Tuesday, 5 September 2017

KESALAHAN DALAM PENULISAN DARJAH 1


Entry 48/100
Teks:Niyda
Foto: Google


Hari ini kelas tuisyen di Benta berjalan seperti biasa.  Namun kehadiran agak berkurang sedikit.  Maklumlah cuti sekolah sudah bermula. Ibu-ibu sudah ada perancangan masing-masing.  Itu normal.  Sebagai pendidik saya akur dengan ketidakhadiran tersebut.

Hari ni secara ringkasnya, catatan ini akan memperlihatkan tentang beberapa kesalahan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar darjah 1.  Pengalaman ini dikutip hasil pemerhatian bersama pelajar saya hari ini.  Khaty ( bukan nama sebenar).

Rumusan yang saya dapat buat ialah kesalahan yang pertama sering dilakukan oleh mereka ialah kesalahan dari segi ejaan.  Kebanyakkan pelajar tahap ini mengeja mengikut loghat bahasa mereka di rumah.  Jadi saranan saya untuk  ibu-ibu dan guru-guru tuisyen yang lain dapat menitikberatkan hal ini kerana jika berlarutan masalah besar pula bila mereka naik ke tahap 2 nanti.

Kesalahan yang ke dua pula ialah tidak memadam dengan bersih apabila menulis.  Tulisan akan jadi bertindan dan menyebabkan guru atau penanda kertas sukar untuk membaca tulisan tersebut.  Jika masuk dalam bab karangan ini sudah pasti akan menyebabkan markah dipotong.  Jadi berhati-hati ye.

Kesalahan ke tiga pula ialah tulisan terlalu rapat.  Apabila terlalu rapat agak sukar seorang guru untuk membaca dan memahamkan suku kata yang tertulis. 
Ini ditambah lagi dengan tulisan yang agak besar dan kabur disebabkan mata pensil yang kurang tajam.  Bab ini sudah saya jelaskan sebelum ini berkali-kali.  Jadi sila ambil perhatian ye ibu-ibu.  Sama-sama kita kongsi kisahnya di sini.

Saranan saya kecilkan tulisan, jarakkan tulisan anak anda.  Perbetulkan ejaan dan perkemaskan tulisan.  Insyaallah untuk subjek Bahasa Melayu anak anda tidak akan mendapat masalah besar jika mereka menguasai perkara yang asas ini.  Semoga entry kali ini walaupun ringkas tapi sangat bermakna bagi saya dapat memberi pendedahan awal kepada ibu-ibu muda di luar sana.  Sehingga berjumpa lagi di lain entry.  Sekian dulu buat kali.Bye





No comments:

Post a Comment

  Hai semua dan assalamualaikum.... Lama tak menulis di sini..Hahaha..bersawang dah blog ni. Apa pun saya kembali lagi guyz! Sebelum ni bany...