Entry 45/100
Teks: Niyda
Foto: Google
Dua hari yang
lepas kakak Widaad datang kepada saya.
Kakak minta dibelikan pen
highlighter untuknya. Dalam hati saya
berkata, buat apalah kakak dengan pen sebegini.
Jauh lagi masanya nak guna pen ini.
Lalu semalam,
ssaya ke bandar Raub sekali lagi. Rutin
mingguan. Mencari buku untuk anak
didik. Saya cari pen yang diminta oleh
kakak. Ya Allah, mahalnya ampun. Harga dah naik ye sekarang ni. Sudah lama tak mengikuti harganya. Untuk pen highlighter jenama Stabilo RM
3.70. Dua kali ganda dengan harga pada
zaman saya belajar dulu. Saya ambil
satu. Pada hemat saya, pasti ada yang
nak dibuat oleh kakak dalam kelas nanti.
Pen highlighter
ni boleh dicari dengan mudah di kedai-kedai buku. Bermacam-macam warna. Ada warna pink, hijau,kuning,biru dan
sebagainya. Warnanya yang menyerlah
berfungsi untuk menggaris dan menyerlahkan isi-isi penting dalam satu-satu
nota. Kalau dulu, saya suka bila jumpa
elemen penting dalam buku saya garis supaya apabila saya baca semula nanti nota
tersebut, saya ingat bahawa saya pernah baca dibahagian tersebut.
Biasanya selepas membaca buku-buku yang tebal,
saya akan ambil kertas A4 kosong dan saya akan buat nota menggunakan teknik peta
minda. Di situlah peranan pen highlighter
ini iaitu untuk memberi kesegaran kepada nota tersebut. Ingat ya otak sukakan warna. Oleh itu jadikan peta minda anda bervariasi
dengan gambar,nota dan warna yang menarik.
Fungsi nota ini juga boleh meningkatkan tahap ingatan anak-anak. Apa yang lebih bagusnya? Apabila peperiksaan datang dalam sehari atau
dua, anak-anak tak perlu tengok buku yang tebal-tebal lagi. Hanya buka dan belek nota kecil yang dibuat
sendiri ini. Ianya lebih berkesan. Inilah yang saya selalu praktiskan semasa
zaman belajar dahulu. Insyaallah saya
akan perturunkan semula kepada anak-anak saya.
Sudah sampai masanya bukan? Saya fikir lambat lagi saya nak curahkan
ilmu yang sedikit ini. Tapi saya sudah
nampak sekarang. Ada keperluan disitu.
Apabila disemak
buku-buku untuk anak-anak darjah 4 sekarang ini. Saya fikir memang betul pun. Perlu ada kemahiran mengingat dengan
menggunakan pen highlighter ini. Contohnya
bab mengingat nama-nama planet. Bukankah
itu suatu yang merumitkan. Ada banyak
planet. Perlu dihafal pula mengikut
urutan yang betul. Penggunaan Kod
nemonik dalam mengingat nama-nama planet ini sudah pasti ada keperluan. Catatan akan datang saya akan terangkan
secara jelas bagaimana nak menghafal nama-nama planet dengan menggunakan kod
nemonik ni. Kalau anda perasan, saya ada
menjelaskannya di dalam catatan sebelum ini.
Hehehe.
Baiklah cukup
setakat ini sahaja dahulu buat kali ini.
Opss sebelum terlupa, bermula hari ini sewaktu catatan ini ditulis, saya ada membuat peraduan Merdekaku! Senang sahaja. Ibu-ibu sahaja yang layak untuk memasuki peraduan ini. Like dan share posting saya berkenaan promo peraduan ini di fb Niyda Benta. Kemudian nyatakan diruangan komen apa yang bagusnya blog saya ini dan apa yang boleh saya perbaiki untuk masa akan datang. Hanya mereka yang membuat komen sahaja yang layak untuk tersenarai dalam senarai cabutan bertuah. Tarikh tutup peraduan ialah pada 31 hb Ogos jam 11.00 malam. Pemenang yang bertuah akan saya umumkan di wall fb saya pada 5hb Sepetember 2017. Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba!

No comments:
Post a Comment