Monday, 14 August 2017

KAREKTOR GURU YANG MASIH SAYA INGAT


Teks: Niyda
Foto: Google

Semasa zaman persekolahan dahulu.  Tentunya ibu-ibu dan guru-guru semua masih ingat watak, gaya dan karektor guru yang menjadi pujaan hati kalian kan.  Saya juga begitu.  Watak-watak mereka sering bermain dalam minda saya apabila saya berdepan dengan pelbagai karenah situasi pelajar.  Antara yang saya masih ingat pada zaman sekolah rendah dahulu ialah Cikgu Sheikh.

Cikgu Sheikh ni berkulit putih, berbadan gempal, mempunyai raut wajah yang manis.  Suka senyum, suka buat lawak dan sangat rajin bertanya khabar kepada saya setiap kali waktu kelas bermula.  Cikgu Sheikh mengajar subjek Bahasa Inggeris.  Saya suka sangat dengan subjek tu masa tu.  Pernah sekali tu, ada sessi pengambaran di sekolah.  Masa tu saya dalam darjah 1 kalau tak silap saya.  Pergi sekolah saya tak pakai tudung masa tu.  Jadi rambut saya agak berserabai sikit.  Cikgu Sheikh yang tolong sikatkan semula rambut saya sebelum sessi pengambaran tu.  Nampak tak kat situ.  Sifatnya yang suka ambil berat itu membuatkan saya masih teringat sampai sekarang.  Dengar kata Cikgu Sheikh telahpun kembali ke rahmatullah.  Alfatihah untuk cikgu kesayangan saya ni…

Selain dari  Ustaz Hanafi.  Ustaz ini mengajar saya subjek Qowaid masa saya belajar peringkat menengah dulu.  Apa yang saya masih ingat, sebelum mula kelas wajib bagi kami baca doa belajar dulu.  Sampai sekarang saya masih amalkan lagi untuk anak-anak murid saya.  Ustaz ini juga selalu buat lawak secara spontan.  Saya suka juga bab ni.  Mesti ada kelucuan yang dibuat oleh ustaz.  Penggunaan isyarat tangan tu tak akan pernah padam dalam lipatan memori saya.  Setiap kali mengajar, pasti isyarat tangannya akan digunakan untuk menekankan lagi subjek yang diajar dalam kelas.  Jadi kami dah tahu kat mana yang harus ditekankan dalam kelas. Anta, Antuma antum. Ha ni yang selalu kena hafal.  Hehehe…

Disamping itu juga, Ustazah Zuariah saya tak akan pernah lupa juga.  Penguasaannya dalam subjek imlak tak boleh lawan dengan orang lain.  Bila masuk subjek imlak, kami sekelas harus pasang telinga.  Semua sunyi sepi sebab nak tangkap bunyi sebutan huruf atau perkataan yang dikeluarkan dari mulut ustazah.  Mulut ustazah tu saya akan ekori sampai habis kelas.  Sebab tanpa melihat gerak mulut dan memek muka ustazah, saya akan hilang punca apa yang nak ditulis dalam buku latihan saya. Ha…ajaib tak?  Namanya imlakkan? Dah tentu tugasnya salin balik apa yang ustazah sebut.

Cikgu Sariah juga saya tak akan pernah lupa.  Cikgu ni mengajar subjek kemahiran hidup dan Bahasa Inggeris.  Apa yang menariknya dengan cikgu ni.  Cikgu ni memang suka cakap banyak dalam kelas.  Dalam erti kata lain membebel.  Tetapi bebelan dia itu sangat saya suka.  Sebab bebelan cikgu ni yang selalu memberi saya motivasi untuk belajar dengan lebih semangat lagi.  Walaupun cikgu ni bebel dekat orang lain.  Tapi ianya turut terkesan dihati saya. Setiap kali?.  Ya hampir setiap kali waktu kelasnya.  Lima belas minit yang pertama itu adalah ruangnya.  Jadi ambil sedikit masa cikgu.  Berikan suntikkan dan kata-kata semangat untuk anak didik cikgu.  Insyaallah lama-lama akan terpahat juga di hati mereka.

Dan lagi  dalam banyak-banyak pensyarah di UUM, Encik Fazli  yang saya ingat.  Mengajar saya dalam Kokurikulum Siswaniaga.  Saya banyak mendapat sokongan dari beliau.  Antara kejayan manis yang saya masih ingat ialah pasukan kokurikulum kami telah berjaya mendapat jualan lot gerai di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM sebanyak hampir RM 4000.00 ringgit.  Perit jerih buat kertas kerja, kemudian bergilir-gilir bertugas menjaga tapak.  Semua itu memberikan pengalaman yang luar biasa bagi saya.Akhirnya kami lakarkan kenangan manis tersebut di Pulau Langkawi bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Oh UUM…Aku rindu kamu!

Akhir sekali Along.  Inilah jurulatih Modul Pembinaan Karakter zaman saya PLKN dulu.  Along banyak mengajar saya tentang erti Mustahil ke Boleh melalui teknik bola jugel.  Dengan bola jugel itu saya capai impian saya sekarang ini.Tapi sekarang ni susah nak dapat bola ini.  Kalau duduk dalam Kem PLKN barulah dapat jumpa balik.  Sebab kalau pergi dekat kedai permainan pun memang tak akan jumpa bola ni.  Sebab dia asalnya produk luar negara.  Bola yang berwarna warni itu saya genggam erat.  Letihnya tak terkira semasa buat latihan jugel.  Apabila saya dapat buat jugel.  Ianya memberi satu kemenangan buat saya. Ya! Ibaratnya memegang bola jugel itu sepertinya saya memegang dunia dengan apa yang ingin saya mahu dan capai!



No comments:

Post a Comment

Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...