Monday, 14 August 2017

TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN

Teks:Niyda
Foto: Koleksi peribadi

Sebenarnya banyak teknik yang boleh dipraktiskan oleh ibubapa masa kini untuk anak-anak di rumah.  Tinggal lagi bagaimana mahu mengaplikasikannya mengikut kesesuaian anak-anak  tuan puan.

Di sini saya senaraikan butiran-butiran ringkas yang mana dengan izin Allah S.W.T mujarab.  Insyaallah!

Untuk yang pertamanya, ibu-ibu sendiri harus jaga solat disamping anak-anak pun turut jaga solat sama.  Sama-sama bermohon dan berdoa untuk kejayaan dunia akhirat.  Lebih-lebih lagi dalam peperiksaan.  Pada pagi hari peperiksaan luangkan masa sekejap solat Dhuha dan malam sebelumnya solat tahajjud.  Lakukan secara berterusan walaupun bukan di hari peperiksaan.  Surah Alwaqiah juga jangan dilupa.  Insyaallah rezeki kejayaan itu ada dan datang dengan mudah sekali.

Keduanya, rancang masa belajar anak-anak di rumah.  Awal tahun adalah masa yang paling ideal kerana di waktu ini silibus masih di bawah unit yang pertama.  Tiada tekanan untuk menghabiskan silibus.  Jadi anak-anak lebih gembira dalam suasana yang santai buat latihan.  Berbanding ulangkaji pelajaran di saat akhir.  Tekanan akan lebih terasa.

Ajar anak-anak agar hormat ibu bapa dan hormat guru mereka di sekolah.  Ajar anak-anak agar bantu ibu bapa dan guru mereka apabila diminta pertolongan.  Elakkan anak-anak dari bergaduh sesama rakan.  Hubungan yang harmoni sesama rakan taulan di sekolah akan dapat mengurangkan tekanan belajar dan menimbulkan keseronokkan apabila berada di sekolah.

Di samping itu juga latih anak-anak latih tubi di rumah.  Biasakan mereka dengan latihan yang banyak supaya mereka dapat menguasai sesuatu topik.  Rangsang anak-anak dengan perkara yang positif seperti menghadiahkan sesuatu walaupun barang mainan di kedai dua ringgit.  Anak-anak akan rasa lebih dihargai. 

Dalam pada itu, fokus di dalam kelas amat penting.  Nyatakan kepada anak-anak selalulah bertanya guru andainya tidak faham sesuatu topik.  Jangan malu jangan segan.  Cikgu tak makan orang.  Ini akan dapat meningkatkan kefahaman mereka.  Secara tak langsung mereka akan dapat menguasai sesuatu topik. Lama kelamaan mereka akan faham apa yang dilakukan apabila mereka tidak faham di dalam kelas.

Belajar belajar di dalam kumpulan juga sangat membantu anak-anak dalam kecemerlangan mereka.  Mereka tidak akan mudah bosan.  Akan ada banyak percanggahan pendapat tetapi di situ mereka akan dapat intipatinya.  Menerima pandangan seseorang, menapis dengan cara dari sudut tersendiri sudah pasti ianya memberikan suatu pengalaman yang berbeza.

Penetapan masa ulangkaji di rumah juga sangat penting.  Bab yang ini ibu-ibu kena berdisplin tinggi.  Tetapkan waktu malam pukul berapa mula ulangkaji.  Jangan culas.  Kalau tiada disiplin.  Maka habislah semuanya ke laut.  Saya sendiri bertarung juga pada peringkat awalnya.Hehehe.

Setelah anak-anak penat belajar di sekolah, biarkan mereka bermain di petang hari.  Sekurang-kurangnya tekanan di sekolah telah dapat dipulihkan kembali.  Insyaallah.
Akhir sekali pastikan anak-anak tuan puan tahu mengambil nota ringkas, tahu bagaiamana mengingat dengan cara nemonik iaitu menggunakan perkataan yang singkat yang digabungkan dari beberapa ayat yang panjang.  Ini sangat membantu mereka dalam menjawab soalan-soalan sains yang menggunakan standard jawapan yang khusus untuk terma-terma tertentu.

Kesimpulannya, ada banyak lagi kaedah atau teknik belajar yang lain.  Tetapi jika tiada tindakan atau aksi orang kata.  Ianya tidak ke mana juga.  Sekian dari saya.  Salam sayang..

Teks: Niyda

01125452156

No comments:

Post a Comment

Pembayaran Kelas Membaca Bahasa Melayu Online One To One  https://niydztotstrainingconsultancy.onpay.my/order/form/2 Pembayaran Kelas Membac...