Mungkin kalian sedikit
pelik dengan tajuk entry kali ini.Sabar dulu ya. Ha..mari kita imbas
semula zaman kanank-kanak dulu.
Masih
ingat lagi tak kalian dengan batang mancis dan batang aiskrim zaman kecil dulu. Selalu kita buat main umpil-umpilkan.
Batangnya halus dan dihujungnya ada bulat-bulat kecil. Apabila digosokkan di tepi kotak mancis, maka
akan terbakarlah batang mancis itu.
Dulu-dulu arwah Tok Ayah selalu guna batang mancis ini bila nak hisap
rokok daun.( Jangan tiru tau).
Orang-orang tua biasalahkan.
Alfatihah sekejap untuk arwah Tok Ayah.
Apa kaitannya dengan entry kali ini? Ha..Jangan tak tahu
ye di kedai buku pun ada jual batang mancis dan batang aiskrim ini. Ye ke? Iye tak sungguh saya tak kata. Tapi ada tapinya. Kalau pergi ke kedai buku dia akan tulis pine
wood stick. Batang mancis ini ada didatangkan
dalam warna warni. Sementara bahan
bakarnya yang bulat-bulat itu tak adalah ye.
Hanya batang kayu sahaja. Saiznya
sama macam saiz batang mancis tu.
Bezanya cuma dia bewarna sahaja.
Begitu juga dengan batang aiskrim. Di pasaran sekarang ni sudah ada dijual batang aiskrim yang bewarna warni. Batang aiskrim yang tidak bewarna pun ada juga dijual.
Begitu juga dengan batang aiskrim. Di pasaran sekarang ni sudah ada dijual batang aiskrim yang bewarna warni. Batang aiskrim yang tidak bewarna pun ada juga dijual.
Apa faedahnya pine wood stick ini? Tahun lepas saya pernah guna pine wood stick
ini. Ada seorang pelajar saya di Chenua. Helmi namanya. Dia sangat lemah dalam matematik. Kategori pelajar slow learner saya boleh
katakan. Bila saya ajar topik tambah dan
tolak. Dia sukar nak faham. Guna jari pun susah. Akhirnya saya dapat satu idea. Saya gunakan pine wood stick ini dalam sessi
latihan menjawab soalan. Alhamdulillah,
keputusan peperiksaan akhir tahun lepas sangat mengejutkan saya. Helmi skor A dalam subjek matematik. Ibunya pun sangat teruja dengan pencapaian
prestasi dia.
Tahun ini saya tak dapat teruskan kelas bersamanya lagi berikutan komitmen kelas di rumah saya sendiri hampir penuh. Saya sentiasa mendoakan Helmi semoga terus terang hati dalam pelajarannya. Insyaallah. Asal ada kemahuan dan rajin usaha dengan membuat latih tubi. Kejayaan pasti datang.

No comments:
Post a Comment