Cuti
sekolah sudah pun bermula. Anak-anak
sudah dimaklumkan awal-awal. Cuti raya
haji kali ini agak panjang kerana bersambung dengan cuti raya haji. Jadi ini satu bonus untuk anak-anak berjalan
setelah berhempas pulas dengan diari harian sekolah. Lagipun raya kali ini serentak dengan majlis
kahwin adik bongsu saya. Jadi program
majlis kahwin adik saya sudah termasuk dalam senarai cuti-cuti Malaysia kerana
majlis akan dibuat di Batu Pahat Johor.
Dapatlah kami merasa suasana raya di Johor pula.
Kali
ini saya ambil pendekatan yang agak ekstrim sikit. Balik Keratong dahulu kemudian baru ke Batu
Pahat, singgah di Kuantan seterusnya baru pulang ke Benta semula. Perjalanan dari Kuala Lipis ke Segamat
mengambil masa yang agak panjang. Pada
malam selasa jam 11.30 malam kami sudah pun bergerak ke stesyen keretapi Kuala
Lipis. Tiket keretapi jam 1.15
pagi. Kami turun awal supaya senang
nanti nak minum atau nak ke tandas.
Tidaklah tergesa-gesa seperti sebelum ini. Abi tak ikut sekali kerana ada urusan yang
belum selesai. Maka saya 4 beranak
sahajalah yang akan menaiki keretapi pada pagi ini.
Pengalaman
naik keretapi sewaktu saya di alam sekolah menengah dahulu berbagai ragam. Pernah beg saya hilang. Pernah juga saya duduk dilaluan tengah dan
tidur kerana keretapi terlalu penuh.
Kadang-kadang pernah juga asap hitam menerpa masuk maka habislah muka
dan tudung saya kena habuk asap keretapi.
Semua itu tinggal kenangan. Kini
saya bawa anak-anak pula merasai pengalaman naik keretapi. Saya harap mereka gembira.
Berbalik
kepada cerita saya tadi, akhirnya kami dimaklumkan keretapi sampai lewat kerana
ada kerosakkan. Lewat dua jam. Maka pukul 3.00 pagilah jawabnya saya dan
anak-anak dapat berlepas. Saya lihat
suami tenang sahaja. Kami tunggu hingga
keretapi sampai. Mujurlah ada tempat
duduk untuk mereka baring dan tidur.
Selimut dan baju sejuk jadi pengalas.
Kesian pun ada. Dalam hati
berkata, tak mengapalah. Bukan senang
nak seronokkan. Hahaha…Alahai anakku.
Tepat
jam 3.30 pagi keretapi yang ditunggu pun tiba.
Apalagi setelah digerak awal 15 minit.
Berteriak sakanlah mereka.
Seronok naik keretapi. Suami
hantar sampailah ke dalam keretapi. Mahu
pastikan kami duduk di tempat yang betul.
Widaad apa lagi terus panjat katil atas.
Sementara Wani dan saya masing-masing dibawah saling berhadapan. Wafirah pula tetaplah dengan saya. Girangnya tak terkata sepanjang
perjalanan. Walaupun gelap sahaja. Awal pagi.
Tak nampak apa. Selang sejam
kemudian. Semua dah masuk tidur. Alhamdulillah.
Saya bangun
seawal 5.30 pagi. Bangun untuk
solat subuh. Dalam keadaan pening-pening
solat di atas katil sambil duduk. Kelakar pun ada. Anak-anak bangun jam 8 pagi. Kelihatannya sudah cerah. Sudah boleh nampak pemandangan kiri dan
kanan. Macam kebun ulu Atok jer Wafirah
kata. Saya tersenyum sendirian. Memanglah adik. Kadang-kadang pemandangan penuh dengan pokok mengingatkan kebun Aki di
Ulu Atok. Sambil layan Wafirah, Si
Widaad capai telefon saya. Buat latih
tubi Ilearnace dengan menggunakan Sabadi online. Bagus juga benda alah ni. Di mana-mana pun boleh belajar. Masa tak de line pun boleh. Saya lega.
Berbaloi-baloi RM 350 ummi bayar aplikasi ni untuk kakak. Tak perlu dah kakak Widaad bawa buku masa
berjalan-jalan.
Saya
fikir untuk anda yang diluar sana pun begitu.
Usah berkira kalau nak beli sesuatu untuk memudahkan anak-anak
kita. Cuba dan rasai dulu. Zaman sudah berubah banyak benar. Kalau kita bergerak perlahan. Anak-anak akan ketinggalan. Bagi yang berminat dengan pakej aplikasi
online sasbadi ini boleh hubungi saya ye.
Sekian dahulu entry untuk kali ini.
Semoga berjumpa lagi. Selamat
Bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.
No comments:
Post a Comment