan.  Tapi sekarang cuba semak di kedai-kedai buku.  Macam nak pengsan dah rasanya.

Begitu juga warna air.  Kalau dulu-dulu pakai sekejap ajer dah mengeras.  Ye lah kan hanya mampu beli yang ketot-ketot aje.  Arwah abah pesan jimat-jimat.  Jadi warna air ni jarang-jarang saya guna.
Bila masa guna pensil warna Luna ni?  Ha kalau korang nak tahu waktu zaman sekolah rendah dulu, saya dan kawan-kawan suka berlumba-lumba mewarna dalam buku bahasa Melayu.  Hampir setiap helaian buku tu saya akan warnakan.  Jadi seronok nak belajar bila tengok buku sendiri penuh warna warni.  Bila dah siap, saya akan pergi pusing meja kawan=kawan yang lain.  Diorang ni dah siap ke belum.  Itu masa guru taka da dalam kelas lah.  Lepas tu kami akan membanding-bandingkan antara satu sama lain.  Siapa yang paling cantik mewarna.

Untuk yang terkini sekarang saya tengok jenama A Star pun cantik-cantik juga warna dia.  Jenama Faber Castell pun okey.Kalian semua boleh cuba sendiri.


Dalam pada itu juga untuk pensil air saya cadangan beli jenama Buncho.  Mutu warnanya sangat baik.  Tapi harga agak mahal sikit berbanding dengan warna air yang lain.  Kalau tak silap saya RM 30 jugak lah harganya tu.  Kalau ikut berkira-kira memang tak akan beli saya ni.  Tapi bila tengok kawan-kawan anak saya yang mana dapat skor A dalam subjek pendidikan seni, saya pejam mata aje untuk seketika.
Kelebihan lain warna air Buncho ini ianya tak mudah mengeras.  Apabila mewarna, warnanya naik dan sangat terang.  Hasilnya pasti tidak mengecewakan.  Anak-anak pasti suka.  Cubalah!

SERONOK BELAJAR DENGAN PEMADAM COMEL


Teks: Niyda
Foto: 

Pemadam comel.  Pemadam era zaman kini.  Pelbagai bentuk dan rupa.  Menjadi kesukaan anak-anak saya bila dapat mengumpulkan pemadam yang comel-comel sebegini.  Mula-mula tu tak perasan juga.  Tapi bila Wani selalu bawa balik ke rumah.  Saya jadi pelik.  Apalah yang menarik sangat dengan pemadam ni.  Rupa-rupanya dengan sebab rupa pemadam tu yang comel tu menjadi suatu benda wajib yang perlu ada dalam kotak pensil.

Ya! Cuba kalian semak dalam kotak pensil anak-anak kalian.  Macam mana rupa pemadam mereka.  Zaman saya masih kecil.  Tiada istilah pemadam comel.  Yang ada hanyalah pemadam berwarna  putih seketul.  Tak menarik pun.  Kepala berwarna bawahnya putih. Ingat lagi tak kalian.

Sekarang zaman dah maju.  Industri perniagaan alat-alat sekolah semakin maju.  Mereka semakin kreatif mereka alat-alat yang dapat merangsang minat anak-anak dalam belajar.  Kita yang ada ni pun tak perlu susah-susah lagi nak rangsang anak-anak minat belajar.  Hanya perlu tahu apa minat dan kesukaan mereka sahaja.  Perlu ada sedikit masa juga untuk jalan-jalan dan buat pemerhatian.

Kalau di Kuala Lipis ni, Mr D.I.Y lah tempatnya yang paling sesuai.  Kalau bagi tahu kat anak-anak saya nak pergi Mr.D.I.Y menjerit diorang ni terlalulah sukanya.  Sebab kat situ macam-macam ada.  Kotak-kotak yang cantik, sticker pun ada.  Saya sendiri pun boleh jadi mereng sekejap.  Sediakan duit ajer.  



SERONOK BELAJAR DENGAN PENSIL KHAT


Teks: Niyda
Foto: Google

Mengenang zaman persekolahan dulu-dulu sangat seronok.  Zaman kanak-kanak.  Zaman remaja.  Penuh dengan warna warni kehidupan.  Tak mungkin luput dalam ingatan.  Salah satu darinya adalah tentang pensil khat.

Zaman dulu-dulu bila nak guna pensil khat ni, saya akan ambil pisau seposen atau sejenis pisau kecil yang berlipat.  Rasanya sekarang ni ada lagi.  Tapi jarang-jarang digunakan lagi oleh anak-anak sekarang.  Saya rasa ibu-ibu diluar sana pun begitu juga.  Dengan pisau itu saya asah pensil hingga menjadi pensil khat.  Kadang-kadang tu berlumba dengan rakan sekelas yang lain.  Pensil siapa yang paling comel sekali di asah.  Kadang-kadang ada juga kawan-kawan lelaki yang minta tolong asah.  Kalau saya rajin.  Saya asah.  Kalau malas saya pas kat kawan yang lain.  Adat lah tu…memang ada si kaki pembuli dalam kelas.  Hehehe…

Pensil yang nak digunakan tu biasanya saya guna kelas subjek Khat.  Masih ingat lagi Ustaz yang mengajar saya tu.  Tampan orangnya.  Tulisannya pun cantik.  Kemas aje.  Bila mengajar selalu suka mengusik saya.  Apa khabar agaknya dengan dia sekarang.  Masih mengajar lagi atau dah bersara.  Saya doakan ustaz dalam limpahan rahmat Allah S.W.T hendaknya sentiasa.

Pensil khat.  Saya asah nipis-nipis disebelahnya.  Disetiap belahan yang nipis itu saya potong bagi menyerong sikit ke atas..Nipis dan tajam gitu.  Bila kelas mula, pensil mesti ada dua sebab nak bersedia kut kut pensil yang pertama patah sebab kena tekan kuat.  Begitulah harian kami.

Namun zaman sekarang keadaan sudah berubah.  Sudah ada dijual dipasaran pensil picit khat.  Anak-anak sudah tak perlu bersusah payah lagi untuk asah pensil khat.  Tapi masalahnya bila ubat pensil habis, itu yang menjadi masalah.  Mereka sudah tak pandai berdikari sendiri untuk buat mata pensil khat. 

Jadi saranan saya walau dalam keadaan apa sekalipun, ajar anak-anak kita tentang asas pensil ini supaya generasi akan datang tahu macam mana nak dapatkan pensil khat yang cantik.  Tulisan jawi jangan dilupa.  Wariskan kepada anak cucu kita pula.

Menulis dengan menggunakan pensil khat sebenarnya memberi satu ketenangan.  Melancarnya pensil khat diatas kertas umpama terapi untuk mata dan seluruh tenaga.  Hasil dari tulisan khat menyejukkan pandangan mata yang melihatnya.  Kerjaya sebagai penulis khaligrafi ssekarang memang mendapat tempat.  Asal sahaja pandai mencari punca, rezeki pasti datang untuk berusaha secara sepenuh masa.  Berbanggalah dengan tulisan khat kita.

Sekian sahaja catatan untuk hari ini.  Semoga ianya membuka minda kalian semua.  Zaman bergerak begitu pantas.  Tanpa kita sedar, warisan kita semakin terhakis.  Sampaikan kalam ku.  Sampaikan kepada yang lain. semoga bermanfaat untuk rakan-rakan yang lain.
Sekian, salam sayang!


Teks:Niyda

LATIHAN BAHASA MELAYU



Teks:Niyda
Foto: Google

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.  Sebagai bangsa Melayu. Kamu harus skor A dalam bahasa Melayu.  Kalau tak skor.  Malulah pada bangsa-bangsa lain.  Mereka bertungkus lumus nak belajar bahasa Melayu ni.  Syarat untuk lulus SPM, mesti kredit bahasa Melayu.  Syarat nak menjawat jawatan awam juga pun akan dilihat subjek Bahasa Melayu.  Kalau anda gagal Bahasa Melayu, maka gagallah yang lain.  Itu secara asasnya.

Baik , untuk subjek Bahasa Melayu ada 2 bahagian.  Satu Kefahaman dan satu lagi penulisan.  Untuk bahagian penulisan biasanya  adik-adik ada masalah.  Adik-adik perlu berlatih menulis karangan.  Tulis idea atau isi dengan spontan dan bernas.  Jika ada masa beri guru periksa kertas jawapan adik-adik.  Dari situ adik-adik akan belajar apakah kesilapan yang sering dilakukan.  Disamping itu juga adik-adik boleh tambah yang kurang mana-mana isi yang perlu kemudian kembangkan lagi idea beserta contoh.  Biasakan menggunakan perkataan seperti oleh itu, disamping itu, selain itu apabila ingin menambah perenggan atau ayat.  Insyaallah jika adik-adik rajin menulis, kemahiran membuat karangan itu akan datang secara semulajadi.

Untuk bahagian menulis ayat bagi watak-watak gambar yang diberikan pula, tipsnya adik-adik boleh gunakan pertanyaan soalan seperti siapa,apa,kenapa,bagaimana,bila dan berapa untuk menjawab soalan seperti berikut.  Insyaallah jika adik berjaya menjawab soalan berdasarkan tips soalan ini, maka adik-adik akan dapat menjawab soalan itu dengan mudah dan tidak akan terjadi ayat yang diulang-ulang.

Untuk soalan berbentuk kefahaman pula, di nasihatkan adik biasa-biasakan dengan penjodoh bilangan, simpulan bahasa, peribahasa dan sewaktu dengannya kerana soalan berbentuk seperti ini biasa keluar.  Soalan KBHAT sekarang ini banyak berkisar tentang ini.
Selain dari itu kesalahan-kesalahan umum yang biasa adik-adik buat ialah bab kata ganti nama diri,kata sendi nama,kata adjektif,kata tanya,kata hubung dan sebagainya.  Pastikan adik-adik menguasai bahagian ini.

 Jadi adik perlu rajin-rajinkan diri untuk mengenali seberapa banyak peribahasa yang ada.  Insyaallah apabila adik-adik menguasai bab ini.  Maka bab yang lain akan menjadi lebih mudah.

Cukuplah setakat ini sahaja dahulu buat kali ini.  Berjumpa lagi di lain entry.  Salam kasih sayang dari saya di Bumi Barakah Benta.




Wednesday, 16 August 2017

DI MANA NAK BELI KOSTUM?

Entry: 38/44

Teks:  Niyda
Foto: Google

Berbalik semula kepada hari semalam. Saya belajar banyak perkara tentang kelemahan-kelemahan persembahan bakat semalam.  Syukur kerana diberi kesempatan dan peluang awal untuk Wafirah.  Ini menjadi titik tolak kepada perkembangan Wafirah yang seterusnya.

Selesai majlis persembahan bakat semalam, saya terus ke kedai D.I.Y Kuala Lipis.  Dalam hati berkata, kat sini mungkin ada kostum yang kami perlukan untuk persembahan Wafirah untuk akan datang.  Jalan-jalan dalam kedai D.I.Y akhirnya kakak menjerit.  “Ummi! Kakak dah jumpa ni!”.  Saya pun teruslah ke satu sudut.  Ya memang banyak kostum kat situ.  Dari corak kumbang merah hinggalah ke kostum rama-rama.  Memang seronok duk kat situ lama-lama.  Macam-macam boleh dapat.  Harga kostum pun taklah mahal sangat.  RM 6.90 dah pun dapat kepak kumbang merah tu sekali dengan skaf rambut kumbang dan tongkat saktinya.  Apa lagi.  Suka sangatlah Wafirah.  Dalam hati saya berkata.  Ini ummi bagi hadiah untuk Wafirah sempena keberanian dia tampil membuat persembahan tadi.  Kesian juga tunggu lama-lama.  Tapi tak dapat nombor.  Jadi hadiah ni reward untuk Wafirah dari ummi atas komitmen tengahhari tadi.

Berikut adalah gambar kostum yang dibeli semalam.  Mungkin kalau Google boleh jumpa lagi kostum pelbagai rupa.  Ibu-ibu hanya nak kena pandai cari.  Semuanya berkenaan dengan kreativiti. 
Teruslah melangkah anakku setinggi awan.  Capai segala impianmu.  Dunia ni ada banyak pilihan.  Jika kamu rajin berusaha dan beri komitmen sepenuhnya.  Segala usahamu akan berbalas akhirnya. Ummi dan abi akan sentiasa menyokongmu tak kira rebah setara mana.  Kami sentiasa disisimu.  Semoga kamu menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.  Aminnn…

Sekian coretan untuk kali ini.  Berjumpa lagi dilain entry.  Salam Sayang!

Teks: Niyda

PROGRAM BAKAT CILIK

37/44
Teks:  Niyda
Foto:  Koleksi peribadi




Hari ini agak kalut sedikit.  Selepas meninggalkan baju Wafirah kepada cikgu Syikin.  Aku ke Pusat Internet menyelesaikan entry yang seterusnya.  Dapatlah siapkan 4 entry pagi tadi untuk blog.  Tinggalah lagi 10 entry untuk dihabiskan untuk sessi latihan dengan kak Masayu Ahmad. 

Setelah jam 1.30 tengahhari aku dan Wani terus ambil kakak Widaad.  Maklumlah tahun 4 balik lambat sikit.  Jadi hari ini Wani sampai dulu di rumah.  Mujur Paklong ada.  Dia yang hantarkan.  Usai ambil kakak Widaad aku terus bawa diorang pergi makan tengahhari di Hentian Benta.  Menu hari ini ikan goreng,budu,telor masin dan sayur masak lemak.  Sayur apa? Aku pun tak pasti.  Tengok jam masa dah menghampiri jam 2.00 petang.  Cepat-cepat aku suruh diorang habiskan makanan.  Perjalanan kita ni setengah jam kakak.  Adik mula jam 2.00 petang cikgu cakap.  Diorang terkedu.  Cepat-cepat kitorang habiskan makanan.

Setelah siap bayar, aku terus meluru ke keretaku.  Bawa kereta punyalah laju.  Takut tak sempat tengok Wafirah nanti.  Sampai aje di pejabat KEMAS aku lihat kereta dah banyak.  Aha ni mesti orang dah ramai kataku dalam hati.  Turun dari kereta, cepat-cepat aku ikut makcik sorang ni.  Bawa anak 2 orang dengan cikgu sekali.  Ikut punya ikut punya ikut. Masuklah kami ke dewan pertandingan.  Alhamdulillah.  Majlis belum bermula.  Ku pandang kiri kanan.  Rupanya Wafirah dan cikgu ada dibelakang sekali.  Kami pun meluru ke belakang.  Ambil dan peluk Wafirah macam biasa.  Cikgu kata sendu sekejap tadi.  Gara-gara cikgu pergi membuat bayaran.

Akhirnya, kami pun menunggulah giliran Wafirah.  Agak lambat juga.  Sampai aku pun dah tak berapa semangat nak tengok dah.  Ada yang datang ke depan senyap.  Ada yang tiba-tiba diam, terkedu.  Ada juga yang mula-mula agak perlahan-lahan suaranya tetapi sampai part tengah dah kedengan suara penuh yakinnya.  Ada juga yang malu-malu alah sambil peluk mamanya depan pentas.  Macam-macam stail.  Aku menunggu lagi.  Tiba giliran Wafirah.  Aku tak maju ke depan.  Ku biar je Kakak Widaad dan Wani beserta cikgu di satu sudut penjuru di hadapan.  Bukan apa takut nanti dia pula tiba-tiba yang menangis sebab aku tak ada.  Alhamdulillah.  Wafirah tak nangis.  Permulaan yang baik.  Cumanya suara dia agak perlahan.  Lagu yang dia nyanyikan pun sekejap aje.  Cikgu cakap ada yang dia tak ingat.  Jadi cikgu potong terus.

Selesai habiskan lagu di depan, Wafirah datang ke belakang.  Okey tak mengapa.  Yang penting adik berani mencuba.  Ini pengalaman pertama Wafirah.  Kalah menang adat pertandingan.  Apa yang paling penting Wafirah baru bermula.  Banyak masa lagi.  Lepas ni kami target dia buat persembahan yang lebih baik lagi untuk majlis anugerah hujung tahun nanti di sekolah.

Apa yang boleh aku kongsikan di sini ialah ada beberapa perkara yang menjadi kriteria saringan tadi.  Antaranya ialah setiap peserta perlu lebih luar biasa dari segi persembahan.  Perlu keyakinan yang lebih supaya persembahan menjdi lebih menarik.  Pemilihan kostum, kasut baju, make up perlu seiring.  Perlu ada stail juga.  Guru pengiring perlu lebih mendalami apa bakat yang ada pada anak murid mereka.  Persembahan juag perlu ada minus one supaya lebih menarik.  Dan yang terakhir sekali setiap guru perlu pastikan  peserta perlu lebih bersedia dan  memberi komitmen 100 peratus kepada setiap persembahan mereka.

Cukuplah setakat ini sahaja dahulu buat kali ini.  Sehingga berjumpa lagi dilain entry.  Salam sayang.
Teks: Niyda



SERONOK BELAJAR DENGAN POSTER

36/44


Teks: Niyda
Foto: Google

Seronok belajar dengan poster di rumah.  Pastinya kadang-kadang ibu rasa kurang sesuai nak tampal-tampal poster belajar atau nota anak-anak di rumah.  Ye lah rumah dah cantik di hias.  Tiba-tiba nak pasang dan tampal poster.  Pasti pelik dibuatnya.

Kat rumah, saya tampal poster di ruang makan.  Ini sebab apa, supaya senang nanti masa makan pun anak-anak boleh ingat balik apa yang mereka belajar di sekolah.  Pengalaman membesarkan Wani.  Saya dah tak kira tempat.   Tampal jugak di ruang tamu pun.  Rumah teres.  Kawasannya maklum saja lah.  Sempitkan. Segala poster saya tampal.  ABC ada.  Surah lazim pun ada.  Alif Ba Ta pun ada.  Suku kata pun ada.  Sebab tu lah Si Wani ni cepat dapat.  Umur 5 tahun pun dah boleh membaca.

Kalau di tengok dari perkembangan positifnya pun sehingga sekarang, Wani tetap dapat top 10 terbaik di dalam kelas.  Skor 11 A untuk semua subjek semasa darjah 1.  Jadi saya rasa tampal poster juga adalah satu faktor bagaimana membantu pembelajaran anak-anak di rumah.

Poster yang terkini ada macam-macam jenis.  Dari yang berbentuk ABC hinggalah yang ada bergambar sekali untuk pra sekolah.  Kalau beli buku jenama Fargoes, kalian akan dapat poster seperti Let’s Learn The Alphabets, Medial vowel sounds dan Rhyming words. Ada juga untuk verb iaitu kata kerja dalam Bahasa Inggeris.  Jadi saya kira ini memudahkan anak-anak untuk belajar.  Hari-hari tengok, insyaallah akan terus melekat dalam minda mereka.  Pasak terus orang kata. 

Dari segi harga pula kalau beli tanpa dengan sekali buku biasanya poster yang saya jumpa dalam RM 5.00 ke atas gitu.  Bergantung kepada jenis kertas dan perkara.  Tak mengapa ibu-ibu mahal sikit pun.  Ilmu tu.  Usah berkira-kira sangat.  Benda lain kita senang-senang boleh beli. Ye tak?  Pejam mata je sekejap.

Okey ni berbalik semula tentang poster Let’s Learn The Alphabets.  Poster ni yang saya ada ni menerangkan tentang huruf abjad ABC dalam huruf besar dan huruf kecil.  Juga dilengkapi dengan gambar disetiap kotak huruf tersebut.  Jadi agak senangkan anak-anak nak mengingat. Ingat gambar.  Ingat huruf.

Poster Medial vowel sounds pula ialah poster yang mendedahkan tentang bunyi mengikut huruf vkcal.  Contohnya seperti:
1.    Bag
2.    Fan
3.    Jam
4.    Pan

Semuanya mengikut bunyi vocal huruf A yang sama.

Manakala poster Rhyming words pula menekankan tentang rima perkataan seperti:
At untuk cat,bat,hat,rat.
In untuk bin,fin,pin,tin.
En untuk hen,men,ten dan pen.
An untuk fan,man,pan dan van.
Ap untuk cap,map,tap dan nap.
Un untuk bun,gun,run dan sun.

Jadi mudahlah anak-anak membiasakan diri mereka dengan rima tersebut.  Semoga dengan pendedahan ringkas ini memberi sedikit maklumat kepada kalian semua.  Sekian dahulu untuk kali ini.  Rajin-rajinlah ke kedai buku.  Banyak manfaatnya.  Salam sayang dari saya.

Teks: Niyda

01125452156

SERONOK BELAJAR DENGAN PERPUSTAKAAN MINI

Entry: 35/44

Teks: Niyda
Foto: Google

Seronoknya bukan main bila ada perpustakaan mini di rumah.  Melihat Wafirah mencapai buku demi buku Talking English dari set Grolier membuatkan saya rasa berbaloi-baloi membeli set tersebut.  Ye la kan…harga ribu riban.  Dengan abi pun saya sorok harganya tu.  Pastttt.. Saya beli pakai duit sendiri…Ansuran je RM 105 sebulan selama 2 tahun.
Idea nak dapatkan perpustakaan mini ni dah lama.  Masa Wafirah masih lagi merah kulitnya dah ada orang datang promosi kat saya.  Tapi saya tak layan.  Iya lah kan duit tak berapa nak ada.  Masih berkira-kira nak dapatkan buku ni.

Namun kedatangan seseorang ke perpustakaan Benta beberapa bulan yang lepas telah membuka kembali mata saya.  Saya mencari dah lama benda ni.  Baru sekarang berjumpa semula.  Jadi saya terus pegang kejap.  Tak nak lepas dah macam dulu.  Sampai nama set ni pun saya tak ingat dah apa namanya. 

Yang menjadikan saya sebak tu ialah kerana adik ni tunjuk bukti kat saya ada seorang kakak ni, seorang ibu tunggal, anak ramai.  Kerja biasa-biasa je.  Tapi sanggup beli untuk anak dia set Grolier ni.  Sedangkan saya masih berkira-kira.  Saya cam kakak tu.  Memang anak dia tersenarai dalam kategori pelajar cemerlang SK Benta dua tahun lepas.  Saya sendiri yang tengok dia naik pentas terima hadiah anugerah tersebut.  Malu saya kat diri sendiri.  Sebab tu saya terus ambil pakej set Grolier ni.  Jumlahnya hampir mencecah RM 3K.

Ok, tu bab harga.  Sekarang nak cerita berapa seronoknya si Wafirah sekarang ni bila dah ada set Grolier ni.  Dia dah tak tanya ummi dah.Mana buku dia.  Tarik-tarik tangan saya ajar dia menulis.  Dengan sendiri saya perasan.  Dia ambil pen boleh bercakap tu.  Kemudian ambil mana-mana buku dalam set tu.  Duduk atas sofa.  Kemudian on pen   tu, terus letak atas buku.  Bercakaplah buku tu mengikut apa yang dia sentuh.  Kadang-kadang tu saya tengok dia pun ikut nyanyi-nyanyi sekali.  Haa keyakinan tu penting ye.  Walaupun belum faham sangat Bahasa Inggeris tu.

Hari ni ketika saya menulis catatan ni.  Sekejap lagi, Wafirah akan mewakili sekolah sempena Program Pelajar Cilik di pejabat KEMAS Kuala Lipis.  Tak tahulah tu.  Menang atau kalah.  Tapi saya dah siap pesan kat dia.  Adik kena bercakap dengan suara yang kuat.  Buka mulut besar-besar.  Suara biar jelas dan yang penting sekali adik kena berani okey.  Dia kata okey ummi.  Ummi abi doakan adik berjaya nanti.  Insyaallah.  Ini pengalaman pertama Wafirah mewakili sekolah di usia 4 tahun.


Tuesday, 15 August 2017

5 PERKARA PENTING SEBELUM PEPERIKSAAN



Teks: NIyda
Foto: Google 

Lima perkara penting yang perlu ibu-ibu perlu tahu sebelum anak-anak menghadapai peperiksaan.  Ini biasanya yang ibu jarang-jarang ambil tahu dan ambil mudah pula.  Ia perlu fokus dan dipraktikkan sejak dari awal persekolahan lagi.  Saya juga belajar dari kesilapan yang lalu.  Ialah mendidik anak-anak bukan sahaja setakat mengambil tahu panjang pendek pensilnya.  Dimana pemadamnya.  Tetapi sebenarnya lebih dari itu.

Baiklah yang pertamanya, kalau di rumah ibu-ibu cuba lihat silibus kandungan subjek yang diambil oleh anak-anak.  Contohnya subjek Bahasa Melayu.  Kenal pasti topik –topik yang ada.  Sekiranya ibu-ibu sendiri menguasai topik-topik yang ada, maka boleh sahaja ajarkan juga untuk anak.  Semak buku latihan sekolah mereka sekali sekala.  Kadang-kadang ada juga bahagian-bahagian dalam buku latihan tersebut yang tidak bertanda oleh guru mereka.  Tanya adakah mereka faham tentang topik tersebut.  Jika mereka faham tak mengapa.  Sekiranya tidak, cuba dekati anak-anak dan terangkan tentang topik tersebut.  Hati-hati juga kerana ada sesetengah anak-anak akan tegur ibu-ibu jika buku sekolah mereka ditanda dengan pen ibu sendiri.  Maka solusinya ibu-ibu beli buku latihan khas untuk di rumah pula.  Maka senanglah ibu-ibu nak menanda dan sebagainya.  Anak-anak pun selesa.

Yang keduanya pastikan anak-anak faham tentang konsep  matapelajaran yang diambil.  Contohnya tentang subjek matematik.  Bab penolakkan khususnya.  Apa maksud hitung.  Apa maksud beza.  Soalan-soalan berbentuk masalah seperti ini biasanya mengelirukan anak-anak yang baru masuk tahap 1.  Maka terangkan kepada mereka.  Hitung itu maksudnya kira jumlah dan beza itu maksudnya cari penolakkan dari nombor besar kepada nombor yang lebih kecil.  Pola nombor juga sering menjadi kekeliruan anak-anak.  Fahamkan bahawa pola itu maksudnya rentak nombor tersebut.  Adakah rentak nombor bertambah dua dua atau berkurang tiga tiga dan begitulah seterusnya.

Yang ketiga, Ibu-ibu boleh mula mencari buku-buku yang menawarkan soalan-soalan yang terkini.  Cari buku dari jenama yang dipercayai dari segi kredibiliti terbitannya, kualiti kulit buku dan isinya supaya senang dibawa, tidak modah terkoyak dan bahan latihannya padat.  Jangan keliru dengan buku-buku yang menawarkan harga yang murah contohnya berharga RM 2.20.  Biasanya ia tidak padat, tidak lengkap dan hanya menyediakan sedikit sahaja soalan.  Carilah buku-buku yang mempunyai latihan yang senang, mudah difahami bentuk soalan oleh anak-anak.  Jenama yang saya sering cadangkan sebelum ini seperti Sasbadi, Fargoes, Mybook dan Pelangi.

Yang keempat ialah ibu-ibu boleh melakukan analisis awal soalan peperiksaan yang  sering keluar.  Maksudnya apakah soalan-soalan yang hot dan biasanya keluar dalam peperiksaan .  Bahagian manakah yang sering menjadi soalan lazim. Maka soalan itulah yang perlu diberikan penekanan dan fokus.  Kaji setiap soalan yang yang keluar.

Yang ke lima ialah sekiranya anak-anak terlalu lemah.  Hantar mereka ke kelas tuisyen yang berdekatan.  Mereka perlukan  kefahaman yang lebih tetang sesuatu topik.  Contohnya anak-anak tidak menguasai tatabahasa untuk karangan Bahasa Inggeris.  Berjumpalah dengan guru atau tutor.  Dapatkan kelas personel.  Semoga dengan bantuan guru atau tutor tersebut akan dapat membantu anak-anak tuan puan lebih maju dalam pelajaran.  Kelompok pelajar yang ada dalam kelas tuisyen akan merangsang dan sekaligus akan memotivasikan anak-anak tuan puan dalam mencapai kecemerlangan pelajaran mereka.

Sekian dahulu untuk kali ini.  Berjumpa lagi di lain entry.  Sekian.  Terima kasih.  Salam sayang tak pernah dilupa.

Teks: Niyda

01125452156

TEKNIK BELAJAR DENGAN NEMONIK


Teks: Niyda
Foto: Google

Masih lagi dalam bab seronok belajar kita hari ini ye!  Saya sangat suka bab ini.  Sebab ianya memacu saya agar lebih kreatif menggunakan otak kanan dan otak kiri.  Teknik ini sudah lama dipraktikkan.  Saya menerima ilmu ni pun sudah hampir 22 tahun yang lalu.  Bayangkan ye.  Sudah terlalu lama.  Tetapi ianya masih kekal terpahat dalam minda saya.


Ianya merupakan teknik yang jarang-jarang pelajar dapat buat.  Sebab apa?  Sebab kena kreatif sikit ye.  Contoh kalau kita nak hafal tentang:
 Belalang mempunyai spirakel.

Jadi singkatan yang boleh kita ambil di sini untuk mengingat ialah BEKEL.  Maksudnya Be dan Kel sahaja kita pendekkan perkataan utama sahaja.  Jadi bila-bila ada kita terjumpa soalan tentang belalang.  Kita sudah tahu.  Maknanya belalang ada spirakel.  Mudah bukan.  Ada banyak lagi perkara yang boleh kita pelbagaikan dengan teknik ini.  Contohnya kita nak hafal nama-nama objek di bulan, nama-nama deria pada manusia dan macam lagi.

Oleh itu sangat senang kalau anak-anak nak mengingat benda yang terlalu panjang termanya.  Gunakan sahaja teknik ini.  Otak mereka akan ligat mengulang dan mengulang benda yang sama tak kira di mana.  Saya harap sedikit sebanyak ianya bermanfaat dan membantu anak-anak kalian semua.  Mudah dan ringkas.  Hanya perlu sedikit kreativiti sahaja.  Sekian sahaja entry untuk kali ini.  

Berjumpa lagi di lain masa.  Sekian.
Teks: Niyda

01125452156

TEKNIK BELAJAR DENGAN PETA MINDA

33/44
Teks: Niyda
Foto: Google 

Sewaktu zaman saya belajar semasa SPM dulu iaitu tahun 1996.  Saya pernah menghadiri Seminar Belajar Bijak oleh Dr Shukri Abdullah.  Puan-puan kalau nak cari dia di Facebook boleh cari FB Dr Shukri Abdullah.  Seminar yang dijalankan itu berjalan dalam bulan 3.  Masa tu bayaran seorang RM 10 sahaja.  Terbayang-bayang lagi waktu bagaimana saya berjalan beriringan dengan kawan-kawan ke dewan orang ramai di Rompin dari asrama sekolah menuju ke situ.  Kami dikumpulkan dari pelbagai sekolah.  Seronok tak terkata.  Ialah pengalaman pertama berseminar katakan. 

Apa yang menariknya dalam seminar itu kami didedahkan dengan teknik belajar yang betul.  Antara yang masih melekat dalam pemikiran saya sehinggalah sekarang ialah teknik mengingat dengan cara membuat peta minda.  Sebenarnya otak kita bukanlah seperti komputer.  Membuat cacatan secara berderet ke bawah.  Oh tidak.  Itu memenatkan otak sebenarnya.  Otak kita perlukan rangsangan.  Ia sukakan warna.  Jadi kalau nak buat peta minda ni perlu kreatif sikit. Perlu guna pelbagai warna.Buat seperti satu point.  Kemudian kembangkan dia.  Gambarajah di bawah adalah contoh peta minda yang bagus  semasa membuat  nota.

Baiklah kenapa peta minda ini sangat penting?  Di sini saya akan kupas sedikit mengapa ia sangat dan sangat berkesan dalam membantu kecemerlangan dalam peperiksaan anak-anak kita.
1.    Penggunaan ilustrasi dalam peta minda akan dapat membantu anak-anak memudahkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik.  Ia juga merangsang minda dan mengukuhkan ingatan mereka.  Maknanya apa yang terpahat di peta minda tersebut akan turut sama terpahat dalam otak anak kita.  Apa yang dilaht dalam nota tersebut itulah juga terpahat dalam minda mereka.

2.   Peta minda juga akan dapat menyalurkan  idea dengan lebih terang dan tersusun dalam menjawab peperiksaan.  Maknanya dengan mudah minda anak kita menangkap butiran point yang penting tentang sesuatu topik.

3. Peta minda juga membantu ank-anak kita mengulangkaji pelajaran dengan mudah, cepat dan berkesan.  Tak perlu lagi selak-selak buku yang tebal.  Hanya buka beberapa helaian nota yang telah dibuat sebelum hari peperiksaan kemudian ulang dan ulang sahaja yang itu.  Sangat mudah dan cepat.

4.    Peta minda juga dapat merangsang anak-anak kita untuk mengingat atau menyimpan maklumat dalam masa yang lebih panjang sehinggalah ke waktu peperiksaan tiba.  Tidak akan berlaku lagi masalah mudah lupa kerana minda yang sentiasa mengulang dan mengulang benda yang sama dalam kotak memori. Inilah kekuatan peta minda sebenarnya.

5.  Peta minda juga dapat meningkat fokus pelajar dalam pelajaran dimana akhirnya ia secara tidak langsung akan dapat memotivasikan pelajar supaya belajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan mereka.

Semoga puan-puan dapat mengaplikasikan sedikit ilmu yang saya perturunkan di sini.  Sampaikan juga kepada orang lain.  Semoga ianya bermanfaat.  Salam sayang.
Teks: Niyda

01125452156

PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG


Teks: Niyda
Foto: Google

Sebagai ibu dan suri di rumah tentunya masa ibu-ibu tidak terhad.  Melainkan ibu-ibu bekerja di luar. Ibu-ibu yang berada di rumah harus cekap menguruskan masa untuk anak-anak.  Kadang-kadang terbabas jugakan dek penangan cerita dongeng Indonesia.  Itu adalah lumrah.



Pengurusan masa pelajar cemerlang.  Pernahkah ibu-ibu terfikir bagaimana pelajar cemerlang menguruskan masa mereka seharian.  Mereka juga sama macam anak-anak kita di rumah.  24 jam masa diberi.  Tidak lebih dan tidak kurang.  Tinggal lagi bagaimana kita menguruskan masa anak-anak kita dengan bijak.

Pernahkah ibu-ibu bertanya dengan ibubapa yang cemerlang?  Kadang-kadang ada antara kita tak kenalpun siapakah ibu-ibu yang cemerlang itu bukan?  Ialah mesyuarat sekolah pun tidak hadir lagikan pula majlis penyampaian hadiah kecemerlangan di sekolah.  Pun turut tidak hadir.  Bagaiamana kita mahu kenal siapa mereka yang istimewa itu.  Pesan saya rajin-rajinlah menghadiri program sekolah kerana dari situ akan banyak manfaat yang anda akan dapat.  

Berikut adalah antara intipati yang saya perolehi beberapa ketika dahulu.  Di mana saya pernah menemuramah seorang ibu yang mendapat 6A dalam UPSR di sekolah SK Benta.
Perkara pertama ungkapan yang saya dengar tentangnya adalah anak beliau diajar sifir sejak berumur 4 tahun lagi.  Menakjubkan bukan? Sebab itu tidak hairanlah mengapa anak beliau boleh skor A dalam subjek matematik.

Kemudian yang keduanya, dia tidak pernah paksa anaknya untuk ulangkaji pelajaran.  Semuanya bergantung pada diri sendiri.  Jika dilihat pada sebelah malam.  Pelajar yang dimaksudkan ini akan ulangkaji pelajaran sehingga jam 11 malam.  Bandingkan dengan anak-anak kita tuan puan.  Mungkin ada yang masih duduk-duduk santai-santai pada jam 8.00 malam.  Alangkah ruginya masa yang ada dibuang begitu sahaja.
Teringat juga saya semasa sessi perkongsian bersama-ibu-ibu muda di Perpustakaan Benta tahun lepas, ada seorang guru berkongsi kepada kami bagaimana anaknya cemerlang.  Pengurusan masa belajar di rumah sangat penting katanya.  Dua bulan sebelum peperiksaan adalah masa yang kritikal.  Pastikan anak-anak belajar lebih kurang 2 jam di waktu siang dan dua jam di waktu malam.  Kalau tidak pastinya silibus tak habis nak ulangkaji. 


                      

Silibus sekarang ini walaupun di peringkat tahap 1 pun sangat banyak.  Jadi macam tak terkejar nanti bila mana malam periksa baru nak ulangkaji.  Ini sering terjadi kepada anak-anak saya dahulu pada mula-mula mereka naik sekolah darjah 1.  Bila sudah begitu, saya belajar dari kesilapan.  Di awal-awal tahun tak boleh main-main dah.  Mesti sudah mula ulangkaji.  Walaupun topik tersebut senang.

Untuk membuat pembahagian masa belajar yang berkesan, saya sarankan ibu-ibu boleh ambil masa selama 1 jam di sebelah pagi.  Sebelum ke sekolah, pastikan anak-anak bangun awal pagi supaya selepas mandi,solat dan sarapan, mereka ada sedikit masa untuk menelaah pelajaran.  Contohnya semasa menunggu ibu-ibu buat sarapan pagi, boleh berikan mereka telefon kita yang mengandungi aplikasi soalan peperiksaan seperti ilearnace.  Tanpa internet pun mereka masih tetap boleh membuat latihan di situ.  Jadi masa yang ada digunakan sebaiknya.  Sekiranya tidak, anak-anak kita akan terbuang masa emas mereka begitu sahaja.  Ilearnace ini ada saya ceritakan sebelum ini di blog saya ini.  Puan-puan boleh semak semula bagaimana cara untuk mendapatkannya.

Kemudian puan-puan boleh tarik 1 jam lagi masanya di waktu petang selepas pulang dari KAFA.  Ala buat latihan santai-santai pun boleh dengan ilearnace tu juga.  Sambil baring-baring pun boleh.  Tinggal lagi nak dengan tak nak ajer.

Pastikan juga anak-anak makan awal untuk makan malam.  Ini supaya senang kita nak urus masa untuk persediaan solat maghrib pula. Selain itu di waktu selepas selesai solat maghrib, anak-anak mengaji sekejap.  Selesai mengaji, solat isyak jika sudah masuk waktu Isyak.  Kalau waktu isyak masuk waktu lambat sikit, boleh terus mula buat ulangkaji untuk anak-anak selama lebih kurang 2 jam.  Televisyen harus ditutup.  Inilah penyebab lagha yang paling kritikal.  Kalau tak pantau.  Boleh ke laut ibu dan anak.  Saya pun pernah terkena. Hehehe. Jangan lupa juga puan-puan. Pantau penggunaan  telefon kalian.  Kadang-kadang anak-anak ni pandai curi-curi tengok you tubelah dan macam-macam. 


Sekian dulu untuk kali ini jumpa lagi ye.  Salam sayang!

Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...