72/100
Kelebihan
biasanya akan berpihak kepada mereka yang membuat langkah bijak dan
terawal. Dari itu mulakan persediaan
awal untuk peperiksaan yang bakal menjelma. Kelebihan yang dimaksudkan adalah
seperti berikut:
DAPAT ULANGKAJI
SECARA BERPERINGKAT
Pada permulaan
anak pertama masuk darjah 2 saya
berpendapat tak mengapa tak ulangkaji awalpun walaupun anak-anak masih
di peringkat tahap 1. Saya beranggapan silibus adalah senang dan
mudah untuk dikuasai tanpa melihat silibus terkini sekolah. Apabila Kakak Widaad mendapat keputusan akhir
peperiksaan akhir tahun darjah 2, saya terperanjat gila. Subjek Matematik kakak telah jatuh merudum
dari A kepada D. Saya berasa malu yang
amat sangat. Di mana silapnya. Dari situ saya mula melihat silibus terkini
untuk subjek Matematik darjah 2.
Rupa-rupanya sudah ada topik darab dan bahagi diperingkat tersebut.
Sejak itu
bermula awal tahun darjah 3 berikutnya, saya mula membuat latih tubi secara
berperingkat-peringkat untuk darab dan bahagi bagi anak-anak saya sebab nak
capai balik target silibus tahun lepas.
Jika diperhatikan ye silibus untuk pelajar darjah 2 yang terkini ini meliputi
hampir 13 bab. Antaranya ialah:
- Nombor hingga 1000
- Tambah dalam Lingkungan 1000
- Tolak dalam Lingkungan 1000
- Darab
- Bahagi
- Pecahan
- Perpuluhan
- Wang hingga 100
- Masa dan Waktu
- Panjang
- Jisim
- Isipadu cecair
- Bentuk
Gerun tengok silibus ni kan?
Baru darjah 2. Kita dulu-dulu
takdelah macam ni. Rasanya naik darjah 6
baru jumpa kut nombor 1000 ni.
Hahaha. Bagaaimana dengan silibus
subjek lain? Cuba anda belek-belek dan
perhatikan buku anak-anak di rumah. Ini
hanyalah gambaran sebahagian kecil sahaja.
Saya di sini bukanlah nak mengajar kalian tetapi hanya untuk memandu apa
realitinya masa kini. Perhatikan dan
cari resolusinya sendiri.
TIADA STRESS
Apabila
anak-anak telah dapat mengulangkaji secara berperingkat-peringkat, maka sudah
pasti tiada tekanan kerana sudah habis ulangkaji semua bab. Cuma hanya latih tubi untuk bab-bab yang agak
susah sahaja seperti penyelesaian masalah bagi subjek matematik contohnya. Ramai yang tidak faham kehendak soalan. Baca soalan tetapi tidak faham. Yang kes macam ni ramai sangat saya
jumpa. Jadi berhati-hati ye ibu-ibu.
EMOSI LEBIH
TENANG
Apabila
anak-anak membuat persediaan awal maka pasti mereka sudah dapat menjangkakan
tarikh peperiksaan yang hampir tiba maka secara automatiknya mereka akan lebih
tenang. Rasa seronok dan tak sabar nak
pergi berjuang ibaratnya. Pernah Kakak
Widaad cakap kepada saya tak sabar rasanya ummi, Kakak nak pergi peperiksaan
esok! Hahaha ada pulak ayat gitu. Tak pernah-pernah terfikir pun oleh saya
perkataan sebegitu. Iyelah umminya zaman
belajar selalu belajar disaat akhir.
Maka takkan jumpalah ayat macam kakak ni.:)
Nak maklum ye saya sudah mula buka kelas tuition online personel untuk kelas asas seperti di bawah khas untuk anak-anak pra sekolah sehingga berumur 9 tahun.
ReplyDeleteKelas adalah spt berikut:
Kelas Asas Membaca Bahasa Malaysia
Kelas Asas Matematik
( tambah,tolak,darab,bahagi)
Kelas Asas membaca Jawi
Kelas Asas Bacaan Solat
Kelas Alquran
Kelas Asas Bahasa Arab ( bermula cuti sekolah bulan 12)
Kelas hafazan surah
Kelas Asas Membaca English pra sekolah
Sekiranya berminat pm saya segera ya untuk booking slot. Tempat adalah terhad.
Kelas untuk sessi Disember diteruskan.
Hubungi 01135162988
Assalamualaikum. Nak maklum ye saya sudah mula buka kelas tuition online personel untuk kelas asas seperti di bawah khas untuk anak-anak pra sekolah berumur 6 tahun sehingga berumur 9 tahun.
ReplyDeleteKelas adalah spt berikut:
Kelas Asas Membaca Bahasa Melayu
Kelas Asas Membaca Bahasa Inggeris
Kelas Asas Matematik
( tambah,tolak,darab,bahagi)
Kelas hafazan surah
Sekiranya berminat pm saya segera ya untuk booking slot. Tempat adalah terhad.
www.wasap.my/601135162988/tuitiononlinepersonelclass
Kelas untuk sessi Mac 2022 diteruskan.
#kelasonline
#parenting
#homeshool
#kelaspersonelonline
#kelasmembaca