Tuesday, 15 August 2017

TEKNIK BELAJAR DENGAN PETA MINDA

33/44
Teks: Niyda
Foto: Google 

Sewaktu zaman saya belajar semasa SPM dulu iaitu tahun 1996.  Saya pernah menghadiri Seminar Belajar Bijak oleh Dr Shukri Abdullah.  Puan-puan kalau nak cari dia di Facebook boleh cari FB Dr Shukri Abdullah.  Seminar yang dijalankan itu berjalan dalam bulan 3.  Masa tu bayaran seorang RM 10 sahaja.  Terbayang-bayang lagi waktu bagaimana saya berjalan beriringan dengan kawan-kawan ke dewan orang ramai di Rompin dari asrama sekolah menuju ke situ.  Kami dikumpulkan dari pelbagai sekolah.  Seronok tak terkata.  Ialah pengalaman pertama berseminar katakan. 

Apa yang menariknya dalam seminar itu kami didedahkan dengan teknik belajar yang betul.  Antara yang masih melekat dalam pemikiran saya sehinggalah sekarang ialah teknik mengingat dengan cara membuat peta minda.  Sebenarnya otak kita bukanlah seperti komputer.  Membuat cacatan secara berderet ke bawah.  Oh tidak.  Itu memenatkan otak sebenarnya.  Otak kita perlukan rangsangan.  Ia sukakan warna.  Jadi kalau nak buat peta minda ni perlu kreatif sikit. Perlu guna pelbagai warna.Buat seperti satu point.  Kemudian kembangkan dia.  Gambarajah di bawah adalah contoh peta minda yang bagus  semasa membuat  nota.

Baiklah kenapa peta minda ini sangat penting?  Di sini saya akan kupas sedikit mengapa ia sangat dan sangat berkesan dalam membantu kecemerlangan dalam peperiksaan anak-anak kita.
1.    Penggunaan ilustrasi dalam peta minda akan dapat membantu anak-anak memudahkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik.  Ia juga merangsang minda dan mengukuhkan ingatan mereka.  Maknanya apa yang terpahat di peta minda tersebut akan turut sama terpahat dalam otak anak kita.  Apa yang dilaht dalam nota tersebut itulah juga terpahat dalam minda mereka.

2.   Peta minda juga akan dapat menyalurkan  idea dengan lebih terang dan tersusun dalam menjawab peperiksaan.  Maknanya dengan mudah minda anak kita menangkap butiran point yang penting tentang sesuatu topik.

3. Peta minda juga membantu ank-anak kita mengulangkaji pelajaran dengan mudah, cepat dan berkesan.  Tak perlu lagi selak-selak buku yang tebal.  Hanya buka beberapa helaian nota yang telah dibuat sebelum hari peperiksaan kemudian ulang dan ulang sahaja yang itu.  Sangat mudah dan cepat.

4.    Peta minda juga dapat merangsang anak-anak kita untuk mengingat atau menyimpan maklumat dalam masa yang lebih panjang sehinggalah ke waktu peperiksaan tiba.  Tidak akan berlaku lagi masalah mudah lupa kerana minda yang sentiasa mengulang dan mengulang benda yang sama dalam kotak memori. Inilah kekuatan peta minda sebenarnya.

5.  Peta minda juga dapat meningkat fokus pelajar dalam pelajaran dimana akhirnya ia secara tidak langsung akan dapat memotivasikan pelajar supaya belajar untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan mereka.

Semoga puan-puan dapat mengaplikasikan sedikit ilmu yang saya perturunkan di sini.  Sampaikan juga kepada orang lain.  Semoga ianya bermanfaat.  Salam sayang.
Teks: Niyda

01125452156

No comments:

Post a Comment

Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...