Monday, 14 August 2017

JADILAH GURU YANG MEMBERI MAKNA

Teks: Niyda
Foto: Google

Guru umpama lilin.  Begitulah perumpamaan zaman dulu-dulu.  Zaman ini guru tak perlu nak bakar-bakar diri.  Namun jadilah orang yang memberi makna kepada anak murid kalian.
Makna di sini boleh diertikan dari pelbagai sudut yang berbeza.  Makna yang pertama ialah sambut anak–anak murid kalian di hari pertama persekolahan dengan wajah yang manis dan ceria.  Tegas tapi tak bermakna anda tidak boleh dijadikan kawan. Jadikan anak-anak murid kalian umpama abang dan adik.  Saling bergantung antara satu sama lain.  Tapi perlu diingat jangan berlebihan.  Nanti jadi kaduk naik junjung pula. 

Yang kedua apabila pelajar-pelajar kalian melontarkan soalan.  Beri perhatian.  Pandang wajah mereka.  Bercakaplah dari hati.  Kerana yang  akan sampai nanti terus ke hati. Sekiranya pelajar-pelajar anda membuat silap.  Jangan berdendam.  Jangan tangguh-tangguh untuk menegur kesilapan tersebut.  Sikap sambal lewa akan menyebabkan pelajar tersebut akan gagal dalam tujuan kelas pada hari tersebut kerana padanya ia bukanlah satu kesilapan yang besar. 

Prinsip saya mudah.  Buat salah. Tegur.  Buat salah lagi, tegur.  Sehinggalah pelajar tersebut jelas bahawa itulah peraturan dalam kelas kita.  Jangan kalah ye cikgu-cikgu.  Memang agak letih pada mulanya.  Tetapi apabila pelajar anda sudah faham. Ia dah menjadi kacang bagi anda.   Mempunyai kuasa dan kebolehan menggalakkan para pelajar dan rakan sekelas bersikap lebih peka dan bersemangat untuk sesuatu perkara itu adalah saat sukar yang tak akan dapat dilupakan.

Dalam pada itu juga tunjukkan cikgu yang prihatin.  Contohnya yang terdekat, kalau dalam masa nak pulang dari kelas tuisyen, tiba-tiba hujan turun.  Berikanlah mereka pinjam payung kalian untuk sementara.  Esok-esok pulangkanlah.  Pasti ibu mereka juga turut terkesan di atas keprihatinan kamu itu.

Sebelum pulang ke rumah, ucapkanlah selamat jalan atau sekurang-kurangnya bye bye.  Tunggu mereka dimuka pintu samaada sebelum datang kelas atau selepas mereka pulang.  Sedikit bagi cikgu namun bagi memberi impak yang bermakna untuk anak didik cikgu.
Jika mereka ketiadaan wang untuk membeli makanan atau terlupa meminta dari ibu sebelum masuk ke kelas untuk belanja waktu rehat nanti, belanjakanlah barang seringgit dua.  Rezeki kalian juga akan bertambah di situ.

Sekiranya cikgu-cikgu rajin membuka facebook setiap hari, berkongsilah kisah-kisah kalian bersama anak-anak murid kalian di mana ada pengajaran yang boleh di ambil dari kisah-kisah tersebut.


Ini semua akan menjadikan cikgu-cikgu akan sentiasa mendapat tempat di hati mereka.  Berkongsi dan berkongsi.  Memberi makna kepada kehidupan orang lain.  Itulah tugas guru.  Mengajar mendidik suatu tugas yang murni.  Semoga kecemerlangan anak-anak didik cikgu sealiran dengan kecemerlangan akhlak mereka.  Manusia yang baik bukan sahaja dinilai dari segi cemerlangnya akademik tetapi cemerlang juga dari segi sahsiah.

No comments:

Post a Comment

Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...