Kisah
yang akan saya paparkan pada entry kali ini berkisarkan salah seorang pelajar
saya. Nur AnA namanya(Bukan nama
sebenar). Seorang pelajar yang sangat lemah dalam pelajaran. Pelajar darjah 3.
Dikategorikan
sebagai pelajar linus pada bulan 1 2017 tahun ini. Tidak boleh membaca. Namun telah dikeluarkan dari group tersebut
setelah menjalani peperiksaan setengah tahun yang lalu. Keputusan menunjukkan beliau layak untuk
kelas biasa seperti pelajar yang lain.
Berkelas tuisyen dengan saya pada Disember 2017. Kini hampir 9 bulan telah berlalu. Alhamdulillah. Ada sedikit perubahan.
Apa
yang ingin saya paparkan di sini hari ialah berkenaan dengan topik sains darjah
3. Topik ini sering menjadi masalah bagi
anak-anak. Bab tumbuh-tumbuhan. Bahagian daun urat jejala dan selari. Begitu juga dengan akar tunjang. Sering saya ingat kepada pelajar jika daun
urat jejala maka akarnya pasti lurus iaitu akar tunjang. Apabila daun urat selari makan pasti akarnya
akar serabut. Ada kontra disitu.( Maafkan saya jika pemerhatian saya ini salah) Soalan-soalan sebegini soalan bonus
sebenarnya. Jika anak-anak dibiasakan
dengan kehidupan tumbuh-tumbuhan. Maka
senanglah mereka menjawabnya. Jika
sebaliknya maka akan ada masalah di situ nanti.
Inilah yang akan menentukan anak-anak kita mendapat A atau B dalam
subjek sains.
Siti
Nur Ana ini juga tidak dapat memahami kehendak soalan sains. Begitulah yang sering berlaku kepada
murid-murid yang belum lancar membaca.
Soalan-soalan mudah berbentuk objektif paling saya suka. Namun bagi mereka menjadi satu kekeliruan
pula disitu. Sebab itu perlu banyak
latih tubi untuk anak-anak lebih-lebih lagi soalan yang berbentuk objektif ini.
Begitu
juga untuk subjek Matematik. Siti Nur Ana tidak faham kehendak soalan lebih-lebih lagi soalan yang berbentuk objektif
juga. Aduh..lemah juga kan sebagai guru.
Sikap
kurang percaya kepada diri sendiri juga menjadi faktor mengapa pelajar ini
lemah dalam pelajaran. Sering bertanya
guru contonhnya adalah bagus, namun jika setiap soalan demi soalan pertanyaan
ini bagaimana sebagai pendidik anda boleh baca
perihal pelajar ini yang tidak mampu untuk berdikari memahami soalan. Jika dalam peperiksaan nanti bagaimana. Agak mustahil guru penjaga kelas peperiksaan
berada disebelahnya sentiasa. Pasti guru
tersebut mengambil masa juga untuk melihat pelajar yang lain juga.
Saranan
saya untuk ibu-ibu latih anak-anak kita berdikari semasa menjawab soalan. Salah tak mengapa. Ia boleh diperbetulkan. Berdikari untuk memahami soalan. Risau dalam peperiksaaan nanti. Risau anak-kita tidak boleh terbang sendiri. Semoga diberi kekuatan untuk anak-anak
kita. Perjalanan masih panjang dan jauh
lagi. Banyak masa dan banyak lagi yang
harus didepani. Perlu kerja kuat. Perlu kuat semangat. Jangan layu.
Jangan kuyu. Takut esok merana
diri.
Bertemu
lagi dilain entry. Assalamualaikum.
Nak maklum ye saya sudah mula buka kelas tuition online personel untuk kelas asas seperti di bawah khas untuk anak-anak pra sekolah sehingga berumur 9 tahun.
ReplyDeleteKelas adalah spt berikut:
Kelas Asas Membaca Bahasa Malaysia
Kelas Asas Matematik
( tambah,tolak,darab,bahagi)
Kelas Asas membaca Jawi
Kelas Asas Bacaan Solat
Kelas Alquran
Kelas Asas Bahasa Arab ( bermula cuti sekolah bulan 12)
Kelas hafazan surah
Kelas Asas Membaca English pra sekolah
Sekiranya berminat pm saya segera ya untuk booking slot. Tempat adalah terhad.
Kelas untuk sessi Disember diteruskan.
Hubungi 01135162988
Assalamualaikum. Nak maklum ye saya sudah mula buka kelas tuition online personel untuk kelas asas seperti di bawah khas untuk anak-anak pra sekolah berumur 6 tahun sehingga berumur 9 tahun.
ReplyDeleteKelas adalah spt berikut:
Kelas Asas Membaca Bahasa Melayu
Kelas Asas Membaca Bahasa Inggeris
Kelas Asas Matematik
( tambah,tolak,darab,bahagi)
Kelas hafazan surah
Sekiranya berminat pm saya segera ya untuk booking slot. Tempat adalah terhad.
www.wasap.my/601135162988/tuitiononlinepersonelclass
Kelas untuk sessi Mac 2022 diteruskan.
#kelasonline
#parenting
#homeshool
#kelaspersonelonline
#kelasmembaca