Teks: Niyda
Foto: Google
Sebagai ibu dan suri di rumah tentunya masa ibu-ibu tidak terhad. Melainkan ibu-ibu bekerja di luar. Ibu-ibu yang berada di rumah harus cekap menguruskan masa untuk anak-anak. Kadang-kadang terbabas jugakan dek penangan cerita dongeng Indonesia. Itu adalah lumrah.
Foto: Google
Sebagai ibu dan suri di rumah tentunya masa ibu-ibu tidak terhad. Melainkan ibu-ibu bekerja di luar. Ibu-ibu yang berada di rumah harus cekap menguruskan masa untuk anak-anak. Kadang-kadang terbabas jugakan dek penangan cerita dongeng Indonesia. Itu adalah lumrah.

Pengurusan masa pelajar cemerlang. Pernahkah ibu-ibu terfikir bagaimana pelajar cemerlang menguruskan masa mereka seharian. Mereka juga sama macam anak-anak kita di rumah. 24 jam masa diberi. Tidak lebih dan tidak kurang. Tinggal lagi bagaimana kita menguruskan masa anak-anak kita dengan bijak.
Pernahkah
ibu-ibu bertanya dengan ibubapa yang cemerlang?
Kadang-kadang ada antara kita tak kenalpun siapakah ibu-ibu yang
cemerlang itu bukan? Ialah mesyuarat
sekolah pun tidak hadir lagikan pula majlis penyampaian hadiah kecemerlangan di
sekolah. Pun turut tidak hadir. Bagaiamana kita mahu kenal siapa mereka yang
istimewa itu. Pesan saya rajin-rajinlah
menghadiri program sekolah kerana dari situ akan banyak manfaat yang anda akan
dapat.
Berikut
adalah antara intipati yang saya perolehi beberapa ketika dahulu. Di mana saya pernah menemuramah seorang ibu
yang mendapat 6A dalam UPSR di sekolah SK Benta.
Perkara
pertama ungkapan yang saya dengar tentangnya adalah anak beliau diajar sifir sejak
berumur 4 tahun lagi. Menakjubkan bukan?
Sebab itu tidak hairanlah mengapa anak beliau boleh skor A dalam subjek
matematik.
Kemudian
yang keduanya, dia tidak pernah paksa anaknya untuk ulangkaji pelajaran. Semuanya bergantung pada diri sendiri. Jika dilihat pada sebelah malam. Pelajar yang dimaksudkan ini akan ulangkaji
pelajaran sehingga jam 11 malam.
Bandingkan dengan anak-anak kita tuan puan. Mungkin ada yang masih duduk-duduk
santai-santai pada jam 8.00 malam.
Alangkah ruginya masa yang ada dibuang begitu sahaja.
Teringat
juga saya semasa sessi perkongsian bersama-ibu-ibu muda di Perpustakaan Benta
tahun lepas, ada seorang guru berkongsi kepada kami bagaimana anaknya
cemerlang. Pengurusan masa belajar di
rumah sangat penting katanya. Dua bulan
sebelum peperiksaan adalah masa yang kritikal.
Pastikan anak-anak belajar lebih kurang 2 jam di waktu siang dan dua jam
di waktu malam. Kalau tidak pastinya
silibus tak habis nak ulangkaji.
Silibus
sekarang ini walaupun di peringkat tahap 1 pun sangat banyak. Jadi macam tak terkejar nanti bila mana malam
periksa baru nak ulangkaji. Ini sering
terjadi kepada anak-anak saya dahulu pada mula-mula mereka naik sekolah darjah
1. Bila sudah begitu, saya belajar dari
kesilapan. Di awal-awal tahun tak boleh
main-main dah. Mesti sudah mula
ulangkaji. Walaupun topik tersebut
senang.
Untuk
membuat pembahagian masa belajar yang berkesan, saya sarankan ibu-ibu boleh
ambil masa selama 1 jam di sebelah pagi.
Sebelum ke sekolah, pastikan anak-anak bangun awal pagi supaya selepas
mandi,solat dan sarapan, mereka ada sedikit masa untuk menelaah pelajaran. Contohnya semasa menunggu ibu-ibu buat
sarapan pagi, boleh berikan mereka telefon kita yang mengandungi aplikasi
soalan peperiksaan seperti ilearnace.
Tanpa internet pun mereka masih tetap boleh membuat latihan di
situ. Jadi masa yang ada digunakan
sebaiknya. Sekiranya tidak, anak-anak
kita akan terbuang masa emas mereka begitu sahaja. Ilearnace ini ada saya ceritakan sebelum ini
di blog saya ini. Puan-puan boleh semak
semula bagaimana cara untuk mendapatkannya.
Kemudian
puan-puan boleh tarik 1 jam lagi masanya di waktu petang selepas pulang dari
KAFA. Ala buat latihan santai-santai pun
boleh dengan ilearnace tu juga. Sambil
baring-baring pun boleh. Tinggal lagi
nak dengan tak nak ajer.
Pastikan
juga anak-anak makan awal untuk makan malam.
Ini supaya senang kita nak urus masa untuk persediaan solat maghrib
pula. Selain itu di waktu selepas selesai solat maghrib, anak-anak mengaji
sekejap. Selesai mengaji, solat isyak
jika sudah masuk waktu Isyak. Kalau
waktu isyak masuk waktu lambat sikit, boleh terus mula buat ulangkaji untuk
anak-anak selama lebih kurang 2 jam.
Televisyen harus ditutup. Inilah
penyebab lagha yang paling kritikal.
Kalau tak pantau. Boleh ke laut
ibu dan anak. Saya pun pernah terkena.
Hehehe. Jangan lupa juga puan-puan. Pantau penggunaan telefon kalian. Kadang-kadang anak-anak ni pandai curi-curi
tengok you tubelah dan macam-macam.
Sekian
dulu untuk kali ini jumpa lagi ye. Salam
sayang!
No comments:
Post a Comment